Isnin, 31 Ogos 2009

Hadiah Merdeka dan Bonus raya dari kerajaan 1Malaysia untuk rakyat jelata


Minyak petrol Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi.

Selamat berpuasa.

Merdeka...Istiqlal

Selamat menyambut merdeka

Bebaskan negara dari perasuah

Bebaskan negara dari yang rakus

Bebaskan negara dari pengkhianat agama dan bangsa

Bebaskan diri dari belenggu nafsu jahiliyyah...

Selamat menjalani ibadah ramadan.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Ya Ustaz Ismail Kamus meninggal

Ustaz Ismail Kamus belum meninggal,bahkan dia sihat wal afiat.Beliau sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Tapi beliau pasti akan mati.Sesiapa pun akan mati.

Yang kekal hanya Zat Yang Satu iaini Allah Rabbul Jalil.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati"

Kepada sesiapa yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin Ustaz Ismail Kamus telah meninggal,ingatlah anda semua juga akan mati.

Khamis, 27 Ogos 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

-harakahdaily-

Kes Kartika: Kekeliruan masyarakat punca polemik, kata ABIM

PETALING JAYA: Keputusan hukuman sebatan yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Soekarnor yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang telah ditangguhkan pelaksanaannya, telah mengundang pelbagai pendapat berhubung isu tersebut.

Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq, perkara tersebut tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Tidak kurang juga yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

"ABIM ingin mengingatkan bahawa hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri, di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen ataupun akta di sesebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan undang-undang jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah telah diperkenalkan dan dilaksanakan.

Namun demikian, sehingga kini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor semalam dari Ipoh, Perak bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saatsaat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Fadhlina berkata, mahkamah hanya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad.

"Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkaitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat yang digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya.

"Malah, kaedah dan pelaksaaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang," katanya.

Justeru, beliau berkata, ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika serta menghentikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri. Apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di sesebuah negeri.

"Maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Tegasnya, hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sahaja (dalam kes Mahkamah Syariah) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak.

"Justeru ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan daripada luar negara.

"Yang jelas, Kartika telah mengakui kesilapannya, beliau juga telah membuat pengakuan (iqrar) yang cukup kuat dan merupakan bukti yang kukuh bagi pensabitan kes di bawah undang-undang keterangan Islam, malah telah diberikan ruang untuk merayu dalam tempoh tertentu. Beliau memilih untuk menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati," katanya.

Katanya, prinsip Kartika dan keluarganya yang nyata sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati.

"Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan mahkamah dan pendirian Kartika dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

"ABIM menyeru agar hukuman ke atas Kartika ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada umat Islam yang masih mengambil arak dan menghentikan segera amalan buruk tersebut," katanya.

-Mstar-

PAS tolak saranan hukuman sebat dihapuskan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, Majlis Peguam tidak wajar meminta agar hukuman sebat dihapuskan untuk apa jua kesalahan jenayah di negara ini.

"Gesaan Majlis Peguam kepada pihak kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah adalah tidak wajar dan hendaklah ditolak.

"Tuduhan yang diberikan oleh Majlis Peguam seperti ia zalim, keterlaluan dan kuno adalah dianggap tidak tepat dan keterlaluan," kata beliau dalam kenyatan yang dikeluarkan semalam.

Nasharudin menjelaskan, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini ada asasnya dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini.

"Dalam Islam, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah-jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya," katanya.

"Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," tambah Nasharudin.

Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, kata Nasharudin, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Mudah-mudahan dosanya itu di ampun Allah," kata beliau sambil menambah, "saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu."

"PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya juga menyarankan agar pihak peguam syarie dapat menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan dan dialog bersama Majlis Peguam dan masyarakat supaya entiti dan sistem perundangan Syariah di Malaysia dimartabatkan," katanya.

Kelmarin Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.

Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.

Dalam kes Kartika, Majlis Peguam berpendapat, terdapat beberapa alasan yang boleh digunakan untuk menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap Kartika.

Di bawah undang-undang sivil, hukuman sebat ke atas wanita adalah dilarang sama sekali. Hukuman rotan ke atas beberapa lelaki mengikut taraf kesihatan dan umur juga dilarang,

Majlis Peguam juga menggesa kerajaan supaya menarik balik segala hukuman yang telah ditetapkan ke atas Kartika.

-Mstar-

Ahad, 23 Ogos 2009

Permasalahan berkaitan puasa

1.Soalan;

Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.

Jawapan;

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).


2.Soalan;

Assalamu alaikum, adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan di hospital?

Jawapan;

Soalan di atas berkait dengan hukum suntikan ke atas orang berpuasa; adakah membatalkan puasa atau tidak? Jawapannya; suntikan mempunyai beberapa tujuan;
1. Untuk tujuan pengubatan –seperti menyuntik ubat untuk menurunkan darjah kepanasan bagi orang demam, menyuntik insulan bagi pesakit kencing manis dan sebagainya-.
2. Untuk tujuan kekuatan/ketahanan badan –seperti menyuntik vitamin, kalsium dan sebagainya-.
3. Untuk tujuan taghziah iaitu membekalkan makanan kepada badan seperti memasukkan glukos, air dan sebagainya.

Bagi tujuan pertama dan kedua, ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini telah disepakati oleh sekelian ulamak semasa hari ini kerana bahan yang masuk ke dalam badan melalui suntikan itu bukanlah masuk melalui saluran terbuka (iaitu mulut) dan ia juga tidak berfungsi sebagai makanan untuk badan. Maka suntikan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menghalang diri (dari makan, minum dan sebagainya yang dilarang semasa berpuasa).

Adapun bagi tujuan ketiga iaitu taghziah, ulamak-ulamak semasa hari ini berbeza pandangan;

1. Sebahagian ulamak berpandangan; suntikan taghziyah (iaitu suntikan memasukkan makanan seperti glukos, air atau sebagainya) membatalkan puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum. Suntikan itu membawa makanan masuk ke dalam badan dan badan menerima manfaat darinya. Jika makanan yang masuk melalui mulut membatalkan puasa, maka yang masuk melalui suntikan juga membatalkan puasa kerana ia adalah saripati makanan dan sampai secara direct kepada darah. Antara yang berpandangan begini ialah Syeikh Ibnu ‘Uthaimin (ulamak terkenal dari Arab Saudi) sebagaimana fatwanya dalam kitab “Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram” (halaman 200).

2. Sebahagian ulamak yang lain berpandangan; tidak batal puasa kerana sekalipun ia bersifat makanan tetapi masuknya ke dalam badan bukanlah melalui saluran terbuka (mulut atau hidung) yang berterusan ke perut, akan tetapi melalui urat yang tiada pertalian direct dengan perut. Lagipun ia tidak menghilangkan lapar atau dahaga dan orang yang disuntik tidak merasai kenyang kerana bahan yang disuntik –sekalipun bersifat makanan- tidak sampai ke perut dan tidak melalui saluran penghadaman. Memang benar ia mungkin akan berasa lebih segar dan bertenaga, akan tetapi factor itu sahaja tidak boleh menjadi sebab untuk menghukum batalnya puasa kerana kesegaran juga dirasai oleh orang yang mandi ketika sedang berpuasa dan tidak ada ulamak yang berkata mandi membatalkan puasa kerana mendatangkan kesegaran. Di antara ulamak yang berpandangan begini ialah Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’ie (bekas mufti Mesir). Pandangan inilah yang ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya “Fiqh as-Shiyam” (halaman 86).

Walllahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434.
2. 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100.
3. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 200.
4. Fiqh as-Shiyam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 85-86.
5. al-Kalimu at-Thoyyib; Fatawa Mu’asharah, Dr. ‘Ali Jum’ah, hlm. 107.

-http://ilmudanulamak.blogspot.com-

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat berpuasa

Bersempena dengan kehadiran Ramadan 1430H ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah Ramadan buatsemua pengunjung-pengunjung setia blog ini.Moga kita semua beroleh Ketaqwaan.Insyaallah.

"Barang siapa berpuasa dibulan ramadan dengan penuh keimanan dan keinsafan,akan terampun segala dosanya yang telah lalu".Al-Hadis.

Khamis, 20 Ogos 2009

Selamat mencerap anak bulan


"Berpuasalah dengan melihatnya (anak bulan)"-al-hadis.

Pada petang ini 20 ogos 2009 bersamaan 29 Syaaban 1430H,pegawai-pegawai dari jabatan agama diseluruh negera yang bertugas mencerap anak bulan akan ke tempat yang ditelah ditetapkan untuk melihat anak bulan bagi menentukan 1 Ramadan 1430H.

Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan baik kepada seluruh pegawai-pegawai terbabit,juga sekalung ucapan terima kasih buat anda semua.

'Jika nampak kata nampak,jika tidak kata tidak'.

Sekian.

P/s: InsyaAllah 'bulan penuh' pasti mengambang pada 25 Ogos ini di Permatang Pasir.Takbir!!

'Jaman Edan'


Jaman loghat jawa.Bahasa melayunya zaman.Edan pula maknannya 'gila'.'Jaman edan' maknanya 'zaman gila'.

Perasuah dibela.Yang tidak rasuah diburu,ditangkap dan dibunuh.

Pengkhianat berlagak baik.Yang tak khianat dikata khianat.

Dia yang bela hantu,dikata orang lain yang bela hantu.

Bukankah gila namanya ini?

Jahanam UBN !!

Isnin, 17 Ogos 2009

Permatang Pasir




Alhamdulillah,semalam (16 ogos) saya bersama beberapa rakan dari Lumut berkesempatan menghadiri program pelancaran gerak kerja jentera pemuda bagi pilihanraya kecil N.11 Dun Permatang Pasir yang diadakan di Markaz Pas Kg. Pelek,Permatang Pauh.

Hampir 300 orang pemuda dari seluruh negara hadir berkumpul di markaz tersebut.Ramai juga pemuda-pemuda PKR dan DAP yang hadir.Majlis turut dihadiri ketua pemuda Pas Pusat,Ust Nasrudin Tantawi dan Ketua AMK,Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akin.Turut hadir SU Politik kepada Ketua Menteri Pilau Pinang sebagai mewakili Pemuda DAP Pusat.

Ust Nasrudin Tantawi telah memberi penghormatan kepada Sdr. Shamdul Iskandar untuk merasmikan pelancaran Jentera Pemuda pada petang kelmarin yang berlansung dalam suasana hujan.Namun sedikit pun tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda yang hadir.

Di akhir program pemuda-pemuda yang hadir berikrar beramai-ramai untuk bergerak semampu yang boleh bagi mempastikan kemenangan kekal berpihak kepada calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat.

Seusai program saya dan rakan-rakan yang lain terus ke masjid Kubang Semang untuk solat magrib.Turut berada di masjid itu pada waktu itu Al-Mursyidul Am Pas TG. Nik Aziz.TGNA telah diberi penghormatan oleh imam masjid di situ untuk menyampaikan kuliah magrib dan mengimami solat hajat selepas solat isya'.

Selesai solat hajat kami ke Markaz Upu Kg. Sama Gagah.Kami dimaklumkan ada program ceramah pimpinan utama Pakatan diadakan di situ.Sejurus kami tiba ceramah dimulakan.Penceramah terdiri daripada Sdr. Mat Sabu,Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor),DS. Anwar Ibrahim dan DS. TG. Hj. Abdul Hadi Awang.

Tamat ceramah sekitar jam 12 tengah malam kami terus balik ke Lumut.Tiba di Lumut sekitar jam 3 pagi.

P/s: Maaf kerana tiada kesempatan untuk menghadiri perarakan calon pada pagi tadi.

Ahad, 16 Ogos 2009

Ahlan Ya Ramadan...


"Sesiapa (orang2 mu'min) yang gembira dengan kedatangan bulan Ramadan,nescaya Allah akan mengharamkan jasadnya dari memasuki neraka melalui semua pintunya"(Al-Hadis riwayat Ibnu Majah&Baihaqi)

Khamis, 13 Ogos 2009

AlFatihah buat Ustaz Asri

'Tiap insan pasti merasa saat perpisahan terjadi..dunia yang fana akan ditinggalkan..'

Itulah antara bait-bait lagu 'Pergi Tak Kembali' alunan Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang kembali ke rahmatillah jam 11 pagi tadi.

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan ta'ziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Asri.

Moga tabah dengan ujian ini.Al Fatihah.

Rabu, 12 Ogos 2009

HINDARI H1N1


Diantara bacaan yang baik dibaca agar dipelihara dari ditimpa bala-bencana yang mendadak adalah dengan mengamalkan membaca doa dibawah ini sebanyak 3x diwaktu pagi dan 3x diwaktu petang.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ


عَنْ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُوْلُ فِيْ صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ ، وَمَسَاءَ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْئٌ

فَكَانَ أَبَانُ رضي الله عنهما قَدْ أَصَابَ طَرْفٌ فَالِجٌ ، فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ أَبَانُ رضي الله عنهما: مَا تَنْظُرُ؟ أَمَّا إِنَّ الْحَدِيْثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ، وَلَكِنِّيْ لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيَمْضِيَ اللهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ (رواه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي)

Ertinya : Dari Aban bin ‛Usman رضي الله عنهما, beliau berkata : Saya mendengar ‛Utsman bin ‛Affan رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Tidak ada dari seorang hamba yang mengucapkan do‛a ini pada waktu pagi dan petang setiap hari :

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

sebanyak tiga kali, nescaya tidak memudharatkannya sesuatu apapun.

Maka pada suatu hari Aban رضي الله عنهما telah ditimpa penyakit lumpuh (stroke), lalu seorang laki-laki memandang (curiga) kepada beliau, maka Aban رضي الله عنهما pun berkata kepadanya: Apa yang kau pandang? Adapun sesungguhnya hadits ini benar seperti apa yang aku riwayatkan kepadamu, akan tetapi pada suatu hari aku tidak membacanya, sehingga Allah pun menimpakan kepadaku ketentuanNya (qadar)“

Di dalam riwayat lain disebutkan, Aban رضي الله عنهما mengatakan; Demi Allah aku tidak mendustakan Utsman رضي الله عنه dan Utsman رضي الله عنه juga tidak mendustakan Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم , cuma pada hari aku ditimpa kelumpuhan ini, aku sedang marah dan aku lupa membacanya.

(Hadits riwayat: Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan lain-lain)

Perhatian:

1. Perbanyakkan Istighfar
2. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
3. Yakin dengan pertolongan Allah
4. Ikhlaskan diri ketika berdoa.

Semoga DIA menghindari kita semua dari waba' ini.

Isnin, 10 Ogos 2009

Meminta

Harus meminta atau memohon.Lebih-lebih lagi 'sesuatu' benda yang dipinta itu adalah milik orang atau di bawah jagaan orang.Contohnya seperti rumah.Rumah kita atau rumah orang.Rumah dan segala isi yang ada dalam rumah adalah milik tuan rumah.Jika dalam rumah kita,maka kita lah tuannya.Jika rumah orang,dia lah tuannya.

Di rumah orang yang ada tuannya,kita tak boleh buat seperti rumah kita.Ini menjaga adab namanya.

Boleh kita meminta untuk masuk ke rumah orang.Ini minta izin namanya.Begitu juga orang lain boleh minta izin untuk masuk rumah kita.Kalau masuk tanpa izin ini mencerobohnya namanya.

Boleh juga kita meminta atau memohon untuk ambil sesuatu di rumah orang.Orang juga boleh meminta dan memohon sesuatu yang ada di rumah kita.Kita dan juga orang lain berhak untuk memberi atau menolak setiap permintaan atau permohonan.

Apa yang kita pinta,jika dapat ucaplah terima kasih.

Apa yang kita pinta,tetapi tak dapat,juga ucaplah terima kasih.Ini juga adab namannya.

Inilah feqah meminta.

P/s: maaf jika tidak faham.

Jumaat, 7 Ogos 2009

"Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam"

Sehari dua ni badan kurang sihat.Selsema dan lenguh-lenguh badan.Isteri berkali-kali minta pergi klinik.Saja buat 'tak gheti'.Sebabnya ubat sewaktu demam dua tiga bulan dulu masih banyak lagi.Cek tengok tarikh masih 'on'.Tibai je.Alhamdulillah...hari ni dah mula berpeluh.

Semalam gagahkan diri juga pergi meeting di pej Pas Lumut.Ada dua tiga program sedang menanti.

Bukan nak cerita pasal itu.Yang nak ceritanya pasal ini.Pasal tajuk di atas.Tajuk tu entri terbaru di Utusan Online.

Yang mencabar ialah Ketua Pemuda Umno.Siapa lagi kalau bukan si Khairi menantu Tun Paklah.Tergamak dia mencabar demikian.Dia letak kat mana muka dia sebenarnya.Tak malu ka?

Bila pula Umno sensitif dengan isu-isu Islam?

Setahu saya Umno sama ada Pemuda,Puteri dan juga Wanitanya tak pernah sensitif dan tak pernah ambil tahu pasal Islam.Tak perlu diulas hal ini.

Jika Pemuda Umno nak bela Islam, jawab atau respon dulu ajakan Pemuda Pas untuk berwacana tempoh hari.Saya yakin isu Islam adalah antara isi yang akan dibincangkan dalam wacana tersebut. Bila diajak berbagai alasan diberi untuk mengelak.Akhir sekali tak jadi.

"Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos."

Ini antara ayat dalam entri tersebut.Sedap kan bunyi?

Apa motif Khairi sebenarnya? Lambat laun temberang pecah jua akhirnya.Jadi, usahlah bersandiwara.

PEGI JAHANAM UMNO !!

Khamis, 6 Ogos 2009

Pemuda Umno gian nak demo

"Beritahu kami di masjid mana dan pukul berapa nak demo.Dapat permit ke tidak?"

Ini soalan dari Pemuda Umno Selangor kepada Pemuda Pas.Soalan ini merujuk kepada ura-ura Pemuda Pas nak anjur demonstrasi membantah Ronnie Liew (isu arak).

Saya tidak tahu ntah dari mana mereka dapat maklumat Pemuda Pas nak berdemo.Jangan-jangan Pemuda Umno ada penyakit sasau.Bahaya penyakit sasau.Lebih kurang sama bahaya dengan penyakit 'sawan'.

Jangan 'selsema babi' sudah.

Pemuda Umno tak layak demo di jalan raya.Elok pemuda Umno demo kat hotel.Tiada soldadu.Tiada 'water-canon.Tiada asap pemedih mata.Demo kat hotel pasti dapat permit.

kehkehkeh...

PEGI JAHANAM UMNO !!

Rabu, 5 Ogos 2009

PAS berusaha runtuhkan tembok jahiliyyah dibina UMNO

Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr. Hasan Ali merangkap exco Kerajaan Negeri Selangor dengan tegas meminta MB Selangor menukar portfilio Ronnie Liew dalam jawatan exco kerajaan negeri.Tindakan ini dibuat kerana tindakan Ronnie yang dilihat cuba campur tangan secara berlebihan terhadap tindakan MBSA merampas botol-botol arak yang dijual secara terbuka di kedai tertentu di negeri tersebut.Ronnie diberitakan telah mengarahkan pihak penguat kuasa MBSA agar memulangkan balik botol-botol arak yang dirampas di premis tersebut.

Dato Noh Omar,Menteri Pertanian ketika memberi respon terhadap isu ini berkata ''Pas sepatutnya meminta Ronnie dipecat dan dilucutkan jawatan sebagai exco".

Lebih sudu dari kuah nampak??

Noh Omar ni Umno.Inilah yang dikatakan sikap cuba menangguk di air keroh.Menangguk di air keroh bergantung kepada nasib sebenarnya.Jika bernasib baik dapatlah ikan atau udang yang ditangguk itu.Jika tidak habuk pun tadak.Nanti kita kan lihat nasib apa yang dapat kat Noh Omar?

Noh Omar yang Umno tadi perlu sedar premis jual arak yang berlambak di Selangor bahkan kilang arak Carlsberg yang wujud itu adalah hasil kerja buat Umno selama 50 tahun memerintah Selangor.Saya pernah diberitahu oleh seseorang yang boleh dipercayai bahawa dalam kilang arak tersebut ada sebuah surau.Untuk siapa surau dalam kilang arak?Takkan surau dibina untuk pekerja yang beragama Hindu atau Budha atau Kristian?Atau takkan surau itu wujud secara kebetulan?Namun bukan soal surau yang dipersoalkan.

Noh Omar cuba berlagak hero di sini.Sebelum ini tiada siapa pun yang bercakap isu arak di Selangor.Isu arak jadi panas bila Dr. Hasan Ali 'menyuarakan' pandangan kepada Ronnie Liew.

Sewaktu Kerajaan Selangor (pimpinan Umno) memberi kelulusan pembinaan kilang arak di Shah Alam tiada kedengaran suara bantahan dari Noh Omar.Mustahil Noh Omar belum wujud lagi ketika itu.Noh Omar sudah pun wujud ketika itu.Suara bantahan pada waktu itu datangnya dari anak-anak muda berpendidikan agama di IPTA sekitar Lembah Klang.Tiada siapa menghiraukan suara bantahan anak-anak muda tadi.Lalu terdirilah dengan gahnya kilang arak Carlsberg.

Alam ini ada 'Tuan'nya.Pas dan selain daripada Pas termasuk Umno adalah menumpang di Alam ini.Jika tidak kerana Ehsan Tuan Alam ini mungkin Pas atau Umno atau sesiapa saja tidak wujud di Alam ini.Tuan Alam ini telah menetapkan hanya Islam yan diredhai.Selain dari Islam tiada diredhai.

Pas yang memilih Islam sebagai anutannya cuba mempertahankan prinsip Islam ini.'Tuan' kepada Alam ini telah memutuskan benda yang bernama arak haram hukumnya sama ada diminum atau diperdagangkan.Pas cuba menterjemahkan hukum ciptaan 'Tuan' Alam ini.

Pas hanya mahu supaya arak tidak diminum atau diperdagangkan oleh orang Islam.Jika arak ini diperdagangkan di tempat umum sudah pasti ia terdedah kepada sesiapa saja termasuk Muslimin.Tiada siapa perlu sembunyikan fakta,terdapat segelintir para muslimin bermula dari remaja sekolah sehinggalah kepada yang tua bangka terlibat dengan aktiviti membeli,menjual seterusnya meminum dan sebagainya.

Pas bukannya mahu menghapuskan terus arak dari bumi ini.Pas masih waras.Jika bukan Islam mahu minum arak silalah minum.Minumlah nak minum banyak mana pun.Tiada halangan.

Pas hanya mahu jaga yang Islam.Yang Islam mesti ditegah dari minum arak.Tempat-tempat yang mojoritinya orang Islam mesti dikawal aktiviti perdagangan arak.

Inilah yang cuba dilakukan oleh Pas di Selangor.

Puncanya ialah Umno.Bukannya DAP.

Isnin, 3 Ogos 2009

Gambar Himpunan Aman 1 Ogos

sogo tetap ceria...

bersama bloger manjungcorner sejurus sebelum perhimpunan...

aman tanpa provokasi soldadu BN

pimpinan muslimat..kental..pantang berundur

semua kaum hadir...

ini SB yang cuba 'snap' saya...saya 'snap' dia plak..

aman tanpa provokasi soldadu BN...

entah dari mana mereka datang...tepat jam 2 petang mereka bergabung....

soldadu BN pencetus kekacauan...merekalah memulakan huru-hara...

tak lapuk dek hujan..tak lekang dek panas...syabas tentera merah...



Komen:
Terima kasih Sogo.InsyaAllah,kami akan datang lagi...

Ahad, 2 Ogos 2009

Catatan semalam..

Pagi ini sepatutnya saya berada di Bagan Serai sempena Himpunan Bubar Dun Perak anjuran Dewan Pemuda Pas Perak.Hasrat ini terpaksa saya batalkan.Saya baru saja sampai di rumah (Sri Manjung) sekitar jam 9 pagi tadi setelah kelmarin sepanjang hari hingga ke malam berada di KL.

Ikut rancangan selepas tamat Himpunan Aman Mansuh ISA terus ingin kembali ke Sri Manjung.Tetapi rancangan tergendala.

Beberapa orang kawan saya yang 1 rombongan dengan saya dicekup polis sebelum himpunan bermula.Ikut jadual himpunan akan bermula jam 2 petang.Belum apa-apa lagi soldadu BN telah bertindak.

Kami pada mulanya berada di Masjid Negara.Sekitar jam 10 pagi kami diarahkan mengosongkan kawasan sekitar masjid oleh polis berpakaian 'freeman'.Kerana tidak mahu melawan kami akur dengan arahan bersurai.Ketika itu hampir 1000 orang sedang berada di sekitar masjid.

Oleh kerana tiada pilihan lain kami bergerak ke Sogo.Ketika sampai sudah ramai orang berada di sana dalam keadaan mundar-mandir.Para aparat soldadu pun ramai juga.Kami dimaklumkan sudah ramai yang ditangkap terutama yang berpakaian merah-hitam.Pimpinan pun ramai yang ditangkap.Saya sempat melihat beberapa pimpinan muslimat termasuk isteri tahanan ISA yang ditangkap polis ketika berada di sekitar Kompleks Sogo.

Kami mula meningkatkan tahap keselamatan diri masing-masing.Soldadu memang lain macam kali ini.Tapi ini sedikit pun tidak melunturkan semangat kami.Makin semangat lagi ada..

Untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kami mengambil keputusan untuk 'window' dibebrapa pusat perniagaan berdekatan.Dari satu kedai ke satu kedai kami jelajah.Bukan ada duit pun.Hanya untuk memenuhi masa dan untuk elakkan dicekup soldadu.

Ketika itu orang semakin ramai.Sesiapa yang berpakain merah-hitam akan ditangkap.Dan makin ramai yang ditangkap.Daripada komplek Pertama kami cuba memasuki Sogo.Ramai soldadu berlegar dihadapan pintu utama Sogo.Kami berjaya masuk ke Sogo.Kelihatan ramai juga pimpinan sedang 'bersembunyi' dalam Sogo.

Ketika itu jam menunjukkan 12.30 tengahari.Oleh kerana terlalu ramai berada dalam Sogo kami ambil keputusan untuk keluar ke tempat lain.

Ketika sedang berjalan keluar dari Sogo inilah sahabat saya (S/u Dppkl) dicekup soldadu.Saya dan sahabat yang lain tergaman seketika.Inilah perkara yang tidak diingini tapi berlaku juga akhirnya.

Sahabat saya tadi dicekup 2 soldadu berpakaian seragam.Saya memberanikan diri menerpa ke arah soldadu untuk melepaskannya dari cengkaman soldadu tadi.Tidak terdaya saya.Saya bertanya kepada soldadu kenapa dia ditahan.Apa salah dia?Tinggi juga suara saya.Mereka menjawab telah diarah oleh pegawai atasan berbuat demikian.

Sahabat saya tadi dinaikkan ke atas lori soldadu yang tersedia menunggu.Ketika itu saya lihat sudah ramai berada di dalam.Saya berkesempatan berbual dengan sahabat saya dan minta dia 'cool'.Dia memang 'cool',bahkan dia minta kami teruskan himpunan hingga selesai.Saya sempat berpesan supaya segera maklumkan jika ditahan di mana-mana balai polis supaya senang untuk di'follow'.

Jam sudah 1.30 teganhari.Orang semakin ramai.Laungan 'mansuh ISA' sudah mula kedengaran.Ketika itulah saya mendapat berita 2 orang lagi sahabat saya ditahan.Sdr Walif (S/u unit amal) dan Ust Syed (Ajk Dppkl).

'Darah' dah mula naik.Saya terpaksa melupakan sahabat saya yang ditahan.lagipun bateri HP sudah 'kong'.

Saya menggabungkan diri bersama ribuan para himpunan aman.Jumlah semakin besar dan semakin membesar.

Soldadu bersenjata bom asap telah mengepung segenap penjuru menghala ke Istana Negara.Sekitar jam 2.30 petang bom asap mula dilepaskan ke arah peserta himpunan.Satu demi satu bom dilepaskan.Ketika inilah kelihatan pemilik-pemilik premis perniagaan sama ada besar atau kecil menutup kedai-kedai mereka.

Siapa yang merusuh sebenarnya?Siapa yang menakutkan orang awam sebenarnya?Siapa yang menyebabkan kedai-kedai ditutup?Siapa yang menyebabkan ada dikalangan orang awam yang pengsan?Siapa...siapa...siapa??

Walau pun soldadu bertubi-tubi melepaskan gas pemedih mata,tetapi himpunan tetap aman.Tiada sebarang tindak balas ke atas para soldadu.Tiada yang merusuh.

Selepas beberapa ketika keadaan kembali tenang.Soldadu menghentikan tembakan.Semua jalan-jalan utama ke Istana Negara dikepung hebat.Tiada lansung ruang untuk ke sana.Ketika ini kelihatan beberapa pimpinan sedang memulakan ucapan.Antaranya yang saya sempat lihat ialah Cif Komender Himpunan,Salahudin Ayub,Pengerusi GMI Sdr. Syed Noh dan beberapa lagi.Setiap ucapan disambut dengan laungan 'Mansuh ISA'.

Selesai saja pimpinan berucap soldadu sekali lagi bertindak ganas.Merekalah yang menghuru-harakan keadaan.Tembakan demi tembakan dilepaskan.Kali ini disertakan dengan semburan 'water-canon'.

Para himpunan bertempiaran lari menyelamatkan diri.Soldadu sedang menganas.Memang ganas.

Jam menunjukkan 4.30 petang.Sdr. Khairul (S/u Dppkl) yang ditahan tengahari tadi memaklumkan melalui sms bahawa beliau dan beberapa yang lain sedang ditahan di balai polis Cheras.

Saya ambil keputusan untuk ke balai polis tersebut.Dalam keadaan tidak berapa 'fasih' jalan-jalan di KL namun terpaksa diredah jua.Sdr. Fendi sahabat yang bersama saya pun ingat-ingat lupa.Dalam keadaan jalan yang sesak teruk akibat daripada semua jalan-jalan utama yang ditutup sampai juga kami ke balai polis tersebut.Hampir 2 jam kami meredah kesesakan jalan raya.

Jam sudah pun 7. 30 malam.Sebelum masuk ke balai kami singgah di stesyen minyak berdekatan untuk solat magrib dan 'mengisi perut'.

Sedang kami tengah 'mengisi perut' kami diberitahu oleh Sdr. Khairul beliau akan dihantar ke balai polis Dang Wangi.Adus...

Seusai makan kami bergegas ke balai polis Dang Wangi.Jalan sudah semakin lengang.Nak dijadikan cerita ketika kami hampir tiba di balai polis Dang Wangi Sdr. beritahu tak jadi ke Dang Wangi,beliau akan ke balai polis Kinrara.Kami masing-masing garu kepala mana lah pulak Kinrara ni?

Jam sudah hampir 10 malam.Kami ambil keputusan untuk tidak bergegas ke balai Kinrara.Bimbang kejadian serupa berulang.Beberapa minit kemudian Sdr. Khairul mengesahkan beliau sedang berada di balai polis Kinrara bersama puluhan tahanan yang lain.Beliau beritahu agar kami tidak bimbangkan keadaan beliau.Beliau selamat.Ramai peguam sedang berada di balai tersebut.Beliau memberi tahu ura-ura akan ditahan di situ sehingga ke pagi esok.

Kami mendapatkan pandangan beliau sama ada perlu atau tidak untuk kami ke sana.Beliau nasihatkan kami untuk balik dulu kerana esok ada lagi himpunan di Bagan Serai.

Kerana keletihan ditambah pula badan sudah sehari suntuk tak kena air,kami mencari ruang untuk merehatkan badan.Sambil itu saya cuba dapatkan info beberapa sahabat lagi yang ditahan.Saya mengubungi Sdr. Walif yang sedang ditahan di balai polis Brickfeild.Beliau pun memberitahu ditahan semalaman.Selepas itu saya cuba hubungi Ust Syed,ketika dihubungi katanya sedang dalam perjalanan balik.Beliau telah dibebaskan rupanya.Dia memang bernasib baik kali ini.

Jam sudah 12 tengah malam.Oleh kerana sudah tidak ada lagi urusan yang nak dibuat,kami mula bergerak pulang.Ketika dalam perjalanan pulang Sdr. Khairul memaklumkan bahawa semua barang-barang miliknya dan tahanan yang lain akan disimpan polis termasuk talipon bimbit.

Bermula dari ketika itu sehinggalah ke saat ini kami terputus hubungan dengan beliau.

*Gambar akan menyusul...