Sehari dua ni tiba-tiba isu mat rempit heboh kembali.Taktau kenapa.Agaknya mungkin ini sasaran pertama kerajaan 1Malaysia.
Sebelum ini dah banyak cadangan dilontarkan oleh individu,orang ramai dan juga Ngo.Tapi tiada respon dari pihak berwajib.Semua cadangan dipandang sepi.Mat rempit terus merempit.
Suatu ketika dulu ada yang pertikai kenapa dipanggil dengan nama 'mat rempit'.Ada yang tak setuju dengan nama ni.Kata mereka bila letak perkataan 'mat' kat depan itu panggilan manja.Seolah-olah 'mat rempit' nak dimanjakan.Lalu ada bagi cadangan macam-macam nama.Bodoh,bengong,tolol,bahlul,gian dan macam-macam nama lagilah.
Ada juga bagi cadangan supaya ibu-bapa disaman.Sebab ibu-bapa yang beli motor.
Terbaru ada cadangan supaya mat rempit jika sabit kesalahan dikenakan hukuman sebat seperti mat gian.
Semua cadangan di atas elok belaka.Ini menunjukkan masih ada lagi rakyat yang prihatin.Respon terhadap massa.
Tanpa mengulas panjang di sini saya ingin memberi beberapa cadangan untuk penyelesaian terhadap masalah ini :
- Pihak berwajib perlu gunakan pendekatan tarbiyah.Guna seluruh instrumen yang ada seperti media massa,media cetak dan lain-lain.Rujuk ulama' dan cerdik pandai Islam untuk penjelasan lanjut.
- Cari dan kenal pasti punca.Bagi galakkan dan insentif tertentu kepada graduan-graduan menganggur supaya mereka buat kajian dan kenal pasti punca.Ini juga secara tak lansung boleh hadapi masalah pengangguran.
- Hadkan umur pengguna motosikal.Contohnya setiap pengguna motosikal mesti 5o tahun ke atas.Haramkan terus ke atas pelajar-pelajar sekolah atau bawah umur.
- Anggota keselamatan khususnya polis berkawal 24 jam di tempat-tempat berisiko dan terdedah kepada aktiviti rempit sebagai mana polis berkawal selama 24 jam setiap kali berlaku pilihan raya kecil.Ini tidak mustahil dilaksanakan.
- Atau jika semua yang di atas tidak berkesan,pihak berwajib perlu ambil perhatian cadangan ini,iaitu haramkan terus penggunaan motosikal atas jalan raya.Banyak negara-negara Arab memperaktikkan langkah ini.Sebagai contohnya negara Jordan mengharamkan rakyatnya menunggang motosikal atas alasan motosikal boleh memgundang bahaya (membawa maut).Di Jordan selain polis traffic,hanya rajanya sahaja yang ada motosikal.Itu pun ditunggang ditempat-tempat tertentu sahaja.
Bagai mana dengan cadangan saya khasnya yang terakhir?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan