Jumaat, 31 Julai 2009

Ayuh !! ke Istana Negara

Assalamualaikum,

Ayuh saudara,ayuh teman,ayuh kawan..ayuh sesiapa saja !!

Esok kita ke Istana Negara bersama-sama.Kita persembahkan suara hati rakyat tertindas mangsa kezaliman akta ISA kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.

Sekarang bukan masa kita berpeluk tubuh disaat mangsa-mangsa akta zalim ini sedang menderita.

Hari ini kita menolong,hari esok kita ditolong.

Perbetulkan niat.Mulakan langkah dengan baik.Pastikan kita sampai ke Istana Negara esok.

MANSUH ! MANSUH ! MANSUH ISA !
JAHANAM ! JAHANAM ! JAHANAM ISA !

Rabu, 29 Julai 2009

Dr. Asri sama saja dengan Tun Paklah Badwi


'Dr. Asri: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa mengenai ISA'

Ini tajuk berita dalam Mstar Online hari ini.

Perkara ini seakan-akan menjadi trend di negara ini.Orang yang pernah ada kuasa tetapi sewaktu berkuasa tidak menggunakan kuasa yang ada untuk melaksanakan apa yang disuarakan rakyat.

Selepas tiada kuasa baru lah bersuara itu dan ini,alasannya ianya sudah menjadi isu rakyat.Apa baru sekarang ini kah ISA jadi isu orang ramai?

Tun Paklah Badwi mendesak kerajaan mansuh saja ISA.Terkejut juga dengan pendirian terbaru Paklah 'kaki tidur' ni.(Istilah Tun Mahathir).Betul ke Paklah atau klon Paklah.Jika klon Paklah tiada pula kenyataan penafian yang Paklah tidak berkata demikian.Maknanya betullah Paklah mahu ISA dimansuhkan.

Mantan mufti Perlis,yang terkenal dengan gagasan 'tajdid'nya meminta para mufti yang masih 'berkuasa' sekarang ini segera mengeluarkan fatwa ISA.Haram atau halal?Beliau dengan sinis menyebut para mufti biasa bersidang di hotel mewah yang dibiayai dana awam rakyat Malaysia.Oleh itu memang patutlah mufti bincang isu ISA.

Sudah terlambat.Rakyat dah buat keputusan untuk turun ke jalan raya pada Sabtu ini.Jika Dr. Asri bersetuju ISA dimansuhkan,saya dengan ikhlas menjemput DR turun bersama-sama rakyat prihatin pada Sabtu nanti.DR kan pernah berdemo kat UK.Takkan kat UK boleh tapi kat sini tak boleh?Boleh kan?...

Kalau boleh,silakan...

Md. Sabtu kata himpunan Sabtu ini haram


Ketua polis KL,Muhamad Sabtu Osman dah keluar 'fatwa' himpunan pada hari Sabtu adalah haram kerana takda permit.(boleh rujuk di Mstar online).

Bagi saya ini sebenarnya provokasi awal oleh polis sendiri.

Ni saya nak bagi tahu lagi kuat kamu kata haram lagi ramai orang akan pegi.Tak caya tunggulah.Ntah-ntah Paklah Badwi pun ada.

Tapi ambo tak kira..haram ka halal ka ambo tetap nak gi.

Ambo pegi bukan nak lawan polis/fru.Tapi ambo pegi kerana nak tolong orang kena zalim.Ini saja yang ambo mampu buat.

Sabtu, 25 Julai 2009

Tok Guru..pimpinlah kami

Dalam politik jatuh dan bangun perkara biasa.Pemimpin boleh datang pemimpin boleh pergi.Pemimpin datang silih berganti.Pemimpin pergi pun silih berganti.Inilah lumrah alam.

Sudah hampir 20 tahun TGNA memimpin negeri Kelantan.Dalam tempoh 20 tahun tersebut orang dibelakang TGNA sudah silih berganti,namun TGNA tetap nombor 1.

20 tahun bukan tempoh yang sekejap.Malah tempoh yang lama.Lama atau sekejap bukan isunya.

Dalam Islam seseorang pemimpin bukan dinilai berdasarkan tempoh sama ada lama atau sekejap.Isunya ialah kebolehan atau 'malakah' kepimpinan.

Selama 20 tahun TGNA tidak pernah hilang 'malakah' ini.Selama dalam tempoh inilah Umno menggigit jari di Kelantan.

Saya agak terkasima bila membaca satu posting dalam blog sahabat saya 'at-takiri' yang secara 'sarahah' meminta TNGA melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan.Alasannya supaya TGNA dapat meluangkan masa yang lebih kepada Allah,supaya pengjagaan kesihatan lebih terurus dan supaya dapat mengelakkan krisis pemilihan pengganti kepada TGNA apabila TGNA 'pergi' dalam keadaan masih memegang jawatan.Kononnya jika TGNA terus memimpin sehingga ke akhir hayat maka perpecahan akan berlaku dek berebut nak ganti Tok Guru.Benarkah begitu?

Saya tidak bercadang untuk mengulas alasan yang pertama yang diberikan.Kerana dalam Islam semua aktiviti harian kita adalah ibadah termasuk berpolitik.Syaratnya semua aktiviti itu tidak menyalahi syariat.Jadi semuanya ibadah.Maknanya dalam berpolitik pun kita telah bertaqarrub dengan Allah.

Saya juga tidak bercadang untuk mengupas alasan yang kedua iaitu alasan kesihatan.TGNA sendiri acap kali berkata bahawa 'kalau bab nak lawan Umno,walau dalam keadaan merangkak sekali pun saya akan datang'.Kata-kata yang seperti inilah yang sangat memberi kesan kepada pejuang Islam terutama para pemuda.

Cuma pada alasan ketiga yang diberikan.Ini saya rasa saya perlu komen.

At-takiri bimbang jika TGNA 'pergi' tanpa ditentukan siapa pengganti maka pasti pergeseran akan berlaku di kalangan pimpinan Pas negeri Kelantan.Atas alasan inilah beliau meminta TGNA letak jawatan dan tentukan siapa penggantinya memimpin Kelantan.

Jika dilihat kepada karektor beberapa orang khususnya orang-orang nombor 2 dibelakang TGNA sekarang ini agak sukar untuk saya mempercayai apa yang dipercayai oleh At-takiri boleh berlaku.Benar, mungkin pergeseran akan berlaku tetapi saya rasa amat keterlaluan sekali jika membuat andaian sehingga kepada akan berlaku perpecahan dan perbalahan.

Orang nombor 2 yang ada sekarang ini bukannya orang yang asing bagi TGNA,malah kesemua mereka adalah orang-orang kepercayaan TGNA.

Dalam hirarki Pas Kelantan,orang nombor 2 di belakang TGNA ada 3 orang.Yang pertama Dato Ahmad Yaakob.Yang Kedua Dato Husam Musa dan yang ketiga Dato Mohd Amar.

Dalam hirarki pentadbiran kerajaan pula pula orang nombor 2 ialah Dato Ahmad Yaakob.Sementara yang lain-lain itu dikenali orang media sebagai pemimpin kanan kerajaan.

Ketiga-tiga orang nombor 2 di atas dipercayai bakal menggantikan TGNA setelah ketiadaannya nanti.Inilah kepercayaan rakyat Kelantan, melainkan Allah mengtaqdirkan orang lain.

Bagi saya ketiga-tiga mereka boleh saya golongkan dalam maksud 'low profil' sifatnya.Sebarang andaian yang mengatakan pergeseran malah perpecahan akan berlaku di kalangan mereka bagi saya tidak boleh menerimanya sama sekali.Malah andaian yang karut semata-mata.

Tidak dapat dinafikan pertikaian dan perbezaaan pendapat pernah berlaku dikalangan mereka.Tapi buktinya lihatlah bagaimana pertikaian dan perbezaan pendapat diuruskan dan diselesaikan sesama mereka.Jika tidak demikian sudah lama kerajaan Kelantan porak peranda.

Tapi saya yakin TGNA telah menyediakan penggantinya.

Tok Guru,selagi hayat dikandung badan,selagi akal masih waras teruslah memimpin rakyat Kelantan.


Khamis, 23 Julai 2009

Isunya ialah kematian Teoh Beng Hock

Tidak perlu dibangkitkan isu Ds. Nizar pegang lilin kerana ini bukan isu.Orang yang cuba membangkitkan isu ini sebenarnya orang itu sudah bangkrap idea.
Isunya ialah kematian Teoh Beng Hock,seorang rakyat Malaysia berbangsa Tionghua.Beliau ialah setpol kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor.Beliau ditemui mati selepas memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan peruntukan kerajaan negeri.
Beliau ditemui mati di dalam premis milik SPRM.Kematiannya amat meragukan malah amat luar biasa sekali.Rakyat terutama ibu dan bapa Teoh masih tertanya-tanya dan sehingga kehari ini belum mendapat jawapan dari pihak berwajib yang bertanggung jawab ke atas Teoh pada waktu itu.
Sehinggalah kelmarin PM umum penubuhan Suruhan Jaya Siasatan Awam.Itupun setelah bertubi-tubi didesak pelbagai pihak termasuk dari penyokong kerajaan sendiri.
Sepatutnya jika kerajaan itu ada rasa kebertanggungjawaban Suruhanjaya ini sepatutnya telah wujud pada hari pertama lagi mayat Teoh ditemui.Tapi itulah sikap kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang,tak berubah-rubah walau pun orangnya sentiasa berubah.
PM dalam pada itu terus menerus menjaja gagasan barunya 1MALAYSIA.'Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan'.Sepatutnya inilah masanya untuk PM buktikan gagasan barunya itu benar-benar sesuatu yang realiti,bukannya selogan kosong semata-mata.Tetapi tindakan kerajaan terus mengelirukan rakyat.
Dalam isu Ds. Nizar,Zambry sebenarnya cuba menangguk di air yang keruh.Beliau orang pertama yang membangkitkan isu ini.
Apakah dengan membangkitkan isu ini maka isu kematian Teoh akan selesai?
Oh sekarang dah pandai nak rujuk ulama.Dah pandai sebut pasal fatwa.Dah pandai berkira halal haram.Pooorahhh...
Saya bukan nak menjawab Dr. Zambry.Siapalah saya nak menjawab beliau.Tapi cukuplah dengan jawapan MB Kelantan dengan katanya "Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya. Dia orang politik, saya jawab cara politiklah"."Siapa yang halau menteri besar dan rampas dewan (Dun Perak) ?"
Tuan-tuan boleh nilai sendiri.

Rabu, 22 Julai 2009

Gerhana Matahari hari ini Rabu 22 Julai

KUALA LUMPUR 21 Julai – Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok (hari ini).

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

-BERNAMA-

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)


Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.


Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

Kemudian diikuti dengan dua khutbah (seperti khutbah hari raya)

(rujukan: Kitab Feqh Manhaji)

Selain daripada menunaikan solat sunat umat Islam digalakkan juga memperbanyakkan doa,berzikir,membaca Al-Quran dan bersedekah.

Wallahu A'lam.

Isnin, 20 Julai 2009

Teoh,darah kita tetap merah..


Teoh,darah kita sama-sama merah.Malaikat yang mencabut nyawa Teoh malaikat itu jugalah yang akan mencabut nyawa sesiapa pun termasuk saya.

Teoh disemadikan petang tadi.Kematiannya sangat tragis.

Dalam kes orang politik seperti Teoh,polis tiada kredibiliti untuk menyiasat.SPRM begitu juga.Teoh mati di'kandang' SPRM.

Saya tiada kepercayaan kepada polis dan juga SPRM.Polis tiada ketelusan dalam kes-kes orang politik lebih-lebih lagi kaum pembangkang.SPRM begitu juga.

Bukan menuduh,bukan juga menuding jari.Tetapi untuk keadilan kepada semua pihak maka Suruhanjaya DiRaja wajar ditubuhkan untuk menyiasat.

Kepada Teoh,selamat bersemadi.Kepada keluarga Teoh diharap banyak bersabar.Kepada rakyat Malaysia,anda wajib membela Teoh.

Pesan..

-gambar dipetik dari Mstar-


Hj. Najib..tolong belikan hamba 1 kain serban 'malaki' dan seutas tasbih 'kokka',
Hjh. Rosmah..tolong belikan hamba kain tudung mesir dan sebotol atar 'sultan brunei'..
Dan doa juga untuk kami sekalian rakyat.Syukran..

Sabtu, 18 Julai 2009

'Kerajaan wajar pertimbang mansuh ISA: Tun Abdullah'

Pada mulanya saya tidak percaya dengan kenyataan di atas.Tapi oleh kerana ianya datang dari sumber 'yang asli' hati saya mula untuk percaya.

Maksud sumber 'yang asli' ialah Berita Harian.Boleh rujuk di sini (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20090717142248/Article/).

Saya berpendapat jika Tun Paklah ikhlas supaya ISA dimansuhkan beliau perlu hadir Demo Mansuh ISA pada 1 Ogos nanti.Turunlah bersama-sama rakyat untuk membela rakyat.

Jumaat, 17 Julai 2009

Pasca Manek Urai: Mustafa Muhamad teruskan agenda mendera rakyat Kelantan


Bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik.Tapi untuk rakyat.Apa salahnya pembangunan terus dibina dan dibuat.Jika tidak pun kota 'agropolitan',sekurang-kurangnya sebuah jambatan yang berharga RM 7 juta sebagaimana yang dijanjikan BN.Inilah harapannya.

Tun Paklah Badwi telah mengesyorkan agar kerajaan Pusat meneruskan janji pembangunan di Manek urai walaupun BN kalah.Namun terdahulu Menteri Mustafa Muhamad telah menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak terikat lagi dengan segala janji yang dibuat semasa kempen pilihanraya.Bagi Mustafa rakyat Manek Urai telah menolak pembangunan.Jadi untuk apa nak dibuat lagi..

Undi BN meningkat secara mendadak dalam prk tersebut.Perkara ini harus diambil kira oleh pimpinan BN.Lagi pun kedua-dua Upu (Manek Urai Lama-Baru) tempat yang dijanjikan jambatan tersebut telah dimenangi BN.Ini petunjuk jelas bahawa rakyat disitu amat mengharapkan pembinaan jambatan tersebut.Jambatan yang ada hanya satu lorong,yang dijanjikan BN jambatan 2 lorong.Jika BN tak nak buat 2 lorong,buatlah 1 lorong tak mengapa.Jika BN buat jambatan 1 lorong ditambah dengan yang dah tersedia ada jadilah juga 2 lorong.Tak gitu?

Apa pun BN mestilah bertanggung jawab dengan janji tersebut.Sebelum rakyat Manek Urai tawar hati.

BN khususnya Mustafa Muhamad,usahlah meneruskan politik mendera rakyat Kelantan.Hormatilah rakyat Kelantan.


P/s: Lain kali buat dulu,usah berjanji.Rakyat dah serik dengan janji BN.Bukti ada...hehe

Rabu, 15 Julai 2009

Beza antara dua



Dua gambar di atas antara beribu-ribu aksi yang sempat dirakam di Manek Urai kelmarin.Gambar adalah gambar.Di sebalik gambar ada ceritanya.

Siapa yang boleh tafsirkan perbezaan antara 2 gambar ini?Silakan...

'Bukti rakyat kembali yakin kepada BN: Najib'

Nun jauh di sana daripada bumi Mesir Najib memberi komen.Sebagaimana dijangka komen Najib dan pimpinan BN yang lain nadanya sama.'Angin perubahan','rakyat kembali yakin kepada BN'.(boleh rujuk di BH Online hari ini)

Dah lama sebenarnya mereka menunggu untuk mengomen demikian.Kali ini hajat dan hasrat mereka tercapai.Aduh kesiannya.

Biarlah mereka melayan dulu.Fahamilah keadaan mereka.

Namun,biar apa pun omongan mereka saya amat mengerti setiap undi rakyat Manek Urai.

Syabas rakyat Manek Urai! Anda memang bijak.

SPR juga perlu kaji mengundi hari bekerja

Pengerusi SPR,dalam respon awalnya terhadap beberapa insiden yang berlaku pada hari mengundi kelmarin telah berkata pihaknya akan mengkaji untuk menguat kuasakan akta larangan berkempen pada tempoh pengundian dijalankan.Katanya beliau telah memberi amaran tetapi tidak diendahkan parti-parti politik.Akibatnya berlakulah apa yang telah berlaku.

Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan perkara ini.Cuma bagi saya setiap parti politik termasuk Pas perlu menta'dibkan para penyokong dan para perayu undi supaya lebih berdisiplin dan menjaga akhlak tatasusila Islam.Bagi saya kita tidak perlu mengikut rentak Umno.Maksud saya jika Umno terpekik terlolong kita tidak perlu aksi demikian.Jika Umno mencarut,mencaci,mencerca dan menghamburkan kata-kata kesat kita juga tidak perlu berbuat demikian.Jika perlu jawab pun jawablah secara berhemah.Jawablah sebagaimana yang diajarkan Islam.

Berbalik kepada respon Pengerusi Spr tadi,saya mencadangkan juga supaya dikaji penetapan tarikh mengundi pada hari berkerja.Dalam kes Manek Urai Spr dilihat secara sengaja menetapkan pengundian pada hari bekerja.Apa tidak ada hari cuti ke di Kelantan?

Harus diingat negeri Kelantan lah yang mula-mula sekali mempraktikkan cuti 2 hari seminggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu.Maknanya kedua-dua hari ini adalah cuti di Kelantan.Bagi orang yang bekerja makan gaji,pada hari cuti mereka tidak bekerja pada hari itu.Mereka duduk di rumah bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bersangkut paut dengan tempat kerja mereka.

Langkah ini kemudiannya diikuti oleh kerajaan pusat.Cuma beza harinya sahaja iaitu Sabtu dan Ahad.Kedua-dua hari ini adalah cuti bagi kerajaan pusat dan juga negeri-negeri pengikut kerajaan pusat.Sebagaimana di Kelantan,begitu jugalah bagi orang yang bekerja dengan kerajaan pusat,pada hari cuti mereka akan duduk di rumah dan juga melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan tempat kerja mereka.

SPR menyedari bahawa seramai 1300 orang pengundi Manek Urai berada di sekitar Lembah Kelang.Iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor.1300 ini bukan jumlah yang sedikit.Mereka ada hak untuk mengundi.Dalam kes ini Spr dilihat langsung tidak mengambil kira situasi yang akan dihadapi oleh mereka jika hari mengundi dibuat pada hari bekerja.Bagaimana mereka mahu balik mengundi jika hari itu hari bekerja.Lebih-lebih lagi apabila majikan mereka tidak meluluskan cuti mereka.

Beginilah,jika susah sangat untuk menetapkan hari mengundi pada hari cuti,saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan hari mengundi lebih-lebih lagi pada pilihanraya umum adalah hari cuti umum bagi seluruh negara seperti cuti hari raya dan cuti-cuti umum yang lain.Bukannya banyak sehari sahaja.

Saya merasakan ianya ada logiknya.Hari mengundi adalah hari yang besar.Maksudnya peristiwanya besar.Hari mengundi ialah hari yang mana rakyat memilih dan menentukan pemimpin pilihan mereka.Hari mengundi akan berlaku peristiwa besar lebih-lebih lagi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan mengikut apa yang telah dipilih rakyat.Jadi ada baiknya hari mengundi diadakan pada hari cuti.

Kepada pengerusi Spr,ambil kiralah pandangan saya yang kerdil ini.


Selasa, 14 Julai 2009

N41 Manek Urai: Keputusan Rasmi Pas Menang majoriti 65 undi


KEPUTUSAN RASMI

PAS : 5348

BN : 5283

MAJORITI: 64

UNDI ROSAK : 92

JUMLAH KELUAR MENGUNDI: 10 722 (87.22%)

JUMLAH SALURAN MENANG : 14 DARIPADA 27

JUMLAH UPU MENANG : 4 DARIPADA 9


SYUKUR ALHAMDULILLAH.

TAHNIAH ABE UJI.TAHNIAH KEPADA PENGUNDI DAN SELURUH JENTERA PAKATAN RAKYAT.

Isnin, 13 Julai 2009

Manek Urai: Boleh janjikan bulan dan bintang...


Manek Urai akan jadi 'Kota Agropolitan'.Jambatan baru dua lorong berharga RM7 juta.Sekolah baru.Masjid baru.Rumah baru.Hospital baru.

Inilah janji UBN di Manek Urai jika UBN menang dalam prk esok.Malah di mana-mana pun inilah janji-janji UBN kepada rakyat.Jika tiada UBN tiadalah semua itu.

Saya masih ingat,ketika pilihanraya kecil Dun Semerak (Parlimen Pasir Puteh) sekitar tahun 90-an dan pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir (Parlimen Pasir Mas) beberapa tahun lalu.Kedua-dua kerusi ini dimenangi wakil Pas ketika pilahnraya umum dan kedua-dua kerusi ini telah dimenangi UBN dalam pilihanraya kecil.

Di Semerak,UBN melalui menteri-menterinya termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim (pada waktu itu Timbalan PM) telah mengumumkan beberapa projek besar termasuk membina pusat pendaratan ikan terbesar dan termoden di Tok Bali.Segala-galanya yang dijanjikan adalah 'besar dan moden',sehinga Ibrahim Ali yang ketika itu masih dalam Umno telah mengungkapkan satu ucapan yang mempesonakan iaitu pekan Semerak akan di'Kota London'kan jika BN menang.Tok Bali adalah kawasan nelayan.Ikan segar dari Tok Bali memang terkenal di Kelantan.

Akhirnya,dengan janji-janji itu UBN melalui calonnya Dato Kamarudin Md Nor telah menang dengan majoriti yang besar.Rakyat Semerak telah termakan dengan janji-janji yang dibuat UBN.Bermula dari hari itu rakyat Semerak mula menagih janji-janji UBN.Ternyata bermula dari hari pertama UBN distihar memang sehinggalah ke hari ini janji hanya tinggal janji.Semerak tetap seperti itu.Tiada apa-apa yang berlaku di Semerak.

Berikutnya pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.Kerajaan Pas Kelantan hanya menang dengan majoriti 2 kerusi pada pilihanraya umum 2004.Keadaan amat kritikal sekali bagi kerajaan Kelantan pimpinan TGNA ketika itu.Ramai menjangkakan jika Pas kalah di Pengkalan Pasir maka kerajaan Kelantan akan jatuh tersungkur selepas itu.Atas semangat ini UBN telah menggunakan 'segala-segalanya' untuk menang seterusnya menjatuhkan kerajaan Kelantan.UBN hanya mahu menang.Maka seperti biasa janji-janji manis dan masin mula ditabur kepada rakyat Pengkalan Pasir.Jentera UBN diketuai Dato Seri Najib yang pada waktu itu sebagai Timbalan PM.Najib berjanji jika BN menang beliau akan turun ke Pengkalan Pasir sebulan sekali.Ini bagi mempastikan Pengkalan Pasir membangun dengan pesat dengan janji-janji yang dibuat itu.

BN telah menang di Pengkalan Pasir.Najib telah mengotakan janjinya.Iaitu untuk turun pada tiap-tiap bulan di Pengkalan Pasir.Bulan pertama,ya Najib turun,bulan kedua,ya Najib turun.Kemudian selepas itu sehinggalah ke hari ini Najib tidak kelihatan lagi di Pengkalan Pasir.Janji-janji pembangunnya pun masih belum selesai untuk rakyat Pengkalan Pasir.

Kini di Manek Urai.Modus operandinya sama.Janji-janji pembangunan.

Ramai orang berkata,berjanji boleh saja dilakukan oleh sesiapa saja kerana modalnya air liur sahaja.Dengan modal air liur bukan setakat pembangunan,bahkan bulan dan bintang sekali pun..

Apakah rakyat Manek Urai boleh termakan dengan janji-janji ini.Sama-sama kita saksikan esok.

Apa pun,saya yakin rakyat Manek Urai sudah mengenali siapa UBN.

Kepada rakyat Manek Urai,saya ucapkan selamat mengundi!.

Tok Guru isytihar cuti peristiwa esok

MB Kelantan,TGNA telah mengistiharkan cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan esok sempena pilihanraya kecil N41. Dun Manek urai.

Langkah ini bagi memudahkan para pengundi dan keluarga mereka yang akan melaksanakan tanggungjawab mengundi esok.

Saya memuji dan menyokong langkah yang dibuat kerajaan negeri ini.

Tindakan SPR menyengajakan pilihanraya sama ada umum atau kecil dilansungkan semasa hari bekerja adalah tindakan kurang bijak.Menyusahkan para pengundi dan secara tidak lansung boleh menafikan hak mereka apabila ada majikan yang enggan memberi cuti kepada mereka.

Inilah nasib yang bakal menimpa lebih 1000 pengundi berdaftar Dun Manek Urai yang berada di seketar Lembah Kelang yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti dari majikan mereka.

Beberapa tindakan telah cuba diikhtiarkan bagi membolehkan mereka tetap balik mengundi esok.Dewan Pemuda Pas Kelantan telah mengambil beberapa langkah termasuk menyediakan khidmat guaman khusus untuk pengundi luar yang gagal mendapatkan cuti dari majikan.

Cuti bukan lama,cuma sehari sahaja.Susahkah majikan nak bagi cuti sehari?Atau mereka telah diarahkan berbuat demikian oleh orang-orang tertentu di Putrajaya?

Inilah wajah demokrasi di Malaysia.

Sabtu, 11 Julai 2009

Membangun Bersama Islam-Jawapan kepada Muhyidin

Pada tahun 1990 Pas kembali memerintah Kelantan.Pada waktu itu Pas memilih untuk bertahalluf dengan parti serpihan Umno 'gemuloh' Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.Maka hasilnya terbentuklah kerajaan Perpaduan Ummah gabungan Pas-S46.

Tok Guru Nik Aziz dipilih sebagai menteri besar secara sebulat suara walaupun beliau dengan keras menolaknya.Baginya berilah kepada orang yang lebih berkelayakan.Oleh kerana parti melihat beliaulah susuk yang paling layak maka tak dapat tidak beliau menerima juga akhirnya.

Tok Guru Nik Aziz menerima jawatan sebagai MB Kelantan atas dasar 'mas'uliyyah',bukannya 'benda' yang untuk dibanggakan.

Dalam ucapan sulungnya sebagai MB beliau mengingatkan sekalian wakil rakyat dan juga pegawai kerajaan betapa beratnya amanah yang sedang dipikul sebagai pemimpin kerajaan yang mana golongan pemimpinlah yang paling awal akan ditanya oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak.

Bukan kali pertama beliau berucap dengan lafaz yang demikian.Bahkah kalimah itulah yang biasa diucapkan dalam setiap kuliah agama dan ceramah yang disampaikan semenjak beliau belum menjadi MB lagi.

Tok Guru Nik Aziz mula memperkenalkan dasar 'Membangun Bersama Islam'.Ia seolah-olah menjadi satu fenomena pada waktu itu.

Walhasilnya telah mencetuskan ombak perbahasan yang begitu besar sekali dikalangan cendikiawan,ulama',ustaz,ustazah,guru,politikus dan beberapa kelompok lagi.Ada yang menyokong dan ada yang menentang dan ada juga yang sinis.

Yang menyokong mereka terdiri daripada penyokong-penyokong tegar Parti Islam SeMalaysia disemua peringkat.Yang menentang mereka ialah sekolompok manusia yang menganut faham sekularisma,agama suku politik suku.Kemudian yang sinis mereka ialah kelompok-kelompok kecil yang tidak berparti yang meragui kebolehan TGNA menerajui pemerintahan sebuah negeri.Kelompok ini tidak bertahan lama,jumlah mereka akhirnya mengecil dan akhirnya lenyap dari muka bumi Kelantan.

Yang tinggal hanya dua kelompok sahaja.Iaitu yang menyokong dan yang menentang.

Setelah beberapa tahun dasar ini berlansung dengan beberapa pengisian yang semua sedia maklum seperti beberapa perubahan dalam urus tadbir kewangan negeri yang tidak lagi berurusan dengan bank-bank konvensional,pengurusan ekonomi yang menekankan konsep berjimat cermat,elak pembaziran,mengajak rakyat melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang sia-sia,memberi galakkan menuntut ilmu dan menutup tempat-tempat maksiat seperti pusat judi dan nombor ekor,menyusun semula akta minuman keras dan mengadakan akta hiburan,mengadakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahn,melaksanakan sistem pinjaman Islam (tiada unsur riba) kepada kakitangan kerajaan negeri,menjaga kebajikan rakyat seperti skim perlindungan takaful untuk warga emas dan golongan armalah,dan banyak lagi lah.Tak perlu disebut semua,boleh lihat dan boleh rasa dengan mata dan kepala sendiri.

Rakyat Kelantan termasuklah yang bukan Islam sudah mula merasai 'rahmat' hasil dari perlaksanaan dasar Membangun Bersama Islam.Cubalah tuan-puan ke Kota Bharu dan cubalah bersembang dengan orang Cina terutama golongan wanita Cina.Tuan-puan jangan terkejut,mereka teramat sayangkan TGNA.Buktinya ketika TGNA sakit satu masa dulu merekalah (wanita Cina) antara yang ramai datang menziarahi TGNA di hospital dan juga di Pulau Melaka.Dan jangan sesekali 'celupar' mulut berkenaan TGNA dihadapan wanita Cina,buruk padahnya.Kalau tak percaya cubalah ke Kota Bharu.

Setelah beberapa tahun dasar ini dilaksana,kelompok yang asalnya menentang akhirnya bertukar menjadi kelompok yang sinis.Inilah yang dijelmakan oleh TPM Muhyiddin Yasin di Manek Urai pada hari ini.

Tpm Muhyiddin Yasin diberitakan telah mencabar dengan begitu angkuh sekali dan bertanya dengan nada yang amat sinis 'apa yang kerajaan Kelantan buat selama 20 tahun dengan dasar Membangun Bersama Islam,mana pembangunan Isleynya?'.

Muhyiddin tidak buta,tidak juga pekak dan tidak juga bisu.JIka dia benar-benar ikhlas inginkan jawapan dari TGNA tentang pembangunan Islam dia boleh ke pejabat TGNA di Kota Darul Naim dan bertanya satu persatu kepada TGNA berkenaan dengan dasar Islam selama 2o tahun itu.Muhyiddin berhak untuk berbuat begitu atas kapasitinya sebagai TPM.Rasanya TGNA atas kapasitinya sebagai MB boleh beri penjelasan lengkap lebih banyak lagi dari apa yang saya jelaskan tadi.

Tetapi yang menjadi masalahnya,perangai menteri kerajaan pusat semenjak zaman Tun Mahathir lagi sehinggalah ke zaman Najib ini apabila mereka datang ke Kelantan,mereka tidak datang berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.Mereka langsung tidak menghormati kerajaan pilihan rakyat Kelantan.Dan saya percaya inilah juga tabiat menteri-menteri pusat termasuk PM&TPM terhadap negeri-negeri Pakatan sekarang ini.Kelantan sudah 20 tahun merasainya.

Mereka hanya bertanya tetapi mereka tidak mahu mendengar jawapannya.

Khamis, 9 Julai 2009

Ds. Nizar peroleh kebenaran rayu keputusan Mahkamah Rayuan

Mahkamah Persekutuan hari ini telah membenarkan DS. Nizar untuk membuat rayuan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Zambry dan menafikan beliau adalah Mb Perak yang sah.

Oleh itu Mahkamah Persekutuan akan meneruskan prosiding seterusnya dan bagi pihak Ds. Nizar akan mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peguam Hanifa Maidin,dalam kenyataannya berkata (rujuk Harakah edaran terbaru bil 1454) adalah penting untuk Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada jawatan Menteri Besar Perak yang disandang oleh Nizar boleh dan/atau dikosongkan dalam keadaan berikut:-

a) Dalam keadaan di mana Nizar telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

b) Dalam keadaan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;dan

c) Dalam keadaan tidak terdapat usul undi tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Negeri Perak terhadap Nizar;dan

d) Dalam keadaan tidak terdapat perletakan jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan oleh Nizar.

Mahkamah Persekutuan juga kata Hanifa perlu memutuskan sama ada Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UTKP) memperuntukan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Nizar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Negeri Perak atau sebaliknya.

Mahkamah juga perlu memutuskan sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Apa pun keputusan keputusan Mahkamah Persekutuan nanti jelas Hanifa lagi pasti akan menyusahkan Najib dan Umno sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.Kalau Nizar menang Najib pun susah kerana perlu membubarkan Dun dan menguburkan BN di Perak.Kalau Nizar kalah pun, Najib susah kerana Mahkamah akan memberi kuasa yang sangat besar kepada Raja termasuk kuasa memecat PM tanpa perlu pergi ke Parlimen!.

Apa pun DS. Nizar telah memenangi pusingan pertama pada hari ini dengan berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan.

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya disamping berdoa agar kemenangan berpihak kepada Ds. Nizar.


BUBAR! BUBAR! BUBAR DUN PERAK!

Mansuh PPSMI jejas masa depan Tun Mahathir


Ya menjejaskan masa depan Tun Dr. Mahathir.Tak percaya ke?

Semenjak dasar ini mula dilaksanakan rakyat terutama ibu bapa pelajar sekolah mula resah.Dalam parlimen pada masa itu beberapa MP pembangkang telah meminta kerajaan membentangkan kajian atau apa-apa dokumen sokongan terhadap perlasanaan dasar goblok ini.

Kerajaan melalui menteri pendidikan berkata akan jelaskan kepada dewan parlimen.

Sebenarnya apa yang menyedihkan pengakuan dari pihak kerajaan bahawa pada waktu itu tiada kajian yang menyeluruh tentang perlaksanaan PPSMI.Guru-guru pun belum bersedia.Habis tu kenapa dilaksanakan juga?

Jawapannya kerana kehendak dan 'cita-cita besar' seorang yang bernama Dr. Mahathir.Jadi semua yang lain walaupun tidak bersetuju terpaksa ikutlah.Yang paling kuat sekali tidak bersetuju ialah Umno Johor.Unmo Johor ialah Umno paling kuat sekali dalam dunia.Walaupun begitu pun tidak boleh menghalang impian seorang negarawan ini.

Sehinggalah pabila Tun Paklah jadi PM suara bangkangan terhadap dasar ini memuncak.Ketika ini Umno Johor bersuara secara terbuka.Kemudian pabila dah ada yang berani bersuara secara terbuka maka yang lain-lain pun mulalah terbuka juga termasuk Khairi Jamaluddin.

Kesian la rakyat kalu lagu ni.

Kepada rakyat,usah biarkan masa depan anak-anak terjejas dek kerana permainan politik dua tiga orang yang gila.

Ya,saya kata gila.

Biarlah masa depan Mahathir yang terjejas kerana dia sudah tiada masa depan.

Rabu, 8 Julai 2009

Terima Kasih Rakyat.Tahniah Rakyat.



Walau pun pada tahun 2012, PPSMI akhirnya dimansuhkan jua.Kerajaan pada hari ini mengumunkan untuk mengembalikan hak rakyat Malaysia yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lamanya iaitu hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka.

Kata setengah Pak Menteri keputusan ini tanda kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat.Baguslah kalau dah sedar.Dulu Pak Menteri inilah yang jadi tukang kipas menyokong dasar PPSMI ini.

Inilah tabiat Pak-Pak Menteri kita.Rasanya semua maklum.

Apa pun tahniah buat rakyat.Anak-anak mereka telah menderita buat beberapa tahun lamanya.Mereka menjadi korban dasar yang tergesa-gesa ini.Bukan setakat mereka malah guru-guru pun jadi mangsa.

Rakyat bangkit menentang.Kerajaan arahkan soldadu upahan mereka untuk tembak rakyat yang menentang dasar ini.Rakyat berhimpun dalam masjid pun kena tembak.

Timbalan Perdana Menteri,merangkap menteri pelajaran berkata pemansuhan dasar ini bukan kerana tuntutan pihak-pihak tertentu tetapi adalah kerana keperihatinan kerajaan berdasarkan beberapa kajian yang dibuat.

Katalah apa nak katapun.Akhirnya perit jerih rakyat yang memperjuangkan supaya dasar ini dimansuhkan akhirnya tertunai sudah walaupun 2012.

Terima kasih rakyat.Tahniah rakyat.

p/s: jangan lupa 1 ogos,ada demo untuk mansuh juga,kali mansuh ISA.

Selasa, 7 Julai 2009

Manek Urai: Tembak biar tepat

Amerika dan Zionis banyak peluru.Apa tidaknya merekalah yang buat peluru-peluru itu.Ada kecil ada besar.Yang besar sekali tembak satu negeri boleh musnah.Mereka boleh tembak secara rambang tanpa rasa bimbang peluru akan habis,mereka ada banyak peluru.

Pas tak banyak peluru.Di mana-mana pun tak banyak peluru.Di Manek Urai peluru ada tapi biasalah tak banyak.

Umno ada banyak peluru,seperti juga Amerika dan Zionis.Di mana-mana pun Umno ada banyak peluru.Sebab itu mereka tak bimbang kehabisan peluru.Di Manek Urai lagi bakyaklah peluru mereka boleh guna.Meraka juga boleh tembak secara rambang.

Saya memuji langkah Pas kali ini.Banyak guna strategi 'tembak tepat'.Sebenarnya inilah kaedah paling baik sekali.Kaedah ini jimat masa dan jimat tenaga.Inilah yang membimbangkan Umno kali ini.

Saya masih ingat ketika UTK Bukit Aman mengepung penjenayah yang paling dikehendak suatu masa dulu,'Bentong Kali'.Pada masa itu yang mengepalai operasi ini Dato Zaman Khan.Dia kata kita akan bawa sepasukan penembak tepat untuk berhadapan dengan 'Bentong Kali'.Memang tepat sekali dengan hanya beberapa minit "Bentong Kali' yang amat licik rebah tersungkur dek penangan pasukan penembak tepat Bukit Aman.Dalam kenyataan media selepas operasi ini Dato Zaman Khan berkata "tak banyak peluru yang digunakan".

Ada 2 program yang menarik untuk diulas di sini.

Pertama program konvoi bermotor anjuran Unit Pengundi Muda Manek Urai dan kedua program Himpunan Warga Manek Urai di Perantauan anjuran PERAKAN.

Kedua-dua program ini diadakan sebelum proses penamaan calon.

Program pertama melibatkan 300 peserta tidak termasuk urusetia penganjur.Yang menariknya kesemua 300 peserta yang terlibat merupakan pengundi muda yang berdaftar di Manek Urai.

Program kedua membabitkan hampir 450 orang warga Manek Urai di sekitar Lembah Kelang.Program diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Ikut bancian terdapat hampir seribu pengundi berdaftar di Manek Urai menetap di sekitar Lembah Kelang.Hasil kerja keras Unit pengundi luar dengan bantuan PERAKAN mereka berjaya mengumpulkan seramai 450 orang daripada hampir seribu orang pengundi berdaftar di Manek Urai.Program ini dihadiri TG. Nik Aziz,Dato Husam Musa dan pimpinan PERAKAN.


Dan sudah tentu selepas ini sehinggalah ke hari mengundi jika kaedah ini yang digunakan harapan untuk menang amat cerah sekali.

Bukan mudah sebenarnya menggunakan kaedah ini tapi tidaklah begitu payah.Perlu kepada kesungguhan dan penumpuan yang khusus.Juga perlu kepada orang-orang yang sudah terlatih sebagai 'penembak tepat'.



Isnin, 6 Julai 2009

Semua kata aman


Perjalanan proses penamaan calon hari ini berjalan dengan aman.Tiada kejadian tidak diingini berlaku.Inilah proses penamaan calon terbaik berbanding sebelum ini.

Inilah ayat komentar beberapa orang yang ditemuramah media massa di Manek Urai.

Dato Pa kata baik,ok,aman.Hisayamuddin kata baik,ok,aman.Syafie Afdal pun kata baik,ok,aman.

Agaknya misi UBN kali ini misi keamanan.Misi keamanan sejagat.Oiii...salah tempat la.Kalu nak kempen keamanan pi la Palestin ka,Afghanistan ka,Pakistan ka..Mongoliastan ka..mana2 stan lagi lah.

Sebenarnya kempen UBN kali ini untuk membersih maruah diri yang banyak tercalar,bukannya untuk pilihanraya.

Jika ada UBN pasti tiada keamanan.Yang ada kacau bilau dan pembaziran.Di Penanti terbukti semua ini.Penanti aman dan tiada pembaziran wang rakyat.

Jadi,matlamat UBN di Manek Urai kali ini untuk membuktikan jika ada UBN ada juga keamanan dan tiada pembaziran.Jika benar demikian...selamatlah UBN.Rakyat Manek Urai akan ajar UBN makna aman dan mengelakkan pembaziran.

Pesanan saya buat seluruh jentera Pakatan-air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Manek Urai:1 lawan 1

Tidak sebagaimana beberapa prk sebelum ini kali ini di Manek Urai akan menyaksikan 'perlawanan' 2 musuh tradisi.Pas ditentang Umno.Calon Pas Fauzi b. Abdullah ditentang calon Bn Tuan Aziz Tuan Mat.Namanya seakan-akan TGNA.

Calon Pas dan calon Umno masing-masing telah disahkan untuk merebut kerusi Manek Urai.

Tadi ketika dalam kereta saya mendengar berita radio memetik kenyataan Ketua Polis Kelantan,Dato Rahim Hanafi berkata proses penamaan calon berjalan lancar.Penyokong kedua-dua parti berjaya menjaga disiplin masing-masing.

Sepatutnya Dato Rahim kena kata penyokong Umno kali berjaya menjaga akhlak dan 'feel' mereka sebab biasanya penyokong Pas/Pakatan memang berdisiplin.Penyokong Umno memang terkenal kaki provokasi.Buktinya pilihanraya kecil Penanti.Ramai pemerhati politik tanahair buat kesimpulan perjalanan pilihanraya aman dan sejahtera tanpa penglibatan Umno/Bn.Tak faham lagi ke?

Bagi saya bukan setakat pilihanraya aman,dunia pun akan aman jika takda spesis Umno/BN.

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.Dato Rahim juga berkata jika dicongak jumlah kehadiran penyokong sebanyak 7000 penyokong Pas/Pakatan manakala Umno hanya mencacat kehadiran sebanyak 4000 penyokong.Turut hadir beberapa kalangan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.Bagaimana cara dia congak hanya Allah yang tahu.

Pertandingan kali ini pastinya sengit.Saya berkata demikian kerana tiadanya kelibat calon bebas.Tiada pengacau daun kali ini.Maknanya pengundi hanya ada 2 pilihan.Bukan 3 atau 4 atau 14.

Calon bebas walau di mana pun jika ada semua orang tahu siapa dibelakang mereka.Adanya mereka ialah kerana untuk mengelakkan undi BN lari ke PR.Bagaimana ini boleh berlaku?Orang yang pakar dalam strategi pilihanraya tentu arif.

Saya cukup optimis Pas melalui calonnya Abe Uji akan memang.Beliau begitu sinonim dengan masyarakat Manek Urai.Beliau seorang usahawan yang berjaya walau hanya meniaga ikan tetapi bertaraf 'taukey'.

Muhyiddin ada menyindir isu meniaga ikan.Katanya calon Bn bukan meniaga ikan tapi ada kelulusan tinggi.Tinggi mana?

Saya yakin Muhyiddin menyesal dengan mulut lepasnya ini.Menyesal yang tak sudah.

Apa pun rakyat Manek Urai sudah ada pilihan masing-masing.Siapa orangnya tunggulah 14 Julai Nanti.

Ahad, 5 Julai 2009

Selamat berkempen di Manik Urai

Assalamualaikum..

Esok hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil N.41 Dun Manik Urai.

Walaupun calon belum disahkan namun dengar khabarnya kempen tersangat hangat.Sebenarnya kempen telah bermula semenjak hari pertama kematian Almarhum bekas wakil rakyatnya Yb. Ismail Yaakob.Inilah lumrah bagi pilihanraya.

Ramai teman-teman dari Lumut sudah berkampung di sana.Seperti biasa dalam mana-mana prk jentera Lumut tidak melepaskan peluang menghantar bala tentera untuk membantu jentera pihanraya tempatan.

Saya tidak bernasib baik kali ini.Walau bumi Kelantan adalah tempat tumpah darah saya tetapi atas sebab yang terlalu tidak mengizinkan maka saya terpaksa menguzurkan diri untuk kali ini.

Dulu di Penanti,ramai yang bertanya termasuk bonda di kampung samada pergi atau tidak?Saya jawab tak pergi.Alasannya Umno tak tanding.Keinginan nak pergi pudar bila tak ada Umno.Kali ini Umno dah ada,bonda bertanya balik tak?Tak tahulah kenapa bonda semenjak ini begitu semangat sekali.Dulu tiadalah minat yang sebegini.Entah semangat apa yang masuk.Seakan-akan lupa akan dapat cucu baru tak lama lagi.Duhai bonda...

Ada dua tiga orang penganalisis politik tidak bertauliah,saya namakan penganalisis nakal mereka membuat andaian tragedi Pengkalan Pasir akan berulang di Manik Urai.Atas dasar dan asas apa mereka berandaian begitu hanya Allah yang tahu.Membaca tulisan mereka menyebabkan meremang juga bulu roma.Tapi hati kecil saya mengatakan ini hanya taktik 'perang saraf' untuk mempastikan para jentera supaya tidak leka.Bagus jugak.Bagi sesiapa yang pernah terlibat dengan 'intelligen' pasti arif hal ini.

Secara peribadi saya mengenali YDP Pas Kuala Krai,YB. Ust Abdul Latif.Beliau adalah juga Ketua Pemuda Pas Kelantan.Beliau senior saya ketika di bumi Urdun suatu ketika dulu.Beliau sudah pasti orang paling 'masyghul' selama tempoh kempen ini.Maaf Yb,ana tak dapat turun membantu kali ini.Ana yakin jentera Ustaz cukup berkebolehan dan mantap untuk lawan Umno.Bukan kita tak biasa lawan Umno.

Apa pun esok moga calon kita,Abe Uji diterima pencalonannya dan harap calon Umno ditolak pencalonannya.Minta sungguh-sungguh.

Kepada seluruh jentera kempen khususnya dari lumut,pastikan Pas menang,kalau tidak jangan pulang.

Sekian.Wassalam.



Khamis, 2 Julai 2009

Bandar raya Islam diperluas ke seluruh Kelantan


KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Majlis Daerah Ketereh (MDK) akan mengikut jejak langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dikenali sebagai bandar raya Islam menjelang 2010.

Ia bakal dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri telah merangka program memperluaskan konsep bandar raya Islam ke seluruh negeri.

Menjawab soalan dari Dato' Omar Mohammad (PAS - Perupok) katanya, MDK telah berusaha menuju ke arah perbandaran Islam antaranya mewujudkan dataran ilmu di kawasan Pasar Ketereh.

"Kerajaan negeri juga berpuas hati perkembangan MPKB sebagai Bandar Raya Islam sejak dilancarkan pada 2005 apabila lima teras sudah dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Haji Abdul Fattah Mahmood ketka menjawab soalan Ustaz Mohammad Awang (PAS - Gual Periuk) katanya, kerajaan negeri melaksanakan program-program yang membawa ke arah kesejahteraan golongan belia.

Katanya, program itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yayasan Islam Kelantan .

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Annuar Tan Abdullah berkata, PKINK sedang giat melaksanakan pelbagai projek melalui anak-anak syarikat antaranya pembangunan Ladang Rakyat Lubok Bongor Sdn Bhd seluas 4,575 hektar.

"Selain itu, pembangunan Ladang Kuala Balah seluas 1,851 hektar, Ladang Nenggiri (4,048 hektar), pembinaan kilang kelapa sawit di ladang tapis, Jeli, Ladang Rakyat Lubok Bongor seluas 8,393 hektar.

"Pembangunan tanah orang kampung di Lubok Bongor seluas 34 hektar dan penanaman kelapa sawit seluas 80 hektar di kampung tersebut," katanya menjawab soalan Haji Abdul Fatah Haron (PAS - Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri memberi sumbangan secara berkala kepada pengurusan pondok swasta.

Menjawab soalan Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) katanya, kerajaan sentiasa memantau perjalanan pondok-pondok milik persendirian di Kelantan.

Menjelaskan soalan tambahan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS - Chetok) Mohd Amar berkata, kerajaan mengakui ramai ulama lahir dari sistem pengajian pondok.

-harakahdaily-