Khamis, 29 Oktober 2009

Tok Guru saksikan 'Red Warriors' tewaskan Perlis


KOTA BHARU, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

ebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Apa yang membanggakan bendera FA dijadikan sejadah sewaktu mereka menunaikan solat.

-harakahdaily-

Ahad, 25 Oktober 2009

Pas pecah,Umno tunggu apa lagi?

Pas berpecah kepada dua.Najib dilaporkan berkata dari Hua Hin,Thailand.Sementara di Kuala Lumpur Muhyiddin pula berkata Pas sedang hadapi masalah besar.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata percanggahan dalam Pas nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.Apa bentuk tak tahu... maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan," katanya. -BH Online.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemelut terbaru Pas menandakan parti itu menghadapi masalah besar. Timbalan Perdana Menteri berkata, masalah itu akan terbongkar tidak lama lagi."-BH Online.

Jika begitu,Umno tunggu apa lagi?

Sabtu, 24 Oktober 2009

Usah masuk campur

Ada tempat kita boleh mencelah,atau masuk campur.Ada tempat yang tak perlu kita masuk campur.

Ada tempat yang jika sekiranya kita masuk campur akan jadi elok,tetapi ada tempat yang jika kita mencelah atau masuk campur akan lebih mengharu-birukan suasana.

Kita orang muda,kadang-kadang pemikiran kita tidak ketahap pemikiran orang tua.Mungkin juga pengetahuan kita tidak ke tahap pengetahuan mereka.

Dalam isu terbaru ini,antara pimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia,biarlah dikalangan mereka sendiri yang selesaikan.

P/s: Ambo mahu belajar dari apa yang berlaku di depan mata ambo,guna untuk hari kemudian.

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN Pakatan Rakyat mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

-malaysiakini-

Komen: Bubar saja parlimen.Buat PRU terus.

Khamis, 22 Oktober 2009

Sekolah Agama Kelantan cadang perkenal bahasa mandarin

M Faqih

KOTA BHARU, 22 Okt: Sekolah agama di Kelantan dijangka menjadi perintis memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin kepada pelajar-pelajarnya.

Usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan sekarang dengan menubuh Kelab Bahasa Mandarin di tujuh sekolah di Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sekolah terbabit iaitu Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maktab Pengajian Islam, Maahad Arabiah Pasir Mas, Maahad Tahfiz al Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kelab tersebut dilancar di Maahad Muhammadi Perempuan pada Julai lalu.

"Sehingga sekarang seramai 250 pelajar di tujuh sekolah terbabit menyertai kelab berkenaan biar pun ia baru diperkenalkan.

"Pembelajarannya hanya diadakan pada hari cuti dan hujung minggu," katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS Tanjung Mas) pada persindangan Dun hari ini.

Mohd Amar berkata, bilangan Kelab Bahasa Mandarin akan ditambah lagi pada tahun hadapan memandangkan sambutan pelajar begitu menggalakkan sekarang.

Menurutnya dengan ada kelab tersebut membolehkan pelajar menguasai bahasa Mandarin bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.

"Memandangkan sambutan menggalakkan, tidak dapat ditolak pada masa hadapan sekolah agama di Kelantan akan memperkenalkan subjek Bahasa Mandarin," ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN Bukit Bunga) katanya buat masa ini kerajaan belum lagi bercadang menghantar pelajar melanjut pengajian dalam bidang agama di China memandangkan belum ada institusi pengajian tinggi seumpama itu di negara berkenaan sekarang.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri telah menghantar empat pelajar lepasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) melanjutkan pengajian dalam bahasa Cina di negara berkenaan.

Katanya, pelajar tersebut kini menjadi pengajar di Kias dalam subjek bahasa Cina.

Di Kelantan Maahad Darul Anwar di Pulau Melaka menjadi sekolah menengah agama pertama memperkenalkan subjek bahasa Cina sejak beberapa tahun lalu.

-harakahdaily-

Komen: Sejak dulu lagi saya berminat belajar bahasa Mandarin.Sewaktu di Urdun dulu ,selain bahasa Arab,saya turut belajar bahasa Mandarin dengan seorang sahabat berbangsa Cina Muslim.Beliau berasal dari Serawak.Beliau telah menghadiahkan kepada saya 3 buah buku teori-teori asas bahasa Cina.Saya sempat 'bertalaqqi' dengan beliau untuk beberapa ketika.Tetapi oleh kerana masing-masing sibuk dengan jadual kuliah,maka pengajian terhenti begitu sahaja.

Minat masih ada lagi.Semoga cadangan kerajaan negeri Kelantan menjadi kenyataan.



Rabu, 21 Oktober 2009

Utusan kata Mahathir menang

Akhbar Utusan hari ini dengan bangganya melaporkan Tun Mahathir menang rayuan kes saman fitnah Ds. Anwar Ibrahim.

"Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.

Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu."

Inilah 2 rangkap ulasan berita sebagai yang dilaporkan.

Pada mulanya saya beranggapan 'kemenangan' ini setelah Dr. Mahathir berjaya membuktikan bahawa tuduhannya ke atas DSAI adalah benar sebagaimana yang dipercayainya atau beliau berjaya mematahkan hujah DSAI berhubung saman yang dikemukakan DSAI yang mendakwa Dr. Mahathir telah menfitnahnya beberapa tahun lalu.

Tetapi tidak begitu.

Dr. Mahathir sebenarnya 'menang' dari disaman oleh DSAI atau juga DSAI tidak boleh lagi menyaman Dr. Mahathir yang jelas telah menfitnahnya sebagai homoseksual.

Bagi saya,jika Dr. Mahathir bermaruah, dan yang terpenting sekali jika beliau ada bukti kukuh untuk menyokong tuduhannya ke atas DSAI maka Dr. Mahathir tidak perlu menghalang DSAI dari menyamannya.Beliau sepatutnya dengan berani tampil ke mahkamah dan berhadapan dengan DSAI dengan segala bukti yang ada padanya.Tetapi beliau memilih untuk menghalang DSAI dari menyamannya dan mahkamah telah menerima permohonan Dr. Mahathir ini.

Atas keputusan inilah Utusan dan beberapa akhbar yang lain telah mentafsirkan 'kemenangan' yang gilang gemilang buat Dr. Mahathir.Alahai Utusan..

Adakah Dr. Mahathir kebal dari disaman?

Jika begitu beliau boleh terus menerus menfitnah DSAI atau sesiapa saja yang dia suka dengan apa-apa fitnah sekali pun.Dr. Mahathir boleh fitnah orang sampai ke mati.

Selasa, 20 Oktober 2009

Umno..terimalah insan istimewa ini..




Pas nak bagi percuma orang ini kepada Umno. Jika Umno terima,Umno akan dapat 1 kerusi percuma di parlimen.Pas tentunya hilang 1 kerusi. Orang ini sangat istimewa.Terimalah seadanya.

P/s: Mahu tahu pendirian Ibrahim Ali berkenaan tuntutan royalti minyak negeri Kelantan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Tempoh bertenang mahu dilanjut

SPR mahu kaji untuk lanjut tempoh bertenang.

Tempoh bertenang merujuk kepada masa antara tempoh akhir kempen sehinggalah pengundian bermula.Ini yang dimaksudkan tempoh bertenang.

Mengikut amalan sebelum ini dalam mana-mana pilihanraya di negara ini tempoh akhir kempen ialah sehingga jam 12 malam sebelum hari mengundi.Dari jam 12 malam tersebut sehingga ke peti undi dibuka iaitu jam 8 pagi keesokannya,maka tempoh bertenangnya ialah lebih kurang selama 8 jam.

Tempoh 8 jam ini barang kali sudah tidak sesuai bagi SPR.Maka sebab itu mereka mencadangkan untuk melanjutkannya atau dalam erti kata lain memanjangkan tempoh bertenang.Mungkin sehingga 24 jam dan mungkin juga 48 jam.

Indonesia dan Thailand,2 negara yang disebut untuk dijadikan rujukan oleh SPR dalam meminda perkara ini.

Saya secara peribadi tiada masalah dengan pindaan ini jika dengan tujuan untuk penambah baikan perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.Malah untuk keselesaan para pengundi jua dan juga parti-parti politik.

Elok jugalah SPR nak rujuk Indonesia dan Thailand.

Cuma bagi saya,alang-alang nak rujuk,rujuklah keseluruhan sistem pilihanraya di kedua-dua negara tersebut dan cuba bandingkan dengan amalan pilihanraya di negara ini.

Bagaimana akses media kepada parti-parti yang bertanding?

Bagaimana kaedah celup jari pada dakwat?

Bagaimana undi pos?Bagaimana daftar pemilih?

Bagaimana peranan dan kedudukan pelaksana pilihanraya?Adakah berat sebelah?

Bagaimana etika kempen?

Bagaimana kedudukan sesebuah parti yang menggunakan segala instrumen kerajaan untuk kepentingan kempen mereka,dan menafikan hak parti lain untuk berbuat demikian?

Jika perkara-perkara ini juga turut boleh dirujuk,saya yakin pilihanraya di negara kita akan lebih bersih dan adil.Ketika itu saya merasakan tidak akan kedengaran lagi keluhan rasa tidak puas hati dari parti-parti pembangkang.

Bagaimana SPR,boleh tak?


Jumaat, 16 Oktober 2009

Sivakumar panggil sidang, Adun PR akan hadir


Nazri Abdullah

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

Persidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

Adun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin.

-harakahdaily-

Isnin, 12 Oktober 2009

Corruption is corruption ! Menang Besar


1. Mad Hasan keresahan.Akibat kemenangan besar kedengaran penyokong tegar Isa Samad laung 'kembalikan MB kepada Isa',desak Mad Hasan letak jawatan.

2. Kemenangan besar UBN sedikit pun tidak menjejaskan prestasi Pakatan,bahkan perpaduan dikalangan pemimpin dan penyokong semakin kukuh dan tambah padu.

3. Malah kemenangan Isa Samad boleh memperkuatkan hujah bahawa UBN sebuah parti yang dikuasai para perasuah tegar,dari 'Isa' sampai ke 'Subuh'.

4. Syabas buat 2578 pengundi yang mengundi dan memilih PR.Tak lama lagi kita mengundi lagi.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ini saja pilihan di Bagan Pinang


Selain daripada ini bukan pilihan kita.

Kepada rakyat Bagan Pinang...selamat memilih.

Khamis, 8 Oktober 2009

Selamat mengundi perwiraku

Perwira !!

janganlah kekanda bimbang
untuk pergi berjuang...

Selamatkan Bagan Pinang !!
Undi Pakatan.

Jangan undi Isa Samad..Jangan Undi BN !!

Isnin, 5 Oktober 2009

Sebelum dia pergi..


Kepada sesiapa yang terlibat mencederakan ketua Putera Umno ini gua nasihatkan lekas-lekas pi mintak maaf sama dia..sebelum dia pergi..

teruk hangpa kerjakan dia noo..sampai patah tengkok dia..

Selamatkan Bagan Pinang!!

Sabtu, 3 Oktober 2009

"Penyokong Pas Bagan Pinang ganas"

Ketua Putera Umno,Aziz Rahim mendakwa demikian.Sebabnya siang tadi katanya beliau ditumbuk oleh penyokong Pas.

Hasil dari itu beliau report polis.Tidak pula beliau mendakwa kakinya atau tangannya atau matanya atau kepalanya patah,pecah,retak,reput atau sebagainya.Sebaliknya kata beliau cedera lebam ditengkoknya yang berlipat-lipat itu.Katanya beliau juga sudah pun membuat pemeriksaan di hospital berdekatan sejurus selepas proses penamaan calon tamat.

Laporan berita di akhbar dan tv pun menjadikan kes ini sebagai liputan utama berita-berita mereka pada hari pertama kempen pada prk ini.

Ada seorang lagi yang bersama beliau ketika kejadian,Ismail Sabri Yakub,Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Dlm Negeri.Nasib menteri ini baik sikit kerana tidak terkena sebarang pukulan dari penyokong ganas Pas,beliau hanya terkena cacian dan makian saja.Jadi tidak ada kecederaan fizikal,jika sakit pun hanya sakit hati je.

Aziz Rahim hanya cedera di batang tengkok.

Jika saudara2 masih ingat beberapa bulan lalu,pada hari penamaan calon prk Permatang Pasir seorang MP Pakatan Rakyat,N.GobalaKrisnan hampir patah tangannya kerana dikerjakan soldadu-soldadu peliharaan UBN.Seluarnya hampir-hampir terlondeh kerana tali pinggang yang dipakai terputus ketika bergelut dengan soldadu-soldadu tersebut.

Kata ketua soldadu,para soldadu terpaksa bertindak tegas kerana MP tersebut ingkar arahan tidak menggunakan pembesar suara ketika hari penamaan calon.Bagi soldadu bercakap dengan menggunakan pembesar suara pada hari tersebut adalah haram.

Pihak media tidak menimbulkan isu ganas,padahal tindakan yang dikenakan ke atas N.Gobala ini lebih dari pada ganas.Hampir 20 orang soldadu mengepung seorang Gobala.Mana la tangan tak patah.Saudara2 boleh lihat aksi keganasan soldadu ini dalam paparan YouTube.

Gobala yang patah tangan pula yang dituduh ganas.Aksi Gobala yang sempat melibas penampar tepat singgah ke pipi seorang soldadu diulang tayang oleh tv-tv alat propaganda UBN.Dengan sebab aksi seorang Gobala ini,keseluruhan penyokong Pakatan dikatakan ganas.

Setiap kali hari penamaan calon ada saja isu ganas dimainkan.

Yang peliknya,pemimpin UBN kena tumbuk cedera lebam batang tengkok dikatakan penyokong Pakatan ganas.Seorang MP Pakatan cedera hampir patah tangan pun dikatakan penyokong Pakatan yang mengganas.

Semuanya Pakatan yang ganas.UBN lemah lembut.Pooooorahhhh....

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jenazah Noordin selamat dikebumikan di Pontian

PONTIAN: Jenazah Noordin Mohd Top selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melayu Pontian Besar Kiri pada jam 6.45 petang tadi.

Upacara pengkebumian itu yang dihadiri ahli keluarga Allahyarham dan ratusan penduduk kampung itu berlangsung dengan kawalan polis.

Sebahagian hadirin melaungkan takbir sebanyak tiga ketika jenayah Noordin dibawa ke liang lahat untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah beliau yang dibawa dengan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba di sini pada jam 6 petang tadi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Pontian, kira-kira dua kilometer dari tanah perkuburan.

Jenazah beliau dibawa pulang dari Jakarta dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 tengah hari tadi dengan diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi, dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi.

Noordin yang selama sembilan tahun menjadi buruan utama polis Indonesia kerana dipercaya menjadi dalang beberapa pengeboman, termasuk yang terbaru di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriott di sini, ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah pada 17 September.

Tiga rakan pengganasnya turut ditembak mati di dalam rumah itu, di mana polis menemui 200 kilogram bahan letupan, senjata api dan pelbagai dokumen berkaitan kegiatan mereka.


-BH Online-

Komen: Al-Fatihah