Muktamar Pas yang bermula pada 5 Jun akan melabuhkan tirai lewat petang ini.Seperti kebiasaannya pada setiap kali muktamar yang ada pemilihan pucuk pimpinan ianya akan mendapat tunpuan dan perhatian yang lebih sedikit dari muktamar biasa.
Cuma kali ini dari pemerhatian penulis tumpuannya lagi hebat dari seluruh politikus seluruh negara.Ini kerana berlakunya pemilihan pada jawatan kedua tertinggi parti,timbalan presiden.
Pas bukan tak pernah berlaku pertandingan peringkat timbalan presiden.Sebelum ini telah dua kali berlaku pemilihan bahkan sudah lebih dari dua kali.
Kalau ditanya kenapa pemilihan kali ini hangat sedikit,semua tahu menjawabnya.
Bagi penulis hangat lah nak hangat pun,panaslah nak panas pun apa yang penting kerjasama dan ukhuwwah.Setakat ini penulis melihat semangat kerjasama dan ukhuwwah masih belum luntur dan pudar.Inilah yang termustahak perlu kita jaga.
Pemilihan kali ini agak lain.Sebab itu ia mendapat tumpuan lebih dari biasa.
Lainnya kerana penulis melihat semua calon-calon yang bertanding memiliki auranya tersendiri.Siapa tak kenal Abang Mat Sabu dengan ceramahnya yang sentiasa memukau ribuan hadirin.Siapa tak kenal tokoh seperti Dato Husam yang juga petah berhujah sehingga Menteri Zahid Hamidi dua kali 'miss' debat dengannya.Dan siapa tidak kenal Ust Nasruddin Mat Isa yang telah dua kali menang jawatan timbalan presiden.
Bagi penulis kesemua mereka sebenarnya ada peluang cerah masa hadapan.Merekalah pemimpin masa depan.
Sebagai ahli Pas penulis berhak untuk melontarkan apa-apa pandangan,cadangan dan kritikan dan mungkin juga luahan atau keluhan.
Di sini penulis hanya ingin titipkan satu perkara sahaja.
Iaitu,walau siapa pun presiden,walau siapa pun timbalan presiden,walau siapa pun naib-naib presiden dan walau siapa pun yang terpilih sebagai jawatan kuasa kerja Pas Pusat,ingatlah akan amanah yang anda semua pikul.
Saya memberi cadangan kepada yang baru terpilih belajarlah dengan yang telah lama terpilih atau mereka yang berpengalaman dalam parti.Dan yang terpenting sekali buat yang baru terpilih bacalah buku bidang tugas masing-masing yang telah digariskan oleh parti sebagai panduan melaksanakan amanah yang berat ini.
Begitu juga kepada yang sudah lama berada dalam parti.Lihatlah kembali gerak kerja yang telah kita usahakan.Apakah ada kesannya atau perkara sebaliknya berlaku?
Memahami bidang tugas adalah perkara yang teramat penting sekali bagi yang berjawatan.Tanpa memahami bidang tugas sudah tentu segala gerak kerja entah ke mana.Tiada kesan.Bak kata Ydp Pas Lumut kerja tanpa mengetahui skop kerja ataupun bidang tugas pasti akan berlaku pertembungan seperti kereta bertembung di jalan raya.Apabila kereta bertembung rosaklah kereta.Apabila pekerja parti bertembung 'di tengah jalan' rosaklah parti.
Prinsip penulis biar individu itu yang rosak bukan parti yang rosak.
Penulis cukup tersentuh dengan beberapa perwakilan ketika dalam perbahasan yang menyarankan setiap ahli Pas agar mencontohi dan meneladani Tuan Guru Nik Aziz,Al-Mursyidul Am Pas.
Sebagai manusia kita kadang-kadang lupa,bahkan alpa.
Tok guru Nik Aziz masih di depan mata kita.Dia masih bersama kita.Penulis masih ingat semasa belajar dulu seorang pensyarah ada mengatakan seseorang ulama'/tok guru kebiasaannya dia akan 'hidup' selepas dia mati.Bagaimana ini boleh terjadi?Kerana biasanya selepas kematian seseorang ulama' maka ramailah murid-muridnya akan mencungkil dan membongkar segala ilmu dan 'rahsia' ulama' itu.Ada yang diterjemahkan dalam bentuk buku,teater dan juga cerita di layar.Semua akan mengkisahkan perihal tok guru itu bermula dari cerita semasa lahirnya sehinggalah ke akhir hayatnya.Ramai juga yang sebelum itu hanya mendengar cerita tok guru dari jauh tetapi selepas ketiadaan tok guru itu berbondong-bondong ingin mengetahui rahsia kehebatan tok guru itu.
Apa kata rutin ini kita ubah.Faham betul-betul maksud penulis.Penulis bukan bermaksud untuk mengubah atau melarang sesiapa yang ingin membukukan riwayat hidup tok guru selepas ketiadaannya.Bukan ini maksud penulis.
Yang penulis maksudkan ialah sementara tok guru masih ada,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi,marilah kita sama-sama bongkar riwayat hidup mereka,teliti sejarah mereka,cungkil rahsia-rahsia kehebatan mereka dan sebagainya.Penulis merasakan dengan cara ini kita akan mendapat maklumat yang 100% tepat berbanding apabila rahsia mereka dicungkil selepas ketiadaan mereka.
Bagi penulis kedua-dua tok guru ini adalah 'qudwah mutaharrikah' bagi setiap ahli Pas.Mereka hidup berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis.Tiada siapa pun yang mempertikaikan keikhlasan mereka.Terpancar diwajah mereka berdua 'atharis sujud' yang tulus dan luhur.Mereka terlalu sayangkan perjuangan ini,mereka teramat cintakan kepada parti.Sedetik pun mereka tidak pernah tergelincir dari landasan jihad ini.Inilah rahsia yang perlu kita cungkil sekarang ini sementara mereka masih bersama kita.
Jika keseorangan penulis akui tidak mampu untuk mencungkil apa yang tersebut tadi.Tapi biarlah setiap orang ada usaha ke arah itu.Penulis juga akui jika pun kita tidak mampu untuk mengikuti jejak langkah pentarbiayah diri mereka sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tempiasnya terkena kepada kita semua.Penulis yakin generasi akan datang yang tidak sempat sezaman dengan kedua-dua tok guru ini akan bertanya kepada generasi yang sempat bersama dengan mereka berdua,iaitu kita semua inilah.Apa akan kita jawab kepada mereka nanti jika kita alpa pada hari ini.Peringatan ini penulis tujukan buat diri penulis yang terutamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan