Rabu, 31 Mac 2010

Harussani

Mohon SS Tan Sri Dr. Harussani nyatakan pendirian dengan jelas terhadap 2 perkara dibawah:

1. APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.(harakahdaily)


2. Arak di Malaysia (khususnya di Perak)

Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.(harakahdaily)

Isnin, 29 Mac 2010

Nur12@Mesyuarat Agung Dppkl ke-23


28-03-10,Markaz Bt.9 Lekir


Jom bantu Nur12 memperkasa jentera penerangan&dakwah pemuda Lumut.

Tahniah Tok Guru

Al-Mursyidul Am

Tahniah Tok Guru atas perlantikan sebagai Al-Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang.Tahniah jua buat Tuan Guru Presiden,dan pimpinan Ahli Majlis Syura yang lain yang turut terlantik untuk mengemudi badan tertinggi dalam PAS ini.

Moga Allah memayungi pimpinan semua.


Tok Guru..persetankan Mahathir


Tok Guru,dua tiga hari lepas Tun Mahathir ada respon kepada Tok Guru.Katanya Tok Guru juga bersubahat dengan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan.

Tok Guru,taraf Tun Mahathir sama seperti Ibrahim Ali sekarang ni.Mereka berdua saling memerlukan.Mahathir perlukan Ibrahim,Ibrahim perlukan Mahathir untuk survival masing-masing.Persetankan mereka Tok Guru.

Jumaat, 26 Mac 2010

Yang ditunggu Kota Seputeh,yang mengacah Titi Tinggi,yang menjadi Hulu Selangor

Hulu Selangor

Ta'ziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham ahli parlimen Hulu Selangor yang kembali ke rahmatillah jam 9.30 malam tadi.Moga Almarhum ditempatkan bersama para Salihin dan mendapat pengampunan Ilahi.Al-Fatihah.


Yang telah pergi,dia pergi ke hadrat Penciptanya.Adapun yang hidup,hiduplah selagi diberi peluang untuk hidup.


PRK ke-10

"Mereka merancang,dan Allah pun merancang,dan Allah sebaik-baik yang merancang".Bila Allah merancang sesuatu,maka kalahlah perancangan makhluk.Perancangan Allah tidak mampu ditandingi sesiapa.

Kali ini pilihanraya tidak dapat dielak lagi.BN berhempas pulas mengelak di Kota Seputeh (keputusan belum tahu lagi..katanya nak diumum dalam masa terdekat..kepala bapak dia..).Di Titi Tinggi khabarnya Adunnya dah meletak jawatan.Tapi kata Spr,kerusinya masih belum kosong,BN sedang memujuk rayu.(ish..boleh dia kata lagu tu..).Ha kali ni BN nak kata apa? SPR dah kata pilihanraya tak dapat elak.

Persetankan BN.Kerusi di sini milik PKR.Tradisinya PKR lah akan bertanding nanti.Apa yang berlaku sebelum ini harus dijadikan iktibar 'peringkat merah' oleh PKR.

DS Anwar ketika respon terhadap tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang melompat keluar PKR telah mengakui tersilap pilih calon.Usah biarkan peristiwa silap pilih calon berulang lagi.

Selasa, 23 Mac 2010

Isu Royalti: Najib bohong di parlimen,laporan diserah kepada speaker

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

"Sebentar tadi saya telah bangun dalam dewan dan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(12) yang meminta penjelasan daripada yang dipertua dewan dan ahli parlimen yang pada anggapan saya telah melakukan penelewengan fakta pada 4 November tahun 2009." katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung isu royalti tahun lalu menggunakan istilah wang ehsan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada pegawai kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979, jelas menggunakan bayaran royalti, bukan wang ehsan.

Ujarnya juga, surat Petronas kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyebut wang royalti.

“Perdana Menteri telah mengunakan perkataan wang ehsan dalam isu tuntutan royalti dan telah menyelewengkan dewan,” katanya.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk membuat penjelasan," katanya.

Najib ketika perbahasan berhubung isu tuntutan royalti Petroleum Kelantan di Dewan Rakyat pada 4 November lalu menggunakan mendakwa Terenganu hanya diberikan wang ehsan.

-harakahdaily-

Jumaat, 19 Mac 2010

contohi MCA

'Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu'

KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.

Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.

“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.


-harakahdaily-

Rabu, 17 Mac 2010

3 hari tanpa blog..ketagih beb..

Blog pun ketagih juga.Jika begitu blog pun bahaya juga.Tapi ketagih blog tak mengapa.Ketagih blog maknanya ketagih untuk menulis.Ketagih untuk menyebar maklumat.

Ketagih bahaya ialah ketagih dadah dan rokok.Jika ketagih benda ini,maknanya anda ketagih untuk khayal.Anda ketagih untuk gila sebenarnya.

Alhamdulillah,di Bumi Serambi Mekah ini,cuaca panas membahang sudah kembali pulih.Sehari dua ini redup,mendung dan kadang-kadang hujan sekali sekala.Tumbuh-tumbuhan kembali segar,binatang ternak ceria kembali.Burung-burung girang berterbangan.

Sebelum ini kemarau kritikal juga.Air perigi,sungai dan bendang sawah padi kering.

Kemarau dan cuaca panas berpanjangan adalah bala dan musibah.Bala atau ibtila' buat para mu'min.Musibah buat yang kufur.

Setiap mu'min pasti mengerti erti ibtila' atau ujian.Ujian tanda kasih tuhan.Tiada ujian dan cubaan maknanya tiada kasih tuhan.Bila tuhan menguji maknanya tuhan mengasihi dan peduli akan hamba itu.

Mu'min setiap masa dan ketika diuji.Nabi mendidik para mu'min agar bersabar pabila datangnya ibtila'.Sabar diatas ibtila' sangat besar ganjarannya.Al-Jannah.

Pernah seorang perempuan diuji dengan penyakit yang berat.Dia datang bertemu Rasul lantas memohon agar Rasul mendoakan kesembuhan dari penyakitnya.Rasul memberi pilihan.Doa kemudian sembuh atau sabar dan ganjarannya syurga.Perempuan tadi memilih sabar.

Demikian Rasul mendidik kita.

Isnin, 8 Mac 2010

Kelantan berjaya ubah penampilan Jom Heboh-TV3

Kelantan tidak anti hiburan jika konsep dan matlamatnya menepati kehendak hukum.Maka atas dasar ini kerajaan Kelantan telah mencapai kata sepakat dengan TV3 untuk membenarkan konsert Jom Heboh diadakan pada sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan pada 30 dan 31 mac nanti.

Pihak TV3 dikatakan telah mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan pihak kerajaan negeri.Menurut kata YB Takiyuddin,

"Saya difahamkan bahawa konsep dan bentuk Jom Heboh akan berubah tahun ini bukan saja di Kelantan, malah seluruh negara dengan tidak lagi semata-mata berorientasikan hiburan, malah lebih berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan, malah konsepnya tahun ini ialah menjuruskan kepada gaya hidup cergas TV3 serta kerajaan negeri".(BH Online)

Menurut kata Takiyuddin lagi bahawa konsert ini bukan saja lebih kepada ekspo, aktiviti kekeluargaan serta sukan, malah turut mengutamakan unsur kerohanian seperti menyediakan kemudahan tempat sembahyang selain mengadakan rakaman al-Kuliyyah, yang akan dihadiri Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

Mengenai kawalan penonton yang akan menyaksikan konsert dalam Stadium Sultan Muhammad Keempat nanti, Takiyuddin berkata, kerajaan negeri akan membuat tiga bahagian pengasingan iaitu lelaki, perempuan dan keluarga.

"Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berlaku masalah yang membabitkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ketika menonton konsert nanti kerana mereka akan diasingkan mengikut bahagian masing-masing,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menjemput juara Akademi Fantasia,Mawi mengadakan konsert terbuka di negeri Kelantan dengan berjaya mengadakan kawalan kepada penonton yang hadir tanpa sebarang masalah.


P/s: Kelantan sekali lagi berjaya menerapkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.Harap Harussani tidak garu kepala.

Jumaat, 5 Mac 2010

Demo lagi la kita..

"Isu royalti mungkin ke jalan raya - Salahuddin"

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Keengganan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan hak Kelantan untuk mendapat bayaran tunai royalti minyak mungkin akan menyebabkan isu itu dibawa ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya tidak boleh menolak kemungkinan isu itu akan di bawa ke jalan raya jika kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berdegil menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak.

"Rakyat sudah berhimpun di dalam stadium dan majlis-majlis ceramah mengenai isu royalti untuk menyatakan bantahan mereka terhadap keengganan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

"Di Kelantan kini ceramah diadakan setiap malam seolah-olah menghadapi pilihan raya dan kehadiran begitu ramai rakyat membuktikan mereka membantah sikap degil Umno itu," katanya.

Jika bantahan rakyat yang disuarakan melalui kehadiran mereka dalam perhimpunan besar di stadium dan juga siri-siri perhimpunan dalam ceramah umum itu tetap tidak dipedulikan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak dapat menolak kemungkinan mereka akan berhimpun di jalan raya pula.

"Bukan di Kota Bharu, tetapi di Kuala Lumpur. Bukan sahaja anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur dan rakyat Kelantan yang datang beramai-ramai dari negeri itu, malah seluruh rakyat yang cintakan keadilan akan berhimpun," kata Salahuddin.

-harakahdaily-

Komen: lama dah tak demo..

Khamis, 4 Mac 2010

Kota Seputeh dan Kartika

Kartika Sari Dewi


1. K
ota Seputeh

Lewat sebulan yang lalu,Pengarah SPR ada berkata keputusan mahkamah rayuan berkenaan kesahihan kekosongan DUN Kota Seputeh akan diputuskan dalam masa terdekat.SPR katanya,bersiap sedia untuk mengahadapi segala kemungkinan sama ada ada pilihanraya atau tidak.Tetapi dari riak air muka pengarah SPR tersebut,saya jangkakan 95% akan berlaku pilhanraya kecil.

Keputusan mahkamah sebelum ini memihak kepada speaker DUN Kedah apabila mahkamah mengesahkan bahawa telah berlaku kekosongan kerusi DUN tersebut apabila wakil rakyat bagi kawasan itu yang diwakili UBN telah dengan sengaja tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut.

Umno dan jenteranya sudah bergerak siang dan malam.Begitu juga PR.Saya yakin rakyat di Kota Seputeh juga sudah bersedia untuk memilih wakil rakyat baru bagi kawasan mereka.
Imbang Penuh
Cuma persoalannya,kenapa sampai sekarang mahkamah belum lagi membuat keputusan,teks penghakiman belum siap lagi kah?

Apa makna dalam masa terdekat sebagaimana yang disebut pengarah SPR?

P/s: Dalam masa terdekat kepala otak dia,ni dah dekat dua bulan woi..


2. Kartika Sari Dewi

Nama Kartika Sari Dewi heboh suatu ketika dulu.Dia berasal dari Kuala Kangsar.Dia berkerja di Singapura.Tak payah sebutlah apa kerjanya.Kemudiannya dia ditangkap di Pahang ketika serbuan pihak berkuasa agama disebuah kelab malam yang beroperasi di Kuantan.Beliau kemudiannya dibicarakan di mahkamah Syariah negeri Pahang dan mengaku bersalah atas pertuduhan kesalahannya.Beliau dituduh atas kesalahan meminum minuman keras dikhalayak.Beliau dijatuhkan hukuman denda dan sebat sebanyak 6 kali sebatan.

Kartika insaf dan rela disebat.Wajah keinsafan terzahir pada Kartika.Heboh satu dunia bahawa Kartika,seorang ibu muda akan disebat sebanyak 6 kali sebatan.

Dalam sekelip mata nama Kartika meniti dibibir khalayak.Ada yang pro dan ada yang kontra.Ada yang mencemuh dan ada yang simpati.

Golongan liberalis yang bertopengkan Islam tidak putus-putus memujuk Kartika supaya merayu bagi mengelakkan dari dikenakan hukuman sebat.Menteri Shahrizat Jalil juga merayu supaya Kartika membuat rayuan.

Namun Kartika tetap dengan pendiriannya,mahu juga disebat.Kalau boleh dipercepatkan.

Sementara dipihak majlis agama meminta masyarakat bersabar dan menunggu beberapa prosedur selanjutnya sebelum hukuman sebat dilaksanakan.Menteri Dalam Negeri berhujah bahawa penjara Malaysia belum lagi ada pakar sebat Syariah,maka sebab itulah hukuman sebat ke atas kartika ditangguh.Berkebetulan ketika kenyataan ini keluar dibulan Ramadan yang lalu.Maka isu ketiadaan tukang sebat Syariah dijadikan modal oleh ustaz-ustaz dalam kuliah-kuliah selepas solat teraweh,termasuk aku.

Selepas Idulfitri isu Kartika reda.Tidak kedengaran lagi.Kartika pun minta supaya tidak diganggu.

Sehinggalah,sehari dua ini isu ini timbul balik.Kartika mendapat lampu hijau untuk bertemu Tengku Mahkota Pahang.Pertemuan telah berlaku di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Kartika pergi atas semangat untuk mendapat kata putus dari Ketua Agama Islam Pahang iaitu Sultan Pahang,berhubung perlaksanaan hukuman sebat ke atas dirinya.Kartika masih mengharapkan agar dirinya disebat.

Selepas pertemuan itu,pihak Tengku Mahkota Pahang telah memaklumkan bahawa perkara ini akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Sultan Pahang.Tengku Mahkota juga memaklumkan,sebagai mana dilaporkan beberapa portal berita bahawa Kartika mungkin akan diampunkan oleh Sultan.Titah Tengku Mahkota bahawa Kartika boleh diampunkan walaupun dia tidak merayu untuk pengampunan.

Pada saya,apalah nasib seorang Kartika sehingga isunya ini dilihat begitu rumit sekali untuk diselesaikan.Sehingga terpaksa Kartika untuk mengadap Sultan.Tak pernah berlaku lagi dinegara ini seorang pesalah masuk mengadap Sultan atau Raja untuk memohon izin hukuman dilaksanakan.

Biasanya orang bersalah akan berusaha untuk mengelak dari menerima hukuman.Sementara pihak berkuasa pula akan memastikan setiap pesalah yang telah disabitkan bersalah terlaksana hukuman ke atas mereka.

Tetapi dalam isu seorang Kartika ini,terbalik pula jadinya.

P/s: Dunia...dunia.

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat

KUALA KRAU, 4 Mac: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

-harakahdaily-

Jumaat, 26 Februari 2010

Bekas Pembaca Berita Terkenal RTM, Datuk Chek Hashim Embi Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Chek Hashim Embi meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi tadi akibat kanser prostat.

Anak perempuannya, Shuhada memaklumkan perkara tersebut kepada mStar Online sebentar tadi.

Shuhada berkata, sebelum ini ayahnya dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak dan selepas itu ditempatkan di rumah kakaknya.

Katanya, ayahnya bergantung kepada sistem sokongan hidup dan alat bantuan pernafasan.

Hashim memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau ditugaskan sebagai penyampai berita televisyen selama kira-kira 20 tahun sebelum dilantik Pengarah Penyiaran RTM Negeri Pahang pada 1999.

Beliau telah berkhidmat di RTM selama 35 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Che Mahani Haji Abdul Rahim, 64, dan empat anak iaitu Rizal, 39, Suhaila, 36, Razif, 32, dan Syuhada, 25.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Surau Madah, Manjung dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Pencalang, Pasir Panjang, Perak selepas solat Asar hari ini.

-Mstar-

Allahumma Salli ala Sayyidina Muhammad

1. Rabiul Awwal antara kelahiran dan kawafatan Rasulullah s.a.w

Rasululllah saw mula mengadu sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke-11 Hijrah. Pada mulanya baginda keluar ke Baqi' al-Gharqad di tengah malam lalu memohon keampunan kepada mereka.

Kemudian baginda pulang dan pada waktu paginya bermula saat baginda sakit.

Ketika itu baginda di rumah Maimunah. Kemudian baginda memanggil para isterinya lalu meminta izin agar baginda dirawat di rumah Aisyah.

Baginda kemudian keluar dengan dibantu oleh 2 orang lelaki daripada ahli keluarganya iaitu al-Fadhal bin Abbas dan Ali bin Abi Talib dengan berbalut di kepalanya sehinggalah sampai ke rumah Aisyah.

Akhirnya baginda meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awaal tahun 11 Hijrah. Ada pendapat yang mengatakan pada waktu dhuha dan ada juga riwayat yang menyebut selepas zawal.

Dengan dimandikan oleh Ali bin Abi Talib, Qutham dan al-Fadhal bin Abbas serta Usamah bin Zaid. Proses memandikan dan menguruskan jenazah Rasulullah sempurna pada malam Selasa.

Pada siang Selasa para sahabat menyembahyangkan jenazah Rasulullah dan baginda selesai di kebumikan pada petang Selasa di bilik Aisyah.

Baginda wafat sebagai pemimpin Semenanjung Arab dan digeruni oleh para musuhnya.

Namun wafatnya tanpa meninggalkan satu dinar atau satu dirham. Tanpa meninggalkan seorang hamba atau sesuatu kecuali baghal baginda yang berwarna putih.

Baginda wafat sedang baju besinya dicagar kepada seorang Yahudi dengan harga 30 gantang gandum.

Pada saat sakitnya, baginda telah memerdekakan 40 orang hamba dan baginda memiliki 7 atau 6 dinar namun memerintahkan Aisyah untuk memberikannya sebagai sedekah.


2. Hari-hari terakhir kewafatan Manusia Agung

Rasulullah saw telah ditimpa sakit selama 2 minggu lamanya. Bermula dari 29 Safar sehingga 12 Rabiul Awwal.

Banyak perkara besar yang berlaku sepanjang 13 atau 14 hari tersebut.

Sehari terakhir sebelum wafat iaitu pada hari Ahad, 11 Rabilul Awwal, baginda melakukan 3 perkara besar pengajaran buat kita semua…

1. Mensedekahkan semua duitnya sebanyak 7 dinar.
Seorang pemimpin yang mentadbir sebuah kerajaan hanya mempunyai 7 dinar! Lalu disedekahkan keseluruhannya pula!

2. Menghadiahkan senjata miliknya kepada umat Islam

3. Malam terakhir hidup di dunia ini sebelum saat kewafatannya esok harinya, isteri Baginda iaitu A’isyah terpaksa meminjam minyak untuk menyalakan pelita di rumah baginda.

Kalaulah baginda ingin harta kekayaan sudah pasti terhidang di hadapannya. Tetapi baginda meninggalkan kita umat Islam dengan tidak meninggalkan harta dinar atau dirham tetapi hidayah, iman, syariat yang agung dan sebaik-baik umat.

Ucaplah selawat dan salam buat Rasulullah saw….

-ibrahsejarah.blogspot-

Khamis, 25 Februari 2010

TV3 dan Hamas

Beberapa minggu yang lalu,stesyen tv swasta tersohor TV3 melalui slot Buletin Perdana ada menyiarkan dokumentari perjuangan Hamas di Palestin.Seingat saya dokumentari ini disiarkan untuk beberapa siri.

Berasa pelik juga apabila TV3 menyiarkan secara yang begitu ekslusif perjuangan jihad Hamas atau umumnya rakyat Palestin.Yang peliknya TV3 meilih Hamas,bukan Fatah.Disiarkan juga perbualan dengan beberapa tokoh penting Hamas.

Dunia tidak pernah bagi peluang kepada Hamas.Bahkan Amerika telah menyenarai hitamkan nama Hamas.Bagi Amerika Hamas adalah pengganas.

Lantas hati kecil saya mengatakan bahawa TV3 sudah semakin mengerti perjuangan suci Hamas.Sebelum ini mereka seakan ngak ngerti.

Mengapa saya berkata demikian.Sebelum ini jika ada laporan berita berkenaan Palestin maka yang dirujuknya tokoh-tokoh dari gerakkan Fatah seperti Mahmud Abbas dan Muhammad Dahlan.Bagi mereka Fatah adalah Palestin dan Palestin adalah Fatah.

Satu ketika,walaupun rakyat Palestin sudah memilih Hamas secara demokrasi tetapi beberapa stesyen tv masih lagi cuba menggambarkan bahawa Fatah dekat dengan rakyat Palestin.

Hati kecil saya juga mengatakan elok juga jika TV3 atau mana-mana stesyen tv yang ada di negara ini cuba bersikap adil sebegini kepada Pas dan parti-parti pembangkang yang lain.Juga adil kepada beberapa negeri yang tidak sealiran dengan pemerintah pusat.

Saya selalu mengimpikan untuk melihat dan mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi dikaca tv dan corong radio.

Ayuh TV3,jika Hamas boleh,mengapa Pas tidak boleh?

Selasa, 23 Februari 2010

Ganti dulu pemimpin Umno

MELAKA, 23 Feb: Pensyarah universiti dan akhbar Utusan Malaysia sepatutnya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah digantikan terlebih dahulu daripada membuat gesaan itu kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berkata, antara pemimpin Umno yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah termasuk oleh parti mereka sendiri seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Adun Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad.

Ini, katanya kerana mereka telah didapati bersalah sedangkan Anwar belum dibuktikan bersalah.

“Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kenyataan Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib supaya pemimpin Pakatan Rakyat menggantikan Anwar sebagai ketua.

Katanya, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.

Bagi Sofi, kenyataan itu merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes itu adalah konspirasi kedua terhadap Anwar sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.

Tambahnya, Utusan adalah akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.

“Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu pemimpin Umno.

“Kadang-kadang professor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut,” ujarnya lagi.

-harakahdaily-

Ahad, 21 Februari 2010

Nur12@Konvensyen Bloggers Pas Perak


20-02-10,Dewan Konvensyen Bio Career,Parit Puntar.

Jumaat, 19 Februari 2010

Bank Rakyat bayar dividen tunai 15% mulai 22 Feb

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. hari ini (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar kepada para anggota mulai 22 Februari.

-Utusan Online-

Komen: Bank Rakyat wajar ubah nama kepada Bank Pakatan Rakyat.Kepada ahli-ahli Bank Rakyat...selamat menuai.Jangan lupa golongan mustad'afin.

Selasa, 16 Februari 2010

banyaknya pitih dia..

"SPRM jumpa RM2 juta,Setiausaha politik Nor Mohamed letak jawatan"


KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam bagaimanapun tidak menyatakan sebab Hasbie meletak jawatan.

Difahamkan, peletakan jawatan Hasbie mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank miliknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada jam 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.

-BH Online-


Komen: Siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap kes ini kerana melibatkan wang yang begitu banyak.Yang dijumpai itu yang nyata,bagaimana yang 'tersembunyi'?

Nor Mohamed juga perlu disiasat kerana dia bos kepada Hasbie Satar.

Ahad, 14 Februari 2010

Melayu dan Maulidurrasul

Melayu (baca Umno) sekali lagi cuba mengeruhkan isu agama di Pulau Pinang.Kali ini isu perarakan maulidurrasul pula.

Maulidurrasul mesti diingati dan terpenting mesti dihayati.Islam tidak pernah menentu soal cara atau kaifiat sambutan.Justru Islam,lebih mementingkan soal penghayatan bukannya sambutan semata-mata.

Ntah dari mana,dari dulu lagi kita dipertontonkan pada setiap kali tiba bulan Rabiul Awal,maka seluruh pelusuk negara akan merencanakan program perarakan dengan membawa beberapa sepandul yang tertulis di atasnya berbagai ucapan memuji dan memuja Rasulullah s.a.w.

Mereka berarak,sambil berselawat.Kemudian setelah selesai setiap seorang diberi nasi bungkus dan air sebotol.

Inilah budaya sambutan maulidurrasul yang kita disajikan.

Kerajaan yang memerintah Pulau Pinang hari ini,melalui Majlis Agama Negeri pada kali ini cuba untuk membuat sedikit perubahan pada acara sambutan dengan meniadakan acara perarakan.Tetapi acara sambutan tetap diteruskan seperti biasanya dengan lebih memberi penekanan pada penghayatan agar sambutan lebih memberi kesan buat umatnya.

Hasrat ini dibantah sekeras-kerasnya oleh gerombolan tertentu di Pulau Pinang.Pada mereka bila tiada perarakan maka tiadalah sambutan.

Utusan Online hari ini melaporkan,

"Seorang ketua jabatan yang kesal dengan tindakan kerajaan negeri membatalkan majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tampil menunjukkan pekeliling mengenai perkara itu hari ini.

Pekeliling yang diterimanya itu adalah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 5 Februari 2010 mengenai pembatalan majlis perarakan itu pada tahun ini.

Pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir itu sekali gus membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbohong apabila menafikan membatalkan perarakan tersebut.

Menurut ketua jabatan itu yang enggan dikenali, beliau tampil menunjukkan pekeliling itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan tersebut dan kemudian menuduh Utusan Malaysia membuat fitnah terhadap kerajaan negeri."(Utusan Online)

Saya mahu bertanya,apakah tanpa perarakan di atas jalanraya maka akan mencacatkan sambutan maulid? Apakah juga akan kurang rasa cinta kita pada rasul yang mulia?

Inilah akibatnya apabila sijahil cuba bercakap soal agama.Wajah agama tampak tempang.Lorong agama yang luas menjadi sempit.

P/s: Bebaskan agama dari gerombolan ini.

Najib,sahutlah cabaran Anwar

Najib,kepala penyangak yang merompak hak rakyat negeri Perak telah dicabar berdebat berkenaan isu Perak.Yang mencabarnya Ds Anwar Ibrahim.

Menurut poll yang dilakukan akhbar Sinar Harian mendapati 70% tidak boleh menerima apa yang dilakukan BN di Perak sebaliknya hanya 20% bersetuju dan selebihnya berkecuali.

Yang 70% tidak bersetuju bermakna mereka mahukan rakyat Perak sendiri yang menentukan kerajaan pilihan mereka.

Jika Najib bermaruah (tapi tak tahulah),dia perlu menyahut cabaran Ds Anwar berdebat mengenai krisis di Perak.

Saya rasa elok benarlah jika kedua-dua tokoh ini mahu berdebat.

P/s: Berdebat bukan 'bergocoh'.