Rabu, 30 September 2009

I.S.A pun kita lawan,inikan pula Isa Samad

Akhir sekali Isa juga yang dipilih.Isa pun Isa lah.Sapa pun boleh.Siapa pun kalau dah Umno,Umno juga.Maknanya Pas akan lawan Umno.

Tapi soal calon penting juga,jika silap pilih calon buruk padahnya.Ini realiti politik Malaysia.Hakikatnya calon nombor dua.Yang utama ialah parti,iaitu dasar parti yang bertanding.Calon hanya alat.

Umno nampaknya tidak belajar dari Permatang Pasir.Umno juga engkar teguran Tun Mahathir.Kata Tun "Jika Isa Samad calon,Umno boleh menang di Bagan Pinang,tapi BN akan kalah seluruh Malaysia".

Apa masalahnya Isa Samad?

Isa Samad sebelum ini menteri besar Negeri Sembilan.Kemudian dia menang kerusi naib presiden Umno.Kemudian dilantik sebagai menteri pusat.

Kemudian selepas beberapa ketika beliau didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan rasuah ketika bertanding naib presiden Umno.Beliau telah dihukum gantung selama 3 tahun dari bergiat aktif dalam Umno.

Kini beliau telah bebas dari hukuman pergantungan tersebut.Kini beliau boleh aktif dalam politik Umno.

Pemilihannya sebagai calon BN dalam prk ini boleh dilihat sebagai cubaan pertamanya untuk kembali aktif dalam politik.

Namun sehingga kehari ini,Isa tidak pernah memperakui kesalahan rasuahnya.Bagi Isa beliau tidak bersalah dengan tuduhan rasuah walaupun beliau telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh lembaga disiplin Umno sendiri.

Maknanya,bagi saya Isa tidak pernah insaf dengan kesalahan rasuah.Akhbar Utusan hari ini pun memberi sokongan penuh kepada pencalonan Isa Samad ini.Isa Samad diminta supaya jangan toleh ke belakang.Maknanya,pedulikan kes rasuah terdahulu.

Isa Samad memang tidak pedulikan kes rasuahnya dulu.

Kesimpulannya,jika bertanding sama-sama Umno pun Isa sanggup habiskan jutaan ringgit untuk memang,inikan pula dengan pembangkang seperti Pas.

Berapalah agaknya Isa dan UBN akan tabur untuk kali ini??

Isnin, 28 September 2009

Gambar Ibrahim Ali pula jadi mangsa





Mutakkhir ini heboh di Kelantan perang mulut antara Tok Guru Nik Aziz dan Dato Ibrahim Ali.

TGNA desak Ibrahim Ali letak jawatan sebagai MP Pasir Mas yang dimenangi atas tiket Pas dalam Pru ke-12 kerana telah berpaling tadah.Banyak tindakannya membelakangi dasar kerajaan negeri Kelantan.

Sebagai jawapan balas kepada desakan tersebut,Ibrahim juga desak TGNA letak jawatan sebagai MB atas beberapa alasan yang diberikan sebagaimana yang dilapor akhbar Utusan hari ini.

2 hari lepas Ibrahim Ali mendakwa rakyat Pasir Mas masih sayang padanya apabila katanya hampir 6 ribu rakyat hadir ke rumah terbuka Idulfitrinya yang diadakan diperkarangan pejabat Pusat Khitmat Ahli Parlimen Pasir Mas di Kg. Mekasar.

Pagi tagi,ketika keluar ke pasar Pasir Mas,saya terpandang satu sepanduk besar ucapan Idulfitri yang memaparkan gambar Dato Ibrahim Ali dan isteri ditengah-tengah bandar Pasir Mas telah disimbah dengan cat hitam.Terkejut juga saya.Sapa la punya angkara?

Lantas saya teringat nasib yang sama yang sebelum ini menimpa sepanduk besar gambar MB Haram Perak,Zambry Kadir yang juga disimbah cat beberapa hari sebelum Idulfitri.

Secara peribadi saya tidak suka amalan sebegini.Bagi saya perbuatan sebegini adalah amalan yang tidak sihat.

Rasullullah pernah melarang ummatnya dari memcaci,mencerca,mengutuk dan mungkin juga menyimbah cat kepada tuhan-tuhan dan berhala-berhala sembahan kuffar jahiliyyah,dengan alasan dibimbangi perbuatan yang sama akan dilakukan oleh golongan kuffar terhadap Allah.

Namun Ibrahim Ali dan juga Zambry Kadir kena fikir kenapa ada rakyat yang sanggup bertindak sedemikian rupa ke atas gambar-gambar mereka.

Apa yang tidak kenanya?

P/s: Usah tipu rakyat,kelak rakyat akan benci.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat pulang duhai pejuang!!

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah,akhirnya telah sempurna jua ibadah ramadan sebulan lamanya.Kepada Allah jua kita mengharapkan segala ganjaran pahala atas ketaatan dan kebajikan yang sempat dilakukan.

"Sesungguhnya puasa adalah bagiku,dan akulah yang akan membalasnya (balasan pahala)".

Ramadan ibarat tetamu.Tetamu yang selalu dirindui kehadirannya.Kini ia pergi meninggalkan kita.Moga-moga kita dan ramadan dapat bersua lagi di masa hadapan.

Ramadan jua ibarat sebuah medan perjuangan yang penuh dengan ujian ciptaan tuhan Rabbul Jalil.Beruntunglah sesiapa yang dapat mengharungi ujian ini dengan menjadikan sabar sebagai benteng pertahanan lantas dia memperoleh kemenangan.

Sebab itulah,antara ucapan yang digalakkan kita mengucapkannya di idulfitri bila bertemu sesama kita :

"Minal a'idin wal fa'izin" yang bermaksud "selamat pulang para pejuang,pulang dengan kejayaan dan kemenangan".

Kini muncul Syawal yang penuh keni'matan.Dengan KeAgungan Tuhan,atas sifatnya Yang Maha Pengampun,bisa Dia mengembalikan segala manusia terpilih ke Fitrah asal mereka,seperti mana mereka sewaktu dilahirkan ibu-ibu mereka.

Adakah kita (aku) salah seorang darinya?..Oh Tuhan,moga-moga aku salah satu dari mereka.

Sekian.

Rabu, 16 September 2009

Doa Cikgu Norlaila kepada Penguasa ISA


"Ya Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan, Tuhan yang menciptakan manusia dari setitis air mani , engkau Maha melihat dan lebih mengerti apa yang sedang dilakukan oleh orang -orang yang zalim terhadap keluarga kami. Aku berserah padaMu untuk memberi balasan yang paling sesuai, yang tidak terfikir dalam minda kami, terhadap Menteri Dalam Negeri dan semua kakitangannya yang bersubahat melaksanakan penahanan tanpa bicara ISA keatas ahli keluarga kami.Ameen.

-http://lailagmi.blogspot.com-

Komen: Ya Allah,kasihanilah keluarga mereka,Engkau hancurkan lah penguasa ISA itu sebagaimana Engkau hancurkan tentera Al-Ahzab.Amen Ya Rabb.

Selasa, 15 September 2009

ISA gila,orang2 yang sokong ISA ialah orang gila.

Semua yang terlibat dengan ISA,kecuali para tahanan adalah gila.

Saya ingin mengucapkan tahniah buat Cikgu Norlaila Othman,seorang aktivis mansuh ISA yang cekal.

Suaminya,Mat Sah Satray mengikut apa yang dilaporkan media telah dibebaskan dari akta gila tersebut hari ini setelah hampir 8 tahun haknya untuk hidup bebas direntap oleh rejim BN.

Semasa ditangkap,Mat Sah Satray dituduh terlibat dengan kumpulan militan JI.Namun seperti tahanan-tahanan ISA yang lain,sehinggalah mereka dibebaskan pihak kerajaan tidak pernah menunjukkan bukti tuduhan-tuduhan ke atas semua tahanan ISA tersebut.Hanya tuduhan semata-mata,tuduhan palsu.

Cikgu Norlaila tidak pernah jemu menanti pembebasan suaminya sehingga sanggup menunggu selama 8 tahun.Beliau juga tidak pernah tunduk kepada desakan rejim BN untuk memperakui kesalahan yang tidak dilakukan suaminya.Hanya dia yang mengerti penderitaan ini.Sekilas wajahnya cukup untuk menggambarkan penderitaannya.

Saya sempat melihat ketika cikgu Norlaila bersama anaknya Suhaib diseret polis ketika demo MANSUH ISA tempoh hari.Kini Allah telah membalas segala penat lelahnya berjuang untuk pembebasan suaminya.

Tahniah sekali lagi dari saya buat cikgu Norlaila.Saya kagum dengan anda.Semoga bahagia di Idulfitri ini.

Tahniah juga buat tahanan-tahanan lain yang turut dibebaskan hari ini.

Celaka buat rejim BN !! MANSUH ISA !!

Isnin, 14 September 2009

Nur Adinie genap 7 hari





1. Hari ini 24 Ramadan,genap 7 hari Nur Adinie dilahirkan.

2. Malam tadi,selepas solat teraweh kami mengadakan majlis tahnik secara ringkas sebagai memenuhi Sunnah Nabi s.a.w.Sementara pagi tadi diadakan majlis cukur jambul.

3. Insyaallah,kami sedang merancang untuk mengadakan aqiqah bila ada masa dan kemampuan yang sesuai nanti.

Rabu, 9 September 2009

Subhanallah...walhamdulillah.



1. Syukur,Alhamdulillah.

2. Nur Adinie,telah selamat dilahirkan pada 18 Ramadan 1430H bersamaan 7 September 2009M jam 9.30 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,Kelantan.

3. Setelah 3 hari dia dan ibunya bertarung di Hospital Sri Manjung,tetapi Allah mentaqdirkan Nur Adinie lahir di bumi kelahiran kedua ibu bapanya jua.

4. Pada 6 September,ibu kepada Nur Adinie dibenarkan keluar dari wad Hospital Sri Manjung.Tanpa berlengah lagi pada keesokannya pagi-pagi lagi kami bertolak pulang ke Pasir Mas,Kelantan.Kami tiba jam 2 petang.

5. Belum pun sempat mengemas barang-barang,zaujah mengadu 'rasa lain macam'.Seakan-akan bayi yang dikandungnya mahu juga dilahirkan.Tentunya bagi ibu-ibu yang pernah menghadapi situasi ini sangat mengerti keadaannya.

6. Tanpa membuang masa,setelah mendapatkan pandangan bonda saya,yang sejak pagi lagi menunggu ketibaan kami,terus kami bergegas ke HUSM,hospital yang kami rancang untuk kelahiran ini.

7. Sejurus tiba di hospital saya terus mendaftar ke wad bersalin.Sementara zaujah di bawa masuk ke wad bersalin saya tidak dibenarkan masuk.Kata jururawat yang bertugas "encik tunggu di luar sehingga kami panggil".Tempat menunggu sudah penuh.Saya terpaksa berdiri.Ramai bapa-bapa yang sedang menunggu seperti saya.Saya perhatikan seorang demi seorang bapa-bapa dipanggil masuk ke dalam wad bersalin.Bila la nama aku nak dipanggil...??

8. Saya tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam.Sesekali saya cuba mengubungi zaujah melalui sms.Runsing juga saya sebab sms tidak berbalas.Apa lah yang sedang berlaku?..Macam-macam datang dalam benak fikiran.Jarang saya menghadapi kes-kes emergensi sebegini.

9. Setelah hampir sejam,sms berbalas.Zaujah bagitahu dia ok lagi.Saya berasa lega.

10. Waktu berbuka semakin hampir,saya terus ke surau berdekatan.Saya berbuka dengan buah tamar dan air mineral.Setelah selesai solat magrib,saya cepat-cepat ke ruang menunggu di luar wad bersalin.Kurang 15 minit,saya dijemput masuk ke dalam wad.Macam-macam perasaan berbaur difikiran.Untuk dua kelahiran sebelum ini,saya tidak berada disisi isteri saya.Gerun.Tapi kali ini terpaksa jua.Tapi saya memang bersedia kali ini.

11. Bagi bapa-bapa yang pernah menyaksikan sendiri kelahiran anak-anak mereka tentunya memahami keadaan isteri disaat waktu hampir bersalin.Tidak payahlah saya ceritakan di sini.

12. Saya bisa membisikkan ke telinga zaujah tentang apa-apa doa dan ayat-ayat Qur'an yang biasa dibaca sebelum ini.Hanya kepada DIA lah tempat bergantung harap,lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti ini.

13. Jam sudah 9.15 malam.Juru rawat yang bertugas memberi isyarat bila-bila masa saja kelahiran akan berlaku.Hanya saya dan dua bidan sahaja yang berada di bilik bersalin.

14. Tepat jam 9.30 malam,lahirlah seorang puteri yang di atas tu.Inilah kali pertama saya menyaksikan peristiwa kelahiran anak oleh seorang ibu.Satu pengalaman yang menakjubkan tapi mengembirakan.Insyaallah puteri Islam,bukan puteri Umno.

15. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat zaujah yang telah melahirkan anak ketiga buat kami.Hanya kepada Allah jua aku mendambakan rahmatNYA buat mu.

Juga tidak lupa ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan keselamatan dan kemudahan buat kami sekeluarga.

16. InsyaAllah,jika tiada aral,habis pantang nanti kami akan kembali ke Sri Manjung,selepas Idulfitri nanti.


Catatan dari :
Pasir Mas,Kelantan.

Ahad, 6 September 2009

Antara yang terawal balik kampung

Salam,

Pagi esok,insyaallah,kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung halaman di Pasir Mas,Kelantan meninggalkan bumi Sri Manjung buat sementara waktu.

Bukan kerana semangat nak beraya.

Pulang awal kerana kami akan menyambut kelahiran anak ke-3 tidak lama lagi.Zaujah berhasrat untuk bersalin di kampung.

Diharapkan kepada rakan-rakan dan para pengunjung blog sekalian agar mendoakan keselamatan untuk kami sekeluarga.

InsyaAllah.

Sekian.Wassalam.

Sabtu, 5 September 2009

Susah berdialog dengan manusia berotak lembu


Antara jalan penyelesaian untuk merungkaikan masalah yang timbul dengan berdialog,berbincang atau bermesyuarat.Agama pun menggalakkan perkara ini.

Namun ulama menggariskan untuk berdiaolog setiap yang terlibat perlu menjaga adab dialog dan juga setiap peserta perlu menghormati antara satu sama lain.

Sikap berlapang dada amat penting sekali ketika dialog.Orang yang 'panas baran' tidak layak dan tidak digalakkan menyertai dialog.Dialog mesti berfakta bukan beremosi.

Matlamat dialog ialah untuk mencari jalan penyelesaian bukannya untuk menambahkan atau menjadikan keadaan semakin parah.

Dalam hal ini sukalah saya perturunkan kata-kata Imam As-Syafie yang mengambarkan kerendahan diri beliau ketika menghadapi situasi perbincangan atau dialog.

Imam As-Syafie pernah berkata: "Pendapat aku betul,tapi ada kemungkinan salah,pendapat selainku salah tapi ada kemungkinan betulnya".

Selamat menjalani ibadah ramadan.

P/s: Usah berdialog dengan lembu dan manusia berotak lembu.

Jumaat, 4 September 2009

Kali ini di Bagan Pinang pula

Tahun ini tahun pilihanraya kecil (prk).Sebelum ini sudah 8 prk berlangsung.Terbaru di Permatang Pasir.Bahangnya masih terasa.Belum pun reda Allah kurniakan satu lagi prk,Bagan Pinang.

Ini berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan jam 2 petang tadi akibat jangkitan dalam darah.Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.

BN berkira-kira untuk prk DUN Galas,Gua Musang,Kelantan.Maka tidak hairanlah berita palsu 'kematian' Adun Galas tersebar dari satu waktu ke satu waktu khususnya di Galas.Namun,Adun berkenaan dilaporkan kini sihat wal afiat dan dijangka pulang ke kampung halamannya pada 5 September ini.Beliau sebelum itu menjalani rawatan disalah sebuah hospital di China.Maka hancurlah harapan BN untuk melihat satu prk di Kelantan.

Di Kota Siputeh begitu juga.Spr memutuskan tiada prk walaupun speaker Dun menpunyai hujah kuat untuk mengosongkan kerusi berkenaan.Ramai pihak mempertikaikan keputusan terbaru SPR termasuk dikalangan Umno sendiri.Muhyiddin Yasin awal-awal lagi mengingatkan SPR supaya elakkan prk di Kota Siputeh.

8 prk sebelum ini kecuali di Batang Ai,kebanyakkannya di bahagian pantai timur dan utara tanah air.Kali ini dibahagian selatan pula.

Apakah kali ini pembangkang dapat berjaya mengekalkan kemenangan tanpa kalah?Atau BN akan berjaya mencari kemenagan sulung buat penawar dari penyakit 'selsema babi' yang melanda mereka semenjak pilihanraya umum ke-12 Mac lalu?

Sama-samalah kita tunggu.

P/s: Untuk rekod Dun Bagan Pinang adalah di bawah parlimen Teluk Kemang yang dimenangi PKR.

Khamis, 3 September 2009

Kontrak Musa Hasan setahun lagi

KUALA LUMPUR: Kontrak Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 September ini hingga 12 September 2010.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

-Bernama-


Komen: Episod malang buat rakyat.Negara perlukan ketua polis yang ditakuti penjenayah,bukannya ketua polis yang sentiasa merimaskan dan menakutkan orang yang tidak bersalah.

P/s: Sedikit pun aku tak takut.

Rabu, 2 September 2009

Sidang Dun Perak: Beberapa Adun PR ditangkap,SUK dikawal ketat polis

ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

-malaysiakini-

Selasa, 1 September 2009

BN 'menang' di Kota Seputeh

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN).


-Mstar-


P/s: BN kekal di Kota Seputeh,SPR kekal 'lembu' BN.

MCA makin tenat..Umno?

Umno lagilah makin tenat
Kerana MCA tongkat Umno
MIC juga tingkat Umno
Dua-dua tongkat ini hampir patah
Di mana Umno mahu bertongkat?
Tongkat ali?

Selamat merdeheka!!

Isnin, 31 Ogos 2009

Hadiah Merdeka dan Bonus raya dari kerajaan 1Malaysia untuk rakyat jelata


Minyak petrol Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

Selamat berpuasa.

Merdeka...Istiqlal

Selamat menyambut merdeka

Bebaskan negara dari perasuah

Bebaskan negara dari yang rakus

Bebaskan negara dari pengkhianat agama dan bangsa

Bebaskan diri dari belenggu nafsu jahiliyyah...

Selamat menjalani ibadah ramadan.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ya Ustaz Ismail Kamus meninggal

Ustaz Ismail Kamus belum meninggal,bahkan dia sihat wal afiat.Beliau sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Tapi beliau pasti akan mati.Sesiapa pun akan mati.

Yang kekal hanya Zat Yang Satu iaini Allah Rabbul Jalil.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"

Kepada sesiapa yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin Ustaz Ismail Kamus telah meninggal,ingatlah anda semua juga akan mati.

Khamis, 27 Ogos 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

-harakahdaily-

Kes Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik, kata ABIM

PETALING JAYA: Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Soekarnor yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai pendapat berhubung isu tersebut.

Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, perkara tersebut tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan.

Namun demikian, sehingga kini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saatsaat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Fadhlina berkata, mahkamah hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.

"Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkaitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya.

"Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang," katanya.

Justeru, beliau berkata, ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika serta menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri.

"Maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tegasnya, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes Mahkamah Syariah) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak.

"Justeru ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.

"Yang jelas, Kartika telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati," katanya.

Katanya, prinsip Kartika dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati.

"Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan mahkamah dan pendirian Kartika dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

"ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengambil arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut," katanya.

-Mstar-

PAS tolak saranan hukuman sebat dihapuskan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Majlis Peguam tidak wajar meminta agar hukuman sebat dihapuskan untuk apa jua kesalahan jenayah di negara ini.

"Gesaan Majlis Peguam kepada pihak kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah adalah tidak wajar dan hendaklah ditolak.

"Tuduhan yang diberikan oleh Majlis Peguam seperti ia zalim, keterlaluan dan kuno adalah dianggap tidak tepat dan keterlaluan," kata beliau dalam kenyatan yang dikeluarkan semalam.

Nasharudin menjelaskan, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini ada asasnya dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini.

"Dalam Islam, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah-jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya," katanya.

"Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," tambah Nasharudin.

Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, kata Nasharudin, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Mudah-mudahan dosanya itu di ampun Allah," kata beliau sambil menambah, "saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu."

"PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya juga menyarankan agar pihak peguam syarie dapat menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan dan dialog bersama Majlis Peguam dan masyarakat supaya entiti dan sistem perundangan Syariah di Malaysia dimartabatkan," katanya.

Kelmarin Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.

Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.

Dalam kes Kartika, Majlis Peguam berpendapat, terdapat beberapa alasan yang boleh digunakan untuk menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap Kartika.

Di bawah undang-undang sivil, hukuman sebat ke atas wanita adalah dilarang sama sekali. Hukuman rotan ke atas beberapa lelaki mengikut taraf kesihatan dan umur juga dilarang,

Majlis Peguam juga menggesa kerajaan supaya menarik balik segala hukuman yang telah ditetapkan ke atas Kartika.

-Mstar-