Ahad, 18 Januari 2009

syukur

Alhamdulillah wa syukru lillah

Itulah ucapan selayaknya diucapkan sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan terhadap ni'mat kemenangan anugerah Allah.

Analisis awal -

Jika keputusan Mac 2008 diambil kira inilah rumusan awal bleh dibuat :

1. Seramai 1853 tidak keluar mengundi (tidak termasuk undi rosak)

2. Hj. Wahid berjaya tambah undi kepada PAS/PR sebanyak 949 undi manakala Wan Farid berjaya kurangkan undi kpd BN sebanyak 2310 undi.

3. Jika dipertandingkan antara undi yang didapati Hj.Wahid dan undi yang didapati Arwah Dato Razali Hj.Wahid masih mendahului dengan 321 undi.

4. Calon bebas bagi prk ini tidak mampu menandingi kehebatan calon bebas pru ke12 yang lalu.

Tahniah buat Hj. Wahid.Bravo buat Maimon Yusof.Good bye Wan Farid.Good bye Paklah.Good bye Najib kulluhum ajmaiin.

Kini tumpuan sepenuhnya bolehlah di hala ke Ghazzah.Jika dulu sebelah mata di K.Tganu dan sebelah lagi di Ghazzah..kini kedua2nya boleh ke Ghazzah.

Ganyang Amerika! Ganyang Zionis! Ganyang pendokong2 zionis!

Sabtu, 17 Januari 2009

Malam Bersama Gaza

Beberapa buah badan bukan kerajaan spt Amal Malaysia,Jim,Teras dll di Seri Manjung akan mengadakan prog "MALAM BERSAMA GAZA".Berikut adalah maklumat prog :

Masa : 7 pm
Tempat : Stadium Mini Seri Manjung
Tarikh : 21.01.2009

Aktiviti :
1. Solat Hajat
2. Kutipan Derma
3. Pameran
4. Pidato oleh wakil Hamas dan Pimpinan Tempatan

Semua dijemput hadir.

solidariti...catatan sulung

Salam buat semua...
Salam buat semua blogers..

Sebelum saya mencoret lebih jauh lagi,izinkan saya menitip beberapa perkara sebagai pengenalan kepada blog ini yang siap dibina tepat jam 10pm pada 16.01.2009,iaitu kira2 2 jam sebelum tempoh kempen berakhir bagi prk p036 Kuala Terengganu.

Sepatutnya ikutkan jadual saya ditugaskan berada di K.T untuk tempoh dari 15hb hingga ke berakhirnya proses mengundi,tapi apakan daya.Sebaliknya saya telah ditugaskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa,ini kerana isteri saya telah dijemput untuk menghadiri kursus BTN di KIWA,Sepang pada masa yang berkebetulan saya dijadualkan di K.T.Untuk tempoh itu juga saya terpaksa hentikan segala jadual harian saya termasuk pengajian di surau2 dan di masjid2 dan urusan 'bisnes' yang menjadi nadi diri saya dan keluarga saya.Saya betul2 kena duduk rumah 24jam.Tapi tak menagapa ini hanya bersifat sementara.Mungkin ada hikmah...itulah harapannya...

Sebenarnya saya sudahpun berada di K.T untuk 'round' pertama pada 10hb-12hb.Saya mengikuti rombongan Dpp Kawasan Lumut pimpinan saudara Nizamuddin Majidi.Kami ditempatkan di UPU Kg Bukit Depu dalam Dun Bt. Burok.Kawasan ini majoritinya melayu.Banyak sebenarnya cerita kalau nak diceritakan.Tapi sengaja 'toksir' cerita.Cuma yang pastinya curahan 'projek&pulus' sangat hebat.

Kemungkinan ketika ini pertempuran hebat sedang berlaku antara 'kebenaran melawan kebatilan'.Kepada sahabat2 yang sedang bertempur saya ucapkan..selamat bertempur,tabahkan hati kuatkan semangat..pastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Tunggu keputusan jam 9pm nanti.

Saya biasa baca blog,tapi masih tak biasa di 'alam blog'.Agak kekok(loghat kelate) skit.Tetapi harapanya blog kerdil ini dapat diterima oleh 'masyarakat blog'.Secara tak sengaja saya telah menyertai kursus buat blog yang dibuat oleh Ust Ahmad Ghanim (Tydp Kawasan Lumut) ketika program lawatan Ketua Lajnah Tarbiyah negeri Ust Abu Bakar Husin ke Lumut iaitu pertengahan Oktober 2008.Kata Ust Ahmad "buat blog senang je..5 minit je".Dari sinilah teringin untuk memiliki blog peribadi.Tapi dek kerana masa itu tidak ada kemudahan internet di rumah keinginan tadi dipendamkan saja.Sehinggalah saya memiliki kemudahan internet sendiri di rumah.Saya guna 'brodban'.Kira ok lah,hajat tercapai.Sebelum ini guna internet di cc yang melambak kat Manjung atau pun mana2 kedai yang menyediakan kemudahan wi-fi.

Mulanya bimbang juga untuk mendedahkan diri ke 'udara'.Di alam internet tabiat dunianya berbeza.Dunia yang luas ibarat berada dalam satu kampung.Kita boleh bertegur sapa dengan sapa2 yang di 'udara' bila2 masa dan di mana saja,utara selatan timur barat dekat saja,ye lah cam satu kampung.

Terkadang terfikir juga kalau lah dunia ini tabiatnya seperti internet nak saja saya ke Ghazzah.Sebab itulah tajuk saya tulis 'solidariti'.Disebabkan tiada kemampuan untuk terbang ke bumi Isra' maka sebagai tanda solidariti bersama ummah di Ghazzah saya bersama keluarga (isteri dan 2 org anak) hanya mampu berdoa..berdoa dan berdoa.Dan juga turut bersama memboikot barang2 Amerika&Zionis.Sebenarnya dah lama kami boikot dari membeli&menjual yang mana kedua-dua aktiviti ini secara tak lansung menyumbang kepada kekuatan ekonomi 2 kuasa besar tersebut.Dengan kekuatan ekonomilah mereka membina kekuatan persenjataan yang akhirnya tempat 'ujiannya' ke atas bumi umat Islam serata dunia khususnya di Ghazzah sekarang ini.Tetapi sekadar renungan...setelah beberapa hari berlalu kempen memboikot barang2 Amerika dan Zionis saya menjangkakan 5o% premis2 yang berkaitan seperti restoran KFC,Macdonald dll ditutup akibat diboikot.Tapi sehingga kini belum kedengaran lagi mana2 premis berkenaan telah ditutup kerana tiada sambutan.Yang nyata premis2 berkenaan masih lagi dikunjungi oleh manusia berkulit 'sawo matang' penuh anak-beranak dan rakan taulan.Yang setia tetap setia.Mungkin mereka merasakan akan mati bila tidak 'tan kedarah' di restoren tersebut.Moga2 mereka beroleh hidayah.

Tapi apa yang pasti juga kita telah menyaksikan satu gelojak kebangkitan yang sangat besar gelombangnya.Ukurannya mudah saja.Orang yang tak pernah berdemo pun tapi kali ini turun berdemo.Orang yang dulunya mengkritik orang yang berdemo pun juga telah turun sama2 berdemo.Sebagai contohnya mantan mufti Perlis Dr. Maza, dulu sangat tajam kritikannya kepada demontrasi BERSIH di ibu kota Kuala Lumpur.Tapi sekarang ini beliau juga turun berdemo di tengah2 kota London bersama2 ribuan para demonstrans di sana.Untuk makluman Dr. Maza berada di sana kerana menyambung pengajian.Dan yang agak memeranjatkan Tun.M.Mantan PM kita.Boleh saya katakan dialah sekarang ini yang mengepalai kempen boikot Amerika.Dulunya (bukan nak ungkit) dia dengan penuh sinis menyindir usaha memboikot Amerika.Katanya 'usaha yang sia-sia'.Tapi tak mengapalah..bagi saya kalau ada anugerah 'tokoh kejutan' saya berpendapat Tun.M lah yang paling layak untuk memenangi anugerah tersebut.Mutaakhir ini Tun.M lah yang paling banyak membuat 'kejutan.

Saya rasa sekadar inilah dulu sebagai catatan sulung saya...dan sebagai intro dari saya untuk semua...moga2 saya diterima untuk berada di alam blog.

sekian.wassalam.