BAITULAHAM: Pope Benedict mengunjungi Tebing Barat semalam, menawarkan sokongan Vatican kepada penubuhan negara Palestin yang bebas serta menaruh harapan sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza ditamatkan. Beliau mengunjungi Baitulaham, bandar yang dikatakan tempat kelahiran Nabi Isa, menerusi tembok keselamatan Israel yang memisahkan bandar itu dengan Baitulmaqdis pada hari ketiga lawatannya ke Tanah Suci berkenaan.
Di situ, beliau menemui Presiden Mahmoud Abbas, yang mengutuk 'tembok aparteid' Israel serta usaha wilayah Yahudi itu untuk mengusir penduduk Islam dan Kristian Palestin. Benedict mengulangi sokongan Vatican kepada rumusan dua negara kepada konflik itu penyelesaian yang disokong Mahmoud dan kuasa Barat lain tetapi ditolak oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. "Saya tahu betapa teruk anda semua sengsara dan terus menderita disebabkan kekecohan yang menjejaskan tanah ini selama beberapa dekad. Takziah kepada keluarga yang sudah banyak kehilangan," katanya ketika melawat kem pelarian.
Beliau turut meluahkan kebimbangan mengenai penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menderita berikutan serangan Israel Januari lalu. Dalam lawatannya yang pertama ke wilayah itu sebagai Pope, Benedict mengingat kembali mesej yang diberi ketika lawatan sama pada tahun 2000 oleh Pope sebelum ini, John Paul II: "Tidak akan ada keamanan tanpa keadilan, tiada keadilan tanpa kemaafan." Sementara itu, Mahmoud, menggambarkan kesukaran yang dihadapi rakyat termasuk beribu-ribu penganut Kristian yang semakin berkurangan berikutan ramai yang memutuskan untuk berhijrah. "Di Tanah Suci, ada segelintir yang terus membina tembok pemisah, bukannya jambatan dan mereka yang menggunakan tindakan ketenteraan untuk memaksa penduduk Islam dan Kristian meninggalkan negara ini. Jadi, tempat suci ini diubah menjadi kawasan arkeologi, bukan tempat ibadat.
"Baitulmaqdis dikelilingi tembok aparteid yang menghalang rakyat dari Tebing Barat masuk ke masjid al-Aqsa dan Gereja Holy Sepulchre," katanya dalam bahasa Arab.

-BH Online-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan