Selasa, 30 Jun 2009

Tok Guru Nik Aziz jelaskan Pas dan Umno jauh bezanya

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya.

-harakahdaily-

Isnin, 29 Jun 2009

TGNA mengorak langkah untuk 'PAS ganti UMNO'.

2 hari lepas TGNA umum kepada media bahawa beliau sedang mengutus sepucuk surat kepada PM Najib ajak berdebat dan berhujjah.

Umum mengetahui Umno bukan penggemar debat.Kalau adapun saja nak tunjuk berani tapi akhirnya kantoi.Contohnya Menteri Ahmad Shebery Chik.Sebelum debat dengan DSAI cakap berdegar-degar sehingga kata nak letak jawatan menteri jika kalah debat.Ternyata Shebery kalah tapi jawatan tak letak juga.Syok sendiri mengaku dia yang menang.Kita pun tak kata DSAI yang menang.Tapi hujjah kebenaranlah yang menang.

Inilah yang dikatakan hujjah kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Maka atas dasar inilah saya merasakan TGNA mengajak Najib debat.

TGNA sebagaimana yang diberitahu anaknya Ust Nik Abduh bahawa beliau hidup dengan hujjah.Beliau suka mendengar hujjah.TGNA amat tidak suka 'borak kosong' bahkah dibencinya.Sebab itulah TGNA selalunya kelihatan diam walau bersama khalayak.Tapi di medan berhujjah walau di mana pun TGNA begitu petah sekali.

Bekas PM Mahathir dalam reaksinya ketika ditanya berkenaan isu terbaru ini berkata Najib tidak perlu layan Nik Aziz,tiada faedah,buang masa dan hiburan semata-mata.

Penulis tidak hairan dengan bekas PM ini jika benar beliau berkata demikian.Beliau tidak gemar berhujjah.Sebab itulah zaman dia jadi PM tiada pentas untuk rakyat berhujjah.Hanya dia seorang yang berhujjah.Atau lebih tepat lagi beliau mahu orang lain mendengar hujjahnya dan beliau tidak mahu mendengar hujjah orang lain.

Ada seorang lagi bekas PM Paklah Badwi pun turut respon isu debat ini.Yang ini lunak sikit bunyinya.Katanya daripada berdebat elok berbincang.Patutlah di zaman dia jadi PMlah ada perbincangan 'sulit' antara PAS-UMNO.Di zaman dia jugalah dibuka pentas untuk rakyat berhujjah.Walaupun tidak beliau sendiri yang berhujjah tapi diarahkan kuncu-kuncunya untuk berhujjah dengan 'wakil rakyat'.Menantunya pun jenis suka berhujjah.Sebab itulah menantunya boleh datang berhujjah walaupun di Kota Bharu.Disebabkan polisi inilah rakyat mula sedar dan tahu membuat perbandingan yang mana benar dan yang mana salah bila kedua-dua hujjah boleh didengar dan diteliti.

Bagaimana dengan PM terkini?Beliau belum bersuara.Tapi beliau pun seorang yang petah.Jarang tersasul.Maknanya ada kemampuan untuk berhujjah.Saya tidak mahu mengulas sebelum beliau buat keputusan.

TGNA sudah bersedia.Jika tidak bersedia mana mungkin diajak Najib debat.Lebih-lebih lagi debat dikhalayak.Yang nak didebatkan bukan calang-calang isu.Ianya isu yang besar.Isu hidup dan mati kedua-dua parti.Pas parti Islam.Umno pun mengaku kata parti Islam juga.

Tapi dalam pada Umno mengaku parti Islam,mengapa TGNA kata Umno bukan parti Islam?Bahkah TGNA kata umno seperti komunis dan 'ayah pin'.Ini tuduhan yang berat.Tidakkah Najib selaku ketua parti Umno teringin nak menjawab hujjah dengan TGNA.Jika Najib yakin partinya tidak sebagaimana yang dituduh TGNA beliau perlu berhujjah dengan TGNA.

