Khamis, 31 Disember 2009

Dato Husam dan Nik Amalina bersemuka?

"Husam sedia jumpa Nik Amalina"

Begitulah tajuk satu entry dalam Utusan Online hari ini.

"Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa sedia berhadapan dengan anak Menteri Besar, Nik Amalina Nik Abdul Aziz bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat di dalam blog peribadinya.

Katanya, pelawaan tersebut dibuat mengikut konteks Islam yang menggalakkan umatnya bersemuka bagi memastikan segala permasalahan yang timbul selesai.

"Saya bersetuju untuk bersemuka dengan anggota keluarga tok guru atau yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini".(rujuk Utusan Online)

Jika benarlah apa yang dilaporkan ini,saya ingin tumpang gembira sebab dari awal lagi saya melihat apa yang berlaku sebelum ini lebih kepada 'krisis' peribadi antara beberapa keluarga Tok Guru dan Dato' Husam.

Saya bersetuju sungguh jika Nik Amalina sedia bersemuka dengan Dato' Husam.Selain Amalina,Dato' Husam juga perlu bersemuka dengan seorang lagi anak Tok Guru,Ustaz Nik Abduh.

Buanglah yang keruh itu.Ambillah yang jernih-jernih.

Kepada Dato Husam,Nik Amalina dan Ustaz Nik Abduh,maaf jika telahan saya ni silap.


P/s: Pertemukan juga Ariffahmi dan Kicdefella.

Rabu, 30 Disember 2009

lama tak muncul

2 hari sebelum tirai 2009 berlabuh SPR muncul.Muncul dengan lawak terbarunya.Tempoh bertenang 24 jam,proses penamaan calon selama 3 hari.

Apa rasionalnya cadangan demikian?

Secara peribadi saya boleh bersetuju dengan tempoh bertenang selama 24 jam,lebih dari itu pun takpa.Cuma apa kejadahnya penamaan calon sampai tiga hari?

Alasan mereka untuk mengelakkan penyokong parti-parti bertanding bertembung.Bodoh punya alasan.

Beginilah..jika SPR ikhlas tak mahu penyokong bertembung buat la undang2 penyokong tak payah datang.Calon je yang datang masa penamaan calon.Senang.Lebih masuk akal.

Ahad, 27 Disember 2009

Hari ini 10 Muharam

Alhamdulillah,lewat petang semalam saya dan keluarga selamat tiba di kediaman di Sri Manjung setelah lebih sebulan berada di kampung demi memenuhi rutin cuti sekolah.

Tak tahulah badi mana yang melekat kat badan saya,pantang cuti mesti balik kampung.

Saya rasa perantau lain pun gitu juga.Kecuali mereka2 yang 'ongkos'nya lebih,selain kampung halaman mereka dan keluarga mereka memilih destinasi tertentu,seperti Bandung,Medan,Padang,Pulau Bali dll sebagai memenuhi musim cuti mereka.

Tak apalah.Melancong banyak baiknya.Kata orang "jauh perjalanan,luas pandangan".Agama pun menggalakkan melancong.

Pagi tadi saya sempat untuk berkuliah subuh di surau fasa 1 e.Imam surau beberapa kali peringatkan saya supaya hadir juga.Kali terakhir beliau menalifon saya awal pagi semalam iaitu ketika saya tengah bersiap-siap segala kelengkapan untuk balik ke sini.Jika lah dia tahu saya pada ketika itu ada di kampung lagi mungkin kalut juga jadinya.

Oleh kerna sekarang ini musim hijrah,maka kuliah saya pagi tadi banyak berkisar berkenaan hijrah.Apa yang cuba saya sentuh ialah berkenaan umur.Saya tekankan bahawa kita umat Islam mesti berkira soal umur@masa.Saya peringatkan kepada diri saya dan sekalian hadirin bahawa kita umat muslim umur kita bukannya meningkat naik pada perkiraan tahun baru sahaja.Tapi setiap umat muslim mesti mengambil kira bahawa umur mereka sebenarnya meningkat pada setiap detik dan setiap saat.Bukannya setiap hujung atau awal tahun sahaja.Lihat kepada putaran jarum jam,itu lah penanda aras umur kita sebenarnya.Jarum jam tidak pernah berputar kebelakang,malah sentiasa ke depan.(Kecuali jam rosak).

Saya juga ada menyentuh akan kelebihan bulan Muharam.Kebetulan hari ini 10 Muharam.Ketika saya melangkah masuk ke surau saya terpandang di papan kenyataan tertera "Gotong-royong memasak bubur Assyura pd 27hb bersamaan 10 muharam jam 10pg".

Saya cuba menghuraikan akan kelebihan berpuasa 10 Muharam disamping tidak menafikan kebaikkan gotong royong masak bubur Asyura.Cuma saya menambah,jika boleh dahulukan berpuasa kemudian gotong royong.Saya merasakan jemaah boleh faham apa yang saya maksudkan.

Seusai kuliah,saya ke kedai runcit tempat yang biasa saya kunjungi.Tujuannya nak beli gula.Malangnya,kata tuan kedai yang juga kenalan saya "gula tiada buat masa sekarang".Saya bertanya bagaimana dengan kedai lain.Katanya kedai lain pun gula tiada juga.Seluruh Manjung tiada gula.Gula oh gula..saya bukan peminat gula.Kenapa gula tiada?WallahuA'lam.

Khamis, 24 Disember 2009

Royalti: Terengganu tetap tuntut RM2.792b

KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Kerajaan negeri masih lagi berunding dengan Kerajaan Pusat berhubung penyelesaian pembayaran royalti petroleum kepada negeri ini yang masih tertangguh.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tetap menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebelum ini iaitu sebanyak RM1.686 bilion.

Beliau menegaskan, ini kerana jumlah royalti yang mahu dituntut oleh kerajaan negeri bagi tempoh 2000 hingga 2009 berjumlah RM2.792 bilion.

"Kementerian Kewangan nampaknya masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Tetapi angka itu tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri, oleh itu selagi perkara ini tidak diselesaikan, perjanjian tidak akan ditandatangani," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abdul Hadi dalam soalan asalnya meminta kerajaan negeri menyatakan perkembangan terkini berhubung proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

Mengenai tindakan saman, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menarik balik kes di mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar.

Beliau berkata, dalam mesyuarat terakhir di Kuala Terengganu pada Ogos lalu, dinyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas bagi tempoh 2000 hingga Mac 2009.

-Utusan Online-


Komen: Jika begitu cek apa yang diserahkan Najib ketika kempen prk Parlimen K.T'ganu dulu?Cek kosong ka?

Kecurian enjin F-5E malukan negara-TGNA

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.

Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, injin berkenaan tidak akan dicuri sekiranya tidak mengamalkan rasuah atau melindungi kes berkenaan dari pengetahuan umum untuk tujuan tertentu.

“Senyap ni sebenarnya satu kecelakaan pada rakyat dan kerajaan, kenapa selepas dua tahun perkara itu berlaku yangmana Menteri Pertahanan sewaktu itu dipegang oleh orang lain, baru sekarang terdedah,”ujarnya.

“Betullah kata Tun Mahathir Umno ni perasuah, bahkan ianya sudah buruk sampai ke usus serta tidak boleh dibaiki lagi, macamana sebuah perkara yang begitu sensitif, injin kapal terbang TUDM boleh dicuri,”ujarnya.

Katanya, rayat sebenarnya harus mengakui Umno dan BN sudah tidak mampu mentadbir negara kerana telah terpalit pelbagai masaalah individu, parti, rasuah, korupsi dan seumpamanya.

“Sudah sampai masanya rakyat menghukum pemimpin BN sekarang dengan menolak parti mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kudis kita naik ke kaki kita boleh berubat, tetapi naik sampai naik ke kaki tak boleh nak ubati lagi macam Umno yang semakin parah, sudah tidak ada gunanya lagi,”ujarnya.


-harakahdaily-

Sabtu, 5 Disember 2009

Sokongan padu buat Tok Guru,Muhyiddin tak terkata












Ada 2 perkara yang berlaku di Medan Ilmu,KB semalam:

1. Himpunan dan sokongan padu rakyat Kelantan terhadap YAB Tuan Guru Nik Aziz agar terus memimpin Kelantan sehingga ke akhir hayat.Rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turun meredah hujan semata-mata untuk menyatakan bahawa mereka berdiri teguh di belakang Tok Guru.Mereka telah bersedia berkorban jiwa dan raga jika ada pihak yang cuba mengganggu gugat kepimpinan Tok Guru.

2. Himpunan mendesak kerajaan pusat memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui kerajaan Kelantan,kerajaan yang sah dipilih rakyat Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian.Rakyat bersama-sama Tok Guru menuntut hak mereka.Tok Guru telah mengajar rakyat agar berdoa supaya Allah lembutkan hati PM supaya memahami dan menunaikan hak rakyat Kelantan,jika tidak,jika kerajaan pusat terus menafikan hak rakyat untuk menikmati hasil royalti minyak,maka rakyat Kelantan akan berdoa supaya orang-orang yang bertanggung-jawab merompak hak mereka supaya mereka ditimba bala kemusnahan sebagai balasan atas kezaliman yang mereka lakukan.Biar pecah perut mereka.

Perhimpunan di KB semalam telah berjaya menyentak orang di KL.Khabarnya seorang dari mereka ada berkata bahawa dia "tak boleh nak kata apa dah".

Ada juga yang nenasihatkan Tok Guru supaya berhenti dari berkata nista.Saya tidak tahu manusia jenis apakah dia ini?Apakah dia sudah tidak boleh membezakan antara kata-kata nista dan doa?Atau dia sudah tidak kenal doa dan kata nista?Jahil sungguh orang ini.Malang sungguh orang ini.

Cuma tinggal seorang lagi yang belum berkata-kata.Apakah anda mahu perut anda pecah dulu baru nak membuka mulut?

Saya nak ingatkan anda..kalau perut sudah pecah,mulut anda akan tertutup !!

Rabu, 2 Disember 2009

Demo dibalas demo...Himpunan sokong Tok Guru


2 hari lepas satu kumpulan dipercayai didalangi Ibrahim Ali dan Umno telah berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim bagi mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan MB.

Insyaallah,pada Jumaat ini 4 Disember 2009,jam 10 pagi bertempat di Dataran Ilmu KB,rakyat Kelantan yang sayangkan Tok Guru diajak turun beramai-ramai berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT sebagai MB Kelantan.

P/s: Ambo pasti hadir.