Sabtu, 3 April 2010

Seorang Kartika dan Harussani

Tidak terniat saya untuk menderhakai Sultan.Mana-mana Sultan sekali pun.Tapi ketaatan mutlak saya hanya pada YANG SATU.

Isu Kartika selesai.Semua sudah maklum penyelesaiannya.Tapi saya tak mengerti apalah istimewanya insan yang bernama Kartika ini.Sebelum ini saya ada menulis ringkas isu Kartika.Boleh lihat posting saya sebelum ini.

Apakah bezanya Kartika dengan pesalah-pesalah kes syariah yang lain?Siapa yang boleh jawab ini,sila jawab.

Bagi sahabat2 yang faham prosiding mahkamah boleh juga menjawab dan mengulas keraguan saya tentang rayuan.Setiap yang disabitkan bersalah,dia diberi peluang untuk merayu.Merayu dilepaskan dari hukuman yang dikenakan dan juga merayu diringankan hukuman.Kedua-dua prosedur ini kita biasa dengar dalam prosiding mahkamah.

Cuma dalam kes Kartika ini,bilakah masanya dia merayu?Merayu sama ada dilepaskan mahu pun diringankan.Bila?

Apakah seseorang pesalah yang sepatah pun tidak merayu boleh diringankan hukumannya oleh mahkamah atau Sultan?

Menteri Shahrizat dan Ngo anti Islam bertalu-talu memujuk merayu,tapi Kartika tidak juga merayu.

Mungkin saya terpaksa akur,Kartika memang istimewa.Sungguh pun tidak merayu,hukuman ke atasnya telah diringankan.

Bagaimana pengamal-pengamal perundangan Syar'i?

Sehingga kini hanya satu pertubuhan yang bangkit untuk menidakkan cara penyelesaian yang kita sedia maklum.Pertubuhan yang dimaksudkan ialah PPMM (Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia).

Pertubuhan ini sebagai mana dipetik web malaysiakini telah menzahirkan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syar'i ke atas kartika.Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

"PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah"

"Hak dan kuasa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri"

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Apakah yang ringan perlu diringankan lagi?

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.


Apa pula kata Harussani?

Dia dilaporkan berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud,sebaliknya hanya ta'zir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

"hukuman hudud menetapkan 80 rotan kepada pesalah arak.Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hudud"

"ianya hanya ta'zir yang boleh diubah,hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali" jelas Harusssani.

Cuma soalan saya kepada Harussani,bila pula enakmen qisas,hudud dan ta'zir terpakai di mahkamah Syariah?

Harussani,usahlah jadi Mufti 'musang berjanggut'.

Tiada ulasan:

Catat Komen