Khamis, 28 Mei 2009

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

Tanpa sebarang desakan dari mana-mana pihak,kerajaan tiba-tiba melalui Kementerian Pelajaran memaklumkan bermula tahun depan bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Spm hanya dibenarkan mengambil maksimun sebanyak 10 subjek sahaja.
Keputusan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.
Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.
Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.
Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.
Ketua Penerangan Pas,Dato MAhfuz Omar dalam kenyataan balasnya terhadap keputusan kerajaan ini telah meminta menteri berkenaan mengkaji semula kesan negatif terhadap keputusan itu.
"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa, berapa kerat sangat mereka yang ambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang daoat 20, tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang dapat 20 A," katanya.
Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran, katanya.
"Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 mata pelajaran kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya," katanya.
Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek, katanya.
Tambah Mahfuz "Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya.
Penulis secara peribadi langsung tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana saya melihat keputusan ini telah menyekat kebebasan dan hak seseorang pelajar untuk belajar berapa banyak mana sekali pun mata pelajaran yang disukai seterusnya mengambil ujian mata pelajaran tersebut.Kerajaan sepatutnya memberi galakan dengan menyediakan insentif tertentu khususnya bagi pelajar-plajar pintar untuk terus maju dalam pelajaran,bukannya menyekat kebebasan mereka.
Saya berharap agar kerajaan mengkaji semula keputusan larangan ini.

2 ulasan:

  1. salam saudara.

    saya bersependapat dengan saudara tapi malangnya ramai dikalangan ahli2 umno yang masih mempertahankan pemimpin mereka walaupun secara nyata demokrasi dihalang.

    ramai yang mengulas di blog saya berkaitan isu ini. saudara mungkin boleh memberi komen yang bernas di http://www.kedaikopitepimasjid.blogspot.com

    terima kasih

    BalasPadam