Khamis, 29 April 2010

Mahathir ulas PRU 13

KUALA LUMPUR 28 April - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 sama ada bakal memihak kepada Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya, amat bergantung kepada segala tindakan yang diambil oleh kerajaan ketika ini.

Sehubu-ngan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pucuk pimpinan BN harus membuat satu analisis paling tepat dengan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini supaya setiap usaha yang dijalankan boleh diterima oleh rakyat.

"Perkara itu perlu dilakukan kerana keputusan untuk pilihan raya umum akan datang yang kita jangka tidak sampai dua tahun lagi, amat bergantung kepada tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru dalam blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog.

Dalam blognya itu, beliau turut menyatakan mengenai amalan politik perkauman yang masih hidup di negara ini.

"Pilihan raya kecil di Hulu Selangor telah membuktikan politik perkauman masih wujud. Pengundi Melayu dan India sudah kembali kepada BN namun begitu, kebanyakan kaum Cina masih menyokong pakatan pembangkang," katanya.

-Utusan Online-

Komen: Tun tidak lagi dapat menyembunyikan ketakutannya jika BN tumbang.Tun cukup bimbang BN tumbang dalam pru ke-13.Bimbang tahap gaban.Kenapa ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan