Hari ini 6 Feb 2010,genap setahun BN merampas kuasa rakyat di negeri Perak.Setahun yang lalu pada tarikh yang sama,ditengah-tengah amarah rakyat Zambry di'tabal' sebagai MB kudeta di Istana Bukit Chandan,Kuala Kangsar sebagai melengkapkan agenda rampasan kuasa yang dikepalai Najib Tun Razak.Upacara ini yang sangat tidak bermaruah mendapat liputan secara langsung oleh media eloktronik dan juga cetak untuk disiarkan keseluruh negara.
Saddam Hussin,ketika mengarahkan bala tenteranya melanggar dan menakluk Kuwait suatu ketika dulu tidak membuat siaran langsung melalui tv dan radio. Tetapi rejim BN pimpinan Najib tergamak menyiarkan secara langsung rancangan kudeta mereka untuk ditonton seluruh pelusuk rakyat.Pada sudut ini mereka lebih teruk dari rejim Saddam Hussien.
Hari ini dan beberapa hari sebelum ini,Zambry dilihat agak sibuk mencanangkan diserata tempat akan kejayaannya mentadbir kerajaan haram selama setahun.Dibariskan satu persatu segala usaha dan keringatnya membangun negeri Perak ini.
Tidak sedarkah Zambry bahawa rakyat dibawah mencemuhnya?Kerajaan yang haram,maka segala apa yang diusahakannya adalah haram.Ini tanggapan rakyat.Belum pernah ada mana-mana kerajaan di Tanah Melayu ini dicemuh sebegitu rupa oleh rakyat.Kain rentang yang memaparkan gambar Zambry disimpah dengan cat.Belum pernah gambar mana-mana MB dibuat sebegitu rupa.Ketika melawat penduduk kampung Zambry dihalau oleh rakyat.Pun tidak pernah berlaku kepada mana-mana MB sebelum ini.
Ini semua terbit dari rasa amarah rakyat yang sudah tidak tertahan lagi.Tetapi Zambry dengan sikap tebal muka dan tak tahu malu mendabik dada mendakwa rakyat bersamanya.
Pada tanggal 9 Feb 2010,mahkamah Persekutuan akan memutuskan siapa pemilik kerajaan yang sah.Keputusan ini sangat ditunggu oleh rakyat.
Dato Seri Nizar,dalam setiap kenyataan yang dibuat tetap menyatakan walau apa pun keputusan mahkamah,bahawa penyelesaian sebenar kepada krisis di Perak ialah dengan membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat membuat pilihan semula kerajaan yang mereka kehendaki.
Terbaru ketika berucap dimajlis ceramah perdana Pakatan Rakyat sempena setahun rampasan kuasa pada malam tadi di Dewan Kutean,Ayer Tawar,beliau menegaskan jikalah takdirnya keputusan mahkamah menyebelahi Pakatan Rakyat,bahawa beliau dengan segera akan mengadap Paduka Seri Sultan bagi memohon untuk pembubaran Dun Perak.Kenyataan ini dipersetujui oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat dan inilah juga harapan seluruh rakyat negeri Perak.
Zambry berkali-kali menafikan pembubaran DUN.Dari kenyataanya ini memperlihatkan bahawa beliau dan rejimnya akan meneruskan kerajaan haram dan kudeta ini.
Dalam pada itu,mereka berterusan memainkan isu 'derhaka' dan 'boneka Dap'.Nizar dituduh derhaka kepada raja.Kerajaan Nizar didakwa sebagai boneka Dap.
Nizar mendedahkan ketika beliau melawat kampung-kampung ada segelintir yang termakan dengan tuduhan kotor rekaan para propaganda Umno ini.Salamnya tidak berbalas,alasannya kerana beliau penderhaka.Senyumnya pun tidak disambut,alasannya kerana boneka Dap.Dahsyat sungguh politik mereka (baca UBN).
Mereka menanamkan politik kebencian dikalangan rakyat yang tidak tahu apa-apa melainkan maklumat melalui akhbar-akhbar pencacai dan lidah-lidah pemfitnah.Segelintir rakyat terutama dari golongan 'saluran satu' telah berjaya diperkudakan dan dibohongi oleh puak-puak kudeta Perak.Malang sekali buat rakyat jika berterusan disumbat dengan cerita-cerita dan berita-berita yang tidak berpaksikan kebenaran.Tetapi bagi UBN,jika rakyat berterusan begini,ini boleh menguntungkan mereka.Masalah besar bagi UBN bila rakyat cerdik maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan