Isnin, 17 Ogos 2009

Permatang Pasir




Alhamdulillah,semalam (16 ogos) saya bersama beberapa rakan dari Lumut berkesempatan menghadiri program pelancaran gerak kerja jentera pemuda bagi pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir yang diadakan di Markaz Pas Kg. Pelek,Permatang Pauh.

Hampir 300 orang pemuda dari seluruh negara hadir berkumpul di markaz tersebut.Ramai juga pemuda-pemuda PKR dan DAP yang hadir.Majlis turut dihadiri ketua pemuda Pas Pusat,Ust Nasrudin Tantawi dan Ketua AMK,Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akin.Turut hadir SU Politik kepada Ketua Menteri Pilau Pinang sebagai mewakili Pemuda DAP Pusat.

Ust Nasrudin Tantawi telah memberi penghormatan kepada Sdr. Shamdul Iskandar untuk merasmikan pelancaran Jentera Pemuda pada petang kelmarin yang berlansung dalam suasana hujan.Namun sedikit pun tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda yang hadir.

Di akhir program pemuda-pemuda yang hadir berikrar beramai-ramai untuk bergerak semampu yang boleh bagi mempastikan kemenangan kekal berpihak kepada calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat.

Seusai program saya dan rakan-rakan yang lain terus ke masjid Kubang Semang untuk solat magrib.Turut berada di masjid itu pada waktu itu Al-Mursyidul Am Pas TG. Nik Aziz.TGNA telah diberi penghormatan oleh imam masjid di situ untuk menyampaikan kuliah magrib dan mengimami solat hajat selepas solat isya'.

Selesai solat hajat kami ke Markaz Upu Kg. Sama Gagah.Kami dimaklumkan ada program ceramah pimpinan utama Pakatan diadakan di situ.Sejurus kami tiba ceramah dimulakan.Penceramah terdiri daripada Sdr. Mat Sabu,Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor),DS. Anwar Ibrahim dan DS. TG. Hj. Abdul Hadi Awang.

Tamat ceramah sekitar jam 12 tengah malam kami terus balik ke Lumut.Tiba di Lumut sekitar jam 3 pagi.

P/s: Maaf kerana tiada kesempatan untuk menghadiri perarakan calon pada pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan