Sabtu, 24 Oktober 2009

Usah masuk campur

Ada tempat kita boleh mencelah,atau masuk campur.Ada tempat yang tak perlu kita masuk campur.

Ada tempat yang jika sekiranya kita masuk campur akan jadi elok,tetapi ada tempat yang jika kita mencelah atau masuk campur akan lebih mengharu-birukan suasana.

Kita orang muda,kadang-kadang pemikiran kita tidak ketahap pemikiran orang tua.Mungkin juga pengetahuan kita tidak ke tahap pengetahuan mereka.

Dalam isu terbaru ini,antara pimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia,biarlah dikalangan mereka sendiri yang selesaikan.

P/s: Ambo mahu belajar dari apa yang berlaku di depan mata ambo,guna untuk hari kemudian.

1 ulasan:

  1. boleh menegur tapi jangan sampai tahap kughang hajo!!!
    walaupun biar,kena jelin-jelin jugak!!!

    BalasPadam