Rabu, 4 Februari 2009

SEKARANG KEPUTUSAN PADA SULTAN

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan berada dalam keadaan getir dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari Pakatan Rakyat. Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru tetapi perlu mendapat perkenan DYMM Sultan Perak terlebih dahulu.ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim diumumkan kembali menyertai Umno.Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.Najib berkata tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.ADUN Bota,Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN."Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.Dalam perkembangan lain Menteri Besar Perak telah mengadap DYMM Sultan Perak petang tadi sebelum Najib membuat pengumuman tersebut. Nizar sebagaimana diumumkan kepada media sebelum dari itu akan mempersembahkan permohonan supaya DUN Perak dibubarkan dalam keadaan politik tidak menentu sekarang dengan memberi laluan kepada rakyat memilih sekali lagi.Nizar menjelaskan pihak istana menangguh keputusan bagi menimbang permohonan itu.Dalam keadaan sekarang berarti ada dua keadaan yang harus di terima oleh rakyat perak.

PERTAMA; Adakah Sultan akan memperkenankan permohonan Ketua kerajaan Perak yang masih sah sekarang untuk diadakan PR sekali lagi, atau :-

KEDUA : Adakah Sultan memperkenakan apa yang akan dipersembahkan oleh Najib dalam masa terdekat bagi menubuhkan kerajaan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan