BN tak gentar hadapi pilihan raya negeri di Perak: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harus berlaku. Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk menemui Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik Perak.
Najib berkata, BN tidak bimbang untuk berdepan dengan rakyat kerana ia sudah biasa dilakukan setiap kali pilihan raya diadakan sebelum ini tetapi semua pihak perlu sedar bahawa penentuan pilihan raya di Perak adalah dalam bidang kuasa Sultan Azlan Shah. "Tidak, BN tidak gentar kerana kita sentiasa tahu bahawa kita perlu berdepan dengan rakyat dan kita memang berdepan dengan rakyat apabila tiba masanya. "Ia (pilihan raya) adalah satu daripada pilihan di bawah Perlembagaan dan terpulang kepada Sultan. Jadi ia bukanlah sesuatu yang seharusnya berlaku, tetapi bergantung kepada Sultan untuk pertimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Mengenai kemungkinan BN mengadakan kerjasama dengan pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada tiga perkara yang pernah dinyatakannya sebelum ini. "Pertama, perlu ada perasaan hormat menghormati antara kedua-dua pihak, keduanya kita perlu mematuhi peraturan di dalam dan luar dewan (Dewan Undangan Negeri) dan tidak perlu ada prasyarat, sebaliknya terbuka untuk meneroka segala kemungkinan," katanya. Sementara itu, Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya.
"Kami sanggup berbincang dan mendengar pandangan Perdana Menteri berhubung krisis politik Perak," katanya sambil menjelaskan pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan. Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Abdul Hadi pula berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka. "Jika krisis ini dibiarkan berterusan ia akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," katanya. Kit Siang berkata, krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.

-BH Online-
Komen: Walaupun Najib terlewat 4 bulan namun krisis di Perak sudah mula menampakkan jalan keluar.Rakyat sejak dari krisis ini bermula menuntut pilihanraya diadakan kerana inilah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik dan termudah kepada kemelut ini.
Tidak timbul isu kemaruk kuasa kerana memilih untuk berpilihanraya bermakna kita menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.Tak selalu rakyat diberi kuasa ini.
Tolonglah fahami kehendak rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan