Rabu, 29 April 2009

KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS -vol 2


NIK ABDUH NIK AZIZ



1)
Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.
Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.
Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.
Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.
Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.
Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.
Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.
Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.
Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.
Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!
Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.
Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.
Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.
Sekarang masanya saya menjelaskan..


2)
Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?
Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.
Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.
Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.
Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.
Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.
Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.
Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.
Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.


3)
Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.
Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.
Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.
Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.


4)
Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.
Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.
Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.
Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.
Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.
Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.
Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.
Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.
Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.


5)
Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.
Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.
Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.
Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.
Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?
Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?
Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.
Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.
Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.


Tahniah!



Jumaat, 24 April 2009

KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS


NIK ABDUH NIK AZIZ



Salam Kamunting,Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan.
Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda.
Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya.
Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu.
Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government?
Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!Modus Operandinya sama.
Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH.
Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!






Komen : Bila baca tulisan ini baru saya faham situasi antara Tok Guru Nik Aziz-Tok Guru Haji Hadi.

Rabu, 22 April 2009

Kisah dari Istana: Benarkah Manohara diculik?




ADA berita panas dan berat tersebar dalam internet di Indonesia mengenai Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakry Sultan Ismail Putra anak Raja Kelantan yang dikatakan melarikan model cantik Indonesia, Monahara Odelia Pinot, 17.Berita ini geger dan hangat dalam blog-blog sosial dan politik di serata Indoensia.

Media massa cetak juga sudah mula turut sama menyiarkan berita ini. Rupa-rupanya kisah percintaan Fakry dengan Monahara yang mesra dipanggil Pinot sudah jadi bahan terlaris di Indonesia sejak beberapa bulan sebelum ini lagi.

Ini tidak menghairankan sebab Pinot kacutan Bugis dan Perancis merupakan seorang model hebat di Indonesia yang disenaraikan dalam 100 model tercantik musim ini.Sebaba itu apa-apa berita mengenainya mudah hangat dan disensasikan. Apa lagi kalau ia ada hubungan dengan pengeran (anak raja) ia makin menjadi tumpuan.Saya sendiri mula menyedari berita ini selepas membaca laporan protal berita tribahasa semalam.

Laporan protal berita itu yang memetik laporan sebuah majalah (Syura) sungguh mengejutkan dan ini menyebabkan membuka selera untuk membuat serch di beberapa engin internet.Beratus blog di Indonesia memainkan berita berkenaan.

Nampak begitu marah sekali rakyat Indoneisa terhadap apa yang berlaku. Paling memedihkan hati bila membaca komen yang dikirimkan sampai ada yang mahu ganyang Malaysia. Rakyat Indonesia begitu menyayangi warganya dan mudah menunding jari kepada kita.Ada sebab bagi rakyat Indonesia kalau mereka merasa marah dan kesal atas laporan itu. Mereka tidak mahu kalau warga mereka diculik kemudian diseksa! Bukan saja mereka, kalau terjadi ke atas rakyat kita juga kita akan bertindak demikian. mungkin lebih dahsyat lagi.Bagaimana pun apakah laporan atau dakwaan ibu Monahara itu, Daisy Fajarina, 44 itu benar belaka? Ada sesuatu yang perlu dicungkil mengenai dakwaan yang dibuat itu. Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan dan terasa anih.Menurut Daisy anaknya diculik ketika selesai mengadakan umrah awal Mach lalu.

Beliau yang turut mengerjakan umrah mendakwa perpisahan alias diculik dengan anaknya berlaku di lapangan terbang. Kayanya Monahara dilarikan dengan pesawat lain manakala beliau bersama seorang anaknya, Dewi menaiki pesawat lain. Macam cerita Hindustan bunyinya!Selepas itu beliau tidak mengetahui di mana Monahara berada. Maklumat yang beliau perolehi seperti dipetik mengatakan Monahara di dera oleh Fakry. Sumber maklumat itu dari dalam istana Kelantan sendiri.

Dakwaan Fajarina itu boleh dipersoalkan kesahihannya. Apakah wujud cerita yang dilaporkan itu? Dan apakah perpisahan itu boleh dikelasfikasikan sebagai culik?Bukankah Monahara telah bernikah secara sah dengan Fakry? Kalau sudah menjadi isterinya apakah boleh dikatakan Fakry membawa isterinya itu sebagai diculik?Majlis perkahwinan Fakry dan Monahara diadakan secara besar-besaran di Kota Bharu Kelantan.

Monahara juga telah dibawa ke majlis-majlis yang melibatkan rakyat. Acara ringkas memperkenalkan menantu raja itu kepada rakyat diadakan.

Gambar-gambar mengenai majlis itu juga turut sama disebarkan dan membuktikan perkahwinan itu berjalan lancar dan dalam keadaan baik.Mengenai Monahara diseksa dan dicalar di dada, sebaiknya Daisy dan pihak berkuasa Indonesia lain mendapat laporan tepat dan jitu mengenai keabsahannya. Jangan percaya kepada sumber gelap dari mana-mana sudut. Ingat syaitan suka melagakan manusia di mana-mana saja tanpa mengira warna kulit dan bangsa.Hubungan baik antara dua negara boleh manfaatkan bagi menyelesaiakan krisis dua individu ini.

Dan kisah ini juga seharusnya tidak dijadikan maslaah dua negara melainkan kisah rumah tangga saja yang membabitkan keluarga di Raja Kelantan dan keluarga Daisy dan Pinot.Sehubungan itu elok juga kalau pihak istana Kelantan membuat penjelasan mengenai perkara ini.

Tuduhan yang dilemparkan dalam blog dan mungkin media Indonesia sedikit sebanyak menjejaskan kemuliaan istana Kelantan yang sekaligus akan mengaibkan anak-anak Kelantan di mana saja berada.Jangan biarkan perkara ini berpanjangan penyelesaian tuntas hendaklah dibuat sebelum ianya menjadi lebih kusut dan dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang sengaja mahu mencari kesempatan mengeruh dan memburukkan suasana.


Selasa, 21 April 2009

Badai kecil landa Seri Manjung..petanda apa?

Semalam saya bersama beberapa ajk Dppkl menghadiri sesi perjumpaan dengan Jpc Bt. 10 Lekir.Perjumpaan ini adalan lanjutan acara lawatan ajk ke cawangan-cawangan.
Ramai juga pemuda cawangan Bt. 10 yang turun.Perjumpaan diadakan di Markas Bt. 10.Sayang saya terlupa bawa kemera,maka tiadalah gambar untuk paparan di sini.
Dalam pertemuan semalam banyak perkara telah dibincangkan.Antaranya berkaitan program kerjasama antara pemuda kawasan dan pemuda cawangan,keahlian dan beberapa hal lain berkaitan hal ehwal pemuda.Juga dibangkitkan berkenaan isu 'Jom Heboh' anjuran TV3 yang akan berlangsung pada 25-26 April bertempat di kem TLDM Lumut bersempena dengan peristiharan 'Lumut Bandaraya Maritim'.Ada cadangan dari pemuda Bt. 10 supaya semua pemuda cawangan terutama cawangan yang berhampiran setiap jalan masuk utama ke Lumut dinaikkan 'banner' bantahan akan program tersebut.
Cadangan ini telah dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Kira-kira jam 11.30 malam pertemuan berakhir.
Selesai saja mesyuarat saya terus balik ke rumah.Biasanya balik umah terus buka laptop untuk update blog,tapi dek kerana laptop meragam maka tak boleh lah nak urus blog.
Di luar rumah kedengaran tiupan angin agak deras juga.Ada juga bunyi hujan turun tapi perlahan.Selang beberapa minit kemudian angin dan hujan tiba-tiba menerjah dengan begitu kuat sekali.
Seingat saya,selama berada di Seri Manjung ada juga berlaku hujan dan angin serentak tapi tak sekuat semalam.
Pagi tadi seperti biasa pagi-pagi saya menghantar anak ke sekolah Pasti.Kebiasannya juga selepas hantar anak saya akan ke pasar Manjung.
Dalam perjalanan ke pasar saya terlihat sebatang pokok besar berhampiran pagar hospital Seri Manjung tumbang menyembah bumi sekali gus meranapkan sebidang pagar yang berhampiran.Apa lagi ambil kamera terus 'snap'.
Selepas abis beli barang2 dapur terus balik umah,bersiap untuk ke 'office' tempat cari makan.Office saya berada berhadapan dengan pasaraya Billion di tengah-tengah bandar Manjung.
Sampai di simpang Manjung kelihatan ramai pekerja-pekerja MPM sedang mengerumuni ruang tempat pasang 'banner'.Saya cuba memerhati dengan dekat,rupa-rupanya pagar besi tempat 'banner' digantung pun roboh dan musnah sama sekali.Nak kata perbuatan 'mat gian' mustahil juga sebab tempat sangat terbuka dan kenderaan 24 jam dok lalu lalang kat sini.Rupa-rupanya...
YA ALLAH..dahsyat juga penangan angin semalam,sampai pagar besi pun roboh.
Dalam hati kecil saya berkata padan muka MPM,sebab di situlah 1 banner ceramah yang digantung tempoh hari telah direntap oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Tidak bermaksud untuk menuduh sapa2.Tapi siapa lagi kalau bukan ........
Tapi dalam hati kecil saya juga ada terlintas mungkin ini peringatan Tuhan.Peringatan Tuhan buat penghuni bandar Manjung dan juga Lumut agar lebih berhati-hati dalam tingkah laku mereka.Jangan sesekali melakukan sesuatu perkara yang dimurka Tuhan.Baik yang nyata atau pun tersembunyi.Setiap perkara yang bernama mungkar pasti mengundang azab dan bala Tuhan.
YA ALLAH,selamatkan penghuni Seri Manjung dan kawasan sekitarnya dari bala dan azabMU.








