Khamis, 29 Julai 2010

Sekolah pelajar hamil

Di Melaka khabarnya akan diwujudkan sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil,maksudnya yang hamil luar nikah,atau lebih jelas lagi pelajar yang berzina kemudian mengandung.Cadangan ini datangnya dari KM Melaka,Dato Sri Ali Rumtam.

Sekali pandang cadangan ini nampak elok.Tapi apakah ini cara penyelesaiannya?

Ajk Pas Pusat,Ust Abu Bakar Chik telah menempelak cadangan ini dengan mengingatkan bahawa Islam telah ada penyelesainnya tersendiri.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,”

Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Sementara itu,BH Online hari ini melaporkan pendedahan Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Fuad Zarkasyi bahawa sejak 2006 hanya sebanyak 21 kes pelajar dikesan mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang.

Beliau berkata, siasatan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes yang berlaku adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol.

Boleh percaya kah angka ini? Jika hanya 21 kes takkan lah ada ketua menteri yang mencadangkan satu sekolah untuk mereka.


Aku tak percaya.Kepada Pak Menteri,saya cabar anda untuk melakukan siasatan terperinci di semua sekolah seluruh negara.Gunalah segala kemudahan yang ada.Di kala itu anda pasti akan mendapat jumlah yang sebenar.Di kala itu jangan lah anda terkejut.


P/s : kalau betul jadi lah sekolah ini,maka siapa guru mereka?Apa pula nama untuk sekolah ini ya?
Sekolah kebangsaan Pelajar Hamil Kota Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan