Sabtu, 14 Mac 2009

TAHNIAH!! SYABAS!!


Sebuah akhbar tempatan hari ini memaparkan berita bergambar berkenaan pelajar terbaik SPM 2008,Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.Beliau mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.Beliau merupakan pelajar di Maahad Muhammadi Lil Banat,Kota Bharu Kelantan.
Sebagai anak Kelantan saya turut tumpang gembira atas kejayaan beliau.
Sebenarnya siapa pun berhak untuk tumpang gembira atas kejayaan ini.Tanpa mengira siapa pun dia,di sekolah mana dia belajar,dia anak siapa atau apa pun dia semua berhak untuk bergembira.
Daripada keputusan yang tercatat menampakkan kegigihan dan kesungguhan beliau bertahun-tahun sebelum ini.Sememangnya inilah sikap yang harus ada bagi setiap pelajar.
Kepada adik Nik Nur Madihah..sekali lagi sekalung tahniah diucapkan,syabas.Penulis cukup tersentuh dengan segala yang kau miliki.Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Komen