Khamis, 15 April 2010

Ust Farid Ravi nafi calon BN di Hulu Selangor

Pagi tadi ketika ke kedai untuk membeli akhbar Harakah edisi Jumaat yang biasanya keluar pada hari ini saya terpandang muka depan akhbar Sinar Harian yang memaparkan 3 gambar besar wajah-wajah yang dikatakan bakal-bakal calon BN di Hulu Selangor.

Agak terkejut juga bila melihat salah seorang darinya seorang yang kini menjadi 'figure' baru forum hal ehwal Islam turut disebut-sebut akan dicalonkan.Beliau diberi jolokan oleh akhbar itu sebagai calon 1Malaysia.

Saya amat jarang sekali membeli Sinar Harin,lebih-lebih lagi akhbar ini suatu ketika dulu pernah digam oleh Tok Guru Nik Aziz akibat kejadian 'berita mendahului peristiwa' yang melibatkan isu Dun Kelantan.Tapi pagi tadi saya keluarkan RM1 dan ambil satu nuskhah Sinar Harian.

Lebih kurang jam 9.30 pagi saya segera menghubungi Ust Farid Ravi melalui panggilan talifon.Pada mula saya mengagak beliau tidak akan mengjawab panggilan saya memandangkan pada waktu ini sebagai pensyarah beliau mungkin sibuk dengan urusan kuliah.Alhamdulillah panggilan saya dijawab.Saya terus bagi salam tanpa saya perasan yang menjawabnya bukan Ust Farid.

"Siapa ni? Ust farid sedang discuss,saya pembantunya,beliau minta hubungi sekejap lagi"

Ini pemberitahuan dari yang menjawab talifon tadi.Memang bukan Ust farid yang menjawab.Saya beritahu kepada pembantu Ust Farid yang saya akan hubungi beliau tengah hari ini.

Belum sampai tengah hari,lebih kurang jam 10.30 tadi sekali saya hubungi Ust Farid.Alhamdulilah kali beliau yang menjawab.Memang betul-betul suaranya.Saya lega kerana panggilan saya dijawab.

Sebaik memulakan perbualan beliau memohon maaf kerana tak sempat menjawab panggilan saya tadi kerana sedang menguruskan penerbangan ke London pada malam ini.

"eh,betul ke ust nak ke London malam ni,bukan ke ust nak dicalonkan oleh BN petang ni? tanya saya berseloroh.

"zaim,sebelum enta call,sebelum ini ada dekat seratus orang sahabat call ana tanya hal yangt sama,semuanya gara-gara berita muka depan Sinar Harian"..katanya.Tambahnya lagi "ana tak tahu langsung pasal hal ni,ada sahabat yang minta ana saman akhbar ini".Beliau seterusnya membaca ayat "in ja'akum fasiqun bi naba'in fa tabayyanu...".

"ana tak terlibat dalam perkara ni,enta kan tahu pendirian ana"..ana menafikan semuanya.."

Itu luah Ust Farid kepada saya sebentar tadi.Beliau sekali lagi memberi tahu bahawa pada malam ini akan berlepas ke London kerana menghadiri seminar yang beliau telah dijemput lebih sebulan yang lalu.

"saya lega sikit bila dengar sendiri dari Ust" kata saya kepada Ust Farid.Beliau tanya saya "kenapa lega sikit,demo kena lega banyak la..hahaha.."..

Kata saya "saya sudah 70% lega,tapi segala-galanya akan terjawab pada petang ini bila Muhyiddin yang umumkan.

Jawab Ust Farid "enta percayalah dengan ana".

"tapi jika nama Ust yang Muhyiddin umum,ana tidak akan berdiam diri,ana dan kawan2 akan 'dedahkan' segala-galanya pasal ust.."..ayat ini membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah syukur suatu penjelasan yang bakal dan sudah meredakan tanda soal dalam hati masyarakat khasnya kawan2

    BalasPadam
  2. Barang siapa yang hidup di padang pasir akan keras hati, barang siapa suka memburu akan lalai , barang siapa mendatangi (bodek) sultan dan pemerintah akan terkena fitnah dan bala. (hadis hasan)

    Dah tahu juara rakyat tu "program umno" bukan program kerajaan, yang pergi jadi panel forum jugak sbb apa... jangan jadi penyumbang kepada umno dalam menyesatkan manusia ... pilih2 la jemputan tu , bukan sekali dua ceramah dalam program umno dah banyak kali dah ... tu yang orang katakan ahli MIC tu ...

    cari makan, cari makan jugak tapi saya heran puak2 yang pandai baca quran ni... macam mana mereka faham ayat quran : Jangan kamu cnderung kepada orang yang zalim , kamu akan disambar api neraka... bayaran rm1000 utk setiap ceramah tak boleh menafikan ayat ini.

    Sbb itu nabi sebut : Berapa ramai manusia yang boleh baca quran , tapi quran itu akan melaknat mereka diakhirat kelak.

    BalasPadam