Jumaat, 17 April 2009

Mari kenali golongan penyokong Umno

Ustaz Idris Ahmad


Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah;



1.Orang yang bodoh
2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana
3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen)
4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan
5.Orang miskin yang jahil
6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama
7.Orang yang keras hati dan buta hati
8.Nasionalis Melayu totok
9.Kaki pengampu
10.Orang yang suka budaya rasuah politik.
11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid
12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil)
13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa.
14.Orang yang longgar pegangan agama
15.Orang yang suka mendedahkan aurat.
16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin.
17.Orang yang suka kepada program munkar.
18. Orang yang memisahkan diri dengan kehidupan akhirat.



"Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat melihat keburukkan Umno , sedangkan orang-orang yang buta hati dan mati akalnya masih setia untuk berjuang untuk pemimpin Umno yang tamak dan rakus" !




Isnin, 13 April 2009

Keputusan Penuh Prk P.059-Melayu tolak PAS.Mengapa?

Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!
Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).
Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.
Dun Trong

Dun Ckt Jering

Dun Kuala Sepetang
Komen: Masih terbuka untuk dianalisis.Kepada pakar-pakar analisis silalah buat analisis.

Ahad, 12 April 2009

Amy Search nafi sertai PAS




KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search, menafikan telah menyertai parti Pas berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.
Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai Pas timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
"Tidak...saya belum menyertai Pas dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.
"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai Pas," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.
Beliau berkata, atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia adalah satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.
Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka. Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.
"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata, untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.


- Bernama -



Komen : Tahniah buat Amy dan Renggo.Saya cukup kagum dengan pendirian anda berdua.Saya yakin,anda akan kembali menjadi ikon para artis dan peminat-peminat seni suara di Malaysia.
Sementara Tok Guru Nik Aziz diberitakan cukup terharu dengan sikap beberapa artis dikala mutaakhir ini.Saya dapat merasakan masa depan gerakan Islam cukup meriah sekali.Wallahu A'lam.

Jumaat, 10 April 2009

Wifi di semua bandar di Kelantan

Ramli Yamat

KOTA BHARU, 9 April (Hrkh) - Tiada maklumat menyebabkan anda sentiasa terkebelakang. Dan paling bahaya lagi anda mudah tertipu lebih-lebih lagi menyentuh isu semasa negara.
Tanpa maklumat rakyat tetap dengan status quo lama. Itulah yang berlaku di Batang Ai apabila rakyat tidak mempunyai maklumat kedua bagi membuat pertimbangan politik.
Mengambil kira terjahan maklumat yang semakin pantas, kerajaan Kelantan menyediakan wifi bagi membolehkan orang ramai mengakses maklumat dengan kos rendah.
Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan kerjasama sebuah syarikat swasta kini menyediakan perkhidmatan wifi city di bandar Kota Bharu sejak dua bulan lalu.
Kadar bayaran hanya RM29 sebulan iaitu lebih rendah berbanding perkhidmatan serupa dibekal oleh syarikat telekomunikasi lain.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, sehingga kini sebanyak 38 alat penerima maklumat internet ?dipasang di Kota Bharu ?bagi memudahkan orang ramai melayarinya internet 24 jam.
Menurutnya dengan adanya kemudahan wifi city ia memberi peluang kepada rakyat mendapar maklumat terkini mengenai isu-isu semasa dengan lebih tepat dan cepat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama anggota Exco di Radio (Suara) MPKB-BRI, baru-baru ini.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memperluaskannya perkhidmatan wifi ke bandar-bandar lain di Kelantan.
Pelancaran wifi city dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 26 Mac lalu di KB Mall.
"Melaluinya internet orang ramai dapat mengetahui isu politik, melayari pelbagai blog. Kita boleh pilih laman web dan dapat membuat penilaian sendiri," ujarnya.????????
Mengenai Pengajaran dan Pembelajaraan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ?beliau berkata, terbukti pelaksanaannya menemui kegagalan.
"Mengapa kita harus promosi bahasa asing dalam mempelajari?Matematik dan Sains sedangkan di Thailand dan Jepun mereka menggunakan bahasa ibunda," katanya.
-harakahdaily-

Khamis, 9 April 2009

'Sangat memalukan'-Tok Guru Nik Aziz




KOTA BHARU 8 April - Sangat memalukan!


Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung perilaku penyokong Kelantan yang merusuh selepas perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.
Katanya, insiden terburuk dan mencemarkan bola sepak negara itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini.
Beliau berkata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya.
''Saya sangat dukacita dengan apa yang berlaku dan mudah-mudahan ia tidak lagi berulang dan biarlah ini yang terakhir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Dalam kejadian malam tadi, penyokong Kelantan menunjukkan emosi yang tidak terkawal, bertindak agresif lalu merusuh dengan membakar sebuah kenderaan polis serta merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium sejurus perlawanan berakhir.
Polis akhirnya bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyurai kumpulan yang perusuh berhampiran pintu masuk stadium itu.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA itu, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0 - kekalahan kedua tuan rumah dalam tempoh seminggu kepada pasukan yang sama, terdahulu dalam saingan Liga Super.
Kata beliau, sukan selalunya dikait dengan semangat kesukanan yang tinggi, namun penyokong Kelantan seolah-olah tidak langsung menunjukkan semangat sebegitu.
Nik Abdul Aziz berkata, amat malang apabila pihak polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam suasana perlawanan menjadi sasaran para perusuh.
''Saya sangat dukacita. Ini memalukan kita, polis mengawal keselamatan permainan bola sepak, jadi polis perlu bertindak tegas,'' ujarnya.


-UTUSAN ONLINE-

Komen: Presiden KAFA harus bertanggung jawab sepenuhnya dalam insiden ini.Beliau harus meletak jawatan serta merta.

Selasa, 7 April 2009

Terkini Keputusan Rasmi: Nizar di nobat 'Panglima Bukit Gantang'


Sebentar tadi tepat jam 9.42 minit malam calon Pas/Pakatan rakyat Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin telah diistiharkan menang dengan majoriti 2789 undi.Satu kemenangan gilang gemilang.Alhamdulillah,syukur.

Berikut keputusan penuh P.059 Parlimen Bukit Gantang :


PAS : 21 860

BN : 19 071

BEBAS : 62

MAJORITI : 2789


SYABAS HAJI NIZAR.

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA PENGUNDI YANG YANG TELAH MENGUNDI CALON PAKATAN RAKYAT.ANDA TELAH MEMBUKTIKAN ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN.ANDA TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA RAKYAT MENOLAK SECARA TOTAL APA YANG BERLAKU DI PERAK SELAMA INI.

KEPUTUSAN INI JUGA MEMBUKTIKAN TUN MAHATHIR JUGA DITOLAK OLEH RAKYAT.

SEJUTA TAHNIAH DAN SEKALUNG PERHARGAAN BUAT SELURUH JENTERA DARI SELURUH PELUSUK NEGARA YANG HADIR BAGI MEMBANTU DAN MEMENANGKAN CALON PAS/PAKATAN RAKYAT PARLIMEN BUKIT GANTANG.


ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Suasana di Bukit Gantang

Saya berada di Bukit Gantang pada malam hari terakhir kempen.Kali ini hadir menumpang kereta Ustaz Nazrul.Kami tiba sekitar jam 10 malam iaitu beberapa jam sebelum tempoh kempen berakhir.Kami sempat singgah di Kg. Sungai Kerang (Dun Trong).Kelihatan ramai penduduk sedang berhimpun untuk mendengar ceramah akhir dari pimpinan Pakatan.Antara yang berceramah ialah Mat Sabu,Yb Salahuddin,Yb Wahid Endut dan beberapa orang lagi.
Setelah lebih kurang sejam 'menadah telinga' kami terus ke Tapak Ekpo Ekonomi Islam,di Jalan Kuala Kangsar,Ckt Jering kerana diberitakan akan berlangsung debat perdana yang membarisi beberapa tokoh politik tanah air,antaranya Dato' Husam Musa dan Dato' Seri Zahid Hamidi.Ketika sampai ditempat yang dimaksudkan suasana sudah lengang hanya kelibat pengunjung-pengunjung gerai ekpo sahaja yang kelihatan.Kami dimaklumkan debat tak jadi kerana salah seorang ahli panel utama tidak hadir.Siapa lagi kalau bukan Dato' Zahid Hamidi.Saya tidak mahu komen sebab akan ketidak hadiran beliau.
Dalam masa yang sama,kelihatan kereta-kereta dan motosikal yang dipandu penyokong Pakatan sedang 'menguasai' jalan raya dengan mengibarkan bendera 'bola pingpong'.Keadaan meriah sekali.Seolah-olah kemenangan sudah menyebelahi Pakatan.
Jam sudah melawati 12 tengah malam.Kami bertolak ke masjid Sg Bembam,kerana disitulah tempat untuk 'berlabuh' pada malam itu.
Ketika sampai di persimpangan Ckt Ibol kami terserempak dengan sekumpulan petugas unit amal yang di ketuai Ust Hasri kelihatan sedang agak 'kalut' sedikit.
"ada bas dipercayai bawa pengundi hantu sedang menuju masuk ke jeti Kuala Trong...jom ke sana".Jelas Ust Hasri.
Tiba-tiba je semangat terus naik mendadak,rasa mengantuk terus hilang,bulu roma meremang..
Ust Nazrul semangat juga.Kami 'follow' ust Hasri.Lebih kurang setangah jam sampailah kami ke tempat yang dimaksudkan.Ketika kami sampai sudah ramai yang sedang mengepung bas-bas yang disyaki itu.Ada 4 biji bas ke semuanya.Memang mencurigakan.Keadaan agak tegang.Juak-juak Umno memberitahu mereka bukan 'hantu',tetapi petugas-petugas perayu undi yang datang dari Ipoh Timur.
Wakil pakatan dibawa masuk untuk berbincang dengan juak Umno.Setelah beberapa minit berbincang kami diarah bersurai.Ramai yang tidak mengendahkan arahan supaya bersurai,perasan curiga masih menghantui kami.Selagi belum dipastikan siapa 'mereka' yang ada dalam bas itu kami tidak akan bersurai.Kelihatan beberapa anggota polis sedang memujuk penyokong Pakatan supaya bersurai.
Keadaan menjadi tambah tegang bila dilihat beberapa buah kereta dengan penuh muatan dilihat membawa keluar 'orang-orang' atas bas itu.Beberapa penyokong nekad menahan kereta tersebut.
Ketika ini lebih kurang 5 trak FRU bersama 30 anggota tiba di tempat kejadian.Saya biasa mengelarkan mereka 'soldadu Bn',atau 'polis kepala merah',ada juga kawan-kawan memanggil mereka 'otak loceng'.
Ternyata mereka memang otak loceng.Bila saja loceng dibunyikan mereka terus mara 'memprovokasi' penyokong Pakatan yang sedang mengepung beberapa kereta yang dipercayai sedang membawa lari pengundi-pengundi hantu.
Penyokong Pakatan mula berundur kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan yang akan menjejaskan proses pengundian esok hari.Seorang Adun Pakatan Rakyat dari selangor iaitu Adun Dusun Tua dilihat tiba ditempat kejadian dan terus berbincang dengan pegawai polis 'otak loceng'.Adun Dusun Tua menasihatkan supaya membuat laporan polis disamping terus berkawal di sekitar kawasan tersebut.Keadaan mula reda.Penyokong Pakatan mula bersurai.
Tanpa disedari jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.Saya dan Ust Nazrul bergegas ke masjid Sg Bembam.Tak sempat dah nak 'berlabuh'.Kelihatan sudah ramai penyokong Pakatan sedang berada di atas masjid.Saya terus mengambil wudu' dan menantikan azan subuh.
Selesai solat subuh,saya sempat melelapkan mata.Sekadar waktu yang ada.Tanpa disedari saya dikejutkan Ust Nazrul.Jam dah 7.30 pagi.Tanpa melengahkan masa kami terus bergegas ke Pekan Trong,iaitu di sekolah jenis kebangsaan Cina,tempat yang akan berlansung proses pembuangan undi bagi UPU Kuala Trong.
Setibanya kami di sini,sudah kelihatan beratus-ratus perayu-perayu undi kedua-dua pihak sedang membarisi jalan-jalan menuju ke tempat pembuangan undi.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar jam 8.oo pagi hingga jam 11.30 pagi.
penulis blog (berbaju merah) bersama penyokong pakatan..
doa di baca memohon restu Ilahi..

di mana ada Bn di situ ada Pas

bersemangat tapi berhemah

kreatif...penyokong Bn tercengang terlopong..

Dato' Husam disambut penyokong Pakatan..

Tok imam Lah sedang mengepalai bacaan doa..

sebak sebelum mengundi..seorang pengundi sedang ditenangkan petugas muslimat..


Tahniah pakcik..pengajaran buat yang muda

syabas makcik..walau berkerusi roda tetap hadir tunai tanggungjawab..


petugas sedang mengagihkan air minuman..

nizar vs safian

Isnin, 6 April 2009

Datuk K nafi beliau dan isteri sertai Pas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai Pas. Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini. "Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat. "Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya. "Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebih-lebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya.
Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah.
- Bernama -
Komen: Sapa la 'gatal' mulut kata Siti dan Dato' K masuk Pas??Saya menghormati pendirian Dato' K yang mengatakan beliau tetap ahli Umno walau difitnah masuk Pas gara-gara berkunjung ke pejabat Tok Guru.Begitu dangkal sekali orang-orang yang menabur fitnah ini.Sudah tentu fitnah ini datang dari 'kilang' fitnah.
Saya juga menghormati sikap Dato' K yang berkata tujuan beliau berkunjung ke pejabat Tok Guru kerana menghormati Tok Guru sebagai 'tuan rumah'.Inilah sikap yang tidak ada pada pembesarpembesar Umno dan kerajaan Pusat apabila mereka turun ke negeri Kelantan.Mereka lansung tidak menghormati kerajaan pilihan rakyat.Mereka manafikan pilihan rakyat Kelantan.Syabas sekali lagi kepada Dato' K dan Dato' Siti kerana sikap 'jiwa besar' tuan-puan suami isteri.Anda layak menggantikan pemimpin-pemimpin Umno yang ada hari ini.Mereka badan besar tapi 'jiwa palsu'.Noktah.

Ahad, 5 April 2009

Pecutan akhir di Bukit Gantang

Pada hari Sabtu (4/4) kelmarin dan hari ini saya sempat menyertai 2 acara penting sempena kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Yang pertama ialah program 'Gelombang Semarak Hijau Dewan Pemuda Pas' yang berlansung pada hari Sabtu dan yang kedua Program Sukan Pasti Kawasan Bukit Gantang yang diadakan pagi hingga tangah hari tadi.
Pada program pertama saya dan beberapa orang lagi telah diamanahkan untuk mewakili Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut bagi menjayakan misi gerak gempur pada 3 hari terakhir tempoh berkempen.
Program ini turut disertai hampir 300 orang anggota Dewan Pemuda Pas seluruh negara yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dpp Pusat,Ustaz Nasruddin Tantawi.
Pemuda-pemuda telah dikerah untuk menggempur ketiga-tiga Dun yang terletak di bawah Parlimen Bukit Gantang iaitu Dun Trong,Dun Ckt. Jering dan Dun Kuala Sepetang.Pada Hari pertama iaitu Sabtu (kelmarin) Dun Trong telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk digempur.
Di raut wajah pemuda-pemuda yang hadir jelas menampakkan kesungguhan dan komitmen yang padu sekali.Mereka datang bukan kerana diupah atau menunggu upah,tetapi datang dengan ruh jihad untuk melihat dan mempastikan kebenaran akan menang pada 7 April nanti.
Dengan jumlah 300 orang mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.Setiap kumpulan diketuai ajk Dpp Pusat.Kumpulan cecil ini kemudiannya dipecahkan kebeberapa UPU disekitar Dun Trong.Pendek kata Dun Trong pada hari itu dikuasai pemuda-pemuda berbaju hijau.Dalam taklimat yang disampaikan sebelum itu sasaran gempur kali ini ialah pengundi-pengundi atas pagar.Istilah 'atas pagar' biasanya merujuk kepada pengundi-pengundi yang tidak mempunyai pendirian yang tetap tetapi pilihan mereka ikut 'angin' atau ikut 'mood'.Undi merekalah yang bakal menentukan kalah menang seseorang calon yang bertanding,bukan setakat Bukit Gantang bahkan di mana-mana pilihanraya sekali pun.
Namun berdasarkan pengalaman kebiasaannya pada hari-hari terakhir ini semua pengundi telah menentukan pilihan masing-masing.Maknanya dalam sanubari mereka sudah diputuskan calon mana yang hendak mereka pilih.Baik yang 'di bawah' pagar mahu pun atas pagar sekali pun.
Sebab itulah,berdasarkan pengalaman juga pada hari-hari begini setiap parti yang bertanding sudah boleh melihat nasib 'untung rugi' parti mereka.Pada hari-hari begini jugalah setiap parti akan membuat koreksi terhadap strategi masing-masing.Releven atau tidak?
Bagi parti Islam seperti Pas,strategi amat penting sekali.Tetapi yang lebih penting dari itu ialah konsep kebergantungan dan harapan pertolongan dari Ilahi.Nasrun minallah.
Justeru,disaat-saat akhir ini saya menyeru kepada semua yang terlibat dalam ’perang’ ini,sama ada yang terlibat secara lansung atau tidak lansung,juga kepada seluruh pendokong-pendokong kebenaran tidak kira walau di mana kalian berada supaya sama-sama kita panjatkan doa dan munajat kepada Allah agar diberikan pertolongan seterusnya kemenangan buat Parti Islam SeMalaysia dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang pada 7 April terdekat ini.Dengan harapan bahawa Tiada yang mampu memberi pertolongan melainkan DIA yang menguasai bumi ini.Amin.


Ust.Nasruddin Tantawi sedang memberi amanat dan taujihat kepada petugas2 pemuda Pas.


Pemandangan di hadapan pos petugas Pas Tanah Merah Kelantan di Kg Tebuk Tengah,Trong.

