Ahad, 27 Disember 2009

Hari ini 10 Muharam

Alhamdulillah,lewat petang semalam saya dan keluarga selamat tiba di kediaman di Sri Manjung setelah lebih sebulan berada di kampung demi memenuhi rutin cuti sekolah.

Tak tahulah badi mana yang melekat kat badan saya,pantang cuti mesti balik kampung.

Saya rasa perantau lain pun gitu juga.Kecuali mereka2 yang 'ongkos'nya lebih,selain kampung halaman mereka dan keluarga mereka memilih destinasi tertentu,seperti Bandung,Medan,Padang,Pulau Bali dll sebagai memenuhi musim cuti mereka.

Tak apalah.Melancong banyak baiknya.Kata orang "jauh perjalanan,luas pandangan".Agama pun menggalakkan melancong.

Pagi tadi saya sempat untuk berkuliah subuh di surau fasa 1 e.Imam surau beberapa kali peringatkan saya supaya hadir juga.Kali terakhir beliau menalifon saya awal pagi semalam iaitu ketika saya tengah bersiap-siap segala kelengkapan untuk balik ke sini.Jika lah dia tahu saya pada ketika itu ada di kampung lagi mungkin kalut juga jadinya.

Oleh kerna sekarang ini musim hijrah,maka kuliah saya pagi tadi banyak berkisar berkenaan hijrah.Apa yang cuba saya sentuh ialah berkenaan umur.Saya tekankan bahawa kita umat Islam mesti berkira soal umur@masa.Saya peringatkan kepada diri saya dan sekalian hadirin bahawa kita umat muslim umur kita bukannya meningkat naik pada perkiraan tahun baru sahaja.Tapi setiap umat muslim mesti mengambil kira bahawa umur mereka sebenarnya meningkat pada setiap detik dan setiap saat.Bukannya setiap hujung atau awal tahun sahaja.Lihat kepada putaran jarum jam,itu lah penanda aras umur kita sebenarnya.Jarum jam tidak pernah berputar kebelakang,malah sentiasa ke depan.(Kecuali jam rosak).

Saya juga ada menyentuh akan kelebihan bulan Muharam.Kebetulan hari ini 10 Muharam.Ketika saya melangkah masuk ke surau saya terpandang di papan kenyataan tertera "Gotong-royong memasak bubur Assyura pd 27hb bersamaan 10 muharam jam 10pg".

Saya cuba menghuraikan akan kelebihan berpuasa 10 Muharam disamping tidak menafikan kebaikkan gotong royong masak bubur Asyura.Cuma saya menambah,jika boleh dahulukan berpuasa kemudian gotong royong.Saya merasakan jemaah boleh faham apa yang saya maksudkan.

Seusai kuliah,saya ke kedai runcit tempat yang biasa saya kunjungi.Tujuannya nak beli gula.Malangnya,kata tuan kedai yang juga kenalan saya "gula tiada buat masa sekarang".Saya bertanya bagaimana dengan kedai lain.Katanya kedai lain pun gula tiada juga.Seluruh Manjung tiada gula.Gula oh gula..saya bukan peminat gula.Kenapa gula tiada?WallahuA'lam.

1 ulasan:

  1. mengikut cerita harga gula akan naik lagi[rm2].1 Malaysia rakyat ditindas lagi.....janji pilihanraya BN bohong belaka.

    BalasPadam