Khamis, 31 Disember 2009

Dato Husam dan Nik Amalina bersemuka?

"Husam sedia jumpa Nik Amalina"

Begitulah tajuk satu entry dalam Utusan Online hari ini.

"Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa sedia berhadapan dengan anak Menteri Besar, Nik Amalina Nik Abdul Aziz bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat di dalam blog peribadinya.

Katanya, pelawaan tersebut dibuat mengikut konteks Islam yang menggalakkan umatnya bersemuka bagi memastikan segala permasalahan yang timbul selesai.

"Saya bersetuju untuk bersemuka dengan anggota keluarga tok guru atau yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini".(rujuk Utusan Online)

Jika benarlah apa yang dilaporkan ini,saya ingin tumpang gembira sebab dari awal lagi saya melihat apa yang berlaku sebelum ini lebih kepada 'krisis' peribadi antara beberapa keluarga Tok Guru dan Dato' Husam.

Saya bersetuju sungguh jika Nik Amalina sedia bersemuka dengan Dato' Husam.Selain Amalina,Dato' Husam juga perlu bersemuka dengan seorang lagi anak Tok Guru,Ustaz Nik Abduh.

Buanglah yang keruh itu.Ambillah yang jernih-jernih.

Kepada Dato Husam,Nik Amalina dan Ustaz Nik Abduh,maaf jika telahan saya ni silap.


P/s: Pertemukan juga Ariffahmi dan Kicdefella.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan