Ahad, 5 Julai 2009

Selamat berkempen di Manik Urai

Assalamualaikum..

Esok hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil N.41 Dun Manik Urai.

Walaupun calon belum disahkan namun dengar khabarnya kempen tersangat hangat.Sebenarnya kempen telah bermula semenjak hari pertama kematian Almarhum bekas wakil rakyatnya Yb. Ismail Yaakob.Inilah lumrah bagi pilihanraya.

Ramai teman-teman dari Lumut sudah berkampung di sana.Seperti biasa dalam mana-mana prk jentera Lumut tidak melepaskan peluang menghantar bala tentera untuk membantu jentera pihanraya tempatan.

Saya tidak bernasib baik kali ini.Walau bumi Kelantan adalah tempat tumpah darah saya tetapi atas sebab yang terlalu tidak mengizinkan maka saya terpaksa menguzurkan diri untuk kali ini.

Dulu di Penanti,ramai yang bertanya termasuk bonda di kampung samada pergi atau tidak?Saya jawab tak pergi.Alasannya Umno tak tanding.Keinginan nak pergi pudar bila tak ada Umno.Kali ini Umno dah ada,bonda bertanya balik tak?Tak tahulah kenapa bonda semenjak ini begitu semangat sekali.Dulu tiadalah minat yang sebegini.Entah semangat apa yang masuk.Seakan-akan lupa akan dapat cucu baru tak lama lagi.Duhai bonda...

Ada dua tiga orang penganalisis politik tidak bertauliah,saya namakan penganalisis nakal mereka membuat andaian tragedi Pengkalan Pasir akan berulang di Manik Urai.Atas dasar dan asas apa mereka berandaian begitu hanya Allah yang tahu.Membaca tulisan mereka menyebabkan meremang juga bulu roma.Tapi hati kecil saya mengatakan ini hanya taktik 'perang saraf' untuk mempastikan para jentera supaya tidak leka.Bagus jugak.Bagi sesiapa yang pernah terlibat dengan 'intelligen' pasti arif hal ini.

Secara peribadi saya mengenali YDP Pas Kuala Krai,YB. Ust Abdul Latif.Beliau adalah juga Ketua Pemuda Pas Kelantan.Beliau senior saya ketika di bumi Urdun suatu ketika dulu.Beliau sudah pasti orang paling 'masyghul' selama tempoh kempen ini.Maaf Yb,ana tak dapat turun membantu kali ini.Ana yakin jentera Ustaz cukup berkebolehan dan mantap untuk lawan Umno.Bukan kita tak biasa lawan Umno.

Apa pun esok moga calon kita,Abe Uji diterima pencalonannya dan harap calon Umno ditolak pencalonannya.Minta sungguh-sungguh.

Kepada seluruh jentera kempen khususnya dari lumut,pastikan Pas menang,kalau tidak jangan pulang.

Sekian.Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan