Sabtu, 25 Julai 2009

Tok Guru..pimpinlah kami

Dalam politik jatuh dan bangun perkara biasa.Pemimpin boleh datang pemimpin boleh pergi.Pemimpin datang silih berganti.Pemimpin pergi pun silih berganti.Inilah lumrah alam.

Sudah hampir 20 tahun TGNA memimpin negeri Kelantan.Dalam tempoh 20 tahun tersebut orang dibelakang TGNA sudah silih berganti,namun TGNA tetap nombor 1.

20 tahun bukan tempoh yang sekejap.Malah tempoh yang lama.Lama atau sekejap bukan isunya.

Dalam Islam seseorang pemimpin bukan dinilai berdasarkan tempoh sama ada lama atau sekejap.Isunya ialah kebolehan atau 'malakah' kepimpinan.

Selama 20 tahun TGNA tidak pernah hilang 'malakah' ini.Selama dalam tempoh inilah Umno menggigit jari di Kelantan.

Saya agak terkasima bila membaca satu posting dalam blog sahabat saya 'at-takiri' yang secara 'sarahah' meminta TNGA melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan.Alasannya supaya TGNA dapat meluangkan masa yang lebih kepada Allah,supaya pengjagaan kesihatan lebih terurus dan supaya dapat mengelakkan krisis pemilihan pengganti kepada TGNA apabila TGNA 'pergi' dalam keadaan masih memegang jawatan.Kononnya jika TGNA terus memimpin sehingga ke akhir hayat maka perpecahan akan berlaku dek berebut nak ganti Tok Guru.Benarkah begitu?

Saya tidak bercadang untuk mengulas alasan yang pertama yang diberikan.Kerana dalam Islam semua aktiviti harian kita adalah ibadah termasuk berpolitik.Syaratnya semua aktiviti itu tidak menyalahi syariat.Jadi semuanya ibadah.Maknanya dalam berpolitik pun kita telah bertaqarrub dengan Allah.

Saya juga tidak bercadang untuk mengupas alasan yang kedua iaitu alasan kesihatan.TGNA sendiri acap kali berkata bahawa 'kalau bab nak lawan Umno,walau dalam keadaan merangkak sekali pun saya akan datang'.Kata-kata yang seperti inilah yang sangat memberi kesan kepada pejuang Islam terutama para pemuda.

Cuma pada alasan ketiga yang diberikan.Ini saya rasa saya perlu komen.

At-takiri bimbang jika TGNA 'pergi' tanpa ditentukan siapa pengganti maka pasti pergeseran akan berlaku di kalangan pimpinan Pas negeri Kelantan.Atas alasan inilah beliau meminta TGNA letak jawatan dan tentukan siapa penggantinya memimpin Kelantan.

Jika dilihat kepada karektor beberapa orang khususnya orang-orang nombor 2 dibelakang TGNA sekarang ini agak sukar untuk saya mempercayai apa yang dipercayai oleh At-takiri boleh berlaku.Benar, mungkin pergeseran akan berlaku tetapi saya rasa amat keterlaluan sekali jika membuat andaian sehingga kepada akan berlaku perpecahan dan perbalahan.

Orang nombor 2 yang ada sekarang ini bukannya orang yang asing bagi TGNA,malah kesemua mereka adalah orang-orang kepercayaan TGNA.

Dalam hirarki Pas Kelantan,orang nombor 2 di belakang TGNA ada 3 orang.Yang pertama Dato Ahmad Yaakob.Yang Kedua Dato Husam Musa dan yang ketiga Dato Mohd Amar.

Dalam hirarki pentadbiran kerajaan pula pula orang nombor 2 ialah Dato Ahmad Yaakob.Sementara yang lain-lain itu dikenali orang media sebagai pemimpin kanan kerajaan.

Ketiga-tiga orang nombor 2 di atas dipercayai bakal menggantikan TGNA setelah ketiadaannya nanti.Inilah kepercayaan rakyat Kelantan, melainkan Allah mengtaqdirkan orang lain.

Bagi saya ketiga-tiga mereka boleh saya golongkan dalam maksud 'low profil' sifatnya.Sebarang andaian yang mengatakan pergeseran malah perpecahan akan berlaku di kalangan mereka bagi saya tidak boleh menerimanya sama sekali.Malah andaian yang karut semata-mata.

Tidak dapat dinafikan pertikaian dan perbezaaan pendapat pernah berlaku dikalangan mereka.Tapi buktinya lihatlah bagaimana pertikaian dan perbezaan pendapat diuruskan dan diselesaikan sesama mereka.Jika tidak demikian sudah lama kerajaan Kelantan porak peranda.

Tapi saya yakin TGNA telah menyediakan penggantinya.

Tok Guru,selagi hayat dikandung badan,selagi akal masih waras teruslah memimpin rakyat Kelantan.


1 ulasan:

  1. at-takiri yang saudara maksudkan adakah merujuk epada ust mohd khairuddin at-takiri atau ust zulhilmi at-takiri?kalau ust khairuddin saya tidak ketemui tulisan itu dlm blog beliau,apatah lai bliau tidak pernah menulis tentang PAS dlm blog beliau, mungkin dlm blog ust zulhilmi at-takiri

    BalasPadam