Khamis, 5 Februari 2009

TUMPUAN KINI PADA SERI PADUKA SULTAN

Sebentar tadi tepat jam 10.35am Najib dan gerombolannya dilihat meninggalkan Istana Kinta tanpa sebarang kenyataan.Beliau dijangka akan mengadakan sidang media di bangunan Umno di Ipoh.
Tumpuan kini kepada Seri Paduka Sultan.Rakyat diminta mematuhi dan menerima keputusan Sultan.

ARAHAN TERKINI!!


ARAHAN DARI TUAN PESURUHJAYA PAS PERAK AGAR SEMUA PIMPINAN,AHLI&PENYOKONG PR SUPAYA MEMBACA SURAH YASIN,SOLAT HAJAT&BERDOA MOGA ALLAH LEMBUTKAN TUANKU SULTAN PERAK UNTUK PERKENAN BUBAR DUN PERAK.SEKARANG DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEDANG MENGADAP TUANKU SULTAN.TOLONG PANJANGKAN KEPADA SAHABAT2.
DRP SU DUPPk.

PERHIMPUNAN DI RUMAH MB MALAM INI-RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Sebaran Media
5 Februari 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
“Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.
SEBARKANA!SEBARKAN!SEBARKAN!

KERAJAAN PERAK FAILKAN KES KEKOSONGAN 3 DUN DI MHKMH TINGGI HARI INI

Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.


Sementara itu, YAB Menteri Besar meneruskan jadual hariannya sebagai Menteri Besar dengan menghadiri Program Perasmian MOdel Ladang Padi Sime Darby Plantation yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi.

YB. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.

Rabu, 4 Februari 2009

TERKINI : KENYATAAN AKHBAR MB PERAK

IPOH, 4 Feb ;- Saya telah meyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menagguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini."saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar" tegas Ir. Nizar.Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku Piliharaya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat."Saya akan akur kepada apa saja keputusan Taunku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar.Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu penainayaan kepada Nasaruddin dan orang Bota."Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.

SEKARANG KEPUTUSAN PADA SULTAN

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan berada dalam keadaan getir dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari Pakatan Rakyat. Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru tetapi perlu mendapat perkenan DYMM Sultan Perak terlebih dahulu.ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim diumumkan kembali menyertai Umno.Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.Najib berkata tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.ADUN Bota,Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN."Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.Dalam perkembangan lain Menteri Besar Perak telah mengadap DYMM Sultan Perak petang tadi sebelum Najib membuat pengumuman tersebut. Nizar sebagaimana diumumkan kepada media sebelum dari itu akan mempersembahkan permohonan supaya DUN Perak dibubarkan dalam keadaan politik tidak menentu sekarang dengan memberi laluan kepada rakyat memilih sekali lagi.Nizar menjelaskan pihak istana menangguh keputusan bagi menimbang permohonan itu.Dalam keadaan sekarang berarti ada dua keadaan yang harus di terima oleh rakyat perak.

PERTAMA; Adakah Sultan akan memperkenankan permohonan Ketua kerajaan Perak yang masih sah sekarang untuk diadakan PR sekali lagi, atau :-

KEDUA : Adakah Sultan memperkenakan apa yang akan dipersembahkan oleh Najib dalam masa terdekat bagi menubuhkan kerajaan yang baru.

KERAJAAN PR DI PERAK MASIH SAH

IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini. "Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.

YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

KERAJAAN HARAM

Sebentar tadi Najib Razak umum bentuk kerajaan HARAM di Perak.
Mereka sudah takut menghadapi suara rakyat.Lebih malang lagi mereka telah 'menendang' demokrasi yang mereka dokong selama ini.
Mohon kepada pendokong PR bersabar,berdoa,berikhtiar,berusaha dan berkorban pertahankan kerajaan PR yang sah di bumi bertuah ini.
Jangan panik.Pimpinan tertinggi akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Sekian.

TERKINI : MB KE ISTANA,MOHON PERKENAN BUBAR DUN

Sekitar jam 3.40 minit tadi MB perak meninggalkan Pejabatnya untuk ke Istana Kinta, Ipoh bagi memohon perkenan DYMM sultan Perak bagi memberi laluan kepada satu PR dikesemua 59 DUN Negeri Perak.

MUNAJAT PERDANA

MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: ARENA SQUARE KUALA KANGSAR
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR PERAK, PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

MB MENGADAP SULTAN?

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pergi mengadap DYMM Sultan Perak untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru.
YB. IDHAM LIM
ADUN TT. SERONG.

Selasa, 3 Februari 2009

SPR HINA DYMM SULTAN PERAK

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang saya sifatkan sangat mengelirukan dan pada pandangan saya menghina DYMM Sultan Perak.Tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak.Saya menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" negara dan negeri Perak apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak.Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perk kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi.Keputusan mengosongkan DUN berkenaan dengan pertikaian kesahihan surat adalah dua perkara berbeza. Hanya mahkamah tempat yang boleh mengesahkan pertikaian surat perletakan dua ADUN.Kenapakah SPR pada hari ini bertindak seolah-olah sebagai mahkamah dan saya menyifatkan sebagai satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.Dengan ini selaku pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak membantah keputusan SPR yang jelas menghina Sultan Perak dan Institusi Speaker di Negeri perak.Keadaan ini amatlah dikesali dan sangat tidak bertanggung jawab dalam suasana hari ini seluruh rakyat di Perak malah diseluruh negara sedang meraya Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang kami kasihi.
YB. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG
PENGERUSI BBC PERAK.

KERUSI BEHRANG&CHANGKAT JERING KOSONG-PAS SOKONG

IPOH, 3 Feb :- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu. Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering.Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini.Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal.Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.

SPEAKER PERAK UMUM KEKOSONGAN KERUSI TIDAK BOLEH DICABAR

Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.Kata beliau, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu."Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut."Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi."Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri."Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai."Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi."Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat... lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.

SPR MESYUARAT HARI INI,PR BUAT PERSIAPAN

Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongannya masih menjadi teka-teki.Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi."Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN."Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.PKR, PAKATAN BERSEDIADalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong."Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari."Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya.Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.PENDIRIAN JAMALUDDINJamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil."Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang."Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil," katanya.Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: "Saya akan berbincang dengan peguam dulu."Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.SURAT LETAK JAWATANMengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker."Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker," kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema."Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut," katanya.Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.MEDIA MENANTI MBSetiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN BBC PERAK

Bagi meredakan dan menafikan tohmahan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab termasuk media massa yang cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan negeri Perak berada dalam keadaan yang dipetik mengatakan, rapu, dihujung tanduk dan sebagainya, maka saya selaku Pengerusi kelab penyokong Kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas ini.Dalam keadaan semua pihak bersiap untuk menyambut Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah, saya menyesali segala tohmahan kepada kerajaan yang dipayungi oleh Baginda.Kenyataan ini adalah rentetan dari pertemuan ahli BBC di Pejaba BBC pagi ini.

1. Kami dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Kerajaan Negeri Perak pada waktu ini dalam keadaan yang disifatkan itu. Malah kami ingin tegaskan bahawa Kerajaan Perak masih lagi utuh, kuat dan segala urusan berkaitan pentadbiran berjalan seperti biasa.Ini dibuktikan dengan kehadiran seluruh pegawai kerajaan dari seluruh pelusuk negeri dalam majlis perhimpunan Bulan Excutive Talk pagi tadi.

2. BBC dengan ini meyatakan sikap berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.

3. BBC juga mengambil sikap untuk bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya kecil Changkat Jering dan Behrang.

4. Sehubungan dengan itu kami menyeru kepada seluruh rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat untuk bersedia mengerakkan jentera PR masing-masing bagi memastikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat dalam PR kecil tersebut.


Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak
IPOH,Pada ; 2 Feb 2009.

MB MENGADAP SULTAN,SPEAKER JUMPA SPR

IPOH, 2 Feb : -YAB Menteri Besar Perak telah diterima mengadap oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 10 pagi tadi di istana Kinta di sini. Menteri Besar terpaksa bergegas ke Istana dan meninggalkan Majlis Perhimpunan Bulanan Ezecutive Talk di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul RidzuanDifahamkan Ir. Nizar telah menunjukkan semua dokumen berkaitan dengan pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kepada DYMM Tuanku.Dalam Perkembangan lain pada awal pagi tadi Speaker Kerajaan negeri dengan peruntukan yang ada telah menfakskan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya mengenai peletakan jawatan dua ADUN tersebut.


www.idhamlim.blogspot.com

2 perkara penting hari ini

Setelah kita menerima berita peletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diumumkan , terdapat dua perkara penting yang akan berlaku pada hari ini.PERTAMA : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dengan peruntukan kuasa dan undang-undang yang sedia ada akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang bagi diadakan semua Pilihan raya.SPR tidak boleh mengambil kira dakwaan bekas ADUN tersebut mengenai surat peletakan jawatannya. Fokus sekarang ialah Pilihan raya kecil setelah diwartakan oleh SPR.KEDUA : YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dijangka mengadap DYMM Sultan Perak bagi memaklumkan kedudukan politik semasa sebagai sifatnya ketua kerajaan yang sah.
Beliau akan ditemani oleh Exco Agama, Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusof dan saya difahamkan semuanya telah diatur.

www.idhamlim.blogspot.com

Ahad, 1 Februari 2009

MB SAHKAN 2 ADUN LETAK JAWATAN

01 Februari 2009

IPOH, 1 Jan :- Saya dan beberapa ADUN yang tiba dan berada di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar malam ini menerima pengesahan dari beliau bahawa Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang dan Cangkat Jering. Beliau juga mengesahkan sidang akhbar yang dibuat bagi menyatakan keputusan rasmi dari Speaker Kerajaan Negeri Perak .

www.idhamlim.blogspot.com

Hari2 yg dramatik

2 hari yang lalu dunia Islam dianugerahkan wira baru.Recip Tayyeb Erdogan.Ketika pemimpin arab terus bermuka2 dan menunjukkan sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' Erdogan muncul ditengah2 gelojak kebangkitan ummah.Kemunculan Erdogan seolah2 untuk 'bersetuju' memimpin gelombang ummah ini.

Keberanian Erdogan mengherdik dan menengking berok besar dunia Shimon Perez alaihi laknatullah sedikit sebanyak mengubat kepiluan dan kehibaan umat di Ghazzah.

Tapi Yahudi tidak kenal erti herdik dan tengking.Mereka tak pernah dan ngak akan ngerti.Mereka hanya boleh dimengertikan dengan 'jaisy muhammad'.'Jaisy Muhammad' pernah menguburkan yahudi di Khaibar.

Khaibar khaibar ya yahud!!
jaisy Muhammad saufa yauud!!