Selasa, 2010 Februari 09

Nur12 berkabung 3 hari

Nur12 menerima keputusan mahkamah Persekutuan sebagaimana ianya.Tetapi Nur12 tidak dapat menyembunyikan kesedihan di atas penghakiman itu.Nyata ianya membelakangi semangat perlembagaan yang didokongi bersama.Lilitan hitam sebagai tanda perkabungan.Ini baru betul-betul berkabung.
Di depan kita sedang menunggu ialah mahkamah rakyat.Ayuh Zambry,jika anda punya harga diri,sahutlah seruan Nizar.Bertarung di mahkamah rakyat pula.

Isnin, 2010 Februari 08

Utusan berusaha satukan Pas-Umno

Setelah bermatian mereka mencuba melagakan DAP dan PKR,kini mereka berusaha pula 'menyatukan' PAS dan UMNO.Inilah kerja Utusan.Antara berita utama hari ini :
"Pas sedia kerjasama dengan UMNO"
KUCHING 7 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.
Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.
Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.
“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Pas negeri dan mendengar taklimat mengenai persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
Terdahulu, beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.
Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Osman Mustafa.
Abdul Hadi memberitahu, kerjasama antara Pas dan UMNO berlaku semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden pada ketika itu dan yang terbaru berhubung isu kalimah Allah yang beliau wakili sendiri.
Jelasnya, Pas akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.
“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan.
“Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” jelas beliau.
Komen: Esok pula DAP bercakaran dengan PAS.PAS bergaduh dengan PKR.Walhasil PR semakin kukuh.Padan muka Utusan.

Ahad, 2010 Februari 07

Nur12 bodyguard 3 orang besar

picture from sya reformis blog

Bukan senang mendekati orang-orang besar dan ternama.Sebelum ini hanya memerhati pengawal peribadi bertubuh sasa mengiring orang2 ternama.Kali ini giliran Nur12 pula,bukan berani sangat,tapi buat2 berani..hehe.

Sabtu, 2010 Februari 06

Bubar atau tidak?

Hari ini 6 Feb 2010,genap setahun BN merampas kuasa rakyat di negeri Perak.Setahun yang lalu pada tarikh yang sama,ditengah-tengah amarah rakyat Zambry di'tabal' sebagai MB kudeta di Istana Bukit Chandan,Kuala Kangsar sebagai melengkapkan agenda rampasan kuasa yang dikepalai Najib Tun Razak.Upacara ini yang sangat tidak bermaruah mendapat liputan secara langsung oleh media eloktronik dan juga cetak untuk disiarkan keseluruh negara.
Saddam Hussin,ketika mengarahkan bala tenteranya melanggar dan menakluk Kuwait suatu ketika dulu tidak membuat siaran langsung melalui tv dan radio. Tetapi rejim BN pimpinan Najib tergamak menyiarkan secara langsung rancangan kudeta mereka untuk ditonton seluruh pelusuk rakyat.Pada sudut ini mereka lebih teruk dari rejim Saddam Hussien.
Hari ini dan beberapa hari sebelum ini,Zambry dilihat agak sibuk mencanangkan diserata tempat akan kejayaannya mentadbir kerajaan haram selama setahun.Dibariskan satu persatu segala usaha dan keringatnya membangun negeri Perak ini.
Tidak sedarkah Zambry bahawa rakyat dibawah mencemuhnya?Kerajaan yang haram,maka segala apa yang diusahakannya adalah haram.Ini tanggapan rakyat.Belum pernah ada mana-mana kerajaan di Tanah Melayu ini dicemuh sebegitu rupa oleh rakyat.Kain rentang yang memaparkan gambar Zambry disimpah dengan cat.Belum pernah gambar mana-mana MB dibuat sebegitu rupa.Ketika melawat penduduk kampung Zambry dihalau oleh rakyat.Pun tidak pernah berlaku kepada mana-mana MB sebelum ini.
Ini semua terbit dari rasa amarah rakyat yang sudah tidak tertahan lagi.Tetapi Zambry dengan sikap tebal muka dan tak tahu malu mendabik dada mendakwa rakyat bersamanya.
Pada tanggal 9 Feb 2010,mahkamah Persekutuan akan memutuskan siapa pemilik kerajaan yang sah.Keputusan ini sangat ditunggu oleh rakyat.
Dato Seri Nizar,dalam setiap kenyataan yang dibuat tetap menyatakan walau apa pun keputusan mahkamah,bahawa penyelesaian sebenar kepada krisis di Perak ialah dengan membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat membuat pilihan semula kerajaan yang mereka kehendaki.
Terbaru ketika berucap dimajlis ceramah perdana Pakatan Rakyat sempena setahun rampasan kuasa pada malam tadi di Dewan Kutean,Ayer Tawar,beliau menegaskan jikalah takdirnya keputusan mahkamah menyebelahi Pakatan Rakyat,bahawa beliau dengan segera akan mengadap Paduka Seri Sultan bagi memohon untuk pembubaran Dun Perak.Kenyataan ini dipersetujui oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat dan inilah juga harapan seluruh rakyat negeri Perak.
Zambry berkali-kali menafikan pembubaran DUN.Dari kenyataanya ini memperlihatkan bahawa beliau dan rejimnya akan meneruskan kerajaan haram dan kudeta ini.
Dalam pada itu,mereka berterusan memainkan isu 'derhaka' dan 'boneka Dap'.Nizar dituduh derhaka kepada raja.Kerajaan Nizar didakwa sebagai boneka Dap.
Nizar mendedahkan ketika beliau melawat kampung-kampung ada segelintir yang termakan dengan tuduhan kotor rekaan para propaganda Umno ini.Salamnya tidak berbalas,alasannya kerana beliau penderhaka.Senyumnya pun tidak disambut,alasannya kerana boneka Dap.Dahsyat sungguh politik mereka (baca UBN).
Mereka menanamkan politik kebencian dikalangan rakyat yang tidak tahu apa-apa melainkan maklumat melalui akhbar-akhbar pencacai dan lidah-lidah pemfitnah.Segelintir rakyat terutama dari golongan 'saluran satu' telah berjaya diperkudakan dan dibohongi oleh puak-puak kudeta Perak.Malang sekali buat rakyat jika berterusan disumbat dengan cerita-cerita dan berita-berita yang tidak berpaksikan kebenaran.Tetapi bagi UBN,jika rakyat berterusan begini,ini boleh menguntungkan mereka.Masalah besar bagi UBN bila rakyat cerdik maklumat.

Rabu, 2010 Februari 03

Shit ke-2

Episod jijik musim kedua telah bermula.

Sama-sama kita tunggu kemunculan novel "Shit 2".

P/s: Moga Allah kurniakan kekuatan buat DSAI serta seisi keluarga demi mengharungi mehnah dan fitnah ini.

Isu royalti: Ku Li jawab Umno

"Saya hadir atas jemputan NGO, mahu tunai amanah Tun Razak: Ku Li"

