1. Kota Seputeh
Lewat sebulan yang lalu,Pengarah SPR ada berkata keputusan mahkamah rayuan berkenaan kesahihan kekosongan DUN Kota Seputeh akan diputuskan dalam masa terdekat.SPR katanya,bersiap sedia untuk mengahadapi segala kemungkinan sama ada ada pilihanraya atau tidak.Tetapi dari riak air muka pengarah SPR tersebut,saya jangkakan 95% akan berlaku pilhanraya kecil.
Keputusan mahkamah sebelum ini memihak kepada speaker DUN Kedah apabila mahkamah mengesahkan bahawa telah berlaku kekosongan kerusi DUN tersebut apabila wakil rakyat bagi kawasan itu yang diwakili UBN telah dengan sengaja tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut.
Umno dan jenteranya sudah bergerak siang dan malam.Begitu juga PR.Saya yakin rakyat di Kota Seputeh juga sudah bersedia untuk memilih wakil rakyat baru bagi kawasan mereka.
Cuma persoalannya,kenapa sampai sekarang mahkamah belum lagi membuat keputusan,teks penghakiman belum siap lagi kah?
Apa makna dalam masa terdekat sebagaimana yang disebut pengarah SPR?
P/s: Dalam masa terdekat kepala otak dia,ni dah dekat dua bulan woi..
2. Kartika Sari Dewi
Nama Kartika Sari Dewi heboh suatu ketika dulu.Dia berasal dari Kuala Kangsar.Dia berkerja di Singapura.Tak payah sebutlah apa kerjanya.Kemudiannya dia ditangkap di Pahang ketika serbuan pihak berkuasa agama disebuah kelab malam yang beroperasi di Kuantan.Beliau kemudiannya dibicarakan di mahkamah Syariah negeri Pahang dan mengaku bersalah atas pertuduhan kesalahannya.Beliau dituduh atas kesalahan meminum minuman keras dikhalayak.Beliau dijatuhkan hukuman denda dan sebat sebanyak 6 kali sebatan.
Kartika insaf dan rela disebat.Wajah keinsafan terzahir pada Kartika.Heboh satu dunia bahawa Kartika,seorang ibu muda akan disebat sebanyak 6 kali sebatan.
Dalam sekelip mata nama Kartika meniti dibibir khalayak.Ada yang pro dan ada yang kontra.Ada yang mencemuh dan ada yang simpati.
Golongan liberalis yang bertopengkan Islam tidak putus-putus memujuk Kartika supaya merayu bagi mengelakkan dari dikenakan hukuman sebat.Menteri Shahrizat Jalil juga merayu supaya Kartika membuat rayuan.
Namun Kartika tetap dengan pendiriannya,mahu juga disebat.Kalau boleh dipercepatkan.
Sementara dipihak majlis agama meminta masyarakat bersabar dan menunggu beberapa prosedur selanjutnya sebelum hukuman sebat dilaksanakan.Menteri Dalam Negeri berhujah bahawa penjara Malaysia belum lagi ada pakar sebat Syariah,maka sebab itulah hukuman sebat ke atas kartika ditangguh.Berkebetulan ketika kenyataan ini keluar dibulan Ramadan yang lalu.Maka isu ketiadaan tukang sebat Syariah dijadikan modal oleh ustaz-ustaz dalam kuliah-kuliah selepas solat teraweh,termasuk aku.
Selepas Idulfitri isu Kartika reda.Tidak kedengaran lagi.Kartika pun minta supaya tidak diganggu.
Sehinggalah,sehari dua ini isu ini timbul balik.Kartika mendapat lampu hijau untuk bertemu Tengku Mahkota Pahang.Pertemuan telah berlaku di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.
Kartika pergi atas semangat untuk mendapat kata putus dari Ketua Agama Islam Pahang iaitu Sultan Pahang,berhubung perlaksanaan hukuman sebat ke atas dirinya.Kartika masih mengharapkan agar dirinya disebat.
Selepas pertemuan itu,pihak Tengku Mahkota Pahang telah memaklumkan bahawa perkara ini akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Seri Paduka Sultan Pahang.Tengku Mahkota juga memaklumkan,sebagai mana dilaporkan beberapa portal berita bahawa Kartika mungkin akan diampunkan oleh Sultan.Titah Tengku Mahkota bahawa Kartika boleh diampunkan walaupun dia tidak merayu untuk pengampunan.
Pada saya,apalah nasib seorang Kartika sehingga isunya ini dilihat begitu rumit sekali untuk diselesaikan.Sehingga terpaksa Kartika untuk mengadap Sultan.Tak pernah berlaku lagi dinegara ini seorang pesalah masuk mengadap Sultan atau Raja untuk memohon izin hukuman dilaksanakan.
Biasanya orang bersalah akan berusaha untuk mengelak dari menerima hukuman.Sementara pihak berkuasa pula akan memastikan setiap pesalah yang telah disabitkan bersalah terlaksana hukuman ke atas mereka.
Tetapi dalam isu seorang Kartika ini,terbalik pula jadinya.
P/s: Dunia...dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan