Ahad, 17 April 2011

Pasca Pru Sarawak,nada Najib tiba-tiba berubah..

KUALA LUMPUR, 17 April — Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau “teruja” tetapi mahu mempertimbangkan segala faktor sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13 meskipun BN pimpinannya memperoleh kemenangan besar dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.

Pengerusi BN itu walaupun beliau teruja dengan keputusan malam tadi tetapi prestasi di bumi Kenyalang hanya membabitkan satu negeri iaitu Sarawak — yang selama ini dianggap sebagai ‘simpanan hayat’ BN.

BN menguasai negeri itu sejak pilihan raya negeri pertama pada 1969.

“Jadi dalam konteks itu kita lebih teruja, kagum dengan kemenangan ini namun ini baru pilihan raya peringkat negeri. Walaupun Sarawak itu besar tetapi ia masih lagi di peringkat negeri,” kata beliau dipetik media malam tadi.

Najib juga mahu keputusan semalam diterjemahkan dalam mengadakan pilihan raya umum ke-13 kelak.

Ketika bercakap kepada pemberita di PWTC selepas pengumuman keputusan rasmi penuh, Perdana Menteri berkata selain kejayaan di Sarawak, BN juga masih mempunyai keseluruhan Semenanjung dan Sabah yang perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Jadi, kita harus mengambil kira segala faktor itu sebelum membuat keputusan bila hendak mengadakan pilihan raya umum boleh dibuat,” kata beliau yang juga Presiden Umno.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 itu yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak, BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala Bebas.

Lima tahun lalu BN memperoleh 62 kerusi termasuk dua yang dimenangi tanpa saingan pada hari penamaan calon.

Najib ditanya sama ada keputusan pilihan raya negeri Sarawak kali ini akan dijadikan ukuran untuk memanggil pilihan raya umum tergempar walaupun mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Dalam satu temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Najib yang genap dua tahun menjadi perdana menteri memberitahu, beliau akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

Wujud spekulasi bahawa Najib kemungkinan mengadakan pilihan raya umum tahun ini termasuk desas-desus bahawa ia akan diadakan Jun atau Julai ini.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut Najib sebagai berkata BN juga menggunakan pengalaman di Sarawak ini sebagai satu medan ujian untuk menambah kemampuan serta persediaan, dan juga pengetahuan tentang apakah kaedah yang paling tepat mencapai kejayaan apabila sampai pada masanya untuk pilihan raya umum akan datang.

Katanya, di samping menghargai sokongan rakyat, BN juga harus menggunakan kesempatan ini untuk membuat analisis yang mendalam berdasarkan pencapaiannya, antaranya kejayaan di kebanyakan kawasan di mana majoriti BN bertambah, yakni di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

“Ini bererti mesej kita untuk pengundi di luar bandar sudah diterima dengan peningkatan sokongan, namun kegagalan kita di beberapa kerusi yang saya anggap sebagai kerusi-kerusi di bandar, menuntut BN untuk membuat kajian yang mendalam akan apa sebabnya supaya kita boleh gunakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi di bandar,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Najib berkata beliau percaya Taib akan mengotakan komitmen dan janji yang dibuatnya.

“Apa-apapun komitmen dan janji yang dibuat secara terbuka saya percaya Pehin Seri akan kotakan janji ini sebab itu telah dibuat sebagai satu komitmen, tapi kita akan tentukan kesesuaian masanya.

“Tapi yang penting sekarang ini adalah untuk menentukan perubahan yang tersusun dan terancang. Inilah yang kita ajukan kepada pengundi di Sarawak,” katanya.


-Malaysianinsider-

Isnin, 4 April 2011

3/4/11: Nur12@Mesyuarat Agung Dppkl ke-24 2011

Terima kasih kepada sahabat-sahabat pemuda kawasan Lumut kerana sekali lagi memberi peluang kpd ambo menjadi sebahagian daripada saf ajk Dewan Pemuda Pas Lumut untuk sesi 2011-2013.