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan Pas.
Malah, beliau menegaskan kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.
"Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong Pas...tidak...saya ahli Umno.
"Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan.
"Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama dalam temubual khas berhubung isu royalti minyak Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata, pada zaman pemerintahannya, Tun Abdul Razak sememangnya mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur untuk membangunkan Kelantan, Terengganu dan Pahang selain di Sabah dan Sarawak.
Katanya, formula pemberian lima peratus daripada hasil minyak kepada negeri-negeri berkaitan, adalah hasil rundingan dengan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Yaakob, yang pada masa itu, mendakwa Kerajaan Pusat tidak ada hak ke atas minyak di Sarawak.
"Tun Razak seronok sangat kerana Pantai Timur boleh dapat faedah walaupun tidak nampak tanda-tanda ada minyak, tapi tahu sekurang-kurangnya di pesisir (offshore).
"Sebab itu kita buat Akta Kemajuan Petroleum itu, menyatakan bahawa kalau jumpa minyak di pesisir di mana-mana negeri, maka negeri itu akan mendapat lima peratus sekiranya negeri-negeri itu meletak hak seluruh hasil minyak kepada Petronas. Jadi, jelas, tidak ada apa yang hendak dipertikaikan," katanya.
Tengku Razaleigh berharap Petronas menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan tidak berdolak-dalik berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.
"Saya bukan hendak paksa Petronas atau Kerajaan Pusat bayar kepada kerajaan negeri (Kelantan) tapi ini mereka (Petronas) sendirilah kena mengikut perjanjian itu.
"Dia (Petronas) telah menerima amanah ini dan tidak boleh hendak berdolak dalik dan kena menasihat kerajaan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan. Kalau tidak, apa ertinya ada perjanjian antara negeri-negeri dan apa ertinya persekutuan," katanya.
Menjawab dakwaan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah daripada apa yang dikatakannya 10 tahun lalu mengenai isu yang sama, Tengku Razaleigh berkata: "Saya tidak pernah kata itu, takkan saya nak bercakap bercanggah dengan apa yang saya buat. Saya tidak nyanyuk lagi."
Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan berucap pada malam ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Mohamad IV di sini Khamis lalu. Antara intipati ceramah beliau, menyebut mengenai Kelantan layak untuk menerima royalti minyak, iaitu bercanggah daripada keputusan kerajaan berhubung isu terbabit.
-Bernama-

Selasa, 2010 Februari 02

Korban 1Malaysia

Bernama melaporkan,

"Datuk Nasir Safar akan lepas jawatan Pegawai Khas PM"

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini, berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri."
"Datuk Nasir tidak ada niat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menghina. Beliau bercakap secara panjang lebar mengenai sumbangan oleh semua kaum dalam membangunkan negara.
"Oleh yang demikian, Nasir memohon maaf jika kenyataannya itu telah menyinggung mana-mana pihak. "Sehubungan ini, Datuk Nasir akan meletakkan jawatannya," menurut kenyataan tiga perenggan itu.
-Bernama-
Komen: Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.
Ramai orang percaya bulan Safar bulan bala.Tetapi saya tidak percaya demikian.Padah yang menimpa Dato Nasir Safar bukan kerna bulan Safar.Tapi kerna 1Malaysia.Jika tiada 1Malaysia,Dato Nasir selamat dan boleh bercakap apa saja.

Ahad, 2010 Januari 31

Nur12@HEMPAP




Sabtu, 2010 Januari 30

Ku Li nak diambil tindakan?

"MT teliti ucapan Tengku Razaleigh"

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mendapatkan laporan ucapan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Kelantan, kelmarin berhubung persetujuannya mempengerusikan kaukus Petroluem yang dicadangkan pembangkang.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata laporan rakaman perlu diteliti sebelum sebarang tindakan diambil terhadap bekas Menteri Kewangan itu.
"Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Kuli (Tengku Razaleigh)... bagi tempoh untuk dapatkan laporan ucapannya dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Menara Dato' Onn di sini, semalam.
Najib diminta mengulas kesediaan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pembangkang.
Persetujuan itu dinyatakan Tengku Razaleigh kepada pemberita selepas majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, di Kota Bharu, malam kelmarin.
-BH Online-
Komen: Yakin dengan Ku Li.

Rabu, 2010 Januari 27

Pidato Royalti


Ahad, 2010 Januari 10

DS Nizar berceramah 'live' dari wad hospital


Malam semalam DS Nizar dijadualkan berceramah di markaz Pas Pasir Panjang bersama-sama dengan Ybhg Tn Hj Mohamad Sabu dan YB Sivanesan (Adun Sungkai).Namun akibat kemalangan yang menimpanya tiga hari lepas beliau tidak dapat hadir ke program tersebut.

Rata-rata para hadirin boleh memahami mengapa ketiadaan DS Nizar dalam ceramah tersebut.Beliau masih ditahan di wad hospital Ipoh.

Namun bagi tidak menghampakan para hadirin,pihak penganjur berusaha juga sedaya upaya untuk menghadirkan DS Nizar ke pentas ceramah semalam.

Rata-rata para hadirin kelihatan teruja apabila mendengar suara pemimpin yang mereka sayangi terbit keluar melalui corong pembesar suara yang dipasang dipenjuru tempat ceramah.

Dalam pada itu,walau pun sedang terbaring di katil wad,dalam ucapan ringkas DS Nizar sempat menceritakan detik-detik cemas yang dilalui apabila kereta yang dipandunya terbabas kerana beliau sebenarnya cuba untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar berlaku.Ceritanya lagi dia telah diberi penghormatan untuk mengimamkan solat jumaat sehari selepas kejadian di masjid berdekatan hospital Ipoh.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala dan beliau memberi harapan bahawa beliau akan keluar wad dalam masa terdekat bagi membolehkannya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Sementera itu setiausaha politik DS NIzar,Ustaz Misbahul Munir yang turut berceramah dalam program semalam menasihatkan rakyat supaya tidak bimbangkan kesihatan DS Nizar kerana menurutnya DS Nizar hanya mengalami keceraan kecil sahaja iaitu luka dibahagian siku tangannya.Jelas Ustaz Misbah,DS Nizar masih ditahan di wad kerana mengalami tekanan darah yang agak tinggi akibat kemalangan yang dihadapinya beberapa hari lalu.

Ceramah semalam dihadiri hampir dua ribu hadirin dari sekitar Dun Pasir Panjang.

Jumaat, 2010 Januari 08

perhimpunan aman

Kebanyakkan portal berita internet lewat petang ni melaporkan himpunan kononnya membantah penggunaan kalimah Allah oleh gereja Herald yang dianjurkan pihak-pihak tertentu hari ini berjalan dengan aman.

Tiada peluru asap,tiada semburan air gatal.

Mereka berhimpun di masjid-masjid tertentu di ibu kota dan dibeberapa buah ibu negeri yang lain.Antara yang terlibat menganjurkan perhimpunan hari ini pertubuhan seperti Perkasa (Ibrahim Ali),Pekida,Abim,Pkpim dan lain-lain.Walau pun mereka dengan puak masing-masing berhimpun dilain-lain tempat,tetapi berhimpun juga.

Saya hanya mahu sahkan bahawa perhimpunan yang dianjurkan hari ini ,sama ada berpermit atau tiada permit kesemuanya berlansung secara aman,dari awal hingga akhirnya.

Sebab utamanya kerana perhimpunan hari ini tidak diganggu polis simpanan persekutuan atau singkatan famousnya FRU atau saya biasa mengelarkan mereka 'soldadu kepala merah otak loceng'.

Jika ada 'menatang' jenis ini,memang tak aman.Tak akan aman.Sampai bila pun tak aman.

NGO's buat himpunan seperti Bersih,Mansuh PPSMI,Mansuh ISA tak berhimpun lagi tapi dah kata perhimpunan haram,boleh cetuskan keganasan,boleh huru-hara,ganggu peniaga,ganggu lalu lintas bla bla bla...

Kesimpulannya,himpunan boleh dibuat di mana-mana pun dan himpunan akan aman dengan syarat ianya tidak disertai polis simpanan persekutuan.Jika tidak,maka tak aman lah himpunan itu.

P/s: Polis trafik tidak termasuk dalam kategori penyebab perhimpunan jadi tak aman.Polis trafik baik,mereka hanya kawal urusan lalu-lintas.

Mahfuz bimbang pengeboman gereja isyarat Operasi Lalang ke-2

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi melahirkan rasa bimbang sekiranya pengeboman Gereja Metro Tabelnacle serta tiga yang lain malam tadi merupakan isyarat awal pada berlakunya ‘Operasi Lalang’ yang kedua.

“Operasi Lalang suatu ketika dulu menyaksikan sentimen Melayu begitu kuat sehingga ada pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersenjata ke Kuala Lumpur untuk membunuh orang-orang Cina,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

“Perhimpunan tersebut akhirnya tidak berlaku, tetapi beberapa pemimpin pembangkang pula ada (yang) ditangkap (oleh Kerajaan) atas nama menjaga keselamatan negara.

“(sedangkan) pemimpin- pemimpin tertentu dalam Umno (dan) BN yang menjadi punca tercetusnya (Operasi Lalang) itu selamat (tidak ditangkap) dan lari (keluar negara)...sebab itu saya bimbang kalau-kalau ini isyarat berlaku (Operasi Lalang) yang kedua,” terang Mahfuz.

Menganggap Operasi Lalang sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu pada 1987 yang lalu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada ‘tangan ghaib’ yang sengaja mengobom Geraja Metro Tabelnacle, Kuala Lumpur 12 jam yang lalu demi mencetuskan suasana tidak tenteram.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyeru umat Islam supaya lebih berhati-hati dengan provokasi ‘tangan ghaib’ tersebut.

“Kita (PAS) tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak kira orang Islam atau bukan (Islam) (supaya) lebih berhati-hati kalau ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sengaja mencetuskan provokasi (berkaitan) isu ini untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut meragui keikhlasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membiarkan media massa arus perdana mendidik emosi rakyat secara tidak sihat.

“Saya begitu meragui apabilan KDN tidakpun mengenakan tindakan yang tegas ke atas beberapa media arus perdana yang saya lihat seolah-olah mereka ini melaporkan isu ini (guna nama Allah) dalam rupa yang cukup negatif sehingga membawa suatu suasana saling membenci dan berprasangka antara satu sama lain,” jelasnya.

Sebelum ini, beliau turut menyalahkan kerajaan dan mahkamah kerana tidak mempercepat perbicaraan kes tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Salahuddin Ayub turut mengutuk tindakan mengebom geraja tersebut kerana tidak menepati syariat Islam.

Bagi beliau, ‘Wacana Ilmiah’ sebagaimana yang ditunjukkan oleh para Anbiya’, Sahabat kepada Rasulullah s.a.w serta cendekiawan Islam terdahulu merupakan pendekatan sewajarnya untuk mendepani budaya orang bukan Islam berminat menggunakan Allah dalam keagamaan mereka.

-harakahdaily-

Komen: Jangan pelik jika esok masjid pula yang dibakar.Permainan kotor 'gerombolan juhala' telah bermula.Semua pihak perlu berhati-hati.

Jumaat, 2010 Januari 01

Takziah buat seluruh keluarga Tok Mat


Tok Mat 'Mr Propaganda' Terbaik, Kata Bekas Setiausaha Akhbar

"Sebagai "Mr Propaganda", Allahyarham bekerja seorang. Beliau ialah 'oneman team' dan selesa begitu", katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zukri berkata ketika menyandang jawatan Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 dan dari 1987 hingga 1999, Allahyarham banyak menjulang nama baik kerajaan dan parti.

Bagi Zukri, dalam banyak-banyak gelaran yang diberikan kenalan dan orang ramai kepada Allahyarham seperti Tok Mat, Mat Bulat dan sebagainya, paling istimewa dan yang turut menyentuh Allahyarham ialah "Mat Umno", panggilan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham banyak menjalankan kempen yang berjaya seperti "Setia Bersama Rakyat (Semarak) dan kempen MESRA yang melonjakkan nama Dr Mahathir dan kerajaan BN, malah berbakat menulis beberapa lagu patriotik seperti "SETIA" dan "Sejahtera Malaysia".

-Mstar-

cerita di tahun baru

lembu naik kereta..kesian

ada apa dalam sampah?jika mahu tahu tanya pengutip sampah DBKL.(gambar ini dirakam di ibu kota beberapa jam selepas sambutan tahun baru selesai)

*kedua-dua gambar ini dicilok dari BH Online & Utusan Online 01-01-10