Ahad, 30 Mei 2010

Selasa, 25 Mei 2010

Pemuda Pas cabar Perkasa debat isu judi bola

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berdebat secara terbuka mengenai isu lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Kerajaan Umno BN.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tajuk yang dicadangkan ialah ‘Kemungkaran Judi Bertambah Dalam Negara: Tanggungjawab Siapa?’.

Beliau berkata, DPPP bersiap sedia untuk berdebat dengan Perkasa dan menyerahkan kepada mereka untuk menentukan tempat dan tarikh asalkan tidak melibatkan tarikh muktamar PAS pada Jun ini.

"Saya cabar Perkasa untuk mengatur satu sesi debat perdana secara terbuka antara Perkasa dengan Dewan Pemuda PAS.

"DPPP bersedia di stadium mana, padang atau dewan mana. Tarikh, DPPP serahkan kepada Perkasa asalkan jangan jatuh pada hari PAS melangsungkan muktamar tahunannya pada 9 hingga 13 Jun ini," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Perkasa yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebelum ini mencabar DPPP mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun, DPPP berkata, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan.

DPPP, ujarnya terus konsisten membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini.

Sehubungan itu, DPPP akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi membantah tindakan itu.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Jumaat lepas, DPP setiap negeri mengadakan bantahan di negeri masing-masing selepas solat Jumaat sebagai protes terhadap kerajaan yang meluluskan judi bola sepak itu.

-harakahdaily-

Selasa, 18 Mei 2010

3 Julai demo bantah judi


KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini. Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

-harakahdaily-

Isnin, 17 Mei 2010

Demo protes judi ke Istana Negara

PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

“Selain itu juga, PAS turut menjemput semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu ini melibatkan semua kaum di Malaysia

“Kita sememangnya menolak kelulusan judi ini, walaupun dengan alasan sebagai membasmi perjudian haram,” katannya.

Katanya lagi, PAS juga menolak pandangan kerajaan bahawa judi hanya diharamkan kepada umat Islam dan rakyat bukan Islam dikorbankan supaya kerajaan boleh menghalalkan judi itu.

“Mereka yang bukan Islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini,” katanya.

Menurut Herman, tarikh perhimpunan itu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam tempoh yang terdekat.

Sehubungan itu juga, semua ahli PAS diminta bersiap sedia untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran berkenaan.Jumaat lalu, lebih 500 orang berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu dan juga penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu, menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

-malaysiakini-


Komen: bersedia..bersedia.
Imbang Penuh

Isnin, 10 Mei 2010

Sabtu, 8 Mei 2010

Bahang 'world cup' makin terasa

Kenangan di padang bola Al-Bayt U,Jordan. (1998)