Bagi meredakan dan menafikan tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab termasuk media massa yang cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan negeri Perak berada dalam keadaan yang dipetik mengatakan, rapu, dihujung tanduk dan sebagainya, maka saya selaku Pengerusi kelab penyokong Kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas ini.Dalam keadaan semua pihak bersiap untuk menyambut Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, saya menyesali segala tohmahan kepada kerajaan yang dipayungi oleh Baginda.Kenyataan ini adalah rentetan dari pertemuan ahli BBC di Pejaba BBC pagi ini.
1. Kami dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Kerajaan Negeri Perak pada waktu ini dalam keadaan yang disifatkan itu. Malah kami ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perak masih lagi utuh, kuat dan segala urusan berkaitan pentadbiran berjalan seperti biasa.Ini dibuktikan dengan kehadiran seluruh pegawai kerajaan dari seluruh pelusuk negeri dalam majlis perhimpunan Bulan Excutive Talk pagi tadi.
2. BBC dengan ini meyatakan sikap berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.
3. BBC juga mengambil sikap untuk bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya kecil Changkat Jering dan Behrang.
4. Sehubungan dengan itu kami menyeru kepada seluruh rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat untuk bersedia mengerakkan jentera PR masing-masing bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dalam PR kecil tersebut.
Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak
IPOH,Pada ; 2 Feb 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan