Ahad, 10 Januari 2010

DS Nizar berceramah 'live' dari wad hospital


Malam semalam DS Nizar dijadualkan berceramah di markaz Pas Pasir Panjang bersama-sama dengan Ybhg Tn Hj Mohamad Sabu dan YB Sivanesan (Adun Sungkai).Namun akibat kemalangan yang menimpanya tiga hari lepas beliau tidak dapat hadir ke program tersebut.

Rata-rata para hadirin boleh memahami mengapa ketiadaan DS Nizar dalam ceramah tersebut.Beliau masih ditahan di wad hospital Ipoh.

Namun bagi tidak menghampakan para hadirin,pihak penganjur berusaha juga sedaya upaya untuk menghadirkan DS Nizar ke pentas ceramah semalam.

Rata-rata para hadirin kelihatan teruja apabila mendengar suara pemimpin yang mereka sayangi terbit keluar melalui corong pembesar suara yang dipasang dipenjuru tempat ceramah.

Dalam pada itu,walau pun sedang terbaring di katil wad,dalam ucapan ringkas DS Nizar sempat menceritakan detik-detik cemas yang dilalui apabila kereta yang dipandunya terbabas kerana beliau sebenarnya cuba untuk mengelakkan kemalangan yang lebih besar berlaku.Ceritanya lagi dia telah diberi penghormatan untuk mengimamkan solat jumaat sehari selepas kejadian di masjid berdekatan hospital Ipoh.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala dan beliau memberi harapan bahawa beliau akan keluar wad dalam masa terdekat bagi membolehkannya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Sementera itu setiausaha politik DS NIzar,Ustaz Misbahul Munir yang turut berceramah dalam program semalam menasihatkan rakyat supaya tidak bimbangkan kesihatan DS Nizar kerana menurutnya DS Nizar hanya mengalami keceraan kecil sahaja iaitu luka dibahagian siku tangannya.Jelas Ustaz Misbah,DS Nizar masih ditahan di wad kerana mengalami tekanan darah yang agak tinggi akibat kemalangan yang dihadapinya beberapa hari lalu.

Ceramah semalam dihadiri hampir dua ribu hadirin dari sekitar Dun Pasir Panjang.

2 ulasan:

  1. Salam

    Al hamdulillah Allah sembuhkan dia,Allah cuba dia,Allah menentukan segala sesuatu

    BalasPadam
  2. salam,

    begitulah orang yang berilmu, sentiasa dicari utk terus membaeri khidmat bakti sekalipun dari hospital. semoga Allah memelihara orang2 yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam

    BalasPadam