Rabu, 15 Julai 2009

SPR juga perlu kaji mengundi hari bekerja

Pengerusi SPR,dalam respon awalnya terhadap beberapa insiden yang berlaku pada hari mengundi kelmarin telah berkata pihaknya akan mengkaji untuk menguat kuasakan akta larangan berkempen pada tempoh pengundian dijalankan.Katanya beliau telah memberi amaran tetapi tidak diendahkan parti-parti politik.Akibatnya berlakulah apa yang telah berlaku.

Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan perkara ini.Cuma bagi saya setiap parti politik termasuk Pas perlu menta'dibkan para penyokong dan para perayu undi supaya lebih berdisiplin dan menjaga akhlak tatasusila Islam.Bagi saya kita tidak perlu mengikut rentak Umno.Maksud saya jika Umno terpekik terlolong kita tidak perlu aksi demikian.Jika Umno mencarut,mencaci,mencerca dan menghamburkan kata-kata kesat kita juga tidak perlu berbuat demikian.Jika perlu jawab pun jawablah secara berhemah.Jawablah sebagaimana yang diajarkan Islam.

Berbalik kepada respon Pengerusi Spr tadi,saya mencadangkan juga supaya dikaji penetapan tarikh mengundi pada hari berkerja.Dalam kes Manek Urai Spr dilihat secara sengaja menetapkan pengundian pada hari bekerja.Apa tidak ada hari cuti ke di Kelantan?

Harus diingat negeri Kelantan lah yang mula-mula sekali mempraktikkan cuti 2 hari seminggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu.Maknanya kedua-dua hari ini adalah cuti di Kelantan.Bagi orang yang bekerja makan gaji,pada hari cuti mereka tidak bekerja pada hari itu.Mereka duduk di rumah bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bersangkut paut dengan tempat kerja mereka.

Langkah ini kemudiannya diikuti oleh kerajaan pusat.Cuma beza harinya sahaja iaitu Sabtu dan Ahad.Kedua-dua hari ini adalah cuti bagi kerajaan pusat dan juga negeri-negeri pengikut kerajaan pusat.Sebagaimana di Kelantan,begitu jugalah bagi orang yang bekerja dengan kerajaan pusat,pada hari cuti mereka akan duduk di rumah dan juga melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan tempat kerja mereka.

SPR menyedari bahawa seramai 1300 orang pengundi Manek Urai berada di sekitar Lembah Kelang.Iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor.1300 ini bukan jumlah yang sedikit.Mereka ada hak untuk mengundi.Dalam kes ini Spr dilihat langsung tidak mengambil kira situasi yang akan dihadapi oleh mereka jika hari mengundi dibuat pada hari bekerja.Bagaimana mereka mahu balik mengundi jika hari itu hari bekerja.Lebih-lebih lagi apabila majikan mereka tidak meluluskan cuti mereka.

Beginilah,jika susah sangat untuk menetapkan hari mengundi pada hari cuti,saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan hari mengundi lebih-lebih lagi pada pilihanraya umum adalah hari cuti umum bagi seluruh negara seperti cuti hari raya dan cuti-cuti umum yang lain.Bukannya banyak sehari sahaja.

Saya merasakan ianya ada logiknya.Hari mengundi adalah hari yang besar.Maksudnya peristiwanya besar.Hari mengundi ialah hari yang mana rakyat memilih dan menentukan pemimpin pilihan mereka.Hari mengundi akan berlaku peristiwa besar lebih-lebih lagi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan mengikut apa yang telah dipilih rakyat.Jadi ada baiknya hari mengundi diadakan pada hari cuti.

Kepada pengerusi Spr,ambil kiralah pandangan saya yang kerdil ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan