Isnin, 17 Mei 2010

Demo protes judi ke Istana Negara

PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

“Selain itu juga, PAS turut menjemput semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu ini melibatkan semua kaum di Malaysia

“Kita sememangnya menolak kelulusan judi ini, walaupun dengan alasan sebagai membasmi perjudian haram,” katannya.

Katanya lagi, PAS juga menolak pandangan kerajaan bahawa judi hanya diharamkan kepada umat Islam dan rakyat bukan Islam dikorbankan supaya kerajaan boleh menghalalkan judi itu.

“Mereka yang bukan Islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini,” katanya.

Menurut Herman, tarikh perhimpunan itu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam tempoh yang terdekat.

Sehubungan itu juga, semua ahli PAS diminta bersiap sedia untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran berkenaan.Jumaat lalu, lebih 500 orang berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu dan juga penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu, menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

-malaysiakini-


Komen: bersedia..bersedia.
Imbang Penuh

Tiada ulasan:

Catat Komen