Isnin, 8 Mac 2010

Kelantan berjaya ubah penampilan Jom Heboh-TV3

Kelantan tidak anti hiburan jika konsep dan matlamatnya menepati kehendak hukum.Maka atas dasar ini kerajaan Kelantan telah mencapai kata sepakat dengan TV3 untuk membenarkan konsert Jom Heboh diadakan pada sambutan hari keputeraan Tuanku Sultan pada 30 dan 31 mac nanti.

Pihak TV3 dikatakan telah mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan pihak kerajaan negeri.Menurut kata YB Takiyuddin,

"Saya difahamkan bahawa konsep dan bentuk Jom Heboh akan berubah tahun ini bukan saja di Kelantan, malah seluruh negara dengan tidak lagi semata-mata berorientasikan hiburan, malah lebih berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan, malah konsepnya tahun ini ialah menjuruskan kepada gaya hidup cergas TV3 serta kerajaan negeri".(BH Online)

Menurut kata Takiyuddin lagi bahawa konsert ini bukan saja lebih kepada ekspo, aktiviti kekeluargaan serta sukan, malah turut mengutamakan unsur kerohanian seperti menyediakan kemudahan tempat sembahyang selain mengadakan rakaman al-Kuliyyah, yang akan dihadiri Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

Mengenai kawalan penonton yang akan menyaksikan konsert dalam Stadium Sultan Muhammad Keempat nanti, Takiyuddin berkata, kerajaan negeri akan membuat tiga bahagian pengasingan iaitu lelaki, perempuan dan keluarga.

"Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berlaku masalah yang membabitkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ketika menonton konsert nanti kerana mereka akan diasingkan mengikut bahagian masing-masing,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menjemput juara Akademi Fantasia,Mawi mengadakan konsert terbuka di negeri Kelantan dengan berjaya mengadakan kawalan kepada penonton yang hadir tanpa sebarang masalah.


P/s: Kelantan sekali lagi berjaya menerapkan amar ma'ruf dan nahi mungkar.Harap Harussani tidak garu kepala.

1 ulasan:

  1. penonton diasing kan ikut jantina dan yg berfamily ni mmg bagus la....kalo ikut format yg tanpa batasan yg bercouples ni keje nak meraba sama sendiri ja....nak tegur takut kene belasah dgn depa...sbb bukan sorang dua yg mai...kebanyakkanya berkumpulan. syabas kerajaan kelantan dlm mengegakkan yg benar dan membendung yg mungkar

    BalasPadam