Sabtu, 3 April 2010

Nak sekolah baru?

Mana-mana kawasan parlimen yang nakkan sekolah baru,kena matikan wakil rakyatnya terlebih dulu terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Ini amalan menteri pelajaran Muhyiddin Yasin ketika ini.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, Muhyiddin telah menjanjikan pembinaan 4 sekolah baru di kawasan Hulu Selangor.Kawasan ini telah kematian ahli parlimennya seminggu yang lalu.Selain itu ada beberapa projek lagi diumumkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad ketika respon tindakan terbaru Muhyiddin ini berkata dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.

Bernama sebelum ini memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” jelas Ustaz Idris.


P/s: InsyaAllah,rakyat Hulu Selangor akan mengajar Muhyiddin bagaimana mengurus pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan