Khamis, 9 Julai 2009

Ds. Nizar peroleh kebenaran rayu keputusan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Persekutuan hari ini telah membenarkan DS. Nizar untuk membuat rayuan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry dan menafikan beliau adalah Mb Perak yang sah.

Oleh itu Mahkamah Persekutuan akan meneruskan prosiding seterusnya dan bagi pihak Ds. Nizar akan mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peguam Hanifa Maidin,dalam kenyataannya berkata (rujuk Harakah edaran terbaru bil 1454) adalah penting untuk Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada jawatan Menteri Besar Perak yang disandang oleh Nizar boleh dan/atau dikosongkan dalam keadaan berikut:-

a) Dalam keadaan di mana Nizar telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

b) Dalam keadaan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

c) Dalam keadaan tidak terdapat usul undi tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Negeri Perak terhadap Nizar;dan

d) Dalam keadaan tidak terdapat perletakan jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan oleh Nizar.

Mahkamah Persekutuan juga kata Hanifa perlu memutuskan sama ada Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTKP) memperuntukan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Nizar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Negeri Perak atau sebaliknya.

Mahkamah juga perlu memutuskan sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Apa pun keputusan keputusan Mahkamah Persekutuan nanti jelas Hanifa lagi pasti akan menyusahkan Najib dan Umno sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.Kalau Nizar menang Najib pun susah kerana perlu membubarkan Dun dan menguburkan BN di Perak.Kalau Nizar kalah pun, Najib susah kerana Mahkamah akan memberi kuasa yang sangat besar kepada Raja termasuk kuasa memecat PM tanpa perlu pergi ke Parlimen!.

Apa pun DS. Nizar telah memenangi pusingan pertama pada hari ini dengan berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan.

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya disamping berdoa agar kemenangan berpihak kepada Ds. Nizar.


BUBAR! BUBAR! BUBAR DUN PERAK!

Tiada ulasan:

Catat Komen