Bersama makcik jah di kg. Tebuk,Trong,beliau mengaku penyokong tegar Pas semenjak arwah suami masih ada lagi


Bersama Dr. Hisyam,petugas perubatan Pemuda Pas,sedang bertanya khabar pakcik mail yang sedang terlantar di atas katil rumahnya di kg. Tebuk,Trong.Sudah hampir 2 tahun berkeadaan begini.Beliau tinggal di rumah ini bersama isteri dan seorang anak kurang upaya.

Anwar ingatkan rakyat usah tertipu dengan Najib


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Ketika ditemui pemberita di Bukit Selambau, Anwar berkata pembebasan tahanan ISA itu tidak sama dengan reformasi
Sepatutnya, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu dimansuhkan terus.
Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, memang sudah menjadi kebiasaan bagi perdana menteri yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya.
Tetapi, katanya, selepas itu, mereka kembali semula bersikap kuku besi dan terus menggunakan ISA bila kuasa mereka terancam.
Contohnya, tegas Anwar, beliau sendiri dibebaskan oleh Tun Hussein Onn selepas dilantik sebagai perdana menteri ketiga.
“Tetapi selepas itu, (beliau) kembali guna ISA untuk tangkap orang. Dr Mahathir juga sama, bila naik, beliau juga bebaskan tahanan ISA.
“Tetapi sampai Operasi lalang beliau tangkap orang seperti Lim Kit Siang,” katanya.
Anwar berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga membebaskan tahanan ISA apabila menjadi pertama kelima.
“Tetapi apabila (merasakan) kerajaannya terancam, beliau juga menangkap pemimpin Hindraf,” tambahnya.
Dalam ucapan sulungnya ke seluruh negara malam ini, selain mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf, Najib juga membatalkan larangan penerbitan ke atas akhbar PAS dan PKR - Harakah dan Suara Keadilan.
Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40.
Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan sudah hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36.
Turut dibebaskan ialah Pakana Selama, Amir Hussain, Sundaraj Vijay, San Khaing, Wan Amin Wan Hamat, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar
Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri, mereka ini dibebaskan kerana tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara.


-malaysiakini-

Sabtu, 4 April 2009

Senarai penuh 13 tahanan ISA yang dibebaskan

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan serta merta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini:
1. Pakana Salama
2. Amir Hussain
3. Sundaraj Vijay
4. San Khaing5. R.Kenghadharan
6. V.Ganabatirau
7. Wan Amin Wan Hamat
8. A Artas A Burhanuddin9. Francis Indanan
10. Mohd Nazri Dollah
11. Mohd Arasad Patangari
12. Idris Lanama
13. Binsali Omar
- Bernama -
Komen : Syukur kerana sahabat baik saya iaitu tahanan nombor 10 Mohd Nazri Dollah turut dibebaskan.Beliau adalah naqib usrah sewaktu kami di bumi Urdun dulu.Beliau ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Darul Islam Nusantara.Moga beliau terus komited dengan perjuangan yang belum selesai ini.

Jumaat, 3 April 2009

Gula-gula pertama Najib


Dato' Seri Najib,PM ke-6 dalam ucapan sulungnya sebentar tadi yang disiarkan seluruh stesyen tv seluruh negara telah memgumumkan bahawa kerajaan telah menarik balik penggantungan 2 akhbar pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan.Kerajaan juga katanya telah membuat keputusan untuk membebaskan seramai 13 tahanan ISA dan tambahnya kerajaan juga akan mengkaji akta ISA tersebut.

Maka jelas sekali penahanan beberapa individu di bawah akta ISA adalah bermotif politik.Penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan juga bermotif politik.Malang sekali nasib rakyat Malaysia kerana nasib mereka ditentukan oleh 'nafsu' serakah pemimpin-pemimpin politik,bukannya di bawah keluhuran undang-undang.

Sementara Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung perlantikan DS Najib di Bukit Selambau esok.

Siti Nurhaliza, Dato' K temui TG Nik Aziz



Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir


KOTA BHARU, 2 April ((Hrkh) - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut.

Ketika ditemui selepas kunjungan itu beliau melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan.
"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.
"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.
"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar berlangsung kira-kira setengah jam turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan 'Siti' mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi.
Sempena kunjungan itu, Siti turut menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar juga menyampaikan cenderahati kepada mereka.
Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar dan pejabat berdekatan turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

-harakahdaily.net-

Khamis, 2 April 2009

Catatan hari penamaan calon Prk Parlimen Bukit Gantang

Rasanya semua sedia maklum 3 calon telah disahkan pencalonan mereka bagi mewakili parti masing-masing bagi maksud pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Ds. Mohamad Nizar Jamaluddin mewakili Pas.Datuk Ismail Safian mewakili BN.Saudara Kamarul Ramizu Idris mewakili bebas.
Rata-rata pemerhati politik melihat pertandingan sebenar adalah antara PAS vs BN.Bagi parlimen Bukit Gantang calon bebas hanya 'kacau daun',namun saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan kemampuannya.Jika tiada kemampuan masakan berani untuk 'masuk gelanggang'.
Umno/BN membawa bersama mereka semangat (palsu) perhimpunan agong mereka yang baru saja berakhir.
Pas dan pendokong-pendokong pakatan turun dengan beralaskan semangat untuk mempertahankan maruah yang telah dirobek lumat oleh gerombolan bernajis lagi gilakan kuasa.Maka tidak hairanlah semangat itu telah terzahir pada pagi ini ditempat berlangsung penamaan calon.Iaitu diperkarangan pejabat Majlis Perbandaran Taiping.
Saya tidak berhajat menyatakan berapakah jumlah kehadiran penyokong tapi cukup sekadar dinyatakan puluhan ribu pendokong Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk tanah air,dari Perlis sampailah ke Johor.(Penyokong dari Sabah dan Sarawak kemungkinan tidak hadir kerana memberi tumpuan di Batang Ai).Mereka datang dengan tidak disediakan habuan perbelanjaan.Tetapi hadir dengan membawa hati dan jiwa yang tulus dan kudus.
Mereka terdiri dari pelbagai peringkat lapisan umur.Ada yang datang bertongkat,ada yang menaiki kerusi roda,ada yang dikendong oleh ibu-bapa.Ada yang tua,pemuda dan juga kanak-kanak kecil.
Mereka terdiri dari pelbagai kaum.Ada berkulit sawo matang,ada berkulit putih cerah dan ada yang hitam 'manis'.
Disebabkan kesesakan manusia yang ketara sekali saya tidak mampu untuk meletakkan diri di saf hadapan bagi memudahkan lensa merakam gambar-gambar 'famous'.Kelibat Ds Nizar pun tidak mampu dirakam lensa kamera saya.Dari cakap-cakap orang ramai mereka memberitahu calon sudah pun masuk ke tempat penyerahan borang.Tapi kelibat manusia yang 'bertopengkan' Nizar memang ramai pada pagi itu.
Namun disaat-saat akhir saya berjaya juga sampai di saf hadapan.Itupun setelah sebahagian yang hadir mula 'kepanasan' agaknya barangkali,mereka secara beransur-ansur mencari tempat berteduh dan menyerbu gerai-gerai penjual air 'berais'.Waktu ini barulah saya berkesempatan untuk melihat 'pentas utama' yang menjadi medan pertempuran sorakan kedua-dua penyokong.Walaupun saya merasakan sudah ramai penyokong-penyokong sudah berundur tapi masih ramai lagi yang tidak berganjak dari tempat pentas utama.Disatu sudut tempat berhimpun penyokong pakatan ialah berhampiran dengan bukit kecil.Mereka kelihatan seperti sedang duduk di stadium bolasepak.Apa lagi..mereka memang kreatif,mereka melakukan aksi ombak manusia seperti aksi penyokong-penyokong fanatik pasukan bola Mexico apabila gol dijaringkan.Penulis hanya mampu tersenyum melihat gelagat tidak terancang mereka.
Namun disatu sudut yang jauh kelihatan penyokong-penyokong 'bendera biru' seolah-olah bergaduh sesama sendiri.Memang benar mereka bergaduh.Kelihatan beberapa soldadu topi merah sedang berkejaran ke tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan mereka.Selang beberapa minit kemudian mereka mula reda.Entah apa yang mereka rebutkan sehingga bergaduh?Namum bagi saya ini adalah kemenangan moral pertama untuk Pakatan Rakyat.
Sempat jugak dua hingga tiga kali saya 'tawaf' pentas utama tempat berhimpun penyokong Pakatan.Kaki pun dah rasa kebah,lenguh.Tanpa disedari dua tiga orang rakan-rakan yang bersama saya sebelum ini sudah hilang ntah ke mana.Puas dicari puas diintai tak terjumpa juga.
Saya mengambil keputusan untuk kembali ke masjid iaitu Masjid Jambu tempat berlangsung solat hajat sebelum perarakan bermula.Semasa berjalan kaki seorang diri saya sempat juga terserempak dengan bebarapa orang pimpinan utama Pakatan Rakyat.Ada juga sekumpulan penyokong mengambil kesempatan mengadakan pentas ceramah terbuka.Disebabkan kaki dah semakin lenguh tak terdaya saya nak mendengar ucapan-ucapan mereka.Dengar sambil lalu saja.
Setengah jam lebih kurang berjalan kaki sampailah di masjid.Dah ramai rupanya yang sedang berlabuh di masjid.