Jumaat, 18 Mac 2011

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

-Harakahdaily-

Komen: Umno reti ko dok?..atau buat2 tak reti?

Rabu, 9 Mac 2011

Saman Ekor: Kerajaan tak tahu beza notis dengan saman

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kegagalan pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membezakan di antara notis dan saman dianggap sebagai memalukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan juga gagal mematuhi tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kerajaan sendiri khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam Akta Pengangkutan Jalan itu sendiri dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis.

"Kalau kerajaan tidak boleh membezakan antara notis dan saman satu perkara yang sangat memalukan apabila dia menganggap notis itu sebagai saman.

"Kerajaan sendiri tak boleh akur kepada tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D)," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai, merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) sebelum itu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kase, Zulhilmi Shariff dalam sidang media sama berkata, rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

-Harakahdaily-

Selasa, 11 Januari 2011

Selasa, 14 Disember 2010

"Ketuanan Melayu" sesuatu yang tidak wujud

Mana dokumen rasmi 'ketuanan melayu'?

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.

"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.

"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.

"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.

Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.

"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.

"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.

Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.

Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

-harakahdaily-

Khamis, 9 Disember 2010

Juara Rakyat atau Juara Tipu Rakyat?


Daripada Abu Ya'la Ma'qil bin Yassar r.a berkata,saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyat,kemudian ketika mati dia masih menipu rakyatnya melainkan pasti Allah mengharamkan baginya Syurga. (riwayat Bukhari wa Muslim)

Rabu, 24 November 2010

Selamat Pulang Tok Guru

Hajjan mabrur,wa sa'yan masykur,wa tijaratan lan tabur..

Kelmarin sempat tengok wajah Tok Guru melalui facebook sahabat2 yg berkesempatan menunggu di airport Kota Bharu.

Tok Guru semakin ceria dan terpenting Tok Guru semakin sihat.Apa macam Umno? Umno tentu cemburu tengok kesihatan Tok Guru.

Umur Tok Guru telah melewati 80 tahun.Kebiasaanya pada umur begini kebanyakkan orang sudah terperap di rumah atau ulang alik ke hospital.Tapi Tok Guru masih gagah dan mampu memimpin kerajaan negeri Kelantan.

Tok Guru pernah berkata "kalau bab nak lawan Umno,sakit demam pun boleh hilang".Inilah tekad Tok Guru dalam perjuangan.

Tidak ramai yg guna resipi Tok Guru ni termasuk aku.


Sabtu, 6 November 2010

Doa Tok Guru makbul?

KERAJAAN PERLU BERTERUS TERANG KESIHATAN PM


KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.

Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.

Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.

Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai ‘menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit’.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

-harakahdaily-

Khamis, 4 November 2010

SPR tewas di Galas & Bt. Sapi.

Keputusan semua dah tahu.Mula-mula sekali syabas dah tahniah buat pengundi yang memangkah calon Pakatan Rakyat.Syabas dan tahniah juga buat seluruh jentera disemua peringkat kerana bertungkus lumus berjuang demi memastikan kemenangan calon PR.Walaupun nasib tidak menyebelahi kita kali ini.Pasti ada hikmahnya.

Namun apa yang pasti,dan mesti DIPERTEGASKAN di sini bahawa SPR yaini Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (bukan suruhanjaya UBN) mesti akui kesilapan mereka menentukan tarikh dan waktu mengundi pada masa dan hari bekerja.

Buktinya,peratus keluar mengundi di Galas meningkat sehingga 82%.Sebabnya,atas inisiatif kerajaan negeri Kelantan mengistiharkan cuti pada 4 Nov.Tetapi sebaliknya di Bt Sapi yanh tidak cuti pada hari tersebut,peratus keluar mengundi hanya 62%,sesuatu yg sangat rendah bagi nisbah pilihanraya kecil.

SPR sebelum ini menjangkakan peratus keluar mengundi di Bt Sapi sehingga 70% dan hanya 80% di Galas.

Bodohkan SPR? Apa tidaknya,nak suruh orang makan tapi diikatnya tangan orang itu.

Kini terbukti kau silap SPR.Akurlah SPR !!..jangan jadi bebal.

SPR..adillah kepada rakyat.Jangan kau bodoh..kau sudah TEWAS.

Isnin, 1 November 2010

Pilihanraya Umum 9 Nov,Jordan istihar cuti rasmi

عطلة رسمية في يوم الانتخابات النيابية

عمان - الدستور

أصدر رئيس الوزراء سمير الرفاعي بلاغا رسميا يقضي بتعطيل الوزارات والدوائر الرسمية والمؤسسات العامة أعمالها يوم الانتخابات النيابية الموافق التاسع من تشرين ثاني المقبل وجاء في البلاغ أن قرار التعطيل جاء لتمكين الموظفين من ممارسة حقهم الانتخابي. من جهة اخرى قال امين عام وزارة التربية والتعليم للشؤون التعليمية والفنية الدكتور احمد العياصرة بان لا عطلة لطلبة المدارس قبل يوم الانتخابات لدواعي تحضير المدارس التي يتواجد فيها مراكز اقتراع او فرز للانتخابات النيابية مؤكدا ان اليوم الذي يسبق يوم الانتخابات دوام رسمي وكالمعتاد لجميع الطلبة والهيئات التدريسية.

واضاف الدكتور العياصرة لـ"الدستور" التزام وزارة التربية والتعليم كغيرها من الوزارات والمؤسسات الحكومية وكذلك الطلبة بقرارمجلس الوزراء واعتبار يوم الانتخابات التاسع من الشهر المقبل عطلة رسمية.

واشار الى انه لا يوجد اي داع لتعطيل الطلبة والمدارس قبل يوم الانتخابات موضحا أن عملية ربط المدارس المشاركة بالانتخابات الكترونيا تتم بالتنسيق مع الاداريين والمعنيين وفق اجراءات معينة وليس للعملية التعليمية التعلمية والطلبة علاقة بها.

التاريخ : 01-11-2010


www.addustour.com

Jumaat, 22 Oktober 2010

Galas



Calon PAS/PR..orang asli dan tulen,bukan tiruan.

*InsyaAllah..menang.


Rabu, 20 Oktober 2010

Tok Guru..lagi gambar






*Tok Nik Aziz ketika tiba di bangunan 'Syabab Point' (bangunan pejabat UMNO KB yg berjaya ditawan Dppn Kelantan) untuk majlis perasmian penyerahan kunci pagi tadi.Hebat Tok Guru..

Selasa, 19 Oktober 2010

Galas: Jika BN menang,KU Li bakal dilantik menteri?

Setiap ahli politik ada cita-cita tersendiri.Ada kecil ada besar.Sudah menjadi pengetahuan umum Ku Li bercita-bercita menjadi Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri.

Ku Li pernah mencuba beberapa kali untuk kedua-dua jawatan tersebut,kesemuanya gagal.

Pada 1990,impian itu hampir-hampir menjadi kenyataan.sebelum itu Ku Li berentap dengan Tun Mahathir pada pemilihan Presiden Umno.Ku Li kalah tipis.Kerana kecewa dan atas dakwaan berlaku penyelewengan masa pemilihan Ku Li meninggalkan Umno dan menubuhkan parti baru,Semangat 46.Ramai yang ikut Ku Li pada waktu itu.Antaranya Ibrahim Ali,Rais Yatim,Ahmad Syaberi Chik,Ust Ibrahim Azmi dan lain-lain.

Pada PRU 1990,Ku Li mengadakan pakatan dengan PAS,Berjasa dan Hamim.Pakatan ini dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU).Ku Li juga berjaya mengadakan pakatan dengan DAP dan PBS di Sabah.Pakatan ini disebut sebagai Gagasan Rakyat.

Ku Li bersama APU,kononnya untuk menawan semenanjung,sementara Gagasan rakyat untuk menawan Sabah dan Serawak.

Di pihak Umno dan komponen mereka sudah lemas.Pada waktu inilah,Tun Mahathir yang mengepalai jentera BN waktu itu mengarahkan kuncu2nya untuk memujuk Pas.

Saya masih ingat,dalam satu ceramah politik TG Nik Aziz ketika menceritakan detik-detik ini beliau mengatakan beliau hampir-hampir terperangkap dengan taktik Dr Mahathir yang ingin berbaik-baik dengan beliau.Kata Tok Guru,suatu hari beliau didatangai seseorang yang mendakwa pegawai khas Dr. Mahathir dan menjemput Tok Guru untuk makan malam di kediaman rasmi Perdana Menteri dan juga kesudian Dr. Mahathir untuk solat berjamaah dengan Tok Guru dan dia diminta untuk menjadi imam.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan,kata Tok Guru beliau menolak pelawaan tersebut kerana bimbangkan kehadirannya ke kediaman rasmi PM dimanipulasikan oleh pihak-pihak musuh.Kata Tok Guru lagi,hati kecilnya merasakan nanti akan ada gambar beliau solat berjamaah dengan bermakmunkan Dr Mahathir.Gambar ini akan dimanipulasi sebagai bukti perpaduan antara Mahadhir dan Nik Aziz.Ini sekali gus boleh merosakkan pakatan yang baru ditubuhkan pada waktu itu iaitu APU.

Tok Guru berjaya menepis taktik jahat dipihak lawan.

Akhir sekali,Ku Li yang kecundang.Beberapa hari sebelum berlansungnya pru 1990,entah bagaimana terpapar dimuka depan akhbar-akhbar utama negara gambar Ku Li memakai tengkolok berlambang salib sedang menari dengan gadis Iban.Gambar ini tersebar diseluruh negara.

Beberapa penganalisis politik mengatakan gambar inilah yang meranapkan impian Ku Li untuk menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Namun begitu impian Ku Li untuk menjadi PM belum pudar.Setelah kalah (kecuali di Kelantan) dalam pru 1990,Ku Li mula ditinggalkan seorang demi seorang orang-orang kuatnya.Ibrahim Ali yang mula-mula sekali merintis jalan ini.Beliau ketika itu sebagai ketua pemuda Semangat 46.Ramai yang terkejut dengan tindakan Ibrahim Ali ini kerana beliau dikenali sebagai 'anak Ku Li'.Namun bagi penyokong APU,mereka menggelarkan Ibrahim Ali 'katak'.Inilah peristiwa Ibrahim Ali mula-mula mendapat gelaran 'katak'.Badi ini kekal sehingga sekarang.Rais Yatim pula mengelar Ibrahim Ali 'pelacur politik'.Namun beberapa ketika selepas itu,Rais Yatim juga mengikut jejak langkah Ibrahim Ali untuk menjadi pelacur politik.Beliau juga meninggalkan Ku Li dan kembali ke pangkuan Umno.Selepas itu seorang demi seorang pemimpin Semangat 46 meninggalkan Ku Li terkontang kanting.Akhir sekali setelah hilang sokongan dari ahli parti sendiri melainkan orang-orang Asli di Gua Musang, Ku Li mengambil keputusan membubarkan parti Semangat 46 dan kembali jua ke pangkuan Umno,parti yang dinistanya sebagai mungkar politik,mungkar ekonomi..mungkar segala-galanya.

Antara kata-kata 'ikhlas' Ku Li ketika itu bahawa beliau sanggup menjadi gurka Umno.

Ku Li menjadi gurka sehinggalah Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.Lama juga Ku Li jadi gurka.

Dr Mahathir malantik Paklah sebagai pengganti beliau.Ku li terus jadi gurka.

Semasa era Paklah inilah Ku Li barangkali telah lupa janjinya untuk jadi gurka Umno.Entah bagaimana impiannya untuk jadi Presiden Umno kembali membara.Pada era Paklah Ku Li telah menamatkan era gurkanya.

Beliau dengan berani menyanggah Paklah.Barangkali Ku Li terpengaruh dengan gelaran yang diberikan rakyat kepada Paklah..Paklah lemah,Paklah lembik.

Semangat Ku li untuk menjadi PM berkobar kembali.Atas alasan untuk mengembalikan demokrasi dalam Umno beliau mengumumkan akan mencabar Paklah sebagai presiden pada pemilihan Umno ketika itu.Ibrahim Ali,yang baru dilucutkan jawatannya sebagai ketua Umno bahagian Pasir Mas oleh Paklah menjadi 'tukang kipas' Ku Li.Ibrahim Ali dan Ku Li kembali bertaut walaupun digelanggang yang berbeza.Ibrahim Ali memilih menyokong Ku Li kerana dipecat oleh Paklah.Inilah politik 'gila babi' Ibrahim Ali.(maaf jika kasar).

Bermulalah proses pencalonan dari bahagian-bahagian Umno seluruh negara.Ketika proses ini berlangsung Ku Li dikecam,Ku Li diherdik,Ku Li dinista oleh penyokong-penyokong (baca pembodek) Paklah.Selepas tamat tempoh pencalonan,Ku Li terlopong ternganga sekali lagi.Seluruh bahagian Umno di seluruh negara sepakat mencalonkan Paklah sebagai presiden kecuali bahagian Gua Musang yang Ku Li menjadi ketuanya.Hasrat ku Li mencabar Paklah tidak kesampaian.Melalui peristiwa ini ramai beranggapan era kemasyhuran Ku Li sudah berakhir.

Ku Li tiada tapak kecuali di Gua Musang.Tinggallah Ku Li bersama Gua Musangnya.

Di zaman Najib,mungkin kerana kecewa Ku Li memilih untuk menjadi 'pembangkang' dalam Umno.Buktinya,pada awalnya beliau dilihat sinis terhadap Najib.Kemuncaknya usaha beliau memilih untuk menyokong kerajaan Kelantan dalam isu tuntutan royalti minyak.

Tiba-tiba,tuhan mentakdirkan berlaku prk Galas.Nama Ku Li tiba-tiba dijulang sebagai pahlawan Umno.

Ku Li pun tiba-tiba 'naik angin' seperti naik anginnya para pesilat pabila mendengar serunai dan gendang silat.Setelah sekian lama baru kali ini Umno menghargai Ku Li.Benarkah ini satu perhargaan buat Ku Li?Atau Ku Li sudah termakan janji-janji Najib? Janji sebagai Timbalan Perdana Menteri atau Menteri mungkin?..Atau Ku Li dibuli oleh Umno buat sekian kalinya..?

Isnin, 18 Oktober 2010

Nur12@Hi-Tea bersama DS Nizar di Kg Pasir Panjang Laut,17-10-10

*DS Nizar masih mendapat sokongan padu dari penduduk Pasir Panjang.

(gambar by Otai Manjung)

Rabu, 13 Oktober 2010

Bekas Dato' Paduka..saudara Ibrahim


* moga peristiwa ini menjadi pengajaran buat saudara brehem..bo la dok gedebe tok tetu kalu..ambo sbg rakyat pasir mas berasa malu dgn peristiwa ini..

Selasa, 12 Oktober 2010

Selamatkan kaum hawa...

Mayat jururawat ditemui dalam parit

KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan separuh bogel dalam parit di Taman Kingfisher, Jalan Sulaman, dekat sini, jam 11 pagi tadi.


Mayat wanita ditemui terdampar dalam keadaan bogel


KUANTAN: Mayat seorang wanita ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di sini, petang semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri, berkata mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui sepasang suami isteri pada jam 5.15 petang.
"Tiada tanda kecederaan luaran dikesan pada mayat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan pihaknya meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga, menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan

-Bernama-

Sabtu, 9 Oktober 2010

kenangan: Kota Bharu at 8 mac 2008




*apakah suasana ini akan berulang di Galas?..

Rabu, 6 Oktober 2010

Galas..keputusan setiap peti undi Pru 2008..sekadar renungan

Bersama menggalas harapan pada 4 Nov nanti.

*SPR: kau sekali lagi cuba menafikan hak demokrasi rakyat Dun Galas apabila menetapkan hari mengundi pada hari bekerja.

Khamis, 23 September 2010

Nur12 @ Ramadan & Idulfitri 1431H

candid..

dari kiri ust azman,Yb Baihaqi,ust azhar,Nur12,ust abduh (x-jordanian@JKR10 ,KB)

sedang pekena nasi kerabu,baju kuning ust ruzmi (x-jordanian,JKR10,KB)

bersama teman2 lama SMUAPM/MMPM - raya ketiga

majlis iftar Pas Lumut

majlis iftar Pas Lumut2

kenangan bersama DS Nizar @ Sg Tiram Lekir.

Khamis, 29 Julai 2010

Sajak khas buat Tan Sri SS Dr. Harussani (Mufti Perak)

1. Salahkanlah diri sendiri

Ingatan kepada pejuang ketuanan Melayu
Bila tak ikut wahyu
Budaya jadi layu
Bahasa jadi layu

Ingatan kepada pendokong ketuanan Melayu
Dasar PPSMI bukan dari DAP
Pencabulan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bukan dari DAP
Penghakisan perkara 153 bukan dari DAP
Kegagalan mencapai matlamat 100% DEB bukan dari DAP
Pertambahan rasuah dikalangan Melayu bukan kerana DAP
Ramai mat rempit dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai penagih dadah dari kalangan Melayu bukan kerana DAP
Ramai anak luar nikah di kalangan Melayu bukan kerana DAP
Membanyakkan hiburan lucah dalam media masa bukan oleh DAP

Bila jiwa ketuanan Melayu tenang tentu setuju
Semua masalah orang Melayu bukan sebab DAP
Mengapa pula ucapan anda berapi-api

Eloklah muhasabah diri
Mula-mula rujuk perkara 160
Perlembagaan Persekutuan dinyatakan Melayu itu

*Beragama Islam (Islam tidak perkauman)
*Bercakap bahasa Melayu
*Ikut adat istiadat orang Melayu

Mintalah profesor-profesor dari kalangan ketuanan Melayu menceritakan maksud perkara 160
Di bawah erti Melayu dalam perlembagaan persekutuan
Terimalah dengan waras fikiran

Janganlah salahkan DAP
Janganlah salahkan PKR
Janganlah salahkan PAS

HMS Abu Bakar
(19 Jamadil Awal 1431H)


2. Tinggalkan

Hai jiwa yang gelisah
tinggalkan parti asabiyah
tinggalkan parti rasuah

Hai jiwa yang bergelora
tinggalkan parti perkauman dengan segera
dalam kubur menanti sengsara
bertaubatlah segera

Hai jiwa keduniaan
ingatlah Tuhan
Bacalah Al-Qur'an
Jadilah orang beriman
masuklah jemaah Islam
semoga dapat jiwa mutmainnah
bersedia masuk tanah
dengan iman dan istiqamah

HMS Abu Bakar
(20 Jamadil Awal 1431H)

(http://paksalleh.blogspot.com)

*Kedua-dua sajak ini telah dibaca ketika Muktamar Dewan Ulama' Pas Perak di Markaz Tarbiyah Air Kuning pada 23 Jamadil Awal 1431H bersamaan 8 Mei 2010.


Liong Sik dituduh menipu jemaah menteri.Apakah (ketika itu) kabinet Malaysia dianggotai menteri yang bodoh?

Hebat sungguh seorang Dr. Ling Liong Sik boleh menipu jemaah menteri.

Tapi saya yakin,ini hanya pendakwaan politik.Kerajaan ingin meraih mileage politik dari kes atau pendakwaan ini.

Kerajaan pimpinan Paklah ketika diawal tampuk kuasa,telah bertindak ke atas seorang menteri kabinet Kasitah Gadam atas pertuduhan rasuah.Setelah beberapa tahun Kasitah dibebaskan.Maka Paklah,ketika itu dilihat serius membanteras rasuah.Orang bertanggapan demikian.Kesannya Paklah menang besar lewat Pru 2004.

Kini Najib, saya melihat menggunakan modus operandi yang sama.Orang kata pru ke-13 sudah hampir.

Presiden MCA,Chua Soi Lek dilaporkan terkejut dengan pendakwaan ini.'Lakonan' ini menguatkan andaian saya bahawa ini hanya bertujuan untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Kalau tak percaya,kita tunggu dan kita lihatlah nanti.

(lihat malaysiakini) PKFZ: Ling hadapi tuduhan tipu kerajaan M'sia

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.


P/s: Apakah ini satu lagi sandiwara?Tak habis-habis bersandirawa.Rakyat yang sengsara.