Selasa, 16 Jun 2009

Hari Jumaat di Kota Bharu











*semua gambar di atas di rakam pada Jumaat 12 Jun 2009,Dataran Ilmu,Kota Bharu.
8.00am-10.30am.

Rabu, 10 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.
Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.
Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?
Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.
Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.
Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.
Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.
Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.
Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.
Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com

Ahad, 7 Jun 2009

Buat yang terpilih

Muktamar Pas yang bermula pada 5 Jun akan melabuhkan tirai lewat petang ini.Seperti kebiasaannya pada setiap kali muktamar yang ada pemilihan pucuk pimpinan ianya akan mendapat tunpuan dan perhatian yang lebih sedikit dari muktamar biasa.
Cuma kali ini dari pemerhatian penulis tumpuannya lagi hebat dari seluruh politikus seluruh negara.Ini kerana berlakunya pemilihan pada jawatan kedua tertinggi parti,timbalan presiden.
Pas bukan tak pernah berlaku pertandingan peringkat timbalan presiden.Sebelum ini telah dua kali berlaku pemilihan bahkan sudah lebih dari dua kali.
Kalau ditanya kenapa pemilihan kali ini hangat sedikit,semua tahu menjawabnya.
Bagi penulis hangat lah nak hangat pun,panaslah nak panas pun apa yang penting kerjasama dan ukhuwwah.Setakat ini penulis melihat semangat kerjasama dan ukhuwwah masih belum luntur dan pudar.Inilah yang termustahak perlu kita jaga.
Pemilihan kali ini agak lain.Sebab itu ia mendapat tumpuan lebih dari biasa.
Lainnya kerana penulis melihat semua calon-calon yang bertanding memiliki auranya tersendiri.Siapa tak kenal Abang Mat Sabu dengan ceramahnya yang sentiasa memukau ribuan hadirin.Siapa tak kenal tokoh seperti Dato Husam yang juga petah berhujah sehingga Menteri Zahid Hamidi dua kali 'miss' debat dengannya.Dan siapa tidak kenal Ust Nasruddin Mat Isa yang telah dua kali menang jawatan timbalan presiden.
Bagi penulis kesemua mereka sebenarnya ada peluang cerah masa hadapan.Merekalah pemimpin masa depan.
Sebagai ahli Pas penulis berhak untuk melontarkan apa-apa pandangan,cadangan dan kritikan dan mungkin juga luahan atau keluhan.
Di sini penulis hanya ingin titipkan satu perkara sahaja.
Iaitu,walau siapa pun presiden,walau siapa pun timbalan presiden,walau siapa pun naib-naib presiden dan walau siapa pun yang terpilih sebagai jawatan kuasa kerja Pas Pusat,ingatlah akan amanah yang anda semua pikul.
Saya memberi cadangan kepada yang baru terpilih belajarlah dengan yang telah lama terpilih atau mereka yang berpengalaman dalam parti.Dan yang terpenting sekali buat yang baru terpilih bacalah buku bidang tugas masing-masing yang telah digariskan oleh parti sebagai panduan melaksanakan amanah yang berat ini.
Begitu juga kepada yang sudah lama berada dalam parti.Lihatlah kembali gerak kerja yang telah kita usahakan.Apakah ada kesannya atau perkara sebaliknya berlaku?
Memahami bidang tugas adalah perkara yang teramat penting sekali bagi yang berjawatan.Tanpa memahami bidang tugas sudah tentu segala gerak kerja entah ke mana.Tiada kesan.Bak kata Ydp Pas Lumut kerja tanpa mengetahui skop kerja ataupun bidang tugas pasti akan berlaku pertembungan seperti kereta bertembung di jalan raya.Apabila kereta bertembung rosaklah kereta.Apabila pekerja parti bertembung 'di tengah jalan' rosaklah parti.
Prinsip penulis biar individu itu yang rosak bukan parti yang rosak.
Penulis cukup tersentuh dengan beberapa perwakilan ketika dalam perbahasan yang menyarankan setiap ahli Pas agar mencontohi dan meneladani Tuan Guru Nik Aziz,Al-Mursyidul Am Pas.
Sebagai manusia kita kadang-kadang lupa,bahkan alpa.
Tok guru Nik Aziz masih di depan mata kita.Dia masih bersama kita.Penulis masih ingat semasa belajar dulu seorang pensyarah ada mengatakan seseorang ulama'/tok guru kebiasaannya dia akan 'hidup' selepas dia mati.Bagaimana ini boleh terjadi?Kerana biasanya selepas kematian seseorang ulama' maka ramailah murid-muridnya akan mencungkil dan membongkar segala ilmu dan 'rahsia' ulama' itu.Ada yang diterjemahkan dalam bentuk buku,teater dan juga cerita di layar.Semua akan mengkisahkan perihal tok guru itu bermula dari cerita semasa lahirnya sehinggalah ke akhir hayatnya.Ramai juga yang sebelum itu hanya mendengar cerita tok guru dari jauh tetapi selepas ketiadaan tok guru itu berbondong-bondong ingin mengetahui rahsia kehebatan tok guru itu.
Apa kata rutin ini kita ubah.Faham betul-betul maksud penulis.Penulis bukan bermaksud untuk mengubah atau melarang sesiapa yang ingin membukukan riwayat hidup tok guru selepas ketiadaannya.Bukan ini maksud penulis.
Yang penulis maksudkan ialah sementara tok guru masih ada,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi,marilah kita sama-sama bongkar riwayat hidup mereka,teliti sejarah mereka,cungkil rahsia-rahsia kehebatan mereka dan sebagainya.Penulis merasakan dengan cara ini kita akan mendapat maklumat yang 100% tepat berbanding apabila rahsia mereka dicungkil selepas ketiadaan mereka.
Bagi penulis kedua-dua tok guru ini adalah 'qudwah mutaharrikah' bagi setiap ahli Pas.Mereka hidup berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis.Tiada siapa pun yang mempertikaikan keikhlasan mereka.Terpancar diwajah mereka berdua 'atharis sujud' yang tulus dan luhur.Mereka terlalu sayangkan perjuangan ini,mereka teramat cintakan kepada parti.Sedetik pun mereka tidak pernah tergelincir dari landasan jihad ini.Inilah rahsia yang perlu kita cungkil sekarang ini sementara mereka masih bersama kita.
Jika keseorangan penulis akui tidak mampu untuk mencungkil apa yang tersebut tadi.Tapi biarlah setiap orang ada usaha ke arah itu.Penulis juga akui jika pun kita tidak mampu untuk mengikuti jejak langkah pentarbiayah diri mereka sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tempiasnya terkena kepada kita semua.Penulis yakin generasi akan datang yang tidak sempat sezaman dengan kedua-dua tok guru ini akan bertanya kepada generasi yang sempat bersama dengan mereka berdua,iaitu kita semua inilah.Apa akan kita jawab kepada mereka nanti jika kita alpa pada hari ini.Peringatan ini penulis tujukan buat diri penulis yang terutamanya.

Khamis, 4 Jun 2009

MUKTAMAR DPPP KE-50


ASSALAMUALAIKUM,


DI SINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN DEWAN PEMUDA PAS.


PELUANG BERMUKTAMAR ADALAH PELUANG BERMUHASABAH DAN MERANCANG PENDEKATAN UNTUK MASA HADAPAN.


SAYA YAKIN PARA PERWAKILAN DPPP MATANG SEMATANGNYA UNTUK MELIHAT SURVIVAL DAN KEUTUHAN JAMAAH ISLAM TERCINTA INI BAGI MENEMPUH CABARAN MENDATANG.


KEMULIAAN TIDAK SEMESTINYA MELALUI PUJIAN ATAU KURNIAAN.KADANG-KADANG KEMULIAAN DATANG MELALUI MEHNAH DAN TRIBULASI.PAS TIDAK SUNYI DARI MEHNAH DAN UJIAN.TAPI JIKA DENGAN ITULAH ALLAH MULIAKAN PAS,KITA PAKAT-PAKAT REDA DENGAN TAKDIR ALLAH.


SEKIAN,


SELAMAT BERMUKTAMAR.


Selasa, 2 Jun 2009

Selamat Pengantin Baru

Kelmarin 1.6.2009,bertempat di Kg. Sena Rendang,Jalan Paya Resak,Marang,Terengganu telah berlangsung majlis akad nikah bagi pasangan Mohd Khairil Amirul dan Radhuhariah.
Rombongan pengantin lelaki bertolak dari Kg. Kubang Badak,Pasir Mas jam 9 pagi dan tiba di kg. tersebut jam 12 tengahari.
Majlis akad nikah berlangsung jam 3 petang.
Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai.Moga bahagia hingga ke akhir hayat.Tidak lupa juga kepada pasangan Asyraf dan Nor Syazwani yang juga telah melangsungkan majlis perkahwinan 2 hari sebelum ini.Asyraf adalah abang kepada Khairul Amin.
Tahniah juga kepada Makcik Ani dan Pakcik Pa kerana dapat dua menantu dalam masa dua hari.
Majlis kenduri sempena perkahwinan Amin-Radhu akan diadakan pada 5.6.2009 bertempat di rumah pengantin perempuan.Sementara acara menyambut menantu di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.



















*Asyraf dan Khairul Amin adalah sepupu kepada penulis.

Khamis, 28 Mei 2009

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

Tanpa sebarang desakan dari mana-mana pihak,kerajaan tiba-tiba melalui Kementerian Pelajaran memaklumkan bermula tahun depan bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Spm hanya dibenarkan mengambil maksimun sebanyak 10 subjek sahaja.
Keputusan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.
Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.
Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.
Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.
Ketua Penerangan Pas,Dato MAhfuz Omar dalam kenyataan balasnya terhadap keputusan kerajaan ini telah meminta menteri berkenaan mengkaji semula kesan negatif terhadap keputusan itu.
"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa, berapa kerat sangat mereka yang ambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang daoat 20, tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang dapat 20 A," katanya.
Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran, katanya.
"Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 mata pelajaran kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya," katanya.
Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek, katanya.
Tambah Mahfuz "Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya.
Penulis secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana saya melihat keputusan ini telah menyekat kebebasan dan hak seseorang pelajar untuk belajar berapa banyak mana sekali pun mata pelajaran yang disukai seterusnya mengambil ujian mata pelajaran tersebut.Kerajaan sepatutnya memberi galakan dengan menyediakan insentif tertentu khususnya bagi pelajar-plajar pintar untuk terus maju dalam pelajaran,bukannya menyekat kebebasan mereka.
Saya berharap agar kerajaan mengkaji semula keputusan larangan ini.

DUN MANEK URAI: Pilihanraya kecil 14 Julai


PUTRAJAYA: SPR menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi DUN Manek Urai, Kelantan.Jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung 14 Julai.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.Menurut beliau, penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap, aspek logistik, masa yang mencukupi utk petugas-petugas, aspek keselamatan dan mengambil kira peristiwa-peristiwa lain khasnya di Kelantan.Abdul Aziz berkata, walaupun hari penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada hari bekerja namun ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana 90 peratus pengundi adalah penduduk tempatan yg tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sendiri.
MAKLUMAT PILIHAN RAYA KECIL DUN MANEK URAI
Tarikh keluar writ: 1 Jun 2009 (Isnin)
Tarikh keluar notis: 7 Jun 2009 (Ahad)
Tarikh penamaan calon: 6 Julai 2009 (Isnin)
Tarikh pengundian: 14 Julai 2009 (Selasa) *jika ada pertandingan
Pegawai pengurus: Adnan Husin (Ketua Jajahan Kuala Krai)
Jumlah pemilih berdaftar: 12,293 pemilih berdaftar terdiri daripada 12,268 pemilih biasa dan 25 pemilih pos
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
-Mstar Online-

Kelantan bayar gaji ikut taqwim Islam

KOTA BHARU, 27 Mei :- Kelantan akan menjadi negeri pertama di malaysia bila perlaksanaan skim pembayaran gaji mengikut kalendar Islam oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tidak berapa lama lagi.
YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mengumumkan perkara tersebut semasa melancarkan Skim Bantuan Imam Ghazali oleh Perbadanan tersebut di sini hari ini.Beliau mengumumkan dasar tersebut akan dimulai pada bulan Rejab akan datang dan terdapat berpuluh syarikat berminat untuk mengikuti langkah tersebut.
Komen : SAYA menyokong 100% kaedah yang cuba dipraktikkan Kerajaan Kelantan.Dengan langkah ini boleh membantu umat Islam agar lebih cakna dengan taqwim Islam.Jika tidak orang Islam siapa lagi yang mahu besarkan bulan atau taqwim Islam.
Syabas Tok Guru!!

Sabtu, 23 Mei 2009

Pengintip Yahudi dibongkar

antara peralatan digunakan egen pengintip Yahudi

BEIRUT 22 Mei - Wanita jelita, pelancongan ke luar negara dan melarikan diri melalui sempadan yang penuh dengan periuk api... Semua ini adalah aspek yang didakwa ada dalam rangkaian pengintipan Israel di Lebanon dan sesuai untuk dijadikan novel perisikan.
Hampir 20 suspek pengintipan termasuk pemotong daging, jurujual telefon bimbit dan jeneral bersara, telah ditahan sejak beberapa bulan lalu dalam usaha berterusan perisikan Lebanon untuk menjejaki kumpulan pengintipan rahsia negara Yahudi itu.
Pegawai keselamatan berkata, lebih banyak tangkapan akan dibuat.
Kepantasan siasatan meningkat terutama bulan lalu selepas penyiasat membongkar satu kumpulan yang merancang untuk menyusup masuk ke dalam kumpulan pejuang Hizbullah yang pernah berperang dengan Israel pada 2006.
Pegawai perisikan yang khuatir dengan operasi Israel terhadap Hizbullah berkata, mereka telah memberitahu mengenai penemuan mereka kepada kumpulan pejuang berfahaman Syiah tersebut dan sejak itu rangkaian perisikan Israel mulai runtuh satu demi satu.
"Kesemua suspek yang ditahan adalah dari kumpulan berbeza dengan tiga anggota paling ramai dan mereka tidak ada hubungan dengan kumpulan yang lain.
"Apa yang membantu kami ialah kami berjaya membongkar rahsia teknologi yang membolehkan kami menyelesaikan teka-teki," kata ketua Pasukan Keselamatan Dalam Negeri, Jeneral Ashraf Rifi kepada pemberita.
Ejen-ejen perisik Israel itu yang menjalankan misi mengumpul maklumat berhubung kedudukan Hizbullah, kumpulan pejuang Palestin dan tentera Lebanon, akan berkomunikasi dengan bos mereka di Israel melalui peralatan satelit atau mesej komputer berkod.
Ashraf berkata, kumpulan rahsia itu menggunakan peralatan teknologi tinggi yang disembunyikan dalam kotak penyejuk air, bekas minyak hitam dan pengecas bateri kereta.
Tambahnya, ejen-ejen itu kemudian akan terbang ke Paris, Turki, Hungary atau negara-negara lain untuk menghantar maklumat dan mereka akan ke Israel sekurang-kurangnya sekali dengan menggunakan pasport palsu bagi menjalani latihan dan mendapatkan maklum balas.
Katanya, Israel merekrut kebanyakan ejen (Kristian, Suni atau Syiah) pada 1980-an dan 1990-an semasa tempoh 22 tahun penaklukan Zionis di wilayah selatan Lebanon yang berakhir pada tahun 2000.
''Israel menggunakan wanita jelita, wang dan umpan-umpan lain untuk mempengaruhi mereka bekerja untuk Zionis.
''Israel akan membayar mahal iaitu antara AS$5,000 (RM17,000) hingga RM7,000 (RM24,500) bagi misi pertama mereka. Selepas itu, Israel akan menurunkan nilainya pada kadar yang besar kerana mereka telah berjaya memerangkap ejen dan mengugut akan mendedahkan tindakan mereka.
Lebanon kekal dalam status berperang dengan Israel dan mana-mana warganya yang didapati bersalah melakukan pengkhianatan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.


- AFP -

Khamis, 21 Mei 2009

'Hati rosak' punca politik gawat, organisasi lumpuh - Dr Azhar Yaakub


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Punca kerosakan di muka bumi, pergolakan politik dan sesebuah institusi serta organanisasi syarikat lumpuh adalah disebabkan oleh hati manusia yang telah rosak.

Pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakub berkata baik buruk mana-mana sikap dan tindakan individu mahupun organisasi yang besar ditentukan oleh hati malah ianya diambil kira dan dinilai oleh Allah swt di akhirat kelak.
Beliau turut memberitahu bahawa dalam al-Quran dijelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang bermanfaat pada akhirat kelak sama ada harta, kuasa, isteri dan anak-pinak melainkan hati yang baik semata-mata.
"Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah. Dan kejahatannya berpunca daripada hati yang rosak.
"Oleh kerana hatinya rosak, dia telah memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu -padu yang akan menentangnya di kemudian hari," katanya memberikan contoh.
Azhar berkata demikian ketika sesi kuliah agama di pejabat Harakah tengah hari tadi yang turut dihadiri oleh sebilangan besar warga kerja Harakah dan Siasah.
Kuliah beliau yang bertajuk "Mengenali Potensi Diri Melalui Hati" berlangsung selama sejam turut diselitkan sesi soal jawab antara hadirin.
Kata Azhar menurut catatan Ibnu Khatir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki demi memastikan surivival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan datang akan memberontak dan menggulingkannya.
"Tsunami politik yang berlaku seperti era reformasi 1999, krisis Perak dan lain-lain disebabkan oleh hati yang rosak, yang gila dan tamakkan kuasa tanpa berfikir secara terbuka dan melanggar batas undang-undang.
"Jika, pemimpin punya hati yang elok, boleh terima kekalahan dengan hati yang terbuka sudah pastilah tidak berlakunya kemelut di Perak sehingga membelakangkan undang-undang demi kepentingan kelangsungan politik masing-masing," katanya.
Sungguhpun begitu, beliau menyatakan perselisihan pendapat berbeza dengan perselisihan hati yang boleh membawa kerosakan yang parah.
"Hadis Nabi menyatakan bahawa perselisihan umat Muhammad membawa nikmat. Biar berselisih pendapat tetapi tidak 'khilaf' hati," katanya.
Ditanya persoalan hati yang berkaitan irihati dan 'Ghibtah' (persaingan sihat, berlumba-lumba bersaing) dalam masyarakat, beliau secara berseloroh menjelas makna 'SMOS' iaitu "Susah Melihat Orang Senang" dan "Suka Melihat Orang Susah" untuk membezakan antara keduanya.
"SMOS adalah iri hati tetapi persaingan sihat dan mengambil iktibar atas kejayaan orang dan berubah itu adalah Ghibtah
"Oleh itu 'check' hati masing-masing, atau buat 'team building motivation' sama ada dalam terdapat hati-hati yang bersih atau sebaliknya kerana itulah punca kejayaan ataupun kerosakan sesebuah organisasi," katanya.


-harakahdaily-

Isnin, 18 Mei 2009

DEMAM

Kepada pengunjung setia blog ini saya memohon berbanyak kemaafan kerana 'miss' untuk update blog sehari dua kebelakangan ini.Ini disebabkan saya mengalami demam yang agak 'kuat' jugak,sakit sendi,sakit tekak dll (tapi bukan selsema ....,Doktor Hospital Sri Manjung telah mengesahkan hanya demam biasa saja),insyaallah pabila sembuh nanti blog ini akan kembali dengan paparan berita-berita panas yang berlaku dipersekitaran kita khususnya perkembangan politik dalam negeri Perak.Insyaallah kita juga akan sama-sama mengembeling tenaga untuk mengalahkan kebatilan suatu hari nanti.
Mohon kepada sahabat seperjuangan agar mendoakan kesihatan saya kembali pulih dengan segera.
Wassalam.

Jumaat, 15 Mei 2009

Terpulang Sultan

BN tak gentar hadapi pilihan raya negeri di Perak: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harus berlaku. Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk menemui Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik Perak.
Najib berkata, BN tidak bimbang untuk berdepan dengan rakyat kerana ia sudah biasa dilakukan setiap kali pilihan raya diadakan sebelum ini tetapi semua pihak perlu sedar bahawa penentuan pilihan raya di Perak adalah dalam bidang kuasa Sultan Azlan Shah. "Tidak, BN tidak gentar kerana kita sentiasa tahu bahawa kita perlu berdepan dengan rakyat dan kita memang berdepan dengan rakyat apabila tiba masanya. "Ia (pilihan raya) adalah satu daripada pilihan di bawah Perlembagaan dan terpulang kepada Sultan. Jadi ia bukanlah sesuatu yang seharusnya berlaku, tetapi bergantung kepada Sultan untuk pertimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Mengenai kemungkinan BN mengadakan kerjasama dengan pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada tiga perkara yang pernah dinyatakannya sebelum ini. "Pertama, perlu ada perasaan hormat menghormati antara kedua-dua pihak, keduanya kita perlu mematuhi peraturan di dalam dan luar dewan (Dewan Undangan Negeri) dan tidak perlu ada prasyarat, sebaliknya terbuka untuk meneroka segala kemungkinan," katanya. Sementara itu, Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya.
"Kami sanggup berbincang dan mendengar pandangan Perdana Menteri berhubung krisis politik Perak," katanya sambil menjelaskan pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan. Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Abdul Hadi pula berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka. "Jika krisis ini dibiarkan berterusan ia akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," katanya. Kit Siang berkata, krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.
-BH Online-
Komen: Walaupun Najib terlewat 4 bulan namun krisis di Perak sudah mula menampakkan jalan keluar.Rakyat sejak dari krisis ini bermula menuntut pilihanraya diadakan kerana inilah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik dan termudah kepada kemelut ini.
Tidak timbul isu kemaruk kuasa kerana memilih untuk berpilihanraya bermakna kita menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.Tak selalu rakyat diberi kuasa ini.
Tolonglah fahami kehendak rakyat.

Vatican sokong negara Palestin


BAITULAHAM: Pope Benedict mengunjungi Tebing Barat semalam, menawarkan sokongan Vatican kepada penubuhan negara Palestin yang bebas serta menaruh harapan sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza ditamatkan. Beliau mengunjungi Baitulaham, bandar yang dikatakan tempat kelahiran Nabi Isa, menerusi tembok keselamatan Israel yang memisahkan bandar itu dengan Baitulmaqdis pada hari ketiga lawatannya ke Tanah Suci berkenaan.


Di situ, beliau menemui Presiden Mahmoud Abbas, yang mengutuk 'tembok aparteid' Israel serta usaha wilayah Yahudi itu untuk mengusir penduduk Islam dan Kristian Palestin. Benedict mengulangi sokongan Vatican kepada rumusan dua negara kepada konflik itu – penyelesaian yang disokong Mahmoud dan kuasa Barat lain tetapi ditolak oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. "Saya tahu betapa teruk anda semua sengsara dan terus menderita disebabkan kekecohan yang menjejaskan tanah ini selama beberapa dekad. Takziah kepada keluarga yang sudah banyak kehilangan," katanya ketika melawat kem pelarian.
Beliau turut meluahkan kebimbangan mengenai penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita berikutan serangan Israel Januari lalu. Dalam lawatannya yang pertama ke wilayah itu sebagai Pope, Benedict mengingat kembali mesej yang diberi ketika lawatan sama pada tahun 2000 oleh Pope sebelum ini, John Paul II: "Tidak akan ada keamanan tanpa keadilan, tiada keadilan tanpa kemaafan." Sementara itu, Mahmoud, menggambarkan kesukaran yang dihadapi rakyat termasuk beribu-ribu penganut Kristian yang semakin berkurangan berikutan ramai yang memutuskan untuk berhijrah. "Di Tanah Suci, ada segelintir yang terus membina tembok pemisah, bukannya jambatan dan mereka yang menggunakan tindakan ketenteraan untuk memaksa penduduk Islam dan Kristian meninggalkan negara ini. Jadi, tempat suci ini diubah menjadi kawasan arkeologi, bukan tempat ibadat.
"Baitulmaqdis dikelilingi tembok aparteid yang menghalang rakyat dari Tebing Barat masuk ke masjid al-Aqsa dan Gereja Holy Sepulchre," katanya dalam bahasa Arab.




-BH Online-

IKLAN LUCAH?

Budak Ipoh Timur


Sementara menunggukan masuknya waktu ‘Isyak sebentar tadi, aku sempat bukak tv untuk mengikuti perkembangan politik semasa termasuk berita politik Perak yang agak panas ketika ini. Adakah Najib Razak berani mengumumkan pilihanraya semula DUN negeri Perak? Kalau ikutkan kata Che Det yang menjadi penasihat politik tidak rasmi Najib tu, kompom Be End xkn buat. Kalau ikutkan tinjauan pengirim ‘sms’ di berita jam 7 NTV7 tadi juga memurnikan lagi pandangan Che Det tu. Tapi bukan ini yang aku nak bangkitkan.
Apa yang aku nak bangkitkan berkenaan satu iklan syarikat penerbangan yang agak melampau pada pendapat aku. Syarikat tersebut, Air Asia mengiklankan pengalaman 2 orang penumpang menggunakan model terbaru kapal terbangnya, Airbus.
Pengalaman seorang cucu dan neneknya yang menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kepada kedua ibu-bapanya. Tiba-tiba terpapar adegan lucah yang dipertontonkan kepada umum kemudiannya, yang tidak patut sama sekali diperkatakan oleh budak kecik tersebut. Gambar ketika itu menfokuskan bontot dan payudara pramugari yang dikatakan ‘HOT’ oleh neneknya itu. Babak akhir iklan sekali lagi memaparkan gambar kandid yang diambil budak kecik tersebut menunjukkan bahagian bontot pramugari yang memakai skirt ketika itu. Umum pasti dah tau skirt merupakan pakaian rasmi pramugari syarikat Air Asia itu. Sementara itu ibu-bapanya yang membaca kisah itu didalam poskad yang telah dikirim oleh anaknya itu hanya tersenyum gembira.
Amatlah memalukan bagaimana budak kecik yang masih bersih akal fikirannya telah dikotori dengan iklan-iklan sebegini. Ianya mungkin bakal menarik minat kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk meniru lakonan budak kecik tersebut. Bayangkanlan bila dah besar budak ini, apa yang akan diwarisi dari sikapnya sejak kecik itu?
Jangan hairan jika masalah gejala rogol dan sumbang mahram akan lebih kerap menghiasi dada akhbar dan media massa kita selepas ini sekiranya masalah sebegini tidak dibendung. Bukti kebejatan akhlak yang ditaja oleh kerajaan UMno Be End. Seharusnya kita bersama-sama berganding bahu mengutuk sekeras-kerasnya tayangan iklan ini agar anak kita tidak menjadi mangsa dikemudian hari nanti. Apa kata anda?






Rabu, 13 Mei 2009

MENUKAR TARIKH HIJRAH

Bagaimanakah cara untuk menukar tarikh Hijriah ke tarikh Mesihi atau sebaliknya ?
Salah satu cara untuk menukar tarikh Hijriah ke tarikh Mesihi adalah dengan mendarab tarikh Hijriah dengan 2.977. Jumlah yang diperolehi kemudian hendaklah dibahagi dengan 100. Tarikh Hijriah kemudian ditolak dengan jumlah yang diperolehi dan kemudian dicampur dengan 621.529.
Contohnya :
Tahun kelahiran si "Faris" adalah pada 1335 Hijriah
=> 1335 x 2.977 = 3974.295
=> 3974.295 / 100 = 39.74295
=> 1335 - 39.74295 = 1295.25705
=> 1295.25705 + 621.529 = 1916.786
Jadi tahun Mesihi bagi kelahiran si "Faris" adalah 1916.
Untuk menukar tarikh Mesihi ke tarikh Hijriah adalah dengan menolak tarikh Mesihi dengan 622 dan kemudian didarabkan dengan 1.0307 sebelum dicampurkan dengan 0.46. Sekiranya terdapat angka perpuluhan (sila rujuk contoh), jumlah sebenar tahun Hijriah hendaklah dimasukkan ke tahun hadapan.
Contohnya :
Tahun kelahiran si "Kitty" adalah pada tahun 1917
=> 1917 - 622 = 1295
=> 1295 x 1.0307 = 1334.7565
=> 1334.7565 + 0.46 = 1335.2165
Jadi tahun Hijriah kelahiran si "Kitty" adalah 1336.
Selamat mencuba.

Rabu, 6 Mei 2009

'Mat rempit'...cadangan saya..






Sehari dua ni tiba-tiba isu mat rempit heboh kembali.Taktau kenapa.Agaknya mungkin ini sasaran pertama kerajaan 1Malaysia.

Sebelum ini dah banyak cadangan dilontarkan oleh individu,orang ramai dan juga Ngo.Tapi tiada respon dari pihak berwajib.Semua cadangan dipandang sepi.Mat rempit terus merempit.

Suatu ketika dulu ada yang pertikai kenapa dipanggil dengan nama 'mat rempit'.Ada yang tak setuju dengan nama ni.Kata mereka bila letak perkataan 'mat' kat depan itu panggilan manja.Seolah-olah 'mat rempit' nak dimanjakan.Lalu ada bagi cadangan macam-macam nama.Bodoh,bengong,tolol,bahlul,gian dan macam-macam nama lagilah.

Ada juga bagi cadangan supaya ibu-bapa disaman.Sebab ibu-bapa yang beli motor.

Terbaru ada cadangan supaya mat rempit jika sabit kesalahan dikenakan hukuman sebat seperti mat gian.

Semua cadangan di atas elok belaka.Ini menunjukkan masih ada lagi rakyat yang prihatin.Respon terhadap massa.

Tanpa mengulas panjang di sini saya ingin memberi beberapa cadangan untuk penyelesaian terhadap masalah ini :


  1. Pihak berwajib perlu gunakan pendekatan tarbiyah.Guna seluruh instrumen yang ada seperti media massa,media cetak dan lain-lain.Rujuk ulama' dan cerdik pandai Islam untuk penjelasan lanjut.

  2. Cari dan kenal pasti punca.Bagi galakkan dan insentif tertentu kepada graduan-graduan menganggur supaya mereka buat kajian dan kenal pasti punca.Ini juga secara tak lansung boleh hadapi masalah pengangguran.

  3. Hadkan umur pengguna motosikal.Contohnya setiap pengguna motosikal mesti 5o tahun ke atas.Haramkan terus ke atas pelajar-pelajar sekolah atau bawah umur.

  4. Anggota keselamatan khususnya polis berkawal 24 jam di tempat-tempat berisiko dan terdedah kepada aktiviti rempit sebagai mana polis berkawal selama 24 jam setiap kali berlaku pilihan raya kecil.Ini tidak mustahil dilaksanakan.

  5. Atau jika semua yang di atas tidak berkesan,pihak berwajib perlu ambil perhatian cadangan ini,iaitu haramkan terus penggunaan motosikal atas jalan raya.Banyak negara-negara Arab memperaktikkan langkah ini.Sebagai contohnya negara Jordan mengharamkan rakyatnya menunggang motosikal atas alasan motosikal boleh memgundang bahaya (membawa maut).Di Jordan selain polis traffic,hanya rajanya sahaja yang ada motosikal.Itu pun ditunggang ditempat-tempat tertentu sahaja.

Bagai mana dengan cadangan saya khasnya yang terakhir?...

Sabtu, 2 Mei 2009

Eusoff Fakhriy telah selamat 'dimasyhurkan'

Pada 1 Mei 2009 bersamaan 6 Jamadilawal 1430,jam 9.30 pagi,bertempat di rumah bernombor 62,Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Eusoff Fakhriy telah selamat di'masyhurkan' sebagai putera ke-empat kepada pasangan suami-isteri En. Rahimi Ismail dan Puan Munsyi.Bersempena dengan ini upacara tahnik ringkas telah diadakan diikuti selawat ke atas Nabi s.a.w.Seramai lebih kurang 50 orang hadirin yang terdiri dari saudara mara terdekat dan sahabat handai serta jiran-jiran telah hadir meraikan upacara bersejarah bagi En. Rahimi sekeluarga.Penulis telah dijemput untuk menyempurnakan uapacara tahnik.Diakhir majlis para tetamu telah dihidangkan dengan menu istimewa iaitu nasi lemak ayam goreng berempah,roti cicah gulai ayam kampung.Juga sedikit hidangan gulai kambing Selayang.Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlansung..
eusoff sedang ditahnik..

enak sekali sehingga menjilat jari..tak terkata apa..

eusoff sedang disuap air zam-zam

jambul dipotong...

pakcik..potong skit je..

diam ye..pak ndak potong sikit je...

kecik-kecik dulu tak hafal...mula la cari kertas selawat..kehkehkeh...

tapi elok juga tengok kertas...taklah jadi cam mr.bean..

doa dibaca...amin ya rabb...

eusoff diarak sekeliling rumah...tetamu perempuan tidak melepaskan peluang cukur jambul eusoff..

borak-borak juga..jangan lupa meja hidangan..

para tetamu sedang mengambil makanan yang dihidangkan..nasi lemak ayam berempah..gulai ayam kampung..

hadirin melimpah sampai keluar..

tuan rumah sedang melayan tetamu


resah menunggu gulai kambing...sabor je..


makan sampai gigit jari..penangan gulai kambing selayang...


orang putrajaya pun ada..turut kelihatan bakal pengantin baru (berbaju hitam di belakang)..

ambil sikit2 je dulu...kambing belum sampai lagi...

tok guru selayang (berbaju puteh)..tukang masak gulai kambing..

sedara-mara yang hadir..


para tetamu bertali arus..

tuan rumah girang sekali... terima kasih kepada yang hadir..maaf atas segala kekurangan..
*Nota ringkas berkenaan Tahnik (belah mulut) :
Disunatkan membelah mulut bayi (tahnik) dengan buah kurma sama ada bayi lelaki ataupun perempuan.
At-Tahnik (membelah mulut) ialah dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut kemudian ia disapukan pada mulut bayi sehingga masuk sedikit daripadanya ke dalam perut bayi.Kalau tidak ada buah kurma, maka boleh digunakan sesuatu yang manis.
Dalil sunatnya tahnik ialah hadis riwayat Muslim dan selainnya daripada Anas bin Malik r.a berkata :
"Aku telah pergi membawa Abdullah bin Abu Talhah Al-Ansari r.a menemui Rasulullah s.a.w sewaktu dia dilahirkan.Waktu itu Rasulullah s.a.w sedang memakai ibaah (pakaian tebal di luar baju) sambil menyapukan minyak atar pada untanya. Baginda bertanya: "Apakah kamu membawa buah kurma?" Jawabku: Ya. Lalu aku memberi beberapa biji tamar kepada Baginda s.a.w..Baginda memasukkannya ke dalam mulut dan menguyahnya.Kemudian Baginda membukakan mulut bayi itu dan memasukkan kurma itu ke dalam mulutnya.Ini membuatkan bayi itu menggerakkan lidahnya untuk menelan manisan kurma tersebut.Rasulullah pun bersabda "Orang Ansar menyukai buah tamar". Lalu baginda menamakan bayi itu Abdullah".
Muslim juga meriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:
"Aku dikurniakan seorang anak lelaki lalu aku membawanya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda memberikan namanya Ibrahim dan membelah mulutnya dengan buah kurma".
Muslim juga telah meriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
"Apabila dibawakan kepada Rasulullah s.a.w anak-anak kecil, Baginda mengusap dan mentahnik mereka".
Rujukan : Kitab Fiqh Manhaji (jilid 3,m/s 638).