Rabu, 25 Februari 2009

aduss!!

BAHAYA POLITIK 'BERMUKA-MUKA'

pk masa depan..pening wehh..nasib la badannnn....

Ahad, 22 Februari 2009

TOK GURU CABAR 'BREHEM ALI' LETAK JAWATAN


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.
Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.
Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan).""PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan."Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.
Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.
Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan."Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan."Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan."Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..."
-mstar-
KOMEN : MASIH MENUNGGU RESPON IBNU UMAR !!

HISTORICISM DAN IBAR


Seringkali para penceramah agama muncul melaknat bangsa Yahudi secara pukal ketika membicarakan isu Palestin. Pada sesetengah keadaan, ada di antara mereka yang terdorong untuk memuji jenayah kemanusiaan Hitler lewat peristiwa Holocaust.
Agak ironik, bagaimanakah Islam yang sepatutnya menjadi agama rahmat telah disalah ertikan oleh para agamawan di dalam menjustifikasikan jenayah Hitler yang bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah dikutuk oleh Islam.Mungkin mereka terlupakan firman Allah SWT, "Dan janganlah kebenciaan kamu kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, ianya lebih dekat dengan ketakwaan..." (al-Maidah 5:8)Kebanyakan golongan agamawan, tidak kiralah mereka yang tradisionalis ataupun mereka yang mendakwa sebagai golongan anti-taklid, telah mengambil secara literal ayat-ayat berkenaan kisah Bani Israel yang telah diceritakan di dalam al-Quran. Kebanyakan cerita-cerita tersebut merupakan ayat Madaniyyah (diturunkan di Madinah) di dalam surah al-Baqarah.
Ini bermakna, ia mempunyai konteks dan juga sebab yang eksklusif. Maka fakta-fakta sejarah telah dijadikan wacana di dalam membuktikan bahawa bangsa Yahudi merupakan 'bangsa terkutuk', 'bangsa yang dilaknat' ataupun bangsa yang tipu daya, putar belit dan juga penuh dengan kejahatan.Agak lucu, di dalam nafas yang sama mereka boleh pula memuji Hitler dan kaumnya yang sepatutnya dua kali lima atau lebih dahsyat dari kaum Yahudi. Mungkin hanya kerana al-Quran tidak membawakan cerita tentang Hitler, maka Hitler tidak perlu dilaknat dan dikutuk sedemikian rupa. Maka, tafsiran literalis seumpama ini akan cuba mewarnakan realiti dengan kefahaman literal mereka terhadap ayat-ayat suci dan teks-teks kudus. Seumpama Man from La Mancha.
Malangnya, di dalam menyikapi al-Quran dan sunnah, kaum literalis tidak pula melihat wacana fiqh di dalam mengeluarkan penghukuman mereka. Bukankah di dalam wacana fiqh, samada di dalam ayat-ayat al-Quran mahupun sabda-sabda Nabi, sikap berlainan pula ditunjukkan. Ahli kitab mempunyai kedudukan yang lebih istimewa berbanding penganut agama-agama lain. Malah sejarah Islam telah membuktikan bagaimana umat Islam dapat membezakan sikap mereka terhadap kaum Yahudi di dalam wacana yang berbeza.Ya, memang di dalam wacana aqidah, agama Yahudi merupakan agama yang tersasar. Mereka juga merupakan pembunuh para Nabi, dan perosak kitab-kitab suci. Jika kita tidak beriman dengan fakta-fakta ini, kita tidak beriman dengan al-Quran.
Begitu juga di dalam wacana sejarah. Seperti mana Old Testament, kebanyakan cerita-cerita mengenai hubungan kaum Yahudi dengan Nabi Musa, Nabi Isa dan beberapa Nabi lain, mereka mempunyai rekod yang buruk. Hal ini bukan sahaja di dalam al-Quran, malah di dalam teks-teks suci mereka sendiri pun ada mengiyakannya. Namun, apakah wacana sejarah boleh bertukar menjadi wacana aqidah?, apakah juga wacana sejarah boleh bertukar menjadi wacana fiqh. Persoalan yang lebih ketara ialah, apakah wacana sejarah boleh dijadikan sandaran di dalam wacana politik, dan pentafsiran kepada realiti yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan konteks yang tidak sama?Hal ini mengingatkan kita kepada apa yang telah dibicarakan oleh Karen Armstrong di dalam bukunya 'Muhammad: Prophet For Our Time'. Beliau telah mengkritik golongan yang ingin mempertahankan nilai liberal dengan menghidupkan budaya Eropah kuno yang anti-Islam. Bagi zaman kegelapan Eropah kuno, pihak gereja telah menyebarkan faham anti-Islam (Islamphobia) demi survival agama Krisitian di Eropah.
Mereka juga telah menggunakan sentimen yang sama untuk melancarkan perang salib dan memastikan dana untuk perang tersebut akan kekal berterusan.Sikap anti-Islam inilah yang telah cuba dihidupkan kembali dewasa ini untuk agenda golongan tertentu. Malangnya bagi sesetengah masyarakat barat yang kurang kritikal dan hidup dengan prejudis yang telah diwarisi berzaman tidak cuba melihat konteks yang berbeza. Hal ini bukannya baru. Sikap yang sama pernah mereka amalkan terhadap bangsa Yahudi. Unsur sejarah dan kebudayaan yang mereka warisi telah membawa kepada sikap 'Anti-Semitik'.
Tidak hairanlah Hitler ketika mula muncul telah menggunakan wacana anti-Yahudi untuk mempopularkan dirinya. Jika sebelum itu pidatonya tidak mendapat perhatian ramai, tetapi setelah beliau mula membicarakan isu Yahudi, beliau menjadi terkenal. Mudah sahaja formulanya, kebencian warisan yang mereka anuti telah membawa kepada natijah tersebut.
Begitu juga pada hari ini. Jika seorang lagi Hitler ingin muncul, maka wacana anti-Yahudi tidak akan laku, malah beliau mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang. Hari ini wacana Islamphobia mungkin dapat menggantikan wacana anti-Yahudi. Armstrong telah mengingatkan para pembaca bahawa sikap Islamphobia yang berterusan hanya akan membawa kepada pengulangan terhadap Holocaust, kali ini bukan kepada kaum Yahudi tetapi kepada umat Islam. Malang sekali ianya telah pn berlaku. Lihatlah Afghanistan, Iraq, Palestin dan juga 'War on Terror'. Bukankah umat Islam telah menerima nasib yang serupa dengan kaum Yahudi lewat Holocaust?Sejarah dan wacana sejarah perlu difahami benar di dalam menyikapi kitab suci.
Hermeneutics bukanlah cadangannya. Historicism juga telah dipukul hebat oleh Popper. Mungkin metod 'Ibar yang telah dikemukakan oleh Ibn Khaldun, bapa ilmu Sosiologi patut dijadikan alat...Kesimpulannya, kita tidak membenci sesuatu kaum hanya kerana mereka itu kaum tersebut. Kita juga tidak membenci sesuatu agama kerana ianya agama tersebut. Tetapi kita mengkritik sesuatu kumpulan, ideologi dan fahaman kerana kezaliman dan jenayah yang mereka dilakukan.Isu Palestin merupakan isu di antara kezaliman kaum Zionis yang didokongi oleh majoriti kaum Yahudi, kaum Kristian dan juga sesetengah Muslim yang berkongsi aspirasi yang sama. Adalah silap menyikapi isu Palestin sebagai pertembungan di antara dua kaum, ataupun pertembungan di antara dua agama. Ianya merupakan pertembungan di antara keadilan dan kezaliman, di antara kemanusiaan dan kebinatangan, ianya juga merupakan pertembungan di antara penjajahan dan juga perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan.
MASZLEE MALIK
DURHAM,UK.

Jumaat, 20 Februari 2009

'PAS KELANTAN MINTA IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN'


KOTA BAHARU 20 Feb. - Pas yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi. Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh Pas bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam Pas seolah-olah beliau sahaja yang betul. “Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini. - Bernama


Komen : Berita ini ambo petik dari laporan berita Bernama.Sama ada benar atau tidak ambo selaku anak jati Pasir Mas bersetuju 100% tindakan mendesak "Brehem Ali" letak jawatan.Ambo juga bersetuju dengan peguam Hanifa Maidin yang berkata bahawa pendapat 'Brehem Ali' tak boleh dipakai dalam semua perkara.

Mungkin ada yang berkata 'jangan lupa jasa 'Brehem Ali'.Ambo akui 'Brehem Ali' banyak jasa terutama kpd rakyat Pasir Mas.

Tapi ambo pernah dengar Mantan Mufti Perlis Dr. Maza sebut 'seseorang yang jahat itu..janganlah dengan sedikit kebaikan yang dia lakukan maka kita meletakkan bahawa orang yang jahat tadi seolah-olah dialah orang yang paling baik sekali dalam dunia..orang jahat tetap jahat..'

Kaedah ini ambo rasa boleh dipakai untuk kita menilai 'Brehem Ali'.

Menunggu komen dari Ibnu Umar..!!

Selasa, 17 Februari 2009

UMNO KIAN TERTEKAN


Tidak sukar untuk mengesan tekanan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN .
Apabila Harakah dan Suara Keadilan dirampas , ceramah umum tidak benarkan , polis dikerah untuk menangkap pemimpin pembangkang dengan pelbagai alasan di bawah pelbagai akta pula seperti akta hasutan , akta cetak , akta polis dan lain - lain termasuk menggunakan ISA . TV pula menggila dengan laporan dan ulasan sebelah pihak .
Ini bermaksud UMNO dan BN telah kehilangan daya dan kehabisan upaya untuk berdialog dan berdepan secara intelektual berasaskan hujjah dan berpaksi pula kepada kebenaran .
Laksana Namrud a'laihi laknatullah yang pernah menggunakan kekerasan dengan menangkap dan kemudiannya melempar Nabi Allah Ibrahim as. ke dalam unggun api yang besar setelah gagal menimbulkan kekeliruan dan tewas hujjah dengan Nabi Ibrahim as.
Langkah yang sama biasa diambil oleh penguasa - penguasa zalim di sepanjang zaman . Mereka sering menggunakan mantiqul quwwah [ hujjah kekuatan ] berbanding quwwatul mantiq [ kekuatan hujjah ] .
Bayangkan betapa UMNO dan BN yang menguasai media cetak dan elektronik dalam negara malah mampu menyebarkan maklumat kepada hampir 30 juta penduduk dengan begitu pantas masih bertindak bodoh dan liar dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan serta menghalang ceramah umum anjuran PAKATAN .
Jika mereka benar - benar kuat dan yakin rakyat bersama mereka sebagaimana yang di dakwa , untuk apa mereka menggunakan kekerasan dan menjadikan polis serta pelbagai institusi bagi melindungi kepentingan mereka . Malainkan sebenarnya UMNO dan BN lemah dan kini dalam keadaan tertekan .
Trauma menghadapi keputusan pilihanraya umum ke 12 yang dialami oleh UMNO dan BN masih belum pulih sepenuhnya . Bahkan ia membuatkan UMNO dan BN mudah hilang pertimbangan dan cepat pula hilang kawalan .
Hasil kajian saintifik , mereka yang belum pulih sepenuhnya dari trauma teruk yang dialami biasanya terdedah kepada perlakuan - perlakuan ganjil malah mampu mendatangkan mudarat kepada dirinya sendiri . Mereka boleh bertindak nekad dan mengganas tanpa sebarang nilai peri kemanusiaan dalam jiwa mereka .
Saya lihat inilah yang sedang dialami oleh UMNO dan BN sebuah parti yang telah mengalami trauma yang teruk dan kini dalam proses pemulihan yang sukar . Tengku Rithaudeen sendiri pernah mencadangkan agar wanita , pemuda , putera dan puteri UMNO di bubarkan demi merawat atau memulihkan UMNO . Jika tidak , UMNO akan binasa .


USTAZ NASRUDIN TANTAWI

TIMB. KETUA DPP PUSAT.

Isnin, 16 Februari 2009

PPSMI : Gapena buat laporan polis


15 feb 2009-Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur. Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu ditukar di saat akhir. Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan". Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. "Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi". "Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik. Proses pertama GapenaIsmail juga mendakwa pelaksanaan dasar itu akan "membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang". Beliau ditemani setiausaha 1 Gapena Dr Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baharuddin Zainal dan penulis Rejab Ismail, ketika membuat laporan tersebut. Bercakap dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan tersebut, Ismail berkata laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu. Ismail juga berkata, badan-badan gabungannya di seluruh Malaysia, akan membuat laporan yang sama berhubung pelaksanaan dasar itu di tempat masing-masing.
Beliau turut ditanya mengenai rancangan Gapena untuk mengadakan perarakan keranda - dinamakan Keranda 152 - pada hari ini (15 Februari) yang tidak menjadi kenyataan.
"Waktu kita bincang, macam-macam rancanganlah timbul. Hendak buat macam itu perlu minta izin," jelasnya. Hari ini, Gapena mengadakan program khas bagi menyatakan bantahan mereka terhadap PPSMI melalui bacaan sajak dan pidato tokoh dan aktivis bahasa - dinamakan "Ratap Ratib Bahasa". 'Hak bahasa dan orang Melayu'Bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) - sebuah lagi badan yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI - turut kelihatan, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad. Abdul Aziz sebelum itu dalam ucapannya di pejabat Gapena di ibunegara berkata, hak-hak berhubung bahasa dan kedudukan orang Melayu telah pun wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Perkara itu, kata beliau lagi, kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Menyentuh soal peluang Gapena membawa isu PPSMI ke mahkamah, Abdul Aziz berkata, dari aspek undang-undang, Gapena mempunya hujah yang kukuh untuk menuntut semakan kehakiman. "Bagaimanapun, saya bimbang kuasa menteri boleh menukar mata pelajaran Sains dan Matematik supaya tidak lagi menjadi matapelajaran teras. Menteri ada kuasa itu. (Kalau) itu (berlaku) maknanya, orang politiklah yang kena beritahu (menteri)," katanya menjawab soalan Baharuddin dalam majlis itu. Abdul Aziz yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, sesiapa sahaja sebagai warganegara Malaysia boleh membawa perkara itu ke mahkamah. "Gapena sebagai persatuan tidak (boleh). Gapena hanya sebagai penaja, nama sahaja. Sebagai entiti yang sah, ahli-ahlinya boleh bertindak," katanya. Kira-kira 100 aktivis bahasa dan sastera hadir dalam majlis tersebut yang bermula sejak jam 9 pagi tadi.

TAHNIAH PAS!




Tahniah PAS!
Di masa susah kaulah kawan
Di mana susah kaulah di depan
Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah
Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang
Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang
Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya
Tiada dagang bersamamu
Tiada cemas di belakangmu
Dirimu ada kekuatan
Dirimu adalah kekuatan
Kekuatan jadi mulia bersamamu
kelemahan jadi bacul di hadapanmu
Tahniah PAS!
Musuh tidak nampak kecualimu
Musuh tidak marah kecualimu
Musuh tidak takut kecualimu
Keranamu kebatilan menjadi lebur
Keranamu kezaliman menjadi berantakan
Keranamu kejahilan menjadi hilang
Kaulah kelibat di medan
Kaulah syakhsiyah dalam kembara
Kaulah figura keramaian
Kawan dan musuh menakjubimu
Dia dan mereka menyanjungimu
Aku dan kami mencintaimu
Tahniah PAS!
Beginikah Allah memuliakanmu?




NUKILAN OLEH NIK ABDUH NIK AZIZ

Ahad, 15 Februari 2009

GARA-GARA KATAK...ANNGG..ANNGG

Katak.Ada katak 'gomok',ada katak 'pisang' dan berbagai jenis lagi.Katak boleh hidup 2 alam.Waktu kecil dalam air yang dikenali sebagai 'berudu'.Waktu dewasa berpindah melata atas muka bumi,tapi kadang-kadang menyelam juga dalam air.Keistimewaan katak ia boleh melompat dengan pantas.
Tulisan ini bukan nak cerita pasal katak.Dari itu awal2 lagi kita menegaskan bahawa katak tidak bersalah.Jadi jangan salahkan katak.Jangan kutuk katak.Jangan hina katak kerana katak juga makhluk Allah di alam ini.
Di Perak heboh satu negeri cerita pasal katak.Negeri hampir2 huru-hara.Negeri tidak aman lagi.Polis 'rockblok' sana sini.Ada manusia bercakaran.Ada pembesar takut jumpa rakyat.Ada 2 MB.Ada orang berminggu-minggu tak balik rumah.Ada yang tak tidor malam.Ada berbagai-bagai lagi.
Apa alkesahnya sikatak ni? Sampai begitu sekali.
Rupa2 bukan angkara katak.Katak memang tak bersalah.Rupa2nya yang hebohnya ada manusia yang berperangai 'katak'.Ada manusia berlagak katak.Haha..


Sabtu, 14 Februari 2009

YANG BIASA, TAK BIASA

Seorang tabi' tabi'en( generasi selepas sahabat Nabi SAW ) pernah menyebut : '' Kamu banyak melakukan perkara yang besar kesalahan pandangan kami ketika bersama sahabat, tetapi kecil pada pandangan kamu pada masa kini ''Pada zaman ini mungkin lebih dahsyat lagi, apa yang kecil pada pandangan kita pada hari ini sangat besar kesalahannya. Antaranya ( dalam kurungan itu adalah ayat kita ) :
1. Membuka aurat bagi lelaki dan perempuan ( alah dah moden ...)
2. Bergaul tanpa batasan antara lelaki dan perempuan ( nanti takde daya saing ... )
3. Masjid tidak diimarahkan ( kat rumah pun sah jugak .. )
4. Tidak berbakti kepada ibubapa ( sibuklah.. tak sempat )
5. Rasuah dan riba ( kita tak dapat..cuba dapat )
6. Menipu atas nama agama ( betul apa dia cakap ada ayat quran lagi ! )
7. Bermewah secara melampau ( hidup nilah nak merasa )
8. Meminggirkan majlis ilmu ( dah tau semua dah .. )
9. Memuja makhluk secara melampau ( dialah contoh terbaik )
10. Makan benda syubhat / haram ( kaji sangat nanti semua tak boleh makan )
11. Buat maksiat atas nama amal ( yang penting dapat banyak )
12. Tinggalkan solat ( muda lagi, pencen sok solatlah .. )
13. Hiburan secara melampau ( release tension .. )
14. Menyambut hari kebesaran orang kafir ( kita rai je tak ikut pun agama diorang )

Banyak lagi..kalau sesiapa ada idea tolong post, ni sebahagiannya sahaja . Nantilah bala dari Allah bila melakukan perkara yang di larangnya. Lepas ini kita akan tengok pulak benda baik yang menjadi kejanggalan kita pada hari ini.Lobai Kampung : Bila bala ditimpa ke atas sesuatu kaum ia tidak hanya memilih mereka yang melakukan kemungkaran sahaja, semuanya kena. Ya allah selamatkan kami dari fitnah-fitnah ini.

www.lobai-kampung.blogspot.com

UMNO JANGAN CEMARKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN!

Sekonyong-konyong saya dipersalahkan serta dituduh bertindak dengan tidak menurut lunas-lunas Perlembagaan oleh Pak Lah di atas apa yang berlaku di Perak. YAB Perdana Menteri sewajarnya mengetahui yang sengaja membelakangkan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ialah timbalan beliau Dato’ Seri Najib Razak. Namun ingatan Pak Lah yang pendek itu bolehlah difahami kerana kita mengetahui reputasi beliau sewaktu mengendalikan mesyuarat.
Sayugia diingatkan tindakan Dato Najib yang cuba menjatuhkan pentadbiran Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar dengan cara mengugut, merasuah serta bermain silap mata dengan menghilangkan individu tertentu, sebenarnya mengenepikan Perlembagaan, juga dengan sengaja mencemar kemulian, bukan sahaja Paduka Sri Sultan Perak, malah Institusi Raja-Raja Melayu itu sendiri, kerna mereka adalah Penjaga kepada Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi di negara ini.
Makanya tindakan Pakatan Rakyat menyaman YB Zambry menunjukkan komitmen kami di dalam memulihkan kembali penjalanan proses demokrasi di Negeri Perak serta memastikan institusi Raja, tidak dicemar dengan tindakan segelintir yang berpolitik menurut mazhab Machiavelli.
ANWAR IBRAHIM

'ANWAR PERLU MINTA MAAF'


ITULAH tajuk muka depan yang tertera dalam akhbar yang terkenal sebagai 'kilang/pusat sebaran fitnah/dakyah UMNO' Utusan 'Meloya' bertarikh 13 feb 2009.
Tajuk ini merujuk kepada situasi 'pengderhakaan kepada raja' yang sedang dipromosi keseluruh negara bertujuan untuk memberi gambaran buruk kepada pemimpin2 utama pembangkang terutama Ds. Anwar Ibrahim.
Lantas saya teringat kepada pepatah Arab yang masyhur yang berbunyi

"syatamani wahuwa yabki,dharabani wahuwa yasytaki" yang bermaksud lebih kurang "dia yang mencaci saya tetapi dialah yang menangis ,dia yang memukul saya tetapi dia mengadu dipukul".

Inilah sebenarnya gambaran mudah perangai yahudi zaman berzaman.Yahudi dengan nyata membunuh umat Palestin, tetapi mereka dengan muka tak malu mengadu kepada dunia bahawa umat Palestin yang dunia sedia maklum tiada kelengkapan senjata itu yang membunuh mereka.

Inilah juga perangai Umno/BN.Merekalah yang mencetuskan suasana pengderhakaan kepada raja, tetapi melaungkan kepada dunia minta orang lain minta maaf atas kesalahan dan dosa mereka.

Kepada semua..pesanlah kepada anak cucu supaya jangan berperangai demikian kerana ini sebenarnya perangai 'sibacul dan sipengecut'.

Khamis, 12 Februari 2009

KELANTAN LAKSANA CUTI AWAL BERSALIN

KOTA BHARU, 11 Feb (Hrkh) - Kelantan sekali lagi merintis usaha ke arah negeri berkebajikan apabila bercadang memberi cuti bergaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan bersalin.
Cuti tersebut akan diberi selama tujuh hari menjelang tarikh jangkaan bersalin.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa berkata, kakitangan kerajaan negeri yang akan bersalin bakal mendapat cuti tujuh hari lebih awal sebelum tarikh bersalin supaya mereka dapat rehat secukupnya.
"Dengan ada kemudahan itu mereka berpeluang pulang lebih awal ke kampung atau dapat berehat sebelum tarikh bersalin.
"Bebanan yang terpaksa ditanggung ibu di saat-saat akhir sebelum melahirkan anak sebenarnya memerlukan pengorbanan dari sudut perasaan dan mental," katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Bagaimanapun katanya, cuti bersalin tersebut masih di peringkat cadangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan membuat kajian secara lebih terperinci.
"Apabila kertas cadangan itu siap nanti, ia akan dibawa kepada mesyuarat Exco sebelum diputus untuk dilaksanakan," ujarnya.
Beliau juga berkata, cuti bersalin di Kelantan masih kekal selama 60 hari.
Dalam perkembangan lain, Husam berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan mengurangkan jumlah pampasan kepada pencarum Takaful Kifaalah daripada RM2,500 kepada RM1,500 berkuat kuasa serta merta.
Katanya, keputusan itu dibuat ekoran kelembapan ekonomi global yang turut tempias ke negara ini sekarang.
"Kerajaan bersetuju mengurangkan bayaran berkenaan sebagai langkah berjimat cermat, memandangkan kesannya turut terpias ke negeri ini..
"Sehingga kini kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM18 juta kepada pencarum skim berkenaan sejak ia diperkenalkan dua tahun lalu," katanya.
Menurutnya juga kerajaan negeri bersetuju meningkatkan bayaran bagi bantuan am kepada RM150 berbanding RM90 sebulan sebelum ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM1.6 juta.
Husam berkata, hasrat kerajaan negeri meningkatkan kadar bayaran kebajikan memandangkan kos sara hidup sekarang semakin meningkat. -harakahdaily.net

Rabu, 11 Februari 2009

MB PERAK BERSAMA ANNUAR MUSA HADIR SAKSI PERLAWANAN BOLASEPAK DI STADIUM


Dato Seri Nizar Jamaluddin melapangkan masa dengan menyaksikan Perlawanan Bola sepak antara Perak menentang Kelantan yang berkesudahan 2-3.


Kelantan menang ke atas Perak dengan Gol diminit-minit akhir permainan.Turut hadir sama ialah Dato Anuar Musa yang mewakili pasukan Kelantan.Setelah tamat permainan Dato Seri meninggalkan Stadium Indera Mulia dan pulang ke Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Selasa, 10 Februari 2009

SELAMAT BERSEMADI


LEWAT JAM 6.30 PTG SEMALAM JENAZAH ALLAHYARHAM HJ ROSLAN SHAHARUM,AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN KG. CHANGKAT LARANG.

LEBIH 6 RIBU HADIRIN YANG TERDIRI DARI PELABAGAI LAPISAN MESYARAKAT DATANG UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR.
RAMAI DIKALANGAN PIMPINAN TERTINGGI PR JUGA HADIR UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR.ANTARANYA MB NIZAR,DS ANWAR IBRAHIM,UST AHMAD AWANG,YB MAHFUZ OMAR,YB SALAHUDDIN AYUB DAN LAIN2.TURUT KELIHATAN DATO' AZIM ZABIDI CALON BN YANG MENENTANG ALLAHYARHAM DALAM PILIHANRAYA UMUM MAC LEPAS.

SEBELUM ITU JENAZAH ALLAHYARHAM DISEMBAHYANGKAN DI MASJID CHANGKAT LARANG DENGAN DIIMAMKAN OLEH AL-FADIL USTAZ KAMARUDDIN AWANG BASIR (BEKAS PESURUHJAYA PAS PERAK).OLEH KERANA BILANGAN HADIRIN YANG RAMAI SOLAT JENAZAH TERPAKSA DILAKUKAN SEBANYAK 3 KALI.SELEPAS DISEMBAHYANGKAN JENAZAH DIUSUNG ORANG RAMAI KE TANAH PERKUBURAN BERDEKATAN.BACAAN TALKIN DILAKUKAN SENDIRI OLEH MB PERAK YAB DS NIZAR JAMALUDDIN.


DENGAN INI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN TAKZIAH DAN BERHARAP AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM BERSABAR DAN REDA ATAS PEMERGIAN KETUA KELUARGA MEREKA.SEMOGA ROHNYA TENANG SISI ALLAH DAN DI TEMPATKAN BERSAMA PARA SALIHIN DAN SYUHADA'.AMIN.

Isnin, 9 Februari 2009

BERITA TERKINI!!

11am-AHLI PARLIMEN PAS BUKIT GANTANG,SAUDARA ROSLAN SYAHARUM MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI.JENAZAH ALLAHYARHAM MASIH DI HOSPITAL BATU GAJAH.AL-FATIHAH.

HARUN DIN JAWAB HARUSSANI

Golongan alim ulama' di negara ini harus bersikap adil disamping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik.
Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.
"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.
"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.
Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.
"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.
Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.
"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi.-harakahdaily.net

Ahad, 8 Februari 2009

PERUTUSAN MB PERAK

BismilahirRahmanirRahim.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.
Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.
Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?
Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.
Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.
Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

HIMPUNAN PERDANA MALAM INI!!

AHAD - 8HB FEBUARI 2009
WAKTU: JAM 9.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK - IPOH
PENCERAMAH:
YB.DS.Anwar Ibrahim
YB.Lim Kit Siang
DS. TG. Haji Hadi Awang
YAB.DS. Mohammad Nizar Jamaluddin
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

NIZAR MASIH MB PERAK-KU LI

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.malayakita.

BERSALAHKAH ANWAR IBRAHIM?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.
Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.
Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!
Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.
Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Sabtu, 7 Februari 2009

5-2-09-Penulis bersama Raja Blog Raja Perta,beliau turut datang beri sokongan moral kepada MB Nizar.

MB NIZAR TIDAK DERHAKA

Berita yang tidak bertanggung jawab dan putar belit dengan suatu plot yang terancang dengan ending yang nampak semata-mata ingin melaga-lagakan individu dan kelompok tertentu dengan pihak Istana perak adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab.Sebagai warga Perak semua maklum dan mengetahui bahawa hubungan Ir. Nizar dengan pihak istana sangat baik dari mula dia diangat menjadi menteri besar sehinggalah kepada saat terakhir dia mengadap DYMM Sultan Perak pada 4 Feb yang lepas.Berulang kali juga dia memberi kenyataan akhbar bagi menafikan berita yang sering mengapi-apikan bahawa hubungan beliau dengan istana tidak baik.Antara persoalan yang di putar belit ialah Nizar durhaka kepada sultan Perak pada pertemuan 4 Feb yang lepas.Saya mengakui sebagaimana kenyataan Nizar dalam banyak kenyataan akhbar, malah saya lah orang yang pertama mendengar cerita bagaimana pada 4 Feb dia " mohon ampun dari Tuanku dengan Sembah Durhaka".Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan apakah maksud "sembah durhaka" dalam bahasa istana sehingga pihak yang tidak bertanggung jawab memutar belit mengatakan Nizar durhaka kepada Sultan.Secara umum saya faham dengan usaha baling batu dan sembunyi tangan oleh pihak yang mengambil peluang untuk menaikkan kemarahan dan kebencian rakyat yang memang tidak boleh menerima hakikat kalau ada yang durhaka kepada raja dari dulu hingga sekarang.Begitulah Nizar yang saya yakin tidak pernah dan berhasrat untuk durhaka kepada Sultan, rekod hubungan baiknya dengan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda berterusan sejak diangkat menjadi MB hinggalah sekarang.Pihak yang menjadi api dalam sekam terus menerus meniupkan istilah kononnya ada yang durhaka kepada raja.Sebenarnya 'sembah durhaka' bermaksud dalam bahasa biasa kurang setuju atau mohon dipertimbangkan semua dalam maksud yang saya fahami.Disebabkan mnasalah yang berat pada perkiraan Menteri Besar perlu diadakan pilihanraya semua dengan permohonannya supaya di bubarkan DUN. Maka sewajarnya beliau memohon DYMM Tuanku mempertimbangkan permohonan itu sehalus dan sebaik mungkin.Sebab itu keputusan yang dibuat oleh DYMM Tuanku mestilah mengambil kira kepada cadangan awal dari memanda Menteri Besar yang masih sah. Amat malang kalau ada "lembaga" lain yang memberi nasihat yang terlebih malang kalau ianya diterima dan seterusnya mengundang kekecohan yang siapapun tidak merancangnya kerana ianya meledak dengan sendirinya.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

AYUH BERKUBU DIBENTENG TERAKHIR!!!

TRAGEDI MB NIZAR DIHALAU DARI PEJABATNYA PAGI TADI CUKUP MENGGURIS PERASAAN.HAKIKAT INI TURUT DIAKUI MB NIZAR SENDIRI,LEBIH2 LAGI DILAKUKAN OLEH PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN PIMPINANNYA YANG SEBELUM INI SANGAT MEMBERI KERJASAMA DALAM URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.

MB NIZAR DALAM UCAPANNYA JAM 1 PAGI TADI DI HADAPAN LEBIH 500 ORANG RAMAI YANG MASIH SETIA BERADA DI KEDIAMAN RASMINYA MENYERU KEPADA PENYOKONG2 SUPAYA HADIR BERAMAI-RAMAI DAN MENJADIKAN KEDIAMANNYA SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN TERAKHIR KERAJAAN PILIHAN RAKYAT.

SEBELUM ITU SEKITAR JAM 9 MALAM TERSEBAR KHABAR ANGIN DIKALANGAN PARA PENYOKONG BAHAWA MB NIZAR AKAN 'DICEKUP' OLEH ANGGOTA UTK BUKIT AMAN.INI BERDASARKAN KEADAAN DI LUAR RUMAH MB DENGAN KEHADIRAN SEKUMPULAN YANG DIPERCAYAI ANGGOTA UTK.

ANGGOTA UNIT AMAL TELAH DIKERAH UNTUK MEMPERKETATKAN KAWALAN.

MB NIZAR MEMPERTEGASKAN BAHAWA BELIAU TETAP TIDAK AKAN MENINGGALKAN KEDIAMAN RASMINYA.MB NIZAR JUGA TELAH MEMAKLUMKAN PIMPINAN TERTINGGI TELAH MENGENAL PASTI BEBERAPA LANGKAH2 TERTENTU DEMI UNTUK MENYELAMATKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT TERMASUK MENGAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH.

SAUDARA FARIZ MUSA (TIMB. KETUA AMK) MEMAKLUMKAN AKAN MENGANJURKAN SATU HIMPUNAN RAKYAT BESAR-BESARAN DI IPOH DALAM MASA TERDEKAT INI.

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN TERTINGGI PR


Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB LIM KIT SIANGKetua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISATimbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Jumaat, 6 Februari 2009

TERKINI!!

PEMIMPIN2 UTAMA PR PERAK MASIH LAGI BERTAHAN DI KEDIAMAN RASMI MB PERAK.
ANGGOTA UNIT AMAL SEDANG MENGAWAL KETAT SETIAP SUDUT RUMAH MB.
SEMENTARA PADA TGHARI TADI DI PERKARANGAN ISTANA ISKANDARIAH SUASANA KECOH BERLAKU APABILA FRU MULA BERTINDAK LIAR DENGAN MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA.SERAMAI 8 ORANG PENYOKONG PR DI LAPOR TELAH DITANGKAP.PIMPINAN SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBEBASKAN SEMUA YANG DITANGKAP.
SAYA DIFAHAMKAN SATU SIDANG MEDIA AKAN DIADAKAN DIKEDIAMAN MB MELIBATKAN SELURUH PIMPINAN PR PERAK.
APA KEPUTUSAN TERBARU YANG AKAN DIUMUMKAN?
APAKAH AKAN BERLAKU SATU KEJUTAN?
SAMA2 KITA TUNGGU.

PERISTIWA HARI INI

kemaskini 3.48pm
Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah. Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

kemaskini 3.36pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.
Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm
Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.
Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

kemaskini 3.25pm
Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.
Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh “kenapa masjid diperlakukan sebegitu.”
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm
Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.
Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

kemaskini 3.11pm
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm
Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.
Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm
Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm
Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.
Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm
Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.
Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm
Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm
Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.
Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.
Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.
Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm
Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm
Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap“lempar batu sembunyi tangan”, lapor Bernama.
kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.
Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm
Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.
Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.
Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.
Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm
Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm
Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm
Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45pm
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.
Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.
Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am
Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.
Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am
Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

SURAT NIZAR BUAT PADUKA SERI SULTAN

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-LahPaduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin JamaluddinMenteri Besar Perak Darul Ridzuan

Khamis, 5 Februari 2009

TERKINI: NIZAR SEMBAH KEPADA SULTAN UNTUK TIDAK MELETAK JAWATAN

IPOH, 5 Jan :- DYMM Sultan Perak dilaporkan telah menitahkan kepada YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya meletakkan jawatan sebagai MB Perak semasa mengadap DYMM Sultan sekitar jam 1.00 tadi.

Namun Nizar menyembahkan keputusan tidak mahu melepaskan jawatannya dan masih meminta laluan dari DYMM Tuanku supaya diadakan satu pilihanraya baru dengan mengembalikan kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang menjadi kerajaan.

YB. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG.
*Untuk makluman, Solat hajat yang dijadualkan di kediaman MB Perak malam ini telah ditukarkan ke Stadium Perak.


SOLAT HAJAT
MENYOKONG
KEPIMPINAN MB PERAKDATO SERI MOHAMMAD NIZAR
TEMPAT:STADIUM IPOH
TARIKH:5 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)
WAKTU:7 MLM HINGGA 11 MALAM
MULA SOLAT MAGHRIB,BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT & CERAMAH

TERKINI JAM 11.25AM : MB DIPANGGIL MENGADAP SULTAN

5 Feb :- YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin yang hadir dalam majlis Perasmian Ladang Padi Sime Darby di sini bergegas meninggalkan majlis kerana dipanggil oleh pihak Istana untuk mengadap Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah.Menemani beliau dalam majlis tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Selingsing, Hj. Hussin Din. Kedua-duanya juga dilihat meninggalkan majlis bersama MB Perak ke Ipoh.

TUMPUAN KINI PADA SERI PADUKA SULTAN

Sebentar tadi tepat jam 10.35am Najib dan gerombolannya dilihat meninggalkan Istana Kinta tanpa sebarang kenyataan.Beliau dijangka akan mengadakan sidang media di bangunan Umno di Ipoh.
Tumpuan kini kepada Seri Paduka Sultan.Rakyat diminta mematuhi dan menerima keputusan Sultan.

ARAHAN TERKINI!!


ARAHAN DARI TUAN PESURUHJAYA PAS PERAK AGAR SEMUA PIMPINAN,AHLI&PENYOKONG PR SUPAYA MEMBACA SURAH YASIN,SOLAT HAJAT&BERDOA MOGA ALLAH LEMBUTKAN TUANKU SULTAN PERAK UNTUK PERKENAN BUBAR DUN PERAK.SEKARANG DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEDANG MENGADAP TUANKU SULTAN.TOLONG PANJANGKAN KEPADA SAHABAT2.
DRP SU DUPPk.

PERHIMPUNAN DI RUMAH MB MALAM INI-RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Sebaran Media
5 Februari 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
“Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.
SEBARKANA!SEBARKAN!SEBARKAN!

KERAJAAN PERAK FAILKAN KES KEKOSONGAN 3 DUN DI MHKMH TINGGI HARI INI

Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.


Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.

YB. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.

Rabu, 4 Februari 2009

TERKINI : KENYATAAN AKHBAR MB PERAK

IPOH, 4 Feb ;- Saya telah meyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menagguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini."saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar" tegas Ir. Nizar.Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku Piliharaya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat."Saya akan akur kepada apa saja keputusan Taunku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar.Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu penainayaan kepada Nasaruddin dan orang Bota."Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.

SEKARANG KEPUTUSAN PADA SULTAN

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan berada dalam keadaan getir dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari Pakatan Rakyat. Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru tetapi perlu mendapat perkenan DYMM Sultan Perak terlebih dahulu.ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim diumumkan kembali menyertai Umno.Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.Najib berkata tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.ADUN Bota,Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN."Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.Dalam perkembangan lain Menteri Besar Perak telah mengadap DYMM Sultan Perak petang tadi sebelum Najib membuat pengumuman tersebut. Nizar sebagaimana diumumkan kepada media sebelum dari itu akan mempersembahkan permohonan supaya DUN Perak dibubarkan dalam keadaan politik tidak menentu sekarang dengan memberi laluan kepada rakyat memilih sekali lagi.Nizar menjelaskan pihak istana menangguh keputusan bagi menimbang permohonan itu.Dalam keadaan sekarang berarti ada dua keadaan yang harus di terima oleh rakyat perak.

PERTAMA; Adakah Sultan akan memperkenankan permohonan Ketua kerajaan Perak yang masih sah sekarang untuk diadakan PR sekali lagi, atau :-

KEDUA : Adakah Sultan memperkenakan apa yang akan dipersembahkan oleh Najib dalam masa terdekat bagi menubuhkan kerajaan yang baru.

KERAJAAN PR DI PERAK MASIH SAH

IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini. "Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.

YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

KERAJAAN HARAM

Sebentar tadi Najib Razak umum bentuk kerajaan HARAM di Perak.
Mereka sudah takut menghadapi suara rakyat.Lebih malang lagi mereka telah 'menendang' demokrasi yang mereka dokong selama ini.
Mohon kepada pendokong PR bersabar,berdoa,berikhtiar,berusaha dan berkorban pertahankan kerajaan PR yang sah di bumi bertuah ini.
Jangan panik.Pimpinan tertinggi akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Sekian.

TERKINI : MB KE ISTANA,MOHON PERKENAN BUBAR DUN

Sekitar jam 3.40 minit tadi MB perak meninggalkan Pejabatnya untuk ke Istana Kinta, Ipoh bagi memohon perkenan DYMM sultan Perak bagi memberi laluan kepada satu PR dikesemua 59 DUN Negeri Perak.

MUNAJAT PERDANA

MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: ARENA SQUARE KUALA KANGSAR
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR PERAK, PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

MB MENGADAP SULTAN?

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pergi mengadap DYMM Sultan Perak untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.
YB. IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.

Selasa, 3 Februari 2009

SPR HINA DYMM SULTAN PERAK

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang saya sifatkan sangat mengelirukan dan pada pandangan saya menghina DYMM Sultan Perak.Tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak.Saya menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" negara dan negeri Perak apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak.Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perk kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi.Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.Kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah dan saya menyifatkan sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.Dengan ini selaku pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri perak.Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang kami kasihi.
YB. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG
PENGERUSI BBC PERAK.

KERUSI BEHRANG&CHANGKAT JERING KOSONG-PAS SOKONG

IPOH, 3 Feb :- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu. Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.

SPEAKER PERAK UMUM KEKOSONGAN KERUSI TIDAK BOLEH DICABAR

Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.Kata beliau, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu."Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut."Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi."Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri."Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai."Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi."Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat... lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.

SPR MESYUARAT HARI INI,PR BUAT PERSIAPAN

Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongannya masih menjadi teka-teki.Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi."Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN."Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.PKR, PAKATAN BERSEDIADalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong."Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari."Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya.Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.PENDIRIAN JAMALUDDINJamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil."Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang."Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil," katanya.Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: "Saya akan berbincang dengan peguam dulu."Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.SURAT LETAK JAWATANMengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker."Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker," kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema."Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut," katanya.Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.MEDIA MENANTI MBSetiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN BBC PERAK

Bagi meredakan dan menafikan tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab termasuk media massa yang cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan negeri Perak berada dalam keadaan yang dipetik mengatakan, rapu, dihujung tanduk dan sebagainya, maka saya selaku Pengerusi kelab penyokong Kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas ini.Dalam keadaan semua pihak bersiap untuk menyambut Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, saya menyesali segala tohmahan kepada kerajaan yang dipayungi oleh Baginda.Kenyataan ini adalah rentetan dari pertemuan ahli BBC di Pejaba BBC pagi ini.

1. Kami dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Kerajaan Negeri Perak pada waktu ini dalam keadaan yang disifatkan itu. Malah kami ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perak masih lagi utuh, kuat dan segala urusan berkaitan pentadbiran berjalan seperti biasa.Ini dibuktikan dengan kehadiran seluruh pegawai kerajaan dari seluruh pelusuk negeri dalam majlis perhimpunan Bulan Excutive Talk pagi tadi.

2. BBC dengan ini meyatakan sikap berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

3. BBC juga mengambil sikap untuk bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya kecil Changkat Jering dan Behrang.

4. Sehubungan dengan itu kami menyeru kepada seluruh rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat untuk bersedia mengerakkan jentera PR masing-masing bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dalam PR kecil tersebut.


Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak
IPOH,Pada ; 2 Feb 2009.

MB MENGADAP SULTAN,SPEAKER JUMPA SPR

IPOH, 2 Feb : -YAB Menteri Besar Perak telah diterima mengadap oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 10 pagi tadi di istana Kinta di sini. Menteri Besar terpaksa bergegas ke Istana dan meninggalkan Majlis Perhimpunan Bulanan Ezecutive Talk di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul RidzuanDifahamkan Ir. Nizar telah menunjukkan semua dokumen berkaitan dengan pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kepada DYMM Tuanku.Dalam Perkembangan lain pada awal pagi tadi Speaker Kerajaan negeri dengan peruntukan yang ada telah menfakskan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya mengenai peletakan jawatan dua ADUN tersebut.


www.idhamlim.blogspot.com

2 perkara penting hari ini

Setelah kita menerima berita peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diumumkan , terdapat dua perkara penting yang akan berlaku pada hari ini.PERTAMA : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dengan peruntukan kuasa dan undang-undang yang sedia ada akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang bagi diadakan semua Pilihan raya.SPR tidak boleh mengambil kira dakwaan bekas ADUN tersebut mengenai surat peletakan jawatannya. Fokus sekarang ialah Pilihan raya kecil setelah diwartakan oleh SPR.KEDUA : YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka mengadap DYMM Sultan Perak bagi memaklumkan kedudukan politik semasa sebagai sifatnya ketua kerajaan yang sah.
Beliau akan ditemani oleh Exco Agama, Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan saya difahamkan semuanya telah diatur.

www.idhamlim.blogspot.com

Ahad, 1 Februari 2009

MB SAHKAN 2 ADUN LETAK JAWATAN

01 Februari 2009

IPOH, 1 Jan :- Saya dan beberapa ADUN yang tiba dan berada di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar malam ini menerima pengesahan dari beliau bahawa Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang dan Cangkat Jering. Beliau juga mengesahkan sidang akhbar yang dibuat bagi menyatakan keputusan rasmi dari Speaker Kerajaan Negeri Perak .

www.idhamlim.blogspot.com

Hari2 yg dramatik

2 hari yang lalu dunia Islam dianugerahkan wira baru.Recip Tayyeb Erdogan.Ketika pemimpin arab terus bermuka2 dan menunjukkan sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' Erdogan muncul ditengah2 gelojak kebangkitan ummah.Kemunculan Erdogan seolah2 untuk 'bersetuju' memimpin gelombang ummah ini.

Keberanian Erdogan mengherdik dan menengking berok besar dunia Shimon Perez alaihi laknatullah sedikit sebanyak mengubat kepiluan dan kehibaan umat di Ghazzah.

Tapi Yahudi tidak kenal erti herdik dan tengking.Mereka tak pernah dan ngak akan ngerti.Mereka hanya boleh dimengertikan dengan 'jaisy muhammad'.'Jaisy Muhammad' pernah menguburkan yahudi di Khaibar.

Khaibar khaibar ya yahud!!
jaisy Muhammad saufa yauud!!