Selasa, 10 Mac 2009

Lawatan 'mengejut' Dato' Husam Musa

Petang semalam sekitar jam 4.30 ptg saya menerima 'call' dari Abg Mat (orang kuat unit amal lumut),beliau berada di Bukit Gantang kerana bertugas di Majlis Ijtima' Pilihanraya Bukit Gantang.Ketika itu saya berada di Lumut.Saya dah dapat agak biasanya Abg Mat ni bila 'call' nak bagitau pasal kelas mingguan HPA,atau kalau tak pun nak minta tolong tugas2 unit amal.
Saya biasa bagi alasan tapi bukan sengaja bagi alasan untuk tidak menghadiri kelas HPA.Ada saja kebetulan yang saya tak dapat elak.Kelas HPA biasanya diadakan tiap2 malam selasa.
"Ustaz,petang ni Husam Musa akan ke Lumut,nak lawat ladang bela kambing kat Kayan,harap ustaz dapat tunggu kami kat simpang petronas".Saya terpinga-pinga.Betul ke Abg Mat ni.Biasanya bila ada pimpinan 'besar' nak datang pimpinan kawasan akan bagi 'info' terlebih dulu.Selang beberapa minit kemudian En. Hamidun pula 'call' menanyakan betul ke Dato' Husam nak datang Lumut.Eh..takkan en. Hamidon pun taktau.Saya jawab nanti nak konfom dengan Abg Mat.
Saya terus hubungi Abg Mat,tapi kena 'voicemail'.Apa pasal dia tutup tipon.Dua tiga kali cuba kontak tapi 'voicemail' juga.Waktu tu jam dah 5.30 ptg.Eh apsal Abg Mat senyap tak bagitau apa2..Saya mula mengagak tak jadi kut Dato' Husam nak datang.
Tiba2 tipon berdering..terpapar di skrin nama Walif memanggil.
"ustaz,kami dah dekat Terong,tunggu kami kat depan maybank,kami bawa Dato Husam nak ke Kayan..tolong cari dua tiga orang untuk eskot".
JAdi rupanya.Saya terus bagitau en. Hamidun.
Abg Mat ni memang komited dengan unit amal.Tugasnya 'bodyguard' para pimpinan.Kalau dapat jaga pimpinan tak balik rumah pun takpa,tak makan pun takpa..itulah kelebihan Abg Mat yang tak ada pada orang lain termasuk saya sendiri.
Tepat jam 6.20 ptg saya mengambil En.Hamidun dan kami sama2 tunggu rombongan Dato Husam.Tak berapa lama selepas itu tibalah kereta yang bawa Dato Husam.Saya dok ingatkan ada lah dua tiga biji kereta yang eskot,rupa2nya depa naik 'myvi' je.Myvi kepunyaan Walif.
Saya sempat tanya mana kereta Dato Husam?Abg Mat bagitau Dato Husam tinggal kereta kat 'zaujah' dia pi melawat sanak saudara kat Kemunting,rupa2nya ada kakak Dato Husam yang menetap di Kemunting (bukan tahanan kat Kemunting).Dato Husam dan 'family' datang ke Taiping kerana menghadiri Ijtima' Pilihanraya Bukit Gantang yang diadakan pagi kelmarin.Kata Abg Mat abis je prog beliau ditugaskan bawa Dato Husam ke Kayan nak lawat ladang ternak kambing.
Dato Husam memang suka bela kambing.Sunnah katanya.Kat rumahnya pun ada mini kandang kambing.Beliau lah yang menggalakkan petani2 Kelantan supaya memceburi usahawan ternak kambing.Dah berapa ramai usahawan ternakan kambing berjaya dilahirkan di Kelantan.
Jam 7 malam tibalah kami di ladang yang dimaksudkan.Ladang 'Intan Farm' namanya.Inilah pertama kali saya ke sini.Yang lain2 pun sama juga rasanya.Tapi tuan punya ladang ni semua kenal.Saya sorang je yang tak kenal.Kata En.Hamidun tuan ladang ni lah yang selalu 'infak' kambing kat jemaah buat kenduri.Ladang nya besar jgak.Ladang moden.Dari pemerhatian saya segala peralatannya semuanya yang terkini.Besar jgak projek ni.
Dato Husam dibawa melawat satu persatu setiap kandang yang ada.Setiap kandang ada jenis2 kambing berbeza.Ada besar ada kecil.Tuan punya ladang memberi jawapan setiap pertanyaan Dato Husam.Dari pemerhatian saya memang Dato Husam banyak pengetahuan pasal kambing.Patutlah di Kelantan ramai usahawan ternakan kambing.
Jam dah 7.30 ptg.Sebelum beredar tuan punya ladang mengucapkan ribuan terima kasih dan menyampaikan sedikit buah tangan kepada Dato Husam sebagai tanda ingatan atas lawatan 'mengejut' ini.
Saya mengesyorkan kepada Dato Husam untuk singgah solat di Pondok Manabi'u Ulum.Satu-satunya pondok yang ada di Lumut yang menempatkan warga emas dan juga anak-anak yatim.Tapi sayang Tok Guru pondok tak ada diwaktu itu,ketika dihubungi beliau sedang ceramah maulid di masjid berdekatan.Waktu kami sampai ada beberapa pelajar sedang baca Al-Qur'an bersama Ustaz Bakar.
Kami terus solat. Selesai solat Ustaz Bakar meminta Dato Husam menyampaikan tazkirah sekadar waktu yang ada.Walau tampak keletihan,dengan berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan pendek tanpa kopiah di kepala Dato Husam sampaikan juga tazkirah untuk pelajar2 pondok.
Dalam ucapannya yang sempat saya ingat beliau mengucapkan tahniah kepada tok2 guru dan ustaz2 yang berusaha mendirikan pondok yang beliau ibaratkan pondok seperti setiap pencawang letrik yang menerangi kampung2 dengan cahaya2 yang dipantulkan.Beliau juga mengingatkan kepada hadirin bersempena dengan 12 rabiul awal yang berkebetulan jatuh pada hari ini supaya memperbanyakkan berselawat dan mengucapkan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas lebih kurang 15 minit menyampaikan tazkirah beliau memohon untuk beredar kerana akan balik ke Kelantan pada malam ini juga.Beliau berharap jika diberi keizinan beliau akan datang melawat sekali lagi ke pondok ini.
Tepat jam 8.45 malam,saya dan En.Hamidon bertolak menghantar Dato Husam ke Tol Ckt Jering,keluarganya menunggu di sana.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan