Khamis, 29 Julai 2010
Sajak khas buat Tan Sri SS Dr. Harussani (Mufti Perak)
Liong Sik dituduh menipu jemaah menteri.Apakah (ketika itu) kabinet Malaysia dianggotai menteri yang bodoh?
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.
Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.
Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.
Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.
Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.
Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.
Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
P/s: Apakah ini satu lagi sandiwara?Tak habis-habis bersandirawa.Rakyat yang sengsara.
Disaat rakyat menderita,Najib 'lari' ke luar negara
2010/07/28
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini, hari ini.Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Sekolah pelajar hamil
Selasa, 27 Julai 2010
Isu tiada tempat duduk: Lim Guang Eng saman Utusan
Selasa, 20 Julai 2010
Alasan barang naik melucukan
Kaya bertambah kaya
-malaysiakini-
Selasa, 13 Julai 2010
Bekas imam besar masjid negeri Sabah (Ust Nahar Matamin) meninggal dunia

KOTA KINABALU, 12 Julai: Bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth 2.
Almarhum yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihan raya PAS di Kundasang mengadu sakit gastrk dan telah ditahan di Hospital Likas.
Almarhum keluar hospital kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibu almarhum.
Kira-kira jam 9.45 almarhum rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.
Pemergian almarhum amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini.
Semasa menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.
Semasa hayat Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.
Almarhum yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS), Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah, AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Dipertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.
Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Unit Pengurusan Masjid.
Di antara yang hadir menziarahi almarhum ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar, bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Matusin Awang Damit, bekas Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mokhtar Rapok, Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengerusi Persatuan Ulamak Sabah, Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.
Jenazah Ustaz Nahar akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu.
-harakahdaily-
Komen : Ta'ziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Ust Nahar.Moga bersabar atas ujian ini.Dari Allah kita datang,kepadaNYA jua kita kembali.
Antara kenangan yang tak dapat dilupakan bersama Almarhum ialah ketika sama -sama mengerjakan haji pada tahun 2000.
Khamis, 8 Julai 2010
Selepas Suara keadilan,mangsa seterusnya Harakah
Isnin, 5 Julai 2010
Ahad, 4 Julai 2010
Hadapi judi dengan kempen,bukan bertembung-GMJ

