Khamis, 29 Julai 2010

Sajak khas buat Tan Sri SS Dr. Harussani (Mufti Perak)

1. Salahkanlah diri sendiri

Ingatan kepada pejuang ketuanan Melayu
Bila tak ikut wahyu
Budaya jadi layu
Bahasa jadi layu

Ingatan kepada pendokong ketuanan Melayu
Dasar PPSMI bukan dari DAP
Pencabulan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bukan dari DAP
Penghakisan perkara 153 bukan dari DAP
Kegagalan mencapai matlamat 100% DEB bukan dari DAP
Pertambahan rasuah dikalangan Melayu bukan kerana DAP
Ramai mat rempit dari kalangan Melayu bukan dari DAP
Ramai penagih dadah dari kalangan Melayu bukan kerana DAP
Ramai anak luar nikah di kalangan Melayu bukan kerana DAP
Membanyakkan hiburan lucah dalam media masa bukan oleh DAP

Bila jiwa ketuanan Melayu tenang tentu setuju
Semua masalah orang Melayu bukan sebab DAP
Mengapa pula ucapan anda berapi-api

Eloklah muhasabah diri
Mula-mula rujuk perkara 160
Perlembagaan Persekutuan dinyatakan Melayu itu

*Beragama Islam (Islam tidak perkauman)
*Bercakap bahasa Melayu
*Ikut adat istiadat orang Melayu

Mintalah profesor-profesor dari kalangan ketuanan Melayu menceritakan maksud perkara 160
Di bawah erti Melayu dalam perlembagaan persekutuan
Terimalah dengan waras fikiran

Janganlah salahkan DAP
Janganlah salahkan PKR
Janganlah salahkan PAS

HMS Abu Bakar
(19 Jamadil Awal 1431H)


2. Tinggalkan

Hai jiwa yang gelisah
tinggalkan parti asabiyah
tinggalkan parti rasuah

Hai jiwa yang bergelora
tinggalkan parti perkauman dengan segera
dalam kubur menanti sengsara
bertaubatlah segera

Hai jiwa keduniaan
ingatlah Tuhan
Bacalah Al-Qur'an
Jadilah orang beriman
masuklah jemaah Islam
semoga dapat jiwa mutmainnah
bersedia masuk tanah
dengan iman dan istiqamah

HMS Abu Bakar
(20 Jamadil Awal 1431H)

(http://paksalleh.blogspot.com)

*Kedua-dua sajak ini telah dibaca ketika Muktamar Dewan Ulama' Pas Perak di Markaz Tarbiyah Air Kuning pada 23 Jamadil Awal 1431H bersamaan 8 Mei 2010.


Liong Sik dituduh menipu jemaah menteri.Apakah (ketika itu) kabinet Malaysia dianggotai menteri yang bodoh?

Hebat sungguh seorang Dr. Ling Liong Sik boleh menipu jemaah menteri.

Tapi saya yakin,ini hanya pendakwaan politik.Kerajaan ingin meraih mileage politik dari kes atau pendakwaan ini.

Kerajaan pimpinan Paklah ketika diawal tampuk kuasa,telah bertindak ke atas seorang menteri kabinet Kasitah Gadam atas pertuduhan rasuah.Setelah beberapa tahun Kasitah dibebaskan.Maka Paklah,ketika itu dilihat serius membanteras rasuah.Orang bertanggapan demikian.Kesannya Paklah menang besar lewat Pru 2004.

Kini Najib, saya melihat menggunakan modus operandi yang sama.Orang kata pru ke-13 sudah hampir.

Presiden MCA,Chua Soi Lek dilaporkan terkejut dengan pendakwaan ini.'Lakonan' ini menguatkan andaian saya bahawa ini hanya bertujuan untuk meraih keuntungan politik semata-mata.

Kalau tak percaya,kita tunggu dan kita lihatlah nanti.

(lihat malaysiakini) PKFZ: Ling hadapi tuduhan tipu kerajaan M'sia

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.


P/s: Apakah ini satu lagi sandiwara?Tak habis-habis bersandirawa.Rakyat yang sengsara.

Disaat rakyat menderita,Najib 'lari' ke luar negara

PM Najib bercuti sehingga 10 Ogos

2010/07/28

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

-Bernama-


Komen: Bik mama tak ikut ke? mana bleh tak ikut.Berapa agaknya kos belanja percutian ini?..siapa yang tanggung?..

Sekolah pelajar hamil

Di Melaka khabarnya akan diwujudkan sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil,maksudnya yang hamil luar nikah,atau lebih jelas lagi pelajar yang berzina kemudian mengandung.Cadangan ini datangnya dari KM Melaka,Dato Sri Ali Rumtam.

Sekali pandang cadangan ini nampak elok.Tapi apakah ini cara penyelesaiannya?

Ajk Pas Pusat,Ust Abu Bakar Chik telah menempelak cadangan ini dengan mengingatkan bahawa Islam telah ada penyelesainnya tersendiri.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,”

Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Sementara itu,BH Online hari ini melaporkan pendedahan Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Fuad Zarkasyi bahawa sejak 2006 hanya sebanyak 21 kes pelajar dikesan mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang.

Beliau berkata, siasatan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes yang berlaku adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol.

Boleh percaya kah angka ini? Jika hanya 21 kes takkan lah ada ketua menteri yang mencadangkan satu sekolah untuk mereka.


Aku tak percaya.Kepada Pak Menteri,saya cabar anda untuk melakukan siasatan terperinci di semua sekolah seluruh negara.Gunalah segala kemudahan yang ada.Di kala itu anda pasti akan mendapat jumlah yang sebenar.Di kala itu jangan lah anda terkejut.


P/s : kalau betul jadi lah sekolah ini,maka siapa guru mereka?Apa pula nama untuk sekolah ini ya?
Sekolah kebangsaan Pelajar Hamil Kota Melaka.

Selasa, 27 Julai 2010

Isu tiada tempat duduk: Lim Guang Eng saman Utusan

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai.

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya.

Beliau juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam beliau tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi, katanya.

"MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran," ujar beliau lagi.

-harakahdaily-

Selasa, 20 Julai 2010

Alasan barang naik melucukan

Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.

Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik,” kata Senator Syed Husin Ali dari PKR.

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal.

"Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?” soalnya.

Kaya bertambah kaya

Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.

"Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana,” katanya di lobi senat hari ini.

Hujah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut.

"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah,” katanya.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.

Hadir bersama pada sidang media ini adalah Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP), S Ramakrishnan (DAP) dan Kamal Mohd Yusoff (PKR).


-malaysiakini-

Selasa, 13 Julai 2010

Bekas imam besar masjid negeri Sabah (Ust Nahar Matamin) meninggal dunia

(Almarhum Ust Nahar berkopiah,ketika menyambut kunjungan wakil Al-Quds Travel ke Sabah beberapa bulan yang lalu)

KOTA KINABALU, 12 Julai: Bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth 2.

Almarhum yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihan raya PAS di Kundasang mengadu sakit gastrk dan telah ditahan di Hospital Likas.

Almarhum keluar hospital kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibu almarhum.

Kira-kira jam 9.45 almarhum rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian almarhum amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini.

Semasa menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.

Semasa hayat Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Almarhum yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS), Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah, AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Dipertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Unit Pengurusan Masjid.

Di antara yang hadir menziarahi almarhum ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar, bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Matusin Awang Damit, bekas Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Mokhtar Rapok, Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengerusi Persatuan Ulamak Sabah, Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Ustaz Nahar akan disembahyangkan pagi esok di Masjid Kampung Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu.

-harakahdaily-

Komen : Ta'ziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Ust Nahar.Moga bersabar atas ujian ini.Dari Allah kita datang,kepadaNYA jua kita kembali.

Antara kenangan yang tak dapat dilupakan bersama Almarhum ialah ketika sama -sama mengerjakan haji pada tahun 2000.

Khamis, 8 Julai 2010

Selepas Suara keadilan,mangsa seterusnya Harakah

BH Online hari ini melaporkan Harakah telah diberi surat tunjuk sebab dan diberi tempoh 7 hari untuk menjawab.Antaranya sebabnya Harakah diberitakan gagal menghantar lapan salinan setiap kali pengeluaran akhbar itu.

"Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata kegagalan akhbar Harakah menjelaskan surat tunjuk sebab itu dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah."

"Kita mungkin tidak menyambung permit penerbitan Harakah sekiranya mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam."

Salah besar rupanya kalau tak hantar salinan kepada KDN.

Tak boleh ke pi ambil sendiri atau pun pi la beli kat mana2 kedai jual paper.Bukannya mahal pun..RM2 je satu.

Tapi pasti ada sebab lain ni.Sebabnya BN dah mula tergugat dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat ke dua2 akhbar suara rakyat ini.

Isnin, 5 Julai 2010

Ahad, 4 Julai 2010

Hadapi judi dengan kempen,bukan bertembung-GMJ


KUALA LUMPUR, 3 Julai: Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengambil pendekatan kempen bukannya bertembung dengan mana-mana pihak dalam memastikan aktiviti perjudian di negara ini dihapuskan.

Antaranya, mereka akan berbincang dengan pihak media bagi membolehkan kempen memansuhkan aktiviti perjudian di negara ini berjalan lancar.

Antara yang disasarkan oleh GMJ adalah semua media tidak lagi menyiarkan sebarang iklan untuk judi di samping tidak menyiarkan keputusan sebarang aktiviti perjudian.

"Kami akan berbincang dengan media dalam hal ini sebelum mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak berubah mungkin akan sampai kepada peringkat boikot," kata Pengerusi GMJ, Azmi Hamid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena perhimpunan anti judi di perkarangan masjid negara petang tadi. Kira-kira 3,000 peserta dari 60 NGO dan parti politik menyertai perhinpunan ini.

Ia telah ditangguhkan ke jam 5 petang dari rancangan awalnya pada jam 1.30 tengahari bagi menghormati pengkebumian jenazah Allahyarhamah isteri bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail.

Antara yang hadir di majlis perhimpunan ini adalah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar.

Sekarang ini, hampir saban hari akhbar harian menyiarkan aktiviti perjudian termasuk keputusan lumba kuda dan judi nombor ramalan iaitu ekor dan toto.

Ia sudah sampai ke peringkat dibuat gurauan, laporan yang benar dan tepat untuk sesetengah media Umno adalah keputusan toto dan empat nombor ekornya.

Dalam pada itu, GMJ telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuat keputusan dalam kabinet bukannya Majlis Tertinggi Umno tentang pembatalan pemberian memberikan lesen judi sukan kepada kumpulan Berjaya.

Ini kerana, isu pemberian lesen bukan urusan Umno tetapi urusan kerajaan dan kabinet adalah tempat membuat keputusan yang tepat.

"Kami telah menghantar surat namun sehingga kini belum mendapat apa-apa jawapan dari PM," kata Azmi.

Ekoran pembatalan pengeluaran lesen judi itu, GMJ juga sedang mengkaji semula memorandumnya kepada Yang Dipertuan Agung.

"Kami yakin ia masih relevan tetapi perlu kepada pengubahsuaian," kata Azmi kepada wartawan.

GMJ juga meminta semua negeri mencontohi Kelantan dalam mengendalikan isu perjudian iaitu dengan tidak mengeluarkan sebarang lesen judi.

-harakahdaily-

"Kita faham, ia tidaklah boleh dijalankan serta merta tetapi kami akan berbincang agar semua negeri boleh membuat tindakan ke arah itu," katanya.