Khamis, 29 April 2010

Mahathir ulas PRU 13

KUALA LUMPUR 28 April - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 sama ada bakal memihak kepada Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya, amat bergantung kepada segala tindakan yang diambil oleh kerajaan ketika ini.

Sehubu-ngan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pucuk pimpinan BN harus membuat satu analisis paling tepat dengan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini supaya setiap usaha yang dijalankan boleh diterima oleh rakyat.

"Perkara itu perlu dilakukan kerana keputusan untuk pilihan raya umum akan datang yang kita jangka tidak sampai dua tahun lagi, amat bergantung kepada tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru dalam blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog.

Dalam blognya itu, beliau turut menyatakan mengenai amalan politik perkauman yang masih hidup di negara ini.

"Pilihan raya kecil di Hulu Selangor telah membuktikan politik perkauman masih wujud. Pengundi Melayu dan India sudah kembali kepada BN namun begitu, kebanyakan kaum Cina masih menyokong pakatan pembangkang," katanya.

-Utusan Online-

Komen: Tun tidak lagi dapat menyembunyikan ketakutannya jika BN tumbang.Tun cukup bimbang BN tumbang dalam pru ke-13.Bimbang tahap gaban.Kenapa ya?

Rabu, 28 April 2010

Ezam Kotak bakal dilantik timbalan menteri?

Bernama melaporkan bekas ketua AMK,Ezam Md Nor dan empat yang lain telah dilantik sebagai senator oleh kerajaan Najib+Rosmah.Turut dilantik Dato G Palanivel,timbalan presiden MIC yang tidak terpilih menjadi calon di prk Hulu Selangor tempoh hari.

Saya percaya perlantikan Palanivel sebagai hadiah terima kasih dan saguhati Najib kerana memberi laluan kepada Kamal+alan+nathan.

Saya juga percaya,perlantikan Ezam Kotak adalah sebagai laluan bagi membolehkannya dilantik ke kabinet sekali gus membolehkannya untuk berada di dewan parlimen.Bagi Najib,Ezam Kotak perlu dimasukkan ke parlimen bagi menghadapi serangan bertalu-talu dari pakatan rakyat,khususnya ketua pembangkang,DS Anwar Ibrahim.

Saya menjangkakan Ezam akan dilantik sebagai timbalan menteri atau Menteri dengan potforlio baru diwujudkan iaitu Menteri Tugas2 Khas.Imbang Penuh
Perkara serupa telah dilaksanakan oleh Tun Mahathir ketika masih perdana menteri dulu iaitu ketika era reformasi 1998 dengan melantik Dato Ibrahim Ali sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.Ibrahim Ali diberi tanggungjawab mengetuai jawatan kuasa ad-hoc 'Menangani Fitnah' yang diwujudkan Tun Mahathir pada ketika itu yang bertujuan khas untuk menangkis asakan pembangkang dan amarah rakyat yang memuncak ketika itu.


P/s: Jika Ezam sungguh-sungguh dilantik menteri,melelehlah Brehem Ali..hahaha..abis ayat dah ampu sana wa ampu sini..hahaha..

Khamis, 22 April 2010

Mahkamah bebaskan lima pelajar pondok pakai serban


TUMPAT 22 April – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.

–Bernama-

Komen: Hebat Poklie..Takbir!!!

Khamis, 15 April 2010

Ust Farid Ravi nafi calon BN di Hulu Selangor

Pagi tadi ketika ke kedai untuk membeli akhbar Harakah edisi Jumaat yang biasanya keluar pada hari ini saya terpandang muka depan akhbar Sinar Harian yang memaparkan 3 gambar besar wajah-wajah yang dikatakan bakal-bakal calon BN di Hulu Selangor.

Agak terkejut juga bila melihat salah seorang darinya seorang yang kini menjadi 'figure' baru forum hal ehwal Islam turut disebut-sebut akan dicalonkan.Beliau diberi jolokan oleh akhbar itu sebagai calon 1Malaysia.

Saya amat jarang sekali membeli Sinar Harin,lebih-lebih lagi akhbar ini suatu ketika dulu pernah digam oleh Tok Guru Nik Aziz akibat kejadian 'berita mendahului peristiwa' yang melibatkan isu Dun Kelantan.Tapi pagi tadi saya keluarkan RM1 dan ambil satu nuskhah Sinar Harian.

Lebih kurang jam 9.30 pagi saya segera menghubungi Ust Farid Ravi melalui panggilan talifon.Pada mula saya mengagak beliau tidak akan mengjawab panggilan saya memandangkan pada waktu ini sebagai pensyarah beliau mungkin sibuk dengan urusan kuliah.Alhamdulillah panggilan saya dijawab.Saya terus bagi salam tanpa saya perasan yang menjawabnya bukan Ust Farid.

"Siapa ni? Ust farid sedang discuss,saya pembantunya,beliau minta hubungi sekejap lagi"

Ini pemberitahuan dari yang menjawab talifon tadi.Memang bukan Ust farid yang menjawab.Saya beritahu kepada pembantu Ust Farid yang saya akan hubungi beliau tengah hari ini.

Belum sampai tengah hari,lebih kurang jam 10.30 tadi sekali saya hubungi Ust Farid.Alhamdulilah kali beliau yang menjawab.Memang betul-betul suaranya.Saya lega kerana panggilan saya dijawab.

Sebaik memulakan perbualan beliau memohon maaf kerana tak sempat menjawab panggilan saya tadi kerana sedang menguruskan penerbangan ke London pada malam ini.

"eh,betul ke ust nak ke London malam ni,bukan ke ust nak dicalonkan oleh BN petang ni? tanya saya berseloroh.

"zaim,sebelum enta call,sebelum ini ada dekat seratus orang sahabat call ana tanya hal yangt sama,semuanya gara-gara berita muka depan Sinar Harian"..katanya.Tambahnya lagi "ana tak tahu langsung pasal hal ni,ada sahabat yang minta ana saman akhbar ini".Beliau seterusnya membaca ayat "in ja'akum fasiqun bi naba'in fa tabayyanu...".

"ana tak terlibat dalam perkara ni,enta kan tahu pendirian ana"..ana menafikan semuanya.."

Itu luah Ust Farid kepada saya sebentar tadi.Beliau sekali lagi memberi tahu bahawa pada malam ini akan berlepas ke London kerana menghadiri seminar yang beliau telah dijemput lebih sebulan yang lalu.

"saya lega sikit bila dengar sendiri dari Ust" kata saya kepada Ust Farid.Beliau tanya saya "kenapa lega sikit,demo kena lega banyak la..hahaha.."..

Kata saya "saya sudah 70% lega,tapi segala-galanya akan terjawab pada petang ini bila Muhyiddin yang umumkan.

Jawab Ust Farid "enta percayalah dengan ana".

"tapi jika nama Ust yang Muhyiddin umum,ana tidak akan berdiam diri,ana dan kawan2 akan 'dedahkan' segala-galanya pasal ust.."..ayat ini membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.

Rabu, 7 April 2010

Awas bloggers pakatan!! UBN guna 'cyber troopers' di Hulu Selangor

Dengan adanya prk parlimen Hulu Selangor maka alam cyber (blog&facebook) makin hangat dan panas seiring musim kemarau sekarang ini.

Kerusi parlimen Hulu Selangor penting buat PR dan UBN.UBN awal-awal lagi menyatakan kemenangan di sini adalah kayu pengukur untuk kembali merampas kerajaan negeri Selangor.Sementara bagi PR pula tentunya kerusi ini penting untuk dipertahankan bagi menjaga 'air muka' yang sedikit tercalar dengan perbuatan 'curang' beberapa pimpinan dan wakil rakyatnya yang telah berpaling tadah dalam aksi lompat katak puru.

Dalam laporan BH Online hari ini Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Dr Ramlah Adam, telah menyarankan kepada UBN supaya memaksimumkan penggunaan media baru seperti laman blog dan laman web bagi mendekati pengundi ketika pilihan raya termasuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Tambahnya "ia penting diberi perhatian kerana laman web dan blog adalah sumber rujukan utama masa kini yang diguna pakai oleh semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik".

P/s: Hebat betul dia ni.Sampai begitu sekali nak tolong UBN.Takut benar dia jika UBN kalah ye.Ke ada saham tertentu dari UBN?

Sebenarnya kekuatan UBN ialah pada projek 'mee segera'.

Isnin, 5 April 2010

Rosmah ketuai jawatan kuasa kempen BN di Hulu Selangor

Janji pertama dari Rosmah bahawa sebuah Pusat Permata Negara akan dibina di kawasan Hulu Selangor jika Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Rosmah dilapor berjanji demikian ketika hadir di program Ramah Mesra Rakyat Bersama Isteri Perdana Menteri yang diadakan di Kampung Sungai Buaya,Hulu Selangor pada malam kelmarin. (rujuk Utusan cetak,5 April)

Najib ketika pembentangan bajet 2010 dalam sidang parlimen yang lalu telah mengumumkan peruntukan khas kerajaan kepada Permata lebih RM100 juta.Najib juga telah melantik Rosmah sebagai 'yang paling berkuasa' ke atas Permata.

Jelas Permata sebenarnya satu lagi program khas untuk tujuan kepentingan politik PM.Mungkin idea ini dari Apco?

Apa yang nyata juga,BN menawarkan pembangunan apabila ada pilihanraya.Pembangunan adalah modal BN dulu,kini dan selamanya.


P/s: BN tidak ikhlas membantu rakyat.Rakyat Hulu Selangor kena faham ini.Ambil iktibar beberapa kes bangunan runtuh di Terengganu.

Tok Guru selamat berangkat ke Tanah Suci

Tok Guru bersama timbalannya Ust Ahmad Yaakob di bilik menunggu vip beberapa ketika sebelum berlepas ke Tanah Suci.(foto dari Facebook Ketua Dppn Kelantan)


Akhirnya hajat Tok Guru untuk ke Tanah Suci Mekah tercapai jua.Pagi tadi ,lebih kurang jam 9 pagi Tok Guru bersama ahli keluarga terdekat selamat berangkat dari airport Kota Bharu.

Pemergian Tok Guru kali ini ialah bagi menunaikan ibadah umrah.Tok Guru akan berada di Tanah Suci selama 2 minggu.Akhir tahun lalu hasrat Tok Guru untuk menunaikan haji terhalang dek kerana angkara 'Quraisy' Malaysia.

Sama-sama kita mendoakan keselamatan buat Tok Guru.Selamat pergi dan selamat kembali.

Beberapa hari sebelum ini Tok Guru telah diserang hebat oleh 'quraisy2' yang jahat lagi bacul.Mereka takut bersemuka dengan Tok Guru.Serangan terbaru ini seolah-olahnya memang terancang dengan rapi.Mungkin jua serangan ini untuk terus menggagalkan hasrat Tok Guru ke Tanah Suci.

Ohh..jahatnya mereka.Semoga Allah membalas peranjangan jahat quraiys2 terlaknat ini.


Ahad, 4 April 2010

Tok Guru nafi laporan blog Kickdefella

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

"Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

-Bernama-


Komen: Mengapa sehingga ke hari ini Dewan Pemuda Pas Kelantan membisu dalam isu serangan Kickdefella terhadap Tok Guru Nik Aziz?

Sabtu, 3 April 2010

Nak sekolah baru?

Mana-mana kawasan parlimen yang nakkan sekolah baru,kena matikan wakil rakyatnya terlebih dulu terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Ini amalan menteri pelajaran Muhyiddin Yasin ketika ini.

Untuk pengetahuan tuan-tuan, Muhyiddin telah menjanjikan pembinaan 4 sekolah baru di kawasan Hulu Selangor.Kawasan ini telah kematian ahli parlimennya seminggu yang lalu.Selain itu ada beberapa projek lagi diumumkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad ketika respon tindakan terbaru Muhyiddin ini berkata dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.

Bernama sebelum ini memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” jelas Ustaz Idris.


P/s: InsyaAllah,rakyat Hulu Selangor akan mengajar Muhyiddin bagaimana mengurus pembangunan.

Seorang Kartika dan Harussani

Tidak terniat saya untuk menderhakai Sultan.Mana-mana Sultan sekali pun.Tapi ketaatan mutlak saya hanya pada YANG SATU.

Isu Kartika selesai.Semua sudah maklum penyelesaiannya.Tapi saya tak mengerti apalah istimewanya insan yang bernama Kartika ini.Sebelum ini saya ada menulis ringkas isu Kartika.Boleh lihat posting saya sebelum ini.

Apakah bezanya Kartika dengan pesalah-pesalah kes syariah yang lain?Siapa yang boleh jawab ini,sila jawab.

Bagi sahabat2 yang faham prosiding mahkamah boleh juga menjawab dan mengulas keraguan saya tentang rayuan.Setiap yang disabitkan bersalah,dia diberi peluang untuk merayu.Merayu dilepaskan dari hukuman yang dikenakan dan juga merayu diringankan hukuman.Kedua-dua prosedur ini kita biasa dengar dalam prosiding mahkamah.

Cuma dalam kes Kartika ini,bilakah masanya dia merayu?Merayu sama ada dilepaskan mahu pun diringankan.Bila?

Apakah seseorang pesalah yang sepatah pun tidak merayu boleh diringankan hukumannya oleh mahkamah atau Sultan?

Menteri Shahrizat dan Ngo anti Islam bertalu-talu memujuk merayu,tapi Kartika tidak juga merayu.

Mungkin saya terpaksa akur,Kartika memang istimewa.Sungguh pun tidak merayu,hukuman ke atasnya telah diringankan.

Bagaimana pengamal-pengamal perundangan Syar'i?

Sehingga kini hanya satu pertubuhan yang bangkit untuk menidakkan cara penyelesaian yang kita sedia maklum.Pertubuhan yang dimaksudkan ialah PPMM (Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia).

Pertubuhan ini sebagai mana dipetik web malaysiakini telah menzahirkan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syar'i ke atas kartika.Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

"PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah"

"Hak dan kuasa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri"

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Apakah yang ringan perlu diringankan lagi?

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.


Apa pula kata Harussani?

Dia dilaporkan berkata hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud,sebaliknya hanya ta'zir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

"hukuman hudud menetapkan 80 rotan kepada pesalah arak.Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hudud"

"ianya hanya ta'zir yang boleh diubah,hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali" jelas Harusssani.

Cuma soalan saya kepada Harussani,bila pula enakmen qisas,hudud dan ta'zir terpakai di mahkamah Syariah?

Harussani,usahlah jadi Mufti 'musang berjanggut'.