TGNA pernah berkata,jika Umno boleh yakinkan beliau bahawa Umno Parti Islam maka tiada sebab adanya PAS.Pas akan bubar dan seluruh ahli Pas wajib masuk Umno.Waktu itu haram adanya Pas.

Bagi penulis inilah masa terbaik untuk Najib berhujjah dengan TGNA.Tanggungjawabnya mudah saja iaitu berikan keyakinan dan buktikan kepada TGNA bahawa Umno parti Islam.Penulis yakin TGNA bukan bebal orangnya.Beliau seorang yang terbuka dan senang berbicara jika hujjah itu selari dengan Qur'an dan Sunnah.Mudah saja kan?

Bagi penulis lagi inilah 'jalan pintas' terbaik untuk sama-sama kita melihat perpaduan antara Pas dan Umno.Jika ini berlaku bukan sahaja kerajaan perpaduan boleh wujud bahkan lebih daripada itu lagi boleh wujud.



Ahad, 21 Jun 2009

Ziarah Masjid Cina

Pekan Rantau Panjang
Sabtu, 13 Jun 2009.





Ini bukan di China,bukan juga tokong Cina.Tapi ini sebuah masjid di Rantau Panjang,Kelantan.
Masjid diilhamkan sendiri pembinaannya oleh YAB.TG Nik Aziz Nik Mat dan bakal diberi nama Masjid Tuanku Ismail Petra,sempena nama Al-Sultan pemerintah negeri Kelantan Darul Naim.

Penulis sempat ziarah ke masjid ini ketika pulang bercuti sempena cuti sekolah minggu lepas.Hampir 90% siap dan dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya penghujung tahun ini.

Hampir 100% komponen binaannya dalam dan luar berdasarkan seni bina dan rekabentuk kebudayaan Cina.Masjid ini dibina hasil sumbangan ikhlas orang ramai,sumbangan dari kerajaan negeri dan badan-badan bukan kerajaan.

Semoga masjid yang tersergam indah ini bakal menjadi satu lagi syiar agama Islam dan boleh berfungsi sebagai sebuah masjid yang sebenarnya.

Selasa, 16 Jun 2009

Hari Jumaat di Kota Bharu











*semua gambar di atas di rakam pada Jumaat 12 Jun 2009,Dataran Ilmu,Kota Bharu.
8.00am-10.30am.

Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.
Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.
Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?
Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.
Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.
Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.
Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.
Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.
Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.
Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com

Ahad, 7 Jun 2009

Buat yang terpilih

Muktamar Pas yang bermula pada 5 Jun akan melabuhkan tirai lewat petang ini.Seperti kebiasaannya pada setiap kali muktamar yang ada pemilihan pucuk pimpinan ianya akan mendapat tunpuan dan perhatian yang lebih sedikit dari muktamar biasa.
Cuma kali ini dari pemerhatian penulis tumpuannya lagi hebat dari seluruh politikus seluruh negara.Ini kerana berlakunya pemilihan pada jawatan kedua tertinggi parti,timbalan presiden.
Pas bukan tak pernah berlaku pertandingan peringkat timbalan presiden.Sebelum ini telah dua kali berlaku pemilihan bahkan sudah lebih dari dua kali.
Kalau ditanya kenapa pemilihan kali ini hangat sedikit,semua tahu menjawabnya.
Bagi penulis hangat lah nak hangat pun,panaslah nak panas pun apa yang penting kerjasama dan ukhuwwah.Setakat ini penulis melihat semangat kerjasama dan ukhuwwah masih belum luntur dan pudar.Inilah yang termustahak perlu kita jaga.
Pemilihan kali ini agak lain.Sebab itu ia mendapat tumpuan lebih dari biasa.
Lainnya kerana penulis melihat semua calon-calon yang bertanding memiliki auranya tersendiri.Siapa tak kenal Abang Mat Sabu dengan ceramahnya yang sentiasa memukau ribuan hadirin.Siapa tak kenal tokoh seperti Dato Husam yang juga petah berhujah sehingga Menteri Zahid Hamidi dua kali 'miss' debat dengannya.Dan siapa tidak kenal Ust Nasruddin Mat Isa yang telah dua kali menang jawatan timbalan presiden.
Bagi penulis kesemua mereka sebenarnya ada peluang cerah masa hadapan.Merekalah pemimpin masa depan.
Sebagai ahli Pas penulis berhak untuk melontarkan apa-apa pandangan,cadangan dan kritikan dan mungkin juga luahan atau keluhan.
Di sini penulis hanya ingin titipkan satu perkara sahaja.
Iaitu,walau siapa pun presiden,walau siapa pun timbalan presiden,walau siapa pun naib-naib presiden dan walau siapa pun yang terpilih sebagai jawatan kuasa kerja Pas Pusat,ingatlah akan amanah yang anda semua pikul.
Saya memberi cadangan kepada yang baru terpilih belajarlah dengan yang telah lama terpilih atau mereka yang berpengalaman dalam parti.Dan yang terpenting sekali buat yang baru terpilih bacalah buku bidang tugas masing-masing yang telah digariskan oleh parti sebagai panduan melaksanakan amanah yang berat ini.
Begitu juga kepada yang sudah lama berada dalam parti.Lihatlah kembali gerak kerja yang telah kita usahakan.Apakah ada kesannya atau perkara sebaliknya berlaku?
Memahami bidang tugas adalah perkara yang teramat penting sekali bagi yang berjawatan.Tanpa memahami bidang tugas sudah tentu segala gerak kerja entah ke mana.Tiada kesan.Bak kata Ydp Pas Lumut kerja tanpa mengetahui skop kerja ataupun bidang tugas pasti akan berlaku pertembungan seperti kereta bertembung di jalan raya.Apabila kereta bertembung rosaklah kereta.Apabila pekerja parti bertembung 'di tengah jalan' rosaklah parti.
Prinsip penulis biar individu itu yang rosak bukan parti yang rosak.
Penulis cukup tersentuh dengan beberapa perwakilan ketika dalam perbahasan yang menyarankan setiap ahli Pas agar mencontohi dan meneladani Tuan Guru Nik Aziz,Al-Mursyidul Am Pas.
Sebagai manusia kita kadang-kadang lupa,bahkan alpa.
Tok guru Nik Aziz masih di depan mata kita.Dia masih bersama kita.Penulis masih ingat semasa belajar dulu seorang pensyarah ada mengatakan seseorang ulama'/tok guru kebiasaannya dia akan 'hidup' selepas dia mati.Bagaimana ini boleh terjadi?Kerana biasanya selepas kematian seseorang ulama' maka ramailah murid-muridnya akan mencungkil dan membongkar segala ilmu dan 'rahsia' ulama' itu.Ada yang diterjemahkan dalam bentuk buku,teater dan juga cerita di layar.Semua akan mengkisahkan perihal tok guru itu bermula dari cerita semasa lahirnya sehinggalah ke akhir hayatnya.Ramai juga yang sebelum itu hanya mendengar cerita tok guru dari jauh tetapi selepas ketiadaan tok guru itu berbondong-bondong ingin mengetahui rahsia kehebatan tok guru itu.
Apa kata rutin ini kita ubah.Faham betul-betul maksud penulis.Penulis bukan bermaksud untuk mengubah atau melarang sesiapa yang ingin membukukan riwayat hidup tok guru selepas ketiadaannya.Bukan ini maksud penulis.
Yang penulis maksudkan ialah sementara tok guru masih ada,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi,marilah kita sama-sama bongkar riwayat hidup mereka,teliti sejarah mereka,cungkil rahsia-rahsia kehebatan mereka dan sebagainya.Penulis merasakan dengan cara ini kita akan mendapat maklumat yang 100% tepat berbanding apabila rahsia mereka dicungkil selepas ketiadaan mereka.
Bagi penulis kedua-dua tok guru ini adalah 'qudwah mutaharrikah' bagi setiap ahli Pas.Mereka hidup berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis.Tiada siapa pun yang mempertikaikan keikhlasan mereka.Terpancar diwajah mereka berdua 'atharis sujud' yang tulus dan luhur.Mereka terlalu sayangkan perjuangan ini,mereka teramat cintakan kepada parti.Sedetik pun mereka tidak pernah tergelincir dari landasan jihad ini.Inilah rahsia yang perlu kita cungkil sekarang ini sementara mereka masih bersama kita.
Jika keseorangan penulis akui tidak mampu untuk mencungkil apa yang tersebut tadi.Tapi biarlah setiap orang ada usaha ke arah itu.Penulis juga akui jika pun kita tidak mampu untuk mengikuti jejak langkah pentarbiayah diri mereka sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tempiasnya terkena kepada kita semua.Penulis yakin generasi akan datang yang tidak sempat sezaman dengan kedua-dua tok guru ini akan bertanya kepada generasi yang sempat bersama dengan mereka berdua,iaitu kita semua inilah.Apa akan kita jawab kepada mereka nanti jika kita alpa pada hari ini.Peringatan ini penulis tujukan buat diri penulis yang terutamanya.

Khamis, 4 Jun 2009

MUKTAMAR DPPP KE-50


ASSALAMUALAIKUM,


DI SINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN DEWAN PEMUDA PAS.


PELUANG BERMUKTAMAR ADALAH PELUANG BERMUHASABAH DAN MERANCANG PENDEKATAN UNTUK MASA HADAPAN.


SAYA YAKIN PARA PERWAKILAN DPPP MATANG SEMATANGNYA UNTUK MELIHAT SURVIVAL DAN KEUTUHAN JAMAAH ISLAM TERCINTA INI BAGI MENEMPUH CABARAN MENDATANG.


KEMULIAAN TIDAK SEMESTINYA MELALUI PUJIAN ATAU KURNIAAN.KADANG-KADANG KEMULIAAN DATANG MELALUI MEHNAH DAN TRIBULASI.PAS TIDAK SUNYI DARI MEHNAH DAN UJIAN.TAPI JIKA DENGAN ITULAH ALLAH MULIAKAN PAS,KITA PAKAT-PAKAT REDA DENGAN TAKDIR ALLAH.


SEKIAN,


SELAMAT BERMUKTAMAR.


Selasa, 2 Jun 2009

Selamat Pengantin Baru

Kelmarin 1.6.2009,bertempat di Kg. Sena Rendang,Jalan Paya Resak,Marang,Terengganu telah berlangsung majlis akad nikah bagi pasangan Mohd Khairil Amirul dan Radhuhariah.
Rombongan pengantin lelaki bertolak dari Kg. Kubang Badak,Pasir Mas jam 9 pagi dan tiba di kg. tersebut jam 12 tengahari.
Majlis akad nikah berlangsung jam 3 petang.
Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai.Moga bahagia hingga ke akhir hayat.Tidak lupa juga kepada pasangan Asyraf dan Nor Syazwani yang juga telah melangsungkan majlis perkahwinan 2 hari sebelum ini.Asyraf adalah abang kepada Khairul Amin.
Tahniah juga kepada Makcik Ani dan Pakcik Pa kerana dapat dua menantu dalam masa dua hari.
Majlis kenduri sempena perkahwinan Amin-Radhu akan diadakan pada 5.6.2009 bertempat di rumah pengantin perempuan.Sementara acara menyambut menantu di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.



















*Asyraf dan Khairul Amin adalah sepupu kepada penulis.