Isnin, 29 Jun 2009

TGNA mengorak langkah untuk 'PAS ganti UMNO'.

2 hari lepas TGNA umum kepada media bahawa beliau sedang mengutus sepucuk surat kepada PM Najib ajak berdebat dan berhujjah.

Umum mengetahui Umno bukan penggemar debat.Kalau adapun saja nak tunjuk berani tapi akhirnya kantoi.Contohnya Menteri Ahmad Shebery Chik.Sebelum debat dengan DSAI cakap berdegar-degar sehingga kata nak letak jawatan menteri jika kalah debat.Ternyata Shebery kalah tapi jawatan tak letak juga.Syok sendiri mengaku dia yang menang.Kita pun tak kata DSAI yang menang.Tapi hujjah kebenaranlah yang menang.

Inilah yang dikatakan hujjah kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Maka atas dasar inilah saya merasakan TGNA mengajak Najib debat.

TGNA sebagaimana yang diberitahu anaknya Ust Nik Abduh bahawa beliau hidup dengan hujjah.Beliau suka mendengar hujjah.TGNA amat tidak suka 'borak kosong' bahkah dibencinya.Sebab itulah TGNA selalunya kelihatan diam walau bersama khalayak.Tapi di medan berhujjah walau di mana pun TGNA begitu petah sekali.

Bekas PM Mahathir dalam reaksinya ketika ditanya berkenaan isu terbaru ini berkata Najib tidak perlu layan Nik Aziz,tiada faedah,buang masa dan hiburan semata-mata.

Penulis tidak hairan dengan bekas PM ini jika benar beliau berkata demikian.Beliau tidak gemar berhujjah.Sebab itulah zaman dia jadi PM tiada pentas untuk rakyat berhujjah.Hanya dia seorang yang berhujjah.Atau lebih tepat lagi beliau mahu orang lain mendengar hujjahnya dan beliau tidak mahu mendengar hujjah orang lain.

Ada seorang lagi bekas PM Paklah Badwi pun turut respon isu debat ini.Yang ini lunak sikit bunyinya.Katanya daripada berdebat elok berbincang.Patutlah di zaman dia jadi PMlah ada perbincangan 'sulit' antara PAS-UMNO.Di zaman dia jugalah dibuka pentas untuk rakyat berhujjah.Walaupun tidak beliau sendiri yang berhujjah tapi diarahkan kuncu-kuncunya untuk berhujjah dengan 'wakil rakyat'.Menantunya pun jenis suka berhujjah.Sebab itulah menantunya boleh datang berhujjah walaupun di Kota Bharu.Disebabkan polisi inilah rakyat mula sedar dan tahu membuat perbandingan yang mana benar dan yang mana salah bila kedua-dua hujjah boleh didengar dan diteliti.

Bagaimana dengan PM terkini?Beliau belum bersuara.Tapi beliau pun seorang yang petah.Jarang tersasul.Maknanya ada kemampuan untuk berhujjah.Saya tidak mahu mengulas sebelum beliau buat keputusan.

TGNA sudah bersedia.Jika tidak bersedia mana mungkin diajak Najib debat.Lebih-lebih lagi debat dikhalayak.Yang nak didebatkan bukan calang-calang isu.Ianya isu yang besar.Isu hidup dan mati kedua-dua parti.Pas parti Islam.Umno pun mengaku kata parti Islam juga.

Tapi dalam pada Umno mengaku parti Islam,mengapa TGNA kata Umno bukan parti Islam?Bahkah TGNA kata umno seperti komunis dan 'ayah pin'.Ini tuduhan yang berat.Tidakkah Najib selaku ketua parti Umno teringin nak menjawab hujjah dengan TGNA.Jika Najib yakin partinya tidak sebagaimana yang dituduh TGNA beliau perlu berhujjah dengan TGNA.

TGNA pernah berkata,jika Umno boleh yakinkan beliau bahawa Umno Parti Islam maka tiada sebab adanya PAS.Pas akan bubar dan seluruh ahli Pas wajib masuk Umno.Waktu itu haram adanya Pas.

Bagi penulis inilah masa terbaik untuk Najib berhujjah dengan TGNA.Tanggungjawabnya mudah saja iaitu berikan keyakinan dan buktikan kepada TGNA bahawa Umno parti Islam.Penulis yakin TGNA bukan bebal orangnya.Beliau seorang yang terbuka dan senang berbicara jika hujjah itu selari dengan Qur'an dan Sunnah.Mudah saja kan?

Bagi penulis lagi inilah 'jalan pintas' terbaik untuk sama-sama kita melihat perpaduan antara Pas dan Umno.Jika ini berlaku bukan sahaja kerajaan perpaduan boleh wujud bahkan lebih daripada itu lagi boleh wujud.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan