Jumaat, 2 Oktober 2009

Jenazah Noordin selamat dikebumikan di Pontian

PONTIAN: Jenazah Noordin Mohd Top selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melayu Pontian Besar Kiri pada jam 6.45 petang tadi.

Upacara pengkebumian itu yang dihadiri ahli keluarga Allahyarham dan ratusan penduduk kampung itu berlangsung dengan kawalan polis.

Sebahagian hadirin melaungkan takbir sebanyak tiga ketika jenayah Noordin dibawa ke liang lahat untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah beliau yang dibawa dengan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba di sini pada jam 6 petang tadi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Pontian, kira-kira dua kilometer dari tanah perkuburan.

Jenazah beliau dibawa pulang dari Jakarta dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 tengah hari tadi dengan diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi, dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi.

Noordin yang selama sembilan tahun menjadi buruan utama polis Indonesia kerana dipercaya menjadi dalang beberapa pengeboman, termasuk yang terbaru di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriott di sini, ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah pada 17 September.

Tiga rakan pengganasnya turut ditembak mati di dalam rumah itu, di mana polis menemui 200 kilogram bahan letupan, senjata api dan pelbagai dokumen berkaitan kegiatan mereka.


-BH Online-

Komen: Al-Fatihah

1 ulasan:

  1. al-fatihah....
    sekiranya Allahyarham benar,mohon ditempatkan di Syurga Allah....
    kalau sebaliknya,mohon dilindungi Allah dan menyeru kepada jalan sebenar...
    namun musuh tidak mengenal siapa,asalkan kau tidak memartabatkan hukum Allah kau akan menjadi sahabat mereka,minta dijauhi..ameen

    BalasPadam