Rabu, 9 September 2009

Subhanallah...walhamdulillah.



1. Syukur,Alhamdulillah.

2. Nur Adinie,telah selamat dilahirkan pada 18 Ramadan 1430H bersamaan 7 September 2009M jam 9.30 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,Kelantan.

3. Setelah 3 hari dia dan ibunya bertarung di Hospital Sri Manjung,tetapi Allah mentaqdirkan Nur Adinie lahir di bumi kelahiran kedua ibu bapanya jua.

4. Pada 6 September,ibu kepada Nur Adinie dibenarkan keluar dari wad Hospital Sri Manjung.Tanpa berlengah lagi pada keesokannya pagi-pagi lagi kami bertolak pulang ke Pasir Mas,Kelantan.Kami tiba jam 2 petang.

5. Belum pun sempat mengemas barang-barang,zaujah mengadu 'rasa lain macam'.Seakan-akan bayi yang dikandungnya mahu juga dilahirkan.Tentunya bagi ibu-ibu yang pernah menghadapi situasi ini sangat mengerti keadaannya.

6. Tanpa membuang masa,setelah mendapatkan pandangan bonda saya,yang sejak pagi lagi menunggu ketibaan kami,terus kami bergegas ke HUSM,hospital yang kami rancang untuk kelahiran ini.

7. Sejurus tiba di hospital saya terus mendaftar ke wad bersalin.Sementara zaujah di bawa masuk ke wad bersalin saya tidak dibenarkan masuk.Kata jururawat yang bertugas "encik tunggu di luar sehingga kami panggil".Tempat menunggu sudah penuh.Saya terpaksa berdiri.Ramai bapa-bapa yang sedang menunggu seperti saya.Saya perhatikan seorang demi seorang bapa-bapa dipanggil masuk ke dalam wad bersalin.Bila la nama aku nak dipanggil...??

8. Saya tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam.Sesekali saya cuba mengubungi zaujah melalui sms.Runsing juga saya sebab sms tidak berbalas.Apa lah yang sedang berlaku?..Macam-macam datang dalam benak fikiran.Jarang saya menghadapi kes-kes emergensi sebegini.

9. Setelah hampir sejam,sms berbalas.Zaujah bagitahu dia ok lagi.Saya berasa lega.

10. Waktu berbuka semakin hampir,saya terus ke surau berdekatan.Saya berbuka dengan buah tamar dan air mineral.Setelah selesai solat magrib,saya cepat-cepat ke ruang menunggu di luar wad bersalin.Kurang 15 minit,saya dijemput masuk ke dalam wad.Macam-macam perasaan berbaur difikiran.Untuk dua kelahiran sebelum ini,saya tidak berada disisi isteri saya.Gerun.Tapi kali ini terpaksa jua.Tapi saya memang bersedia kali ini.

11. Bagi bapa-bapa yang pernah menyaksikan sendiri kelahiran anak-anak mereka tentunya memahami keadaan isteri disaat waktu hampir bersalin.Tidak payahlah saya ceritakan di sini.

12. Saya bisa membisikkan ke telinga zaujah tentang apa-apa doa dan ayat-ayat Qur'an yang biasa dibaca sebelum ini.Hanya kepada DIA lah tempat bergantung harap,lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti ini.

13. Jam sudah 9.15 malam.Juru rawat yang bertugas memberi isyarat bila-bila masa saja kelahiran akan berlaku.Hanya saya dan dua bidan sahaja yang berada di bilik bersalin.

14. Tepat jam 9.30 malam,lahirlah seorang puteri yang di atas tu.Inilah kali pertama saya menyaksikan peristiwa kelahiran anak oleh seorang ibu.Satu pengalaman yang menakjubkan tapi mengembirakan.Insyaallah puteri Islam,bukan puteri Umno.

15. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat zaujah yang telah melahirkan anak ketiga buat kami.Hanya kepada Allah jua aku mendambakan rahmatNYA buat mu.

Juga tidak lupa ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan keselamatan dan kemudahan buat kami sekeluarga.

16. InsyaAllah,jika tiada aral,habis pantang nanti kami akan kembali ke Sri Manjung,selepas Idulfitri nanti.


Catatan dari :
Pasir Mas